About Me

My photo
Nyong iki asal'e wong jowo. Harus ngomong'e jowo. Sitik-sitik iso lah..hehe

Tuesday, November 26, 2013

Rumah kami di Leeds


Assalamualaikum...


Pejam celik, pejam celik dah 2 minggu dah aku kat Leeds ni. Rasa macam baru je semalam aku sampai. Tapi eh eh..dah 2 minggu!

Banyak jugak aku nak citer ni. Tapi bior aku citer satu satu dulu. Nampak macam banyak entry sket. Huahua

Memula sekali nak citer pasal rumah.
Rumah kitorang kat sini memang rumah uni. Rate sewa rumah agak mahal. 500 pound. Jangan convert. Nanti aku pon pitam. Ala lebih kurang la kalau kat Malaysia macam RM 500 la.. Rumah kat sini kalau sewa mesti fully furnished. Memang jarang la ada rumah yang kosong. Semua disewakan lengkap. Maintenance pun takyah risau. Pihak uni yang akan buat sume. Bil air free, uni bayar. Cuma bayar bil gas and electric je. Nasib baik la heater pakai air. Heater paling teramat penting di sini ye. Kalau rosak heater, mau mati beku aku.huhu. Internet pun pakai uni punya. Dah jimat di situ...

Sebijik rumah 4 tingkat tapi dijadikan macam flat. Rumah kitorang level 2. Atas ground floor tu. Memang ngam ngam cantek jek bukak pintu terus masuk rumah sendiri. Takyah naik tangga.
Ada 2 bilik, 1 bilik air. Semua lengkap dengan katil and tilam. Kitchen, sofa, meja study sume la ada..



Gambar depan rumah. Yang tingkap sebelah pintu biru tu la rumah kitorang. Gambar ni masa bulan September aritu. Sekarang penoh dengan daun kering je. Autumn kan..huhu
* Tu Jahar, kawan Jiji, PhD student. Single and available. Sape nak kenal?? =p














Comey je rumah kitorang ni. Cukup la untuk hidup berdua. Semmua gambar masa baru tengok tengok je. Now dah penuh la barang. hehe
Kalau kat sini, rumah memang kecik-kecik je. Nak besor-besor, ongkosnya pun kena la besor juge...


Disebabkan kitorang sewa rumah uni, so memang dekat la dengan kawasan uni and city center. Jiji nak ke lab pun dekat je jalan kaki dalam 10 min dah sampai. So, tenghari dia boleh balik sekejap untuk lunch and solat. Tu main purpose amek rumah dekat dengan uni.
Nak pi center pun dekat. Jalan kaki 10-15 min je dah sampai.


Huarghhhh bosannye entry aku ni. Maybe aku dah ngantok, so memang aku tulis pun ala-ala ngantok je kan.
Ok, fine. Memang bosan. Next time cite lagi.huhu

Friday, November 22, 2013

"GiveAway27" by Gerobok Ana in UK


Assalamualaikum...


Salam Jumaat semuaaaa

Ni kitorang nak bitau ni...



Kite buat GA kat page Gerobok Ana in UK

Klik la kat sini. Nak bagi voucher ni kat ramai orang tapi ttak ramai lagi yang join. So, sesape nak voucher ni boleh la join yeee 
Dah dapat voucher ni, korang boleh la shopping moping barang kat page ni ;)

Kitorang namakan "GiveAway27"!!
Sebab ape??
Ce klik kat SINUN.
Hehehe

Boleh la tolong war-warkan kat kengkawan eh..eh..eh...hihihi

TQ.... ^^,


Thursday, November 21, 2013

Journey to the West~


Assalamualaikum...


**Ini entry sudah lama dalam draft.huahuahua**

Helloooo saya dah terbang 10 November haritu.
Excited?

YESSS!!

Travel 13 hours direct flight to Heathrow London. Flight pukul 1035. Memang berpagi-pagi la ke KLIA nuu..

