About Me

My photo
Nyong iki asal'e wong jowo. Harus ngomong'e jowo. Sitik-sitik iso lah..hehe

Saturday, April 14, 2012

Review tunang: Hantaran sebelah lelaki


Assalamualaikum...


Tetiba rajin pulak nak review lagi kan.hehe. Takpe biakan aje dak ni update blog. Once dia da rajin, kao janganlah nak tegur-tegur. Nanti kalau dia dah malas, memang takde sape la yang nak tolong updatekan blog nih. Hehehehe


Ok kite tengok pulak apa yang diberi dari pihak lelaki. Seperti aku jugak, tiada barang personal diberikan. Cuma banyak makanan dan yang penting-penting je. Bak kata Irine, nanti nak all out time kawin kan.hiks!


Seperti yang sedia maklum, diorang bagi 5 dulang. dan semua decoration made by his mak and akak dan jugak adiknya.. Their theme was Kuning+Chocolate+cream lah kot.. santek juga... =p


Dimulakan dengan bismillahirrahmanirrahim....



Seperti saya, (saya pulak dah) hantaran lelaki juga ada kepala.hehe. Tapi orang belah Utara selalunya akan pakai tepak sirih ni. Yeke orang utara? Dalamnya sama jugak. Ada sirih, gambir, kapur dan seangkatan dengannya. Sama macam sirih junjung. Cumanya sirih junjung tu dijunjung-junjung tinggi atau rendah jek and ada munga-munga..
Saya sangatlah teruja bila dapat tepak ni sebab orang Johor rasanya memang jarang pakai tepak sirih. Bila da dapat tu memang rasa jakun wookkk... Kat dalam tu diorang letak beras pulut 1 plastik and duit RM5.30. Haa pelik kan? Kenapa beras pulut? Mungkin sebab nak kasi kami lekat berkekalanlah kot hendaknya sampai kahwin nanti.hehe. Yang duit tu aku tak sure kenapa. Adat katanye...
Bila dah dapat tu tengok je kat dalam ada apa. Sekali diorang minta balik. Dah kengkabut ko dengan sepupu semua tak tahu nak buat ape. Rupa-rupanya kitorang pihak pompuan ni kena keluarkan semua apa yang terisi dalam tepak tu dan pulangkan balik sebagai tanda kami menerima pinangan si petunang... Lawak betul time tu.hehehe




See.. pihak laki siap bukak and tunjuk lagi kat dalam tu ada apa. Yang belah pompuan pulak tertunduk-tunduk nak tengok apa ada kat dalam... Epic betul...haha




Yang keduanya pulak seperti biasa, cincin tanda. Cincin tu si petunang yang pilih. Simple, yet adorable.hihihi
Kreatip jugak mak dia nih. Boleh je selit-selitkan cincin kat celah-celah munga tuh. Tapi sangat suweettt mentengoknye..hehe
Owh ye, lagi satu. Ni adat orang Jawa ke Johor ke Selatan aku tak sure. Mesti ada duit tanda which means kena letak 1% dari wang hantaran yang pihak lelaki nak bagi. Misalnya kalau pihak lelaki letak kat dulang tu RM1 maknanye dia nak bagi RM100. Ha camtu lah gamaknye.. Aku ingatkan dah tak main dah pesen tu sekarang ni. Sekali mak aku kata better soh dia ready je takut orang tua nanti bising. Aku ikutkan je la.huhu. Tempat lain aku tak sure kena ada tak duit tanda ni.




Kemudian, kain persalinan untuk nikah nanti. Beli sepasang dengan yang lelaki punya. Satin warna cream and lace pulak warna silver pink rasanya dan saya sangatlah suka dengan lace tersebut.. Yeaayyy!
Yang bestnye kain tu dah pun dihantar ke tailorang. Yeaayyy lagi!!! ;D




Seterusnya adalah chocolate... Saya suka Beryls'! Yeaayyy lagi dan lagi!!




Last sekali, kek yang sangat chomel! Cantik tak? Cantik tak? =p Sangat cantik kan? Kek ni kak yong dia yang beli. Beli online rasanya. Memang cantik...nak potong pun sayang. Kek coklat. Sedap! hehe




Ok tu je untuk hantaran lelaki. Semua decoration pun sdn bhd and I like it very much! hehe
Next, nak review ape? Takde dah kot...



No comments: