Daisypath Vacation tickers
Daisypath Anniversary tickers

About Me

My photo
Nyong iki asal'e wong jowo. Harus ngomong'e jowo. Sitik-sitik iso lah..hehe

Tuesday, April 24, 2012

"Saya Bangga Menjadi Surirumah Sepenuh Masa"


Assalamualaikum...



Satu perkongsian yang menarik dr Prof Dr Muhaya:


"Saya berkesempatan utk bertemu dgn ibu kepada seorang ilmuwan agama (ustaz) yang tersohor pada masa kini. Melihatkan kpd kebolehan anaknya dalam menyampaikan dakwah, maka saya bertanya kepada ibunya, apakah rahsia beliau dalam mendidik si anak? Jawab si ibu, sewaktu si anak (ustaz) dilahirkan, beliau telah mengambil keputusan utk berhenti kerja ba...gi menumpukan sepenuh perhatian beliau utk menyusukan anaknya selama genap 2 tahun. Selain itu, pada setiap malam, apabila mereka suami isteri dikejutkan si anak utk menyusu, suami beliau akan turut sama bangun. Suaminya akan menyediakan susu kepadanya utk minum sambil beliau menyusukan anaknya itu. Suaminya tak benarkan beliau menyusu sambil baring. Sebaliknya, suaminya akan menyediakan belakang badannya utk beliau bersandar menyusukan anak sambil duduk dan memastikan keselesaan semasa menyusu. Bayangkan bagaimana emosi si isteri apabli setiap malam dilayan sebegitu oleh si suami"


SUBHANALLAH.... indahnya alam rumah tangga jika bersandarkan amanah dan kasih sayang kerana Allah. Tak mustahil jika mereka dapat melahirkan generasi yang baik akhlaknya.


Persoalannya, siapakah si anak yang dimaksudkan???





Beliau adalah USTAZ DON DANIYAL DON BIYAJID;)





~Copy & paste from wall Dina Hj Shari. TQ



Aku sentiasa berdoa dan mengharap dikurniakan anak yang soleh dan solehah satu masa nanti. Anak yang soleh adalah harta kita di akhirat. Hanya amalan di dunia dan anak yang soleh lah yang akan jadi bekalan kita di sana nanti. Doa dari anak yang soleh boleh bantu kita semasa mereka di dunia, sementara kita menghadap Ilahi..

Tapi, untuk mendapatkan zuriat idaman, haruslah bermula dengan diri sendiri dulu. 

Betulkan apa yang salah..

Tegakkan mana yang betul..

Jahit mana yang koyak..

Kambus mana yang berlubang..

Lebihkan mana yang kurang..


Yang penting, pasangkan niat semuanya hanya untuk mendapatkan keredhaan Allah.. Sentiasa 'berbicara' dengan Allah. Allah kan Maha Mendengar. Jadi, jangan lepaskan peluang ni. Sebab kita tak perlukan credit pun untuk 'berbual' dengan Allah.huhu


Eh eh tajuk macam tak kena. Gasak je la. Tajuk tu pun copy paste je.hehe


Sekian untuk malam ini. Selamat berbuat amal!! ;)




No comments: