About Me

My photo
Nyong iki asal'e wong jowo. Harus ngomong'e jowo. Sitik-sitik iso lah..hehe

Thursday, May 22, 2014

Jalan-jalan Sheffield


Assalamualaikum...


Last few months.. (few months kooo), Jiji and I pergi melawat Sheffield. Balik hari je sebab dekat je dengan Leeds. Kitorang naik train. Public transport kat sini sangat bagus. Memang takde masalah nak travel dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Siap ada discount lagi. Banyak pulak tu deal-deal yang diorang offer. Nak murah lagi, beli tiket awal-awal. Kompem murah dari beli on the spot.

Ni sesbenarnya dah lamaaaaa sangat terperap dalam draft. Disebabkan hari ni sejuk-sejuk hujan renyai-renyai, jadinya kita malas nak taip panjang-panjang. Kita letak gambar je lah. huhuhu


Gambar nak fokus kat Castleford tu. Kengkonon lepas ni boleh ingat nama-nama station la....




Dalam train pun pakai glove. Time tu memang sujuk woo



Buruk je kat station diorang. Tapi nampak terjaga, klasik sangat. Bersih je..


Dah sampai pun Sheffield Station.


The famous man-made waterfall outside the station. Sejuk gila la time tu. Ingat lagi.. Rasa beku. Duduk pulak sebelah air terjun ni. Memang laaaa..


Masa tu baru lepas hujan renyai. Sejukkk... (tak habis-habis ulang sejuk -____-)


Sempat snap dengan Sheffield Hallam University. Uni Mike dulu. Labmate Jiji.


Kat dinding bangunan pun sempat lagi dia buat poem. Khas untuk traveler..


Dah melepasi Uni Hallam tu kitorang masuk Art Gallery Museum. Masuk je, free kan. Boleh la tau asal-usul and sejarah Sheffield ni sikit-sikit.
Kalau Leeds famous dengan cotton, Sheffield pulak famous dengan barangan steel. Semua jenis barang yg diperbuat dari steel dia ada pamerkan dalam ni. Zaman dulu-dulu punya cerita la..museum kan..


Park yang ada kat luar museum. Park ni dalam bangunan. So bila winter pun pokok-pokok masih hidup and selamat lagi. Ramai yang lepak dalam ni. Panas sikit.


Kita pi city pulak. Saja tengok-tengok apa yang ada kat city dia. Bangunan lama-lama biasa la kat UK ni. Diorang jaga and pelihara bangunan lama diorang.








Lepas dah jalan city tu, kitorang naik bas nak ke Sheffield Botanical Gardens. Salah satu tarikan kalau pegi Sheffield. Tabah je naik bas. Nasib baik tak terlepas station. hehe




Almaklumla..sejuk winter tak habis lagi. Daun pun belum banyak lagi.






Tu bangunan tengah-tengah tu rumah House of Winter garden kot. Apa nama lupa plak.haha. Tapi wrong timing plak pegi. Bangunan tu tengah under construction. So tak boleh la masuk. Dalam tu sentiasa ada pokok cantik-cantik walaupun kat luar tengah salji ke panas ke hujan ke.. Diorang tetap hidup. 

Garden ni sebenarnya luas sangat. Jenuh nak jalan. Sepatutnya banyak pokok cantik-cantik. Macam-macam jenis pokok ada. Memang colourful la kalau pokok sume hidup. Tp kitorang pegi bulan 3 pokok masih banyak belum berbunga. Apa yang ada je lah..
Kalau spring/summer ni confirm penuh garden ni.



Lepas tu, kitorang jalan kaki nak cari University of Sheffield. Saja melawa-lawat university yang ada kat sesebuah kawasan yang dilawati.hehe


Ni dewan diorang konvo. Sempoi je.




Gambar bawah ni amek sebab nak tunjuk nama Perak ada kat dinding bangunan tu. Tapi tak berapa nak nampak plak.hehe


Jalan-jalan lagi sampai la ke city balik. Ada pulak pak polisi ronda-ronda kawasan naik kuda.



Lepas tu kitorang naik train nak pegi the largest shopping mall in UK. Meadowhall shopping complex.
Ala-ala Mid Valley je la kot. huhu

Lepas tu kitorang balik naik train ke Leeds semula. Sampai rumah dah gelap walaupun waktu masih muda.hehe. Time tu waktu siang singkat sikit. Pukul 6 dah gelap.

Ok sekian trip kami ke Sheffield haritu.


P/S: Gerobok Ana in UK buat Giveaway. Jom la join...hadiah best tuuu