Daisypath Vacation tickers
Daisypath Anniversary tickers

About Me

My photo
Nyong iki asal'e wong jowo. Harus ngomong'e jowo. Sitik-sitik iso lah..hehe

Thursday, March 29, 2012

The Colours of Life


Assalamualaikum...









"Friends are like colour pencils..


They colour our lives.


I may not be your favourite colour..


But,


Hope you will need me somewhere to complete your picture."






=)





Wednesday, March 28, 2012

Wordless Wednesday: Laksa hotttttt


Assalamualaikum...


Tak perlu kata apa-apa.....















.....Senyum.....
=)))

Jalan2 Melaka & KL bawa Ikumi-chan!


Assalamualaikum...


Hari ini adalah hari Selasa di mana setiap Selasa akan diadakan ritual persembahan hasil daripada para2 sakura kumpulan idealis yang kecut perut bila sampai turn nak mempersembahkan hasil masing2 kepada tok batin dan konco2nya...

Setiap para2 sakura akan rasa seram sejuk yang bukannya musim salji pun waktu itu. Tapi disebabkan ia adalah ritual yang wajib dijalankan setiap minggu dan memerlukan para2 sakuranya mempersembahkan hasil yang va va vaa...sughooiii..!!! semua para sakura pun akan terasa tak senang duduk.. peluh menitik tapi tak jejak ke bumi.. tak lalu makan dengan hidangan yang disajikan dayang2 dan bukan dayang.. perut mula memulas ingin bertemu Mr. Tan.. dan macam2 lagi yang tak dapat kau bayangkan..

Tetapi, apabila selainya ritual tersebut.. semua para2 sakura akan terbang gembira membuat apa yang kau suka bila semuanya berakhir.. Happily ever after...wweeeee~

***

Eh eh siap para2 sakura bagai...mentang2 la kawan Japang datang weekend aritu...hihi. Ye, arini aku nak cerita aku punya last week punya aktiviti..hehe. Member Jepun kami datang ke Malaysia nak berjalan2 katanya. Kami pun punyalah excited nak bawak dia jenjalan. 2 hari berturut ok. Ahad and Isnin.. Ye, Isnin..semua orang kerja. Tapi kami dok sebok berjalan ke Ki il...kau bole? =p


Si Ikumi-san yang cute lagi sopan santun mengalahkan aku  ni sampai Malaysia, malam Sabtu. Dia amek pakej flight+hotel+airport transfer dalam lebih kurang RM3k je ok. Murah giloss.. Dulu aku pergi sane, return tickets je pon dah lebih dari rm3k naik MAS. Baik naik airline Jepun. Murah dan bleh jimat banyak di situ.. Ok takpe, next time ye..honeymoon? =p



Benda pertama yang harus tourist pakai..heheehe..cute!



Sabtunya kami pergi hangkot dia ke Melaka. Da tak tau nak gi mana yang best. Itu je yang terpikir di benak pikiran ni. Lagi pun Melaka kan banyak bende yang kita leh tunjukkan kat orang luar.. Not bad la kan... Memula sekali kitorang bagi die merasa 'kakigori' Malaysia a.k.a ABC! hehe. Kasi semangkok..tengok ko belalak tak mata ko betapa heavennya kakigori Malaysia dengan Jepun...dengan bongkak riak dan takabburnya aku kate
"How was it?"
tanya aku kat Ikumi-chan sambil dongak dagu and angkat dua2 kening...
"Veryyy delicious..."
sambil terangguk2 macam orang Jepun yang selalu buat tu. Eh, memang dia Jepun pun...haha. Korang patut bersyukur ABC kt malaysia ni da kira makmur da tu dengan macam2 segala benda kat dalamnya..ko tau tak abc jepun camne?

Camni!!!


Ais+sirap pelbagai perisa je da rm9!! ha dasat tak?? bersyukur la kita..... =)


Then, kami bergegas ke Jonker Walk.. Panas tak hengat la time tu..tapi boleh si ikumi kate..
"Whooaaa summer!"
sambil dongak kepala kat atas, kuak dua2 tangan..Aku tengok dengan terpinga2.. -_-"
Kitorang jalan2 la kt situ. macam biasa la Jonker Walk di siang hari.Ramai jugak orang hari tu. yelah, weekend kan.. tapi kalau malam mesti cantik dengan lampu2...


Naga terbang menyambut weoll...meriah uollss


Jonker Walk


Part of Sg Melaka


Bangunan Merah, The Stadhuys Melaka...depan Stadhuys ni ada stall jual cendol..abc..pisang goreng..tempat kitorang pekena abc and cendol...


"Bangunan ni dibuat oleh..bla..bla..bla..pada bla..bla..bla.."
Superb la Tourist guide ni =p

















Jonker Gallery yaww....
Ikumi said "Veeeryy cheap..." T_T



Then, setelah bershopping murah-murah-katanya, kami terus menuju makan di medan makan betul2 depan Muzium Samudera...and I warn you. Jangan makan nasi ayam kat kedai makan atas sebelah kiri yang depan sekali. Tak sedap langsung! Frust aku.. dah la bawa tourist ni. makanan plak spoillllaaa..huhu


Kami makan tak habis, tapi kagum Ikumi makan habis licin. Tapi dia tak makan sup ayam tu. masin ya amat.. Pastu, kami jenjalan ke Kota A'Famosa seperti yang diidam2kan beliau...Makanya, pergilah kami hingga ke St. Paul church.

Nampak rambut Ikumi saje..


Seterusnya kami ke Menara Taming Sari!
Untuk warganegara dewasa adalah RM10 manakala bukan warganegara adalah RM20..mahal!


Melaka di bawah tapak kakiku.. =p


Selat Melaka yang terlalu busy dikala dahulu kala...


Seronoottt!!


Kemudian, kami berjalan mahu pulang mencari kereta. Tak sempat nak pegi jauh2 lagi sebab hari sudah mau senja. makanya, lebih elok kita pulang saja ya...


Malam tu kitorang mentekedarah Pelita! sedakk eeeee...pelahap makan.sampai Ikumi pun makan habis licin. lapo punya pasal..haha

Pas makan tu kami pulang ke sarang masing2..


***
(Perghhh siap ber*** bagai...bajet novel ke ape?)



Keesokan harinya..adalah untuk ke Skybridge sebenarnya. tapi..tapi ...tapi... Skybridge KLCC tutup pada hari ahad Isnin! kecuali time cuti sekolah ataupun cuti peristiwa atau cuti pape la. hampa betul Ikumi tak dapat naik..huhu. takpe, next plan is Aquaria KLCC!


Mahal dow...pelajar malaysia disabitkan sebanyak RM30! dan bukan pelajar adalah RM35! dah la student yang register 2009 ke atas je yang diterima. bengong punye rules n regulation. kami postgrad okeyy. belajar sepanjang hayat..tadek limitation tahun punye..kau ape tau?huh emosi sungguh time tu..disebabkan geram, aku sorok2kn Ikumi bia dia tak nampak n charge Ikumi same as malaysian adult.wakakaka


Kat dalam tu bese jek...pada aku la.Nothing to impress sangat pon. Cuma aku suka part feeding time. Sangat la kagum dengan ikan pari and turtle yang besar sungguh! Subhanallah... (Tiada gambar disediakan)




 


 This one is very supercute...yang kat belakang tu ekor dia yang depan tu kepala dia...kawaiii! ^_^




Himpunan shark fin.  Kitorang ada sign petition for  against pembunuhan shark. Memandangkan TIADA akta yang melarang pemburuan ikan jerung ni, makanya pihak Aquaria buat inisiatif mereka sendiri untuk menentang gejala yang tak sihat ini..Kalau takde permintaan , takde la pembunuhan kan...So, don't eat shark fin  please.... =(



*Aku tak tahu kenapa gambar jadi tunggang langgang. Malas nak betulkan.haha

Lepas menjelajah Aquaria, we have take a lunch at Little Penang, KLCC..sumuanya sedap!

Mine! Penang Prawn Mee...slurrppp!


Dina's..Mi kari..superb!!


Kak Ferol's...asam laksa..yummeyhhh


Ikumi's...nasi lemak."Delicious.."


Iffah's...char kue tiaw...daknyeee


Clean & clear! Burrppppppppppp. Alhamdulillah =)


Next, we are going to National Museum yoo...Sejak 10 tahun yang lepas agak2nya aku jejak kaki ke tempat ni. Masa tu kecik lagi kot. Ingat2 lupe je..kali ni masuk kira refreash balik la apa yang aku da lupa kan. Muzium ni tak la best sangat aku rasa. Tapi ok la..sesuai gak untuk tourist datang..




Snap luar je. dalam tak snap pape pun.

Pastu kitorang bergegas balik hantar si Ikumi ni check put hotel. Flight dia kul 1030 pm. Agent dia amek kul 730 pm and dia checkout kul 6 pm. Kitorang tunggu sampai dia naik van pelancong and say gudbye...

Pheww~ what a long journey and writing I think...
And this is the only photo of me and Ikumi.haha



Nice to meet you Ikumi-chan! ^_^



Saturday, March 24, 2012

Nak meniaga kainlah! =p


Assalamualaikum...


Tajuk adalah seperti di atas.hahaha...for the first timenye aku nak menjual kain ni. Tapi aku tak tahu sangat la market2 kain ni macam mana. Ni antara contoh kain yang nak dijual...



Printed Allan Thomas English Cotton Satin Collection 



Kain cotton kualiti baik. Mengecut sedikit selepas dibasuh. Better buat ukuran baju besar sket as suggested by the pakar. Aku tukang pomot je.hehe





Bidang 45"


Harga  :

1 meter = RM28
2 meter ke atas = RM25/meter


POSLAJU PERCUMA ke seluruh Malaysia


 

Comey...comey... ^_^




Ni very the vintage...














Kain Polyester Matching Polka Dot + Stripe 

Bahagian baju polka dot kecil, pada kaki baju ada jalur matching dengan kain corak jalur.

Kain lembut terletak. sesuai buat baju kurung, kebaya, kebarung atau kurung moden.

bidang 45"
2 meter bhg baju, 2 meter bhg kain

Free Poslaju

Harga : RM60.00










Sume comey...macam aku pulak nak semua.haha..kalau buat blause ni pun cantik gak kan..blause yang cantik macam Dudud buat tu dia cuma beli 2 meter je..cantik gak. Tak semestinya buat baju kurung je kan.hihi




Camne? Ok tak kain2 tu? Aku pun konpius ade ke orang nak beli ni?hahahaa. Tapi aku tengok kain ni macam cantik..Boleh la kalau nak beli sekarang sebab kalau lama-lama nanti tailor dah tak nak terima tempahan jahit. nak raya katenye...banyak tempahan.hewhewhew




*Apa-apa soalan atau tempahan, bolehlah roger2..(macam ada orang nengok je.hiks!)