About Me

My photo
Nyong iki asal'e wong jowo. Harus ngomong'e jowo. Sitik-sitik iso lah..hehe

Tuesday, December 17, 2013

Saya happy jadi housewife sepenuh masa!


Assalamualaikum...


Dah sebulan da aku duduk, tidor, makan, mandi, beerrr kat sini. Alhamdulillah cukup semua.. Mental pun tak sakit sangat macam dulu.hehe

Raaamai yang tanya and cakap,

"Mesti kau bosan kan asik duduk kat rumah je kat sana tu.."

"Kau buat ape je kat sana?"

"Kembangla badan kau nanti duk rumah je.."

Dan sebagainya...

Terima kasih la sesapa yang concern sangat tu.. Terharu dengan mereka yang takingcare n risau dengan perkembangan badan saya ni walaupun sepatutnya lebih risau dengan badan-badan mereka yang dipam-pam itewww
#kesian
Eh terinsta plak ada hash tag =p


OK meh sini nak cite..meh...

Honestly, aku TAK PERNAH rasa bosan jadi housewife. Hah stress sangat tu Anna..rileks..rileks...hehe
Bukan saja happy, malah rasa bertuah sebab dapat berbakti pada suami.

*Teringat kisah Saidatina Fatimah anak perempuan Rasulullah SAW*

Boleh preparekan baju suami...masakkan makanan untuk suami...kemaskan rumah untuk suami...suami penat balik kerja, kita buatkan air untuk suami...urut-urut suami...haaaaaa
Secara am nya, itu bukanlah tugas utama seorang isteri, tapi banyaaakkk benda kita boleh buat untuk melaksanakan tugas utama kita kepada suami. Kalau kita ikhlas dan redha, setiap apa pun perbuatan kita akan diberikan ganjaran pahala yang baaaanyak dari Allah.
Bila kita renung wajah suami dengan kasih sayang pun dah dapat pahala, inikan pulak kerja-kerja seperti di atas.
Kalaulah Allah tunjuk depan mata pahala yang si isteri dapat bila buat kerja ikhlas untuk suami, mesti dah terbelalak mata tengoknya kan. Tapi Allah tak tunjuk sekarang. Nikmatnya nanti kat akhirat nanti baru nampak. InsyaAllah ada ganjarannya..yang penting niat kena jaga lah..


Sebaik-baik tempat isteri adalah di sisi suaminya.
Suami tu kan syurga si isteri..
*senyum lagi*

=)))


*Tulis entry sambil tersipu malu. Motippp???


Tuesday, November 26, 2013

Rumah kami di Leeds


Assalamualaikum...


Pejam celik, pejam celik dah 2 minggu dah aku kat Leeds ni. Rasa macam baru je semalam aku sampai. Tapi eh eh..dah 2 minggu!

Banyak jugak aku nak citer ni. Tapi bior aku citer satu satu dulu. Nampak macam banyak entry sket. Huahua

Memula sekali nak citer pasal rumah.
Rumah kitorang kat sini memang rumah uni. Rate sewa rumah agak mahal. 500 pound. Jangan convert. Nanti aku pon pitam. Ala lebih kurang la kalau kat Malaysia macam RM 500 la.. Rumah kat sini kalau sewa mesti fully furnished. Memang jarang la ada rumah yang kosong. Semua disewakan lengkap. Maintenance pun takyah risau. Pihak uni yang akan buat sume. Bil air free, uni bayar. Cuma bayar bil gas and electric je. Nasib baik la heater pakai air. Heater paling teramat penting di sini ye. Kalau rosak heater, mau mati beku aku.huhu. Internet pun pakai uni punya. Dah jimat di situ...

Sebijik rumah 4 tingkat tapi dijadikan macam flat. Rumah kitorang level 2. Atas ground floor tu. Memang ngam ngam cantek jek bukak pintu terus masuk rumah sendiri. Takyah naik tangga.
Ada 2 bilik, 1 bilik air. Semua lengkap dengan katil and tilam. Kitchen, sofa, meja study sume la ada..



Gambar depan rumah. Yang tingkap sebelah pintu biru tu la rumah kitorang. Gambar ni masa bulan September aritu. Sekarang penoh dengan daun kering je. Autumn kan..huhu
* Tu Jahar, kawan Jiji, PhD student. Single and available. Sape nak kenal?? =p














Comey je rumah kitorang ni. Cukup la untuk hidup berdua. Semmua gambar masa baru tengok tengok je. Now dah penuh la barang. hehe
Kalau kat sini, rumah memang kecik-kecik je. Nak besor-besor, ongkosnya pun kena la besor juge...


Disebabkan kitorang sewa rumah uni, so memang dekat la dengan kawasan uni and city center. Jiji nak ke lab pun dekat je jalan kaki dalam 10 min dah sampai. So, tenghari dia boleh balik sekejap untuk lunch and solat. Tu main purpose amek rumah dekat dengan uni.
Nak pi center pun dekat. Jalan kaki 10-15 min je dah sampai.


Huarghhhh bosannye entry aku ni. Maybe aku dah ngantok, so memang aku tulis pun ala-ala ngantok je kan.
Ok, fine. Memang bosan. Next time cite lagi.huhu

Friday, November 22, 2013

"GiveAway27" by Gerobok Ana in UK


Assalamualaikum...


Salam Jumaat semuaaaa

Ni kitorang nak bitau ni...



Kite buat GA kat page Gerobok Ana in UK

Klik la kat sini. Nak bagi voucher ni kat ramai orang tapi ttak ramai lagi yang join. So, sesape nak voucher ni boleh la join yeee 
Dah dapat voucher ni, korang boleh la shopping moping barang kat page ni ;)

Kitorang namakan "GiveAway27"!!
Sebab ape??
Ce klik kat SINUN.
Hehehe

Boleh la tolong war-warkan kat kengkawan eh..eh..eh...hihihi

TQ.... ^^,


Thursday, November 21, 2013

Journey to the West~


Assalamualaikum...


**Ini entry sudah lama dalam draft.huahuahua**

Helloooo saya dah terbang 10 November haritu.
Excited?

YESSS!!

Travel 13 hours direct flight to Heathrow London. Flight pukul 1035. Memang berpagi-pagi la ke KLIA nuu..

Paaaling aku gerun nak lepas kastam nanti. Aku bawak benda-benda terlarang tahu tak? haha. Dulik ape kan..demi somi ku yang terchenta.. ku redah juak walaupun illegal.ngehehe

Berat beg 34 kg. Limit 30 kg je. Lebih 5 kg kena bayar RM 90. Aku redho je la kalau kena bayar tu. Sekali dia orang kaunter buat bodo je..aku pun ya syukur alhamdulillah....

Boarding gate buka kul 0910. Aku masuk imigresen dalam kul 0915 camtu lepas salam-salam sume.
Haruss la ada sesi sobb sobbbss kan... Lagi-lagi Kila adik pompuan aku tuh. Sehari sebelum pegi dah ada pre-sobsobbss T_T




Terima kasih kepada mereka yang datang menghantar iols haritu...
Terima kasih family Serom.. family Ipoh.. family lab 140.. hehe
Kamu semua baaaanyak tolong aye...sobs sobss :")


Ok, masuk dalam flight, cari seat. 16K. Ni pemandangan tepi tingkap seat aku.


Apo yang aku nampak?
Sayap kapal tobang yo yang den nampak haa...
A380 kan kapal tobang airbus..jadi sayap dia pun bosa bobonar haadoiii
Memang tak nampak ape la weehh..



Jakun nampak view kat luar through screen kat depan ni.huehue

Sebelah seat aku takdak orang. Tapi selang sebelah tu ada sorang mat salleh. Dari US katenye.. Asik pinjam pen aku je. Dah la cakap laju gila plus sleng dia yang bajet aku paham la kann.. Tanya dua kali baru aku Oo pennn...sure.. :)
*Dalam hati macam ni: -_____-


Dalam flight 13 jam apa yang boleh kau buat?
Macam-macam boleh..
Tengok movie entah brape kali aku marathon movie ntah tak kira.. Siap ada Runningman lagi tuh.
Dah bosan tengok movie, aku main game.
Dah bosan main game, aku tidor.
Dah bosan tidor, aku bangun diorang bagi makan.
Dah bosan makan, aku pegi toilet. Tapi leceh sket la nak bangun keluar tu. Si mat salleh ni takde pundi kencing agaknye...


Makannnnn



Lauk tak sedap sangat pun. Asal boleh telan sudaa


Bosan bosan tengok luar. Tu pun kena toleh belakang sket baru nampak view bawah. Tekehel leher gitu.




Aku tak sure time tu kat area mana. Lalu atas desert yang kering kontang takde orang. Lepas tu atas gunung tu ada salji. I is teruja! Nampak sikit-sikit pun jadi lah kan.



Makan petang dia bagi SkySnax je. Dalam tu ada macam-macam kacang, biskut, coklat sume tu. Ok jugak pack macam ni kan. Kalau tak habis boleh bawak balik masuk beg. Tak la sepah sini sana. Good good..


Kapal touch down jam 4 pm London, 12 malam Malaysia. Waktu yang paling nervous uols. Lagi-lagi nak lalu kastam. Yela, bawak barang terlarang kan. Confirm la aku cuak. haha

Mula-mula lalu imigresen dulu. Iye-iye la aku bagi semua doc yang kata UKBA kena bawak and bagi masa kat imigresen. Tapi orang imigresen tu macam tak tau pun ape banda doc yang aku bagi tu. Kalau aku tau tak payah bazir duit buat TB test aritu.
Ikut nasib la kot. Kalau dia mintak memang kena la. Kalau tak mintak, so rasa rugi la buat test aritu.hehe



Ok lepas tu amek beg. Ada dekat 15-20 minit jugak la tunggu beg aku tu tak muncul-muncul. Buat nervous aku je. Sebab dalam beg tu kan ada barang yang pelik-pelik. Takut diorg detech pulak.haha

Lepas dah amek beg tu aku dah terbau-bau tempoyak tu. Dalam hati, ah sudah. Jangan kat kastam dia bau sudah.
Sebelum lepas kastam ada 2 lane. Untuk declare barang atau laluan hijau untuk tak payah declare. Aku dengan selambe and yakin serta confident lalu je green lane tu. Ingatkan takde orang jaga. Half way tu ada pulak 4-5 orang kastam tunggu. dah nasib baik la diorang tahan orang depan aku. Diorang busy2 dok tahan and tanya orang depan, aku pun nonong je tolak troli terus keluar.
SELAMAT! Fuuhhh

Keluar keluar je terus nampak orang ramai tunggu. Ok Jiji kata amek ke kanan sebab boleh tangkap gambar "Arrival"
-_-
Tanak letak gambar tu sebab aku nampak gemok. Tapi itu la yang dimasuknye dalam FB. huhu

Then kitorg solat kat airport tu. Tempat solat campur-campur untuk semua agama. Time aku solat tu semua muslim.



Lepas solat kitorang amek bus nak ke Victoria Station. Sepatutnya ada je train direct. Tapi train rosak haritu. So terpaksalah kitorang naik bas. Free pulak tu.
Then kena amek train dalam setengah jam ke Victoria Station.
Kat sana diorang pun ada yang baik-baik jugak. Siap tolong angkatkan beg aku masa naik tangga. Tak padan tinge bertindik bagai. Baik ya amat. Teringat orang kat Jepun dulu. Pun baik nak tolong aku angkatkan beg and tolong tunjuk direction.
Kalau semua macam gini kan bagussss..


Dalam setengah jam cenggitu, sampai lah kitorang ke Victoria Station. Kat situ macam central la untuk train and bas. Tapi tak sempat pulak nak menjenguk Platform 9 3/4 tu. Boleh jugak fefeeling Harry Potter.hehe

Terus ke bus station. Tiket pukul 8 malam. Kitorang sampai pukul 7. So, menapak jap la.





Haa tak secantik TBS kite kan? Buruk je. Hahaha
Nak buat camne, memang station bas ni dah lama. Kitorang nak ke Leeds, kena tunggu kat Gate 15. Bas beratur kat luar tu.. Dah nak naik bas nanti kita kena keluar ke arah bas yang ada depan gate kita tunggu tu. Kat situ nanti sebelum naik bas, driver dia check tiket and masukkan beg.
Masuk la dalam bas tu. Dok diam-diam.

Sampai Leeds jam 12 malam. Perjalanan selama 4 jam ye dari London kalau naik bas. Naik bas murah sikit. 11 pound pegi balik per person. Kalau naik train lagi cepat la dari bas and lagi mahal la.
Sampai station bus Leeds, kena amek cab pulak untuk sampai ke rumah.

Haa semua jenis pengangkutan la aku naik haritu.
Kapal terbang, bas, keretapi, teksi...sume aku naik. hahaha

Sampai rumah terus collaps!

Bangun pagi, Jiji masak roti canai. Masak sangat.... mesti la instant.haha





Alhamdulillah. Allah permudahkan perjalanan akku ke sini.
=))

Sunday, November 17, 2013

:(


Assalamualaikum...

Jiji dilantik as penghulu. Aku TAK SUKA!!!
Rasa nak mengamuk je. Lebih baik tak payah datang meeting camtu. Asal aktif sikit, dah naik nama.

Dah. Aku tak kira. Nak aktif lebih-lebih, cari penghulu lain. Aku tanak Jiji jadi penghulu.

Aku tak suka dengan bersebab. Banyak sebab.
Mana ada penghulu yang tak kan busy dengan meeting n aktiviti?
Bila dah ada semua tu, masa untuk dengan aku da berkurang. Confirm. Tu yang aku TAKNAK.
Labwork pulak nanti ape cite?

Dah la. Aku emo malam ni. Entry pindah Leeds pun aku tak cite lagi, dah bukak entry lepas geram.

Serious aku rasa nak je m*** orang yang calon n decidekan tu. Sekian.

Thursday, October 31, 2013

Master dah habis! Hoyeehh


Assalamualaikum...


Akhirnya berjaya jugak habiskan Master ni.... -____-




Family and family in law yang datang. Thanks for coming! (even it was in Monday and aku rasa kecewa gila sebab Isnin orang kerja n for sure aku tanak susahkan orang cuti semata-mata nak datang konvo aku. Terharu. huhu)


Segala penah lelah selama 3-4 tahun ni akhirnya berbayar jugak. Hanya orang yang buat je tau kepayahan, suka duka hidup seorang Postgraduate student ni. 
Pada aku, it is not only to get the scroll itself, but the experiences gained, all the obstacles, the enjoyable moments and the hardship of being a student, a daughter, a wife and a slave of Allah, couching me how to survive and achieve the aims of life. Seriously, banyak perkara yang aku dapat belajar. Pengalaman ni lah yang mematangkan diri yang sebelum ni tak berapa nak matang ni..


My special thanks to those yang banyak membantu dalam tempoh beberapa tahun ni especially mak ayah and keluarga. They are very supportive family ever! Yela, family sendiri kan.. Ayah mak lah yang banyak bagi semangat bila jatuhnya Ana yang dulu sampai la budak ni bangun dan sedar yang hidup ni banyak lagi benda yang kita boleh buat. Terima kasih MAK AYAH!! Muaxxxx


Then barulah kepada suami terchenta.. (sebab buat Master dulu baru kawin kan.hehe). Jiji banyakkkkk jugak tolong aku masa habiskan Master ni. Thanks a lot bebeh. I love you so much lah!
=)))


Kat kengkawan jugak... Ya Allah, memang la kalau takde kawan tak boleh hidup kan? Diorang la yang memeriahkan setiap hari-hari kita selama ni kan. Lab mates, house mates, childhood friends, bff, sepupu sedara sume...haihhhh tak boleh nak listkan sume... 
Thanks each of you for your wonderful friendship!!! 
=)


Eh dah macam acknowledgment thesis plak.haha



Ahhh I am blessed :)
Alhamdulillah...


*Now tengah pack barang untuk pindah balik kampung. Yeahhhh!!!

Saturday, October 5, 2013

Happy anniversary, husband!


Assalamualaikum...


Malam 28 Seprtember 2012 tarikh nikah kitorang.
And now dah setahun pun.. Sekejap je masa berlalu. Rasa macam baru je semalam nikah.hehe

Tak dapat nak celebrate sesama.. Sorang kat sana, sorang lagi kat sini. Sedih wooo...sobsobss
Tapi bagi mengubati hati yang sedey ini..aku buat la kek. dah lama tak baking ni. Tetibe nak buat red velvet.


Cacaaaaannngggg!




Owh how I miss baking..

Gembira dapat bake kek anniversary sendiri.. Tinggi tu...siap boleh buat 3 layer lagi. Selalu dapat buat 2 layer je.
Gembira, gembira...! walaupun makan sendiri.hehe

Oh resepi aku google je. Kek pakai resipi onglain, cream pakai resipi onglain. Mana google ntah tak jumpa dah. Takpe, banyak je jumpa kalau google.


Selamat ulangtahun perkahwinan suamiiiiii!!!!!
InsyaAllah kalau umur panjang, next year kite celebrate sesameee
Aminnn

=)))

Baju sejuk murah je beli kat Mines


Assalamualaikummmm.....


Ha panjang sket bagi salam sebab dah laaaaaaaaaamaaaaa tak update blog. Ngehngeh

Banyak benda nak cite tapi banyak malas nak tulis. haha

Sekarang, kehidupan dah kembali normal. Ceh normal sangat... Yela normal pada aku dah tak payah sebuk-sebuk pikir pasal kerja..labwork..thesis..paper..blablabla...
Sekarang cuma tengah menunggu hari je..bukan menunggu hari beranak ye kekanak.. -__-"
Menunggu hari untuk macam-macam lah.. Tak sabor..tak sabor...!

Preparation untuk pegi uk tak la banyak mana pun. Cuma dah beli luggage n baju sejuk je..
Ha baju sejuk ni beli kt Mines.
Memula berkenan nak beli yang bulu kambing ni. Murah jugak. 70% discount ko sapa tanak grab kan..



RM 140 saje!
(Buli Leha soh jadi model sat)


Pastu SA tunjuk la lagi satu yang lagi sesuai untuk suhu minus. 
90% down feather cuma RM 99 je! Tengah promotion katenye..
Dah alang-alang boleh tahan sejuk yang teramat, aku pun beli lah. Aku kan tak tahan sejuk. Kena cari material yang paling tertahan sekali suhu rendah. 
Rejeki di depan mata, lagi lah tengah ada promotion.
Memang aku grab je la.. Jimat pun jimat. hehehee



Brand apa?

Entoh..... 
Like I care...buahahahahaha


Nak beli kat mana?
Nama kedai dia Wings. Dalam Voir Gallery. Tingkat 3 (kot). Dalam Mines.

OK settle baju. Nak kena beli stokin, stok makanan and ye jangan lupa benda penting. Kena buat Tb test lagi. Urrrggghhhhhhh *%##!@#$



Friday, August 23, 2013

Baby stuff, pisau Jamie Oliver dan mangkuk Pyrex punya sale.


Assalamualaikum...


PRE-ORDER
Deposit : 50%
ETA : Early November 2013
Pickup area : Puchong, PJ, Bangsar, Shah Alam.


Hello baby stuff in da houzzz...! Tengah hot ni. Sape cepat bayar deposit dia dapat. Hehehe

Botol susu ni memang femes. Ramai orang nak...
CLEAR
BLUE

PINK

RM 199 RM 149
tommee tippee closer to nature Easivent Bottle 260ml x6




Beanstalk Baby Playmat and Gym
RM 129


Beanstalk Candy Floss Bunny Rabbit Embroidered Baby Gym
RM 129

Early Learning Centre Blossom Farm Snuggle Arch and Quilt
RM 169




Haa ni cite pasal pisau pulak. Kot la nak fefeeling Jamie Oliver, skarang tengah offer. Husband dah beli. Memang berbaloi. Tajam and warna tak luntur. Nak bagi hadiah kat orang pun bolee...


Jamie Oliver Funky Knife
RM 199 RM 99


Ni mangkuk Pyrex.. murah gila kot...
RM 149
Pyrex 3 Piece Casserole Set


Macam bese la kan.. Sila jangan malu jangan segan roger ai, hokeyhh ;)



Tuesday, August 20, 2013

Ada sesape nak periuk Tefal?


Assalamualaikum...


Since husband sekarang kat UK, jadinya kami nak import-eksport barang UK yang ada sales untuk bawak masuk ke sini. Ceh import-eksport sangat -_-

Sebelum ni, kitorang amek order cuma dari kengkawan terdekat je. Tapi dah alang-alang nak pos barang tu, baik amek order banyak-banyak kan.

Husband akan hunting barang apa yang ada sale je. Perlu diingat, sales kat sana memang betul-betul sales ye.. Bak kata Abg zarir, bukan sales macam kat Jus*o. Letak harga tinggi-tinggi pastu kata sales 50% la 70% la. Padahal harga asal memang cenggitu.. Tapi tak semua la kot. Kebanyakkannye laaaa....nak sedapkan ati

So sekarang ni nak bawak masuk barang Tefal. Semua orang da tau la kan Tefal  ni memang berkualiti. Harga kat sini agak mahal la. Rasa tebeliak jugak kalau nak beli sekeping kat sini. haha
Tapi harga kat sana InsyaAllah memang murah..
Orang pompuan macam kite-kite ni mesti sukeee... tambah bersemangat la nak masak tetiap hari kan.hehe

OK sila melihat-lihat jika ada yang berkenan.... :)

RM 144

Tefal Everyday 28CM Stir-Fry Pan




RM 189

Tefal 24cm and 28cm Non-Stick Aluminium Frying Pans





RM 189

Tefal Non-Stick 2 Piece Frying Pan Set - Red
Frying pan diameter 24cm and 28cm





RM 339

Tefal Essential Cookset - 5 Pieces

1 x 14cm milk pan with glass lid
1 x 16cm saucepan with glass lid
1 x 18cm saucepan with glass lid
1 x 20cm frypan
1 x 24cm frypan





RM 209

Tefal Expert Cook Set - 3 Pieces

1 x 16cm saucepan with glass lid
1 x 18cm saucepan with glass lid
1 x 26cm frypan


Best tak tengok?? Aku pun teringin kot nak ada periuk Tefal sendiri. Baca review pun kata memang tip top la Tefal ni. So memang berbaloi beli.

Ni sume PRE-ORDER.
Kalau interested nak ada 1 or 2 keping Tefal kat dapur memasing, boleh bagi deposit 50% je dulu. Then, barang akan dipos.
Expected to arrive - awal bulan November 2013.
Bila barang da sampai sini baru settlekan balance.
Tarikh tutup nak order ni akan diberitahu kelak.

Haaa gituwww....



Ye silalah...incik-incik suami di sana....boleh la ye......hihihi



Monday, August 19, 2013

Sedetik lebih


Assalamualaikum...

Only Allah knows how much I miss him..





Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu
Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu

Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa
Kasihku ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya

Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu
Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu


*Cepat laa bulan 11..hukhuk

Saturday, August 3, 2013

Ami ite wish raya kt Harakahdaily......


Assalamualaikum...


Ini ami ite...hiks!
Masuk Harakahdaily la der..tak men la utus*n or bhar*an

Sini, sini..tengok sini: Harakahdaily



Seb bek yu ingat kat ai...hehe


Cepatla bulan 11..........

Monday, July 22, 2013

Kek lapis Muor..hehe


Assalamualaikum...


Nak raya mesti nak kuih raya kan?
Kuih raya plak mesti nak sedap-sedap.
Ni kawan mak aku buat kek lapis. Semua RM15-17 sahaja.
Aku tak tau la harga pasaran berapa. Tapi aku rasa murah la. Sedap pun sedap.
Dengan harga macam tu, nanti tak la rasa kedekut sangat nak keluarkan masa raya nanti kan. kehkeh
Sebab ada la dulu aku pegi beraya kat rumah orang ni.. Orang kaya katenye.. Tapi kuih memang stok-stok untuk display je.. Kek lapis tu dia potong lebor 1 cm je.. Tak tau apa motip.huhu

K la, ni aku nak promote kawan mak aku punye kek lapis ni.
Boleh la beli untuk raya nanti.. Untuk mak mak mertua ke.. Buah tangan untuk sedare mare ke..kengkawan ke..hehe
Seminggu sebelum raya dia dah tak baking dah. Close order. So tinggal minggu depan je la kalau nak pun.
















Asam manis je Rm 17. Yang lain sume RM 15 jeee

Tempting tak??!
Hehehe