Paaaling aku gerun nak lepas kastam nanti. Aku bawak benda-benda terlarang tahu tak? haha. Dulik ape kan..demi somi ku yang terchenta.. ku redah juak walaupun illegal.ngehehe

Berat beg 34 kg. Limit 30 kg je. Lebih 5 kg kena bayar RM 90. Aku redho je la kalau kena bayar tu. Sekali dia orang kaunter buat bodo je..aku pun ya syukur alhamdulillah....

Boarding gate buka kul 0910. Aku masuk imigresen dalam kul 0915 camtu lepas salam-salam sume.
Haruss la ada sesi sobb sobbbss kan... Lagi-lagi Kila adik pompuan aku tuh. Sehari sebelum pegi dah ada pre-sobsobbss T_T




Terima kasih kepada mereka yang datang menghantar iols haritu...
Terima kasih family Serom.. family Ipoh.. family lab 140.. hehe
Kamu semua baaaanyak tolong aye...sobs sobss :")


Ok, masuk dalam flight, cari seat. 16K. Ni pemandangan tepi tingkap seat aku.


Apo yang aku nampak?
Sayap kapal tobang yo yang den nampak haa...
A380 kan kapal tobang airbus..jadi sayap dia pun bosa bobonar haadoiii
Memang tak nampak ape la weehh..



Jakun nampak view kat luar through screen kat depan ni.huehue

Sebelah seat aku takdak orang. Tapi selang sebelah tu ada sorang mat salleh. Dari US katenye.. Asik pinjam pen aku je. Dah la cakap laju gila plus sleng dia yang bajet aku paham la kann.. Tanya dua kali baru aku Oo pennn...sure.. :)
*Dalam hati macam ni: -_____-


Dalam flight 13 jam apa yang boleh kau buat?
Macam-macam boleh..
Tengok movie entah brape kali aku marathon movie ntah tak kira.. Siap ada Runningman lagi tuh.
Dah bosan tengok movie, aku main game.
Dah bosan main game, aku tidor.
Dah bosan tidor, aku bangun diorang bagi makan.
Dah bosan makan, aku pegi toilet. Tapi leceh sket la nak bangun keluar tu. Si mat salleh ni takde pundi kencing agaknye...


Makannnnn



Lauk tak sedap sangat pun. Asal boleh telan sudaa


Bosan bosan tengok luar. Tu pun kena toleh belakang sket baru nampak view bawah. Tekehel leher gitu.




Aku tak sure time tu kat area mana. Lalu atas desert yang kering kontang takde orang. Lepas tu atas gunung tu ada salji. I is teruja! Nampak sikit-sikit pun jadi lah kan.



Makan petang dia bagi SkySnax je. Dalam tu ada macam-macam kacang, biskut, coklat sume tu. Ok jugak pack macam ni kan. Kalau tak habis boleh bawak balik masuk beg. Tak la sepah sini sana. Good good..


Kapal touch down jam 4 pm London, 12 malam Malaysia. Waktu yang paling nervous uols. Lagi-lagi nak lalu kastam. Yela, bawak barang terlarang kan. Confirm la aku cuak. haha

Mula-mula lalu imigresen dulu. Iye-iye la aku bagi semua doc yang kata UKBA kena bawak and bagi masa kat imigresen. Tapi orang imigresen tu macam tak tau pun ape banda doc yang aku bagi tu. Kalau aku tau tak payah bazir duit buat TB test aritu.
Ikut nasib la kot. Kalau dia mintak memang kena la. Kalau tak mintak, so rasa rugi la buat test aritu.hehe



Ok lepas tu amek beg. Ada dekat 15-20 minit jugak la tunggu beg aku tu tak muncul-muncul. Buat nervous aku je. Sebab dalam beg tu kan ada barang yang pelik-pelik. Takut diorg detech pulak.haha

Lepas dah amek beg tu aku dah terbau-bau tempoyak tu. Dalam hati, ah sudah. Jangan kat kastam dia bau sudah.
Sebelum lepas kastam ada 2 lane. Untuk declare barang atau laluan hijau untuk tak payah declare. Aku dengan selambe and yakin serta confident lalu je green lane tu. Ingatkan takde orang jaga. Half way tu ada pulak 4-5 orang kastam tunggu. dah nasib baik la diorang tahan orang depan aku. Diorang busy2 dok tahan and tanya orang depan, aku pun nonong je tolak troli terus keluar.
SELAMAT! Fuuhhh

Keluar keluar je terus nampak orang ramai tunggu. Ok Jiji kata amek ke kanan sebab boleh tangkap gambar "Arrival"
-_-
Tanak letak gambar tu sebab aku nampak gemok. Tapi itu la yang dimasuknye dalam FB. huhu

Then kitorg solat kat airport tu. Tempat solat campur-campur untuk semua agama. Time aku solat tu semua muslim.



Lepas solat kitorang amek bus nak ke Victoria Station. Sepatutnya ada je train direct. Tapi train rosak haritu. So terpaksalah kitorang naik bas. Free pulak tu.
Then kena amek train dalam setengah jam ke Victoria Station.
Kat sana diorang pun ada yang baik-baik jugak. Siap tolong angkatkan beg aku masa naik tangga. Tak padan tinge bertindik bagai. Baik ya amat. Teringat orang kat Jepun dulu. Pun baik nak tolong aku angkatkan beg and tolong tunjuk direction.
Kalau semua macam gini kan bagussss..


Dalam setengah jam cenggitu, sampai lah kitorang ke Victoria Station. Kat situ macam central la untuk train and bas. Tapi tak sempat pulak nak menjenguk Platform 9 3/4 tu. Boleh jugak fefeeling Harry Potter.hehe

Terus ke bus station. Tiket pukul 8 malam. Kitorang sampai pukul 7. So, menapak jap la.





Haa tak secantik TBS kite kan? Buruk je. Hahaha
Nak buat camne, memang station bas ni dah lama. Kitorang nak ke Leeds, kena tunggu kat Gate 15. Bas beratur kat luar tu.. Dah nak naik bas nanti kita kena keluar ke arah bas yang ada depan gate kita tunggu tu. Kat situ nanti sebelum naik bas, driver dia check tiket and masukkan beg.
Masuk la dalam bas tu. Dok diam-diam.

Sampai Leeds jam 12 malam. Perjalanan selama 4 jam ye dari London kalau naik bas. Naik bas murah sikit. 11 pound pegi balik per person. Kalau naik train lagi cepat la dari bas and lagi mahal la.
Sampai station bus Leeds, kena amek cab pulak untuk sampai ke rumah.

Haa semua jenis pengangkutan la aku naik haritu.
Kapal terbang, bas, keretapi, teksi...sume aku naik. hahaha

Sampai rumah terus collaps!

Bangun pagi, Jiji masak roti canai. Masak sangat.... mesti la instant.haha





Alhamdulillah. Allah permudahkan perjalanan akku ke sini.
=))

Sunday, November 17, 2013

:(


Assalamualaikum...

Jiji dilantik as penghulu. Aku TAK SUKA!!!
Rasa nak mengamuk je. Lebih baik tak payah datang meeting camtu. Asal aktif sikit, dah naik nama.

Dah. Aku tak kira. Nak aktif lebih-lebih, cari penghulu lain. Aku tanak Jiji jadi penghulu.

Aku tak suka dengan bersebab. Banyak sebab.
Mana ada penghulu yang tak kan busy dengan meeting n aktiviti?
Bila dah ada semua tu, masa untuk dengan aku da berkurang. Confirm. Tu yang aku TAKNAK.
Labwork pulak nanti ape cite?

Dah la. Aku emo malam ni. Entry pindah Leeds pun aku tak cite lagi, dah bukak entry lepas geram.

Serious aku rasa nak je m*** orang yang calon n decidekan tu. Sekian.