About Me

My photo
Nyong iki asal'e wong jowo. Harus ngomong'e jowo. Sitik-sitik iso lah..hehe

Monday, April 16, 2012

Baju nikah


Assalamualaikum...


Haritu dah hantar baju  nikah ke tailor kan? Ye, tailor je.. Tak mampu la nak pakai designer bagai.. tailornya pun kawan mak aku je. Yang paling penting jahitannya kemas, selesa dan menjimatkan..!! hehe


Jenuh jugak la nak mencari jenis baju apa yang nak dipakai untuk nikah nanti. Macam biasa la kan, aku memang selalu tak tetap pendirian. Tak tahu nak pakai baju camne. Nasib baik la dah beli kain siap-siap masa tunang dulu. Tak payah aku nak stress-stress lagi nak cari kain. Syukurrr.....


Kain beli kat Nilai 3. Ntah nape beli kat Nilai ntah. Sebab aku rasa cam murah kot. Padahal tak survey lagi kat KL.. Aku rasa nasib baik la beli kat Nilai 3 sebab kalau cari kat KL kompem aku stress sebab banyak sangat pilihan tak leh nak decide. Lagi-lagi kat jalan tar tu..huhu
Beli kat kedai Suria, 8 meter kain satin japanesse doll (ntah apa nama tapi kain dia soft and tak berkilat kuat, cantik!) untuk lelaki pompuan, and 2 meter setengah lace, tak sampai RM160! Puas hati! haha




Over tak? Aku tengok cam cantik je. Terus zasss..!
Sebenarnya panjang cerita pasal kain nikah ni. Tapi malas lah nak cerita. Nanti tak habis-habis pulak aku merepek.hehe


Aku ingat memang nak pakai ala-ala jubah je. Nampak la supan sket anak wak lolan ni. hehe. Setelah google-menggoggle.. ada jugak la yang berkenan di hati...




Ni baju Lijah. Nampak macam kurung moden. Simple je kan..tapi sweettt. Dia DIY sendiri tau beads yang ada kat baju tuh. Rajin, rajin... Aku, memang tak la kot.huhu


Pastu, Tiqah tunjukkan gambar kawan dia nikah. Pakai lace jugak. Ala-ala jubah jugak. Aku suka jugak!!hehe




Ha canti kan? Cantik kan..?
Memang la cantik sebab penantin tu semestinya dah cantik. Pakai apa pun nampak cantik..
Bayangkan aku pulak yang pakai....disaster kot!! huhu

Tapi takpe la. Aku pakai template ni je boleh? Tapi ada la tukar-tukar sikit kat part tangan bahagian dalam and bawah tu.



Yang kat atas ni pun lawa. Nak buat yang serong-serong lace kat tengah tu. Tapi disebabkan akan potong banyak kain dan merugikan, so tak jadi buat camtu. Jahit simple je dengan menggunakan kain yang dah sedia ada cukupnya.

Tak pe lah yang penting aku puas hati dapat tengok contoh orang pakai baju yang aku nak tu.

Harap-harap baju tu moleklah rupanya. Aminnnn =)

No comments: