Assalamualaikum...
Hai si merah baldu... marilah datang kepadaku....marilah...marilah....ahaks! (sengal)
Sekarang ni housemate saya (eh eh tetiba saya pulak =p) gila nak buat kek red velvet...saya pun tak tahu kenpa. Tapi yang pastinya red velvet cake adalah sangat sedap.... Boleh bergaduh 7 keturunan tau kalau red velvet ni tak cukup...ok tipu T_T
Memanglah kek ni sedaaappp sangat. Tiap-tiap hari pun kalau makan ni kompem tatak muak punya wa cakak sama looo... Tapi kalau nak beli hari-hari memanglah poket wa rabak dan tampal dan rabak dan tampal entah yang ke berapa kali..huhu. Makanya, ambillah inisiatif dan daya progressive diri bagi memantopkan kebolehan dan bakat yang terpendam untuk membaking demi mendapatkan red velvet yang diidam-idamkan ini....
Tak paham?aku pon -_-"
Nampak macam susah kan kek ni? Tapi pecayalah kawan-kawan sekalian, ianya amaaatttt mudah....kalau ikut resipi.hehe. Seperti biasa, resipi diambil dari blog kak Aznita. Pandai la ko cari resipi kek ni kat dalam blog dia tu. Mesti non-stop punya lah kalau da masuk blog dia tu. Tempting gile dengan semua resipi yang dia buat.huhu
Ok malas nak gebang banyak. Susunan ceerita adalah berdasarkan susunan gambar...ceh!
Bahan-bahannya adalah...tepung serbaguna, cocoa powder, baking powder, butter, cream cheese, pewarna merah, gula kastor, fresh milk, lemon juice, telur, garam...tu je kot seingat aku. malas nak tengok resipi.haha
Mula-mula kena ayakkan bahan kering dulu macam tepung, baking powder and garam. Then, bancuhkan cocoa powder and pewarna merah dengan sedikit air. Ketepikan..
Step seterusnya, pukulkan butter and gula. Then, masukkan telur...beat lagi...
Pastu, masukkan campuran koko dan pewarna merah ke dalam adunan butter and gula tersebuttt.
Selepas itu, masukkan tepung and buttermilk secara selang-seli. Kalau start masukkan tepung, akhir sekali pun kena ending dengan tepung, okeh...kalau pukul tu kena la satu arah yang sama. Kalau pukul cacamarba makanya
Haa nanti jadilah kaler macam kat atas tu. Tapi nampak macam pink la pulok..layanzzz zassss
Di bekas yang lain, bancuhkan soda bikarbonat dan cuka masakan. Pastu tuang kat dalam adunan velvet itu. Dan dikacau lagi...
Pehtu, masukkan adunan ke dalam loyang...harus diingat, loyang kena griskan dulu dengan butter ke marjerin ke biar tak melekat nanti. Letak kertas kat pat bawah pun ok sebab kompem tak lekat kat loyang...
Psstttt..pakai kertas A4 je weh =p
Dah siap, masukkanlah ke dalam oven...dengan suhu 165 darjah celcius selama 1 jam dan api atas bawah, bakarlah ia ye..haa yang coklat tu da masak la tu..hihi. Biarkan je dulu kek tu jangan ditonggangkan lagi. Sementara dia sejuk, buatla cream cheese pulak...
Beat cream cheese, gula and fresh milk..sampai dia begedebussss!
Then, layerkan kat tengan kek lepas kek dibelah 2...
Haaa camni la...
Cover the top of the cake with the cream cheese..yummyyy yummyyyyeyyhhhh
Cover la semua ye...cake pun tau malu nak kena cover...hiks!
Pastu, chillexkan kek ini dalam peti aih...sangat heaven hasilnya nanti wohhh~
Abaikan tutup periuk yang jadi base kek tu. Kami takde papan cake yang bersesuaian. Makanya, penutup periuklah yang jadi korban.hahahahaha
Tadaaaa~~!!! Sedap weeyyhhhhhhhhh
Cuba la try test buat! Tak payah nak beli mahal-mahal kat kedai lagi. Ko akan jadi boleh makan sorang sebijik dan sangat membanggakan diri sendirik nanti..apa aku cakap ni aku pun tak paham.hahaha
^_^
No comments:
Post a Comment