About Me

My photo
Nyong iki asal'e wong jowo. Harus ngomong'e jowo. Sitik-sitik iso lah..hehe

Wednesday, December 26, 2012

Review: Pulut kuning ganti kek


Assalamualaikum...


Dulu sebelum kawin dah ada buat entry pasal pulut kuning menggantikan kek kawin kan. Alhamdulillah tercapai jugak cita-cita ni.hehe

Memula ingat nak tempah je kat orang. Sebab takut bila hari kejadian nanti kengkabut nak buat semua kan. Lepas tu mak kata, kita buat je.. Aku dah risau-risau dah kot la nanti tak sempat ke kan. Almaklumla memasing kompem busy punya lah.. Tapi mak kata lek-lek la.. (dalam bahasa aku la tu.hehe) Nanti mak mintak tolong siwo (makcik in Jawa) Sukinah buatkan. Aku pun OK je lah dah mak kata gitu.. Aku tinggal belikan barang-barang macam board, stand and pisau plastik. Beli kat kedai jual alat-alat dan bahan bakery je. Serunding daging pulak dah kirim kat Maya beli kat Bangi.


Sepanjang proses buat pulut kuning tu aku tak tengok langsung sebab dah busy sangat buat kerja kan. Orang semua sebuk tung-tang-tung-tang kat dapur, aku pun tung-tang-tung-tang jugak la kat depan. Sampai ke sudah aku tak tengok rupa pulut kuning tu dibuat macam mana.
Dah redha je la time tu kan...

Alhamdulillah.. masa tengah makan beradab, makcik keluarkan pulut tu..
I was like...

"Waaaaaa.......cantik......menyelerakan.....!!"

Tak sangka dapat pulut kuning yang diidamkan... Rasa touching sangat bila tengok tu depan mata. Boleh?huhu
Yela aku kan risau kot la tak sempat nak buat ke ape kan. Pulut kan kena prepare lambat-lambat sket. Nanti kalau buat awal-awal tak elok pulak..


Joms kita tengok gambar pulut kuning saya yang santek itu..!!
Pujik diri sendiri pun okeng~ kikiki




Beautifully standing alone =')



Perfectly combined on white board base..



Haishhh kreatip betul la makcik I ni..hehe







TQ siwo Nah buatkan cantik-catik..sedap-sedap...
Kite suka sangat-sangat-sangat-sangat....!!

=)



Life of Pi


Assalamualaikum...


Baru je tengok cerita ni. Tu pun sebab redeem birthday treat dari GSC. Kan aku dah cakap aku ni kaki kupon atau sewaktu denganya.. Mesti tak miss punya kalau ada apa-apa yang pree.hehe
Tengok yang 3D punya. So kena top up RM5 je. Harga asal RM17.


Komen cerita?


Puas hati sangat!!

Sebab jalan cerita yang bermakna.. Full of imagination.. Debaran kehidupan laut.. Kecantikan alam yang kita tak pernah jejak..(kat lau tu) dan paling best gambar dia la.. Kalau tengok 3D memang puas hati lah. Tak rugi tengok.. Tapi yang tak bestnye bila part dia combinekan agama yang dianuti tu termasuklah agama Islam. Tu yang tak syiok tu.. Cerita pasal nak mencari tuhan yang sebenar tu macam dah ok dah. Sekali boleh pulak dalam cerita ni si Pi tu menganut agama Hindu, Christian and Islam dalam masa yang sama. Mana boleh....huhu


Tengok cerita ni memanjang je aku cakap...

"Waaa..."
"Eee cantiknye..."
"Uishh bestnye..."
"Jernih gila air dia...nak pegi situ..." huhu

Macam aku tengok cerita yang orang biru tu la.. Ape ke namanye aihhh lupa..
Haaaa Avatar! Ternganga-nganga mulut aku tengok cerita Avatar tu ha. Kagum sangat.. Cerita Life of Pi ni pun termasuk dalam kategori yang mengkagumkan lah..










Oi best la!

Tuesday, December 25, 2012

My wedding dress designer a.k.a my bestie!


Assalamualaikum...


Yaaa hari ni cuti. Banyak benda nak buat ni.
Nak amek road tax, nak singgah rumah Tiqah, nak print kupon.. (kata hantu kupon.. =p).. pastu nak dating! kikiki

Pastu saje nak tepek gambar 'hadiah' dari Apai.. my wedding dress designer..cewahhh
Proses nak beli kain pun dah cerita jugak dekat SINI. Apai la yang bagi tips dan nasihat yang berguna masa nak design and beli kain hari tu.. Consultation free! Sape tak suke.. Itu la gunanya ada kawan belajor pesyen-pesyen.hihihi

Thank you so much lalink~
^_^



Kidal-kidal Apai ni cantik jugak tau melukis gambar model. Tergamam sekejap masa tengok dia lukis dress kawin aku dengan sekelip mata je.. hehe

Thanks a lot Apai... I love this so muchhoo!!

=)

Monday, December 24, 2012

Hip hip horeyyy!!!


Assalamualaikum...


Akhirnyaa!!! Hip hip horeyyy!!! (Hantar jugak thesis ko kan Ana..)

Sebelum nak print tu selalu je pikir..
"Nak print ke tak ni..ok ke tak...dah siap ke belum.........."
Sampai lah prof kata dah boleh hantar pun aku still lagi berpikir-pikir nak submit ke tak... Macam tak ready je rasanya..huhu

Tapi bila dah nekad and kena hantar jugak..jadi, inilah hasilnya!
Alhamdulillah siap jugak.


Terbang lagi duaratushengget~~~~



Lepas dah hantar ni rasa semangat balik nak update blog. Nak buat review pasal kawen I pun tak habis lagi tau. Apatah lagi cerita honeymoon.. Busy nak hantar thesis katanya...huhu



*Doakan semoga examiners baca dengan hati yang lapang dan diorang submit report dengan cepat dan cepat jugakla aku viva dan lepas itu aku boleh ikot suami cecepat!! huhu

Wednesday, December 12, 2012

Planet Popcorn ala-ala Garrett


Assalamualaikum...


Penah makan Garrett Popcorn tak? Sedap...tapi manis. Makan sikit boleh la. Tapi kat Mines ada popcorn baru. Nama dia Planet Popcorn. Kedai dia kat Ground Floor dekat dengan Subway sebelah parit.
(Parit je aku panggil?? -____-)

Hari tu ada beli kupon dia kat Livingsocial. Al-sedia-maklum, I kan GILA kupon. Lagi pulak dengar cite Maya pasal popcorn baru tu. Kupon tu pulak kuar on time. Macam tau-tau je kitorang tengah sok-sek pasal dia. Seperti aku yang ngantok disorongkan bantal..(eh kena tak?) Aku pun klik klik le...hehehe

Berbaloi kot sebab dengan hanya RM23, anda boleh dapat 6 perisa popcorn! Hover sampai nak besarkan 6 tu.haha

Owhhh I LOVE COUPON~!!
=p




Didatangkan dengan sebuah kotak sebesar kotak printer!



Dalamnya ada 6 paket perisa popcorn. Tinggal 5 sebab dah melantak sebungkus.



Vacuum packing..untuk memastikan kesegaran popcorn terjamin. Cewah memandai.




Ini perisa KARI. Ha kari pun ada, tahu?



Ada macam-macam perisa. Yang dapat tu Original, Caramel, Seaweed, Curry, Coffee and Kimchi.. Yang lain-lain perisa yang tak termasuk tu macam Cheese and Wasabi. Tapi rasanya ada lagi perisa lain. Tak hengat.



Ini Seaweed!
Sedap. Memang ada rasa seaweed la opkos. Tapi Jiji tak suka. I suka je sume makanan pun. Original pun sedap!



Ini size sebenar. Besar-besar macam Garrett jugak kan? Baru puas hati makan!

Perisa lain belum terai rasa. Bagi yang dah bukak tu habis dulu. Perisa lain duk diam-diam dalam kotak, OK?


Tuesday, December 11, 2012

First time masak tempoyak.hehe


Assalamualaikum...


Happy weekend!!

Eh silap. Harini Selangor cuti. Terasa macam weekend la plak.hiks!

Hari ni jugak pegi Jusco beli barang-barang dapur yang dah habis. Beli ikan-ikan..sayur-sayur.. Best beli barang time weekdays sebab tak ramai orang. Aman skit nak membeli. Aku paling tak suka beli time weekend. Streeeesssss mak!!

Pastu masak la untuk lunch. Haaa menu hari ni first time aku nak masak ni.

Gulai tempoyak Ipoh mali!!

Ate husband orang Perak. Kena la belajor masak tempoyaknye... Memandangkan hari tu baru je habis musim deriyannye. Maka banyakle tempoyaknye dalam peti tu... Atenye masakle laki bini di dapur arini.. Jiji tolong ajar masak. Tapi kena google jugak -_-"
Ngajor jugak la siang-siang ikan, ayam, sotong sume. Senang nanti nak masak sensorang nun kat sana takde la sampai nak kena tengok tutorial Utube.haha




Tung tang tung tang...







Tenggiri masak tempoyak!
Ni pestime masak ni. Kat rumah takde lesung batu. Jadi, pandai-pandai la nak idop. Yang penting sodap! (Eh sedap keww??) haha




Chap choi (ek?) masak sos tiram!
Tak tau nama apa. Belasah je masak. Yang penting ape?? =p




Ayam goreng sudaa...




3 jerr???

Eh cukup la tu. Makan untuk 2 orang je pownnnn... Ni pun belum tentu boleh habis.
HAHA

Wednesday, December 5, 2012

Gambar kawin lagi..


Assalamualaikum...


Haaaa saje nak letak gambar kawin lagi.haha









Selamat Hari Rabu!!



Tuesday, December 4, 2012

Chocolate mug cake..guna microwave pun boleee


Assalamualaikum...


Aku gian sangat nak baking membaking lagi.
Malangnya kat rumah takde oven. Yang ada cuma microwave saje (lab mates bagi adiah kawin. TQ lab mates!!).
Disebabkan tangan ni dah gigil-gigil nak jugak baking...aku gugel resipi yang boleh pakai microwave. Sekali ada plak...senang pulak tu. Apelagi....kikiki


OK. Ini nama dia chocolate mug cake. Tapi mug aku panjang-panjang. Nanti tak feel plak buak membuak dia. Jadi aku pakai cawan jek..


Resepi:
(Google je wehhh...cari kat Myresipi banyak)


4 sdb tepung
2 sdb gula kastor
1 sdb serbuk koko
1 sdk serbuk penaik
1 biji telur
2 sdb minyak sayuran
3 sdb susu
1 sdk esen vanilla
chocolate chips


Gaul-gaul tepung, serbuk koko, gula kastor and sebuk penaik



Pecahkan telur dan kacau lagi...



Campurkan minyak, susu and esen vanilla pulak...



Pastu masukkan coklat chip ikut suka berape banyak yang kite nak.



Pastu aku masukkan dalam cawan (sepatutnya dalam mug la sebab nama dia chocolate mug.haha)



Atte..masukkan saje dalam microwave. Biarkan selama 3 minit. 3 minit saje ye. Ikut arahan.
And hasilnya....

Taraaaa....!!


Makan tengah malam pukul 12. Mana tak berat tu naik..hadoiiyaiii




Rasa?
Lagi sedap coklat cake yang biasa tu kot....
Maya kata dia buat sedap je tapi guna resipi lain. Nanti nak try resipi dia lak.
Kalau sedap aku hapdet. Kalau tak tu maknenye tak sedap la aku buat tu.....sekian

-___-


Thursday, November 22, 2012

Penangan durian


Assalamualaikum...


2 hari dilanda demam.
Ni gara-gara musim durian yang lebat di daerah Utara sana nuunnn
Almaklumlah, suami orang Perak. Dengar kata durian Perak ni best..?
INDEED!!
Aku sendiri yang menikmati saat-saat ke'best'annya.. Makan macam tak hengat doniaa
Sekali ngadap, tak hengat bape bijik durian ntah.. Dengan pulut duriannya.. kuah duriannya.. cekodok duriannya.. Siap tapau durian yang dah kupas lagi haa....





Banyak gambar lagi. Tapi tak boleh nak upload pulak..
Tapi tu la.. hasilnya.. 2 hari kedemaman.. harap-harap hari ni akan okey sikit. huhu

Tuesday, November 13, 2012

The reception - Part 2


Assalamualaikum...


Marilah kita sambung majlis kawin aku yang lepas... sambung dari entry NI
Kali ni rombongan pantin lelaki plak sampai... dan seterusnya lah...



Rombongan merah HATI membawa separuh HATI untuk disatukan dengan separuh HATI yang lagi satu untuk menyatukan sebuah HATI... wahh! =p



Waiting for me?



I'm coming dear! ;)







Yeayy marilah kita masuk rumah bersama.. =p


Oppss~!!
Pakcik2..sedara mara sudah get ready sediakan tol... Bersiap sedialah rombongan lelaki..huhu



Sedara mara lelaki akan buat tol kat luar rumah..



Hadik-hadik aku pon beratur jugak... -_-
Terpaksalah kan hulur semuanya..kalau tak, tak masuk la..hehe

Eh, kat dalam pun menunggu ni ha..
Sedara mara n kengkawan buat tol kat dalam pulak.. Memasing muka excited nak jadi tol gate girl hokey..haha





Time kasih abang pengapit! =p




Hoihhh penuh rumah den yang comel itu.. Nampak senada je warna kan.. I loike!! =p


Akhirnya.. dapat jugak duduk dengan kite kan...kikiki
Actually, adat tol ni memang dah lama ada bagi orang selatan. Lebih-lebih lagi Johor. Bagi kami, ni cuma sekadar suka-suka. Just nak memeriahkan majlis je. Amount yang diberi adalah bukan diambil kira. Cuma nak kekalkan adat dan memeriahkan majllis :)

Ok lepas tu kita jemput makan semuanya ye...
Alhamdulillah makanan, nasi beriyani dan lauk pauk adalah sedap. Wak Lokman lead untuk masak kenduri ni. Dia masak memang sedap! Nyum Nyum~







Tetamu di atas adalah sebahagian dari family lelaki. Thank you sudi datang =)




Makan, makan, makan... Timu tu memang lapor

Lepas makan, sambung bergambar balik dengan kengkawan sedara mara sume...yeayy!!



Inilah keluarga baru saya (tetibe saya eh!) :)


Ini keluarga besar Jiji.. mintak mahap la rumah comel je..hehe

Then, bergambar dengan kawan-kawan pulak.



Olin, Aza, Taca, Sarip, Anom and Ejat!


Fahmi, Jalil, Mizi and pamanku Kamil!


Ini pun kawan sekolah bersama keluarga memasing..



Ini housemate!
Husna, Himah, Kak Nora, Tiqah, Dura and Kak Ida



Farhana and husband.. Ex-coursemate kat UTM


CAKKK!!!

Owh gambar-gambar yang lain takde dalam camera ni.huhu


OK dengan mak ayah pulak :)


..dan jugak adik beradik..





Akhir sekali.. opkos la dari kami!
=)

Nanti sambung lagi...daaaa~