About Me

My photo
Nyong iki asal'e wong jowo. Harus ngomong'e jowo. Sitik-sitik iso lah..hehe

Thursday, February 28, 2013

Japanese food @Miyagi, Bangi


Assalamualaikum...


Dah lama nak makan kat sini. Alhamdulillah dapat jugak akhirnya.hehe. Aku menumpang je sebab Jiji yang belanja supervisor and geng Inbiosis. Dah diajak sekali, mana boleh tahan. hehe


Ini nama restoran. Miyagi..hait!


Special menu for today. Tapi kitorang order kat dalam menu je.


Atas meja ada wet napkin. Lebih kurang untuk cuci or bersihkan tangan la. Baru aku ingat, kat Jepun dulu pun ada wet napkin ni. Diorang duduk je terus lap lap tangan dulu. Kalau kita, gi cucur air je la kan.





Decoration dalam restoran. Sangat la terasa kejepunannya.. Kat Jepun pun tak rasa macam ni.hehe
Jalan jalan cari makan pun dah sampai sini tau.





Kitorang datang time lunch hour. So, menu cuma untuk lunch saja. Diorang tutup order sampai pukul 3. Lepas tu kedai tutup sekejap. Time dinner nanti diorang akan buka balik. Macam tu lah stylenye..

All time favorite ice lemon tea 


Ini set aku. Sushi and tempura set. RM32 (kot).
Ada banyak side dish. Ada buah, salad macaroni, miso soup, raddish pickle, steam egg pudding and the main coursenya 6 ketul sushi (salmon, tuna, sardin, udang, telur manis, lagi satu tak tau ikan apa) dan set tempura (udang besar gabak, keledek, terung, bendi, sotong, ketam, apa lagi ntah tak ingat semua digoreng tepung). Semuanya SEDAP aku suka!


Ni Jiji punya. Set mini udon and tempura.
Sama jugak macam aku punya cuma sushi tu ditukar dengan udon. Pun sedap!


Inilah kegemaran... Slurrpp (ala teringat-ingat la plak...huhu)


The aftermath.
Aku kan suka dengan makanan Jepun. Harusla habis ku lantakkannye....


Kedai dari luar. Comey je haa. Senang je nak cari. Sederet dengan AzZahrah kat Bangi tu. Ala yang area-area Ariani tu...


Wednesday, February 27, 2013

Kad nikah pintar & Translate sijil nikah


Assalamualaikum...



Kad nikah pintar ni dah dapat. Dapat 2 keping. Untuk suami dan isterinya. Kalau kat Johor macam gini la rupanya. Kalau nikah kat negeri lain, tak sure la macam mana.

Proses:
Pegi pejabat agama, bawa salinan sijil nikah dan yang asal sekali, gambar pasport lelaki dan pempuan (kalau lelaki kena pakai songkok.hehe), RM50, isi borang yang diberi, dan sila datang amek sebulan setengah kemudian.

Senang kan, tak payah usung kulu kilir sijil nikah yang besar iteww..

Untuk translate sijil nikah pulak, kitorang buat kat Istana Kehakiman kat Putrajaya. Pendaftaran RM 6.
Bayaran RM 20 per page. Sijil nikah ada 4 page. Jadinya RM 80.
OK kot. Rata-rata harga macam tu la. Tapi dengar kata ada yang buat kat MAIS RM 6 je. Waallahualam..
Ada member Jiji buat kat ITBN, institut terjemahan tu kena RM 80 per page. Lagi mahal. huhu

Aku buat translation sijil nikah ni sebab nak pi obersi. Sebagai bukti kitorang ni laki bini, kena lah ada translation sijil nikah to English. Nak nak sijil nikah Johor ni dalam jawi. Lagi haru la omputih tu nak paham kan. 

OK itu je..

Eh ada lagi nak cakap. Enriched chocolate freezy Old Town tu sedap gilorrr



Friday, February 22, 2013

Puding roti pakai microwave


Assalamualaikum...


Ni second time buat puding roti. Pakai microwave pulak tu. First time buat macam lembik sket but still boleh makan la. Kali ni macam jadik plak.hehe

Bahan-bahan aku google je. Sonang gilok.
Aku realize that yang aku ni pensuka puding roti sejak Kak Enaz buat beberapa tahun lepas. Lepas tu aritu Kak Yong ada buat jugak. Bila makan tu memang aku jatuh chinta. Terus aku google cari resepi yang boleh pakai microwave..




Bahan-bahan tak lengkap.


Bahan A:
4 keping roti
250 ml susu

Bahan B:
2 sudu butter (aku pakai planta sebab tu je yang ada)
2 sudu gula
2 sudu tepung jagung
1 biji telur
1 sude kecil esen vanilla
kismis

Sos kastard:
1 tin susu cair
2 1/2 sudu tepung kastard
2 sudu gula




Rendamkan Bahan A selama setengah jam. Aku bantai je agak-agak da terserap semua sudah.



Then, curahkan kasi rata bahan B ke atas roti yang dah direndam tu.
Letak kismis atas dia.
Pastu, masukkan dalam microwave dengan kekuatan sederhana tinggi selama 8 minit je uols. Kalau microwave aku, 600 la. Unit ape ek tak ingat. Ce check korang punya manual sederhana tinggi tu berapa.



While the puding dalam microwave, boleh masak sos kastard tu atas api perlahan. Jangan lupa sentiasa kacau bia tak berketul. Agak-agak da pekat sket, boleh tutup api.

...
...
...

Tinggg!!!


Ahah! puding dah masak leteww...

Gambar dah masak tak amek la plak kan. Da sejuk sikit boleh la masukkan puding and sos dalam fridge. Makan time sejuk, perghhhh~





Ni potongan pertama.
Nampak sos tu? Marbelesss
Aku suka SANGAT sos kastard tu. Sedap gilos..




Disebabkan aku suka sampai nak sakit mental, aku makan second time dengan portion sos yang melimpah ruah.

Serious sodap. Slurrrrpp!!

Thursday, February 21, 2013

Album kahwin


Assalamualaikum...


Album kawin dah dapat. Sebenarnye dah lama dapat. Sekarang baru nak masuk blog. Tu pun sebab tengah kemas-kemas barang sket nak pindah, teringat tak amek gambar album-album ni lagi.




Ada 2 sticky album, 1 custom and 1 gambar size besar plus frame putih.





Ni sticky album dari Ezy. Gambar majlis kat rumah aku. Frame putih dengan gambar besar (tak snap) pun dia bagi. I loike!
Yang sangat bestnye album ni tak sampai sebulan dah siap. Tak silap 2 minggu je kot.
Suke gilos aku.



Ni sticky album dari Fahmi. Dia pun one of photographer kat rumah aku time tu. Cover sama plak diorang buat. Maybe sebab gambar tu yang paling menarik kot.....



 

Ni custom album Fahmi buat jugak. Cantik, kemas, gambar lawo. Oh ye, custom album ni berat. Penat mengusung ke sana sini. Tapi takpe, aku suka usung sana sini.heh

Sume hasil dari Fahmi pun dapat dalam 2-3 bulan. For me, just nice. Tak sekejap and tak lama sangat. Pueh ati ai. Btw, Fahmi orang Ganu. Tapi kerja sini. Sapa mau dia, boleh roger-roger dia deh =p




Cute~
Ni Kak