About Me

My photo
Nyong iki asal'e wong jowo. Harus ngomong'e jowo. Sitik-sitik iso lah..hehe

Monday, January 6, 2014

Winter di UK


Assalamualaikum...


Lamanya..lamanya...tak update blog.. Berangan je nak rajin update. Sekali tengok, sebulan satu entry ha aku buat. huh!

Harini rasa rajin pulak nak jenguk blog ni.
Selalu malas je.....Zzzz

Dah dekat 2 bulan dah rupanya aku kat Leeds ni. Rasa sekejapnya la hai.. Dunia dah nak kiamat kan. Masa pun rasa berlalu cepaattt sangat..huhu

Sekarang kat UK dah masuk winter. Suhu dah boleh mencecah 2oC. Angin paling kuat pun dah mencapai 200++km/h! Bayangkan la sejuknya... Bagi sesape yang kenal aku tu, memang diorang tak percaya aku boleh hidup time winter ni. Aku ni memang tak tahan sejuk. Yelah, dulu kat Malaysia, time siang-siang panas tu pun aku rilek je takyah bukak kipas. Malam pulak memang takdenye aku nak berkipas-kipas ni. Memang jimat letrik la..haa

Tapi bila dah sampai sini, nak tak nak aku kena jugak la tahan. Memang mencabar fizikal dan mentak wooo..
Masa datang tu bulan November masih musim autumn lagi. Tapi sejuknya macam masuk peti aih! Time tu boleh lagi la nak adapt. Pakai bajuu pun tebal-tebal jek walaupun kat dalam rumah. Heater on sekejap-sekejap je. Takut bil melambong oihh. Duk tempat orang kan, kena la berjimat chermatt
Ni dah masuk winter, suhu pun dah berubah. Sejuk... ditambah lagi dengan tiupan angin yang tak kenal aku ni orang berdarah sejuk. Sejuknye...masyaAllah.... Allah je yang tahu betapa susah payahnya badan aku nak tahan. Kadang-kadang sampai rasa nak nangis je. huhuhu

Tapi alhamdulillah, sampai saat ni aku masih lagi diberi peluang untuk hidup. Dapat bertahan lagi dengan keadaan ni untuk beberapa bulan lagi......
T_T

Tapi aku bersyukur jugak, Leeds ni antara kat tengah-tengah UK. Sebab kalau ikutkan, bahagian selatan dan utara UK sekarang tengah dilanda ribut salji, banjir sume tu.. Alhamdulillah sangat-sangat kat Leeds takda lagi masalah macam tu.

Ni antara gambar keadaan kat kawasan yang terkena bencana alam tu. Semua boleh baca kat dailymail.






Ribut kuat melanda terutamanya kat area tepi pantai. Memang dahsyat la.. Masa nak dekat Christmas haritu pun diorang dah stuck dalam perjalanan nak balik kampung. Semua jalan...highway (owh ye, highway diorang free takdak tol), train, flight banyak yang delay/cancel sebab ribut kuat and salji.

Syukurrr alhamdullilah tempat kami ni masih lagi takdak salji dan ribut yang kuat. Kalau sekarang ni pun aku dah rasa nak nangis, apetah lagi kalau berlakunya macam kat atas ni..huhuuhu




Tapi tetiap hari Jiji dok asik tanya je...
Bila la nak turun salji...cepat la turun..cepat la salji turun....
Aku dah macam...whatttt~~
-______-"


No comments: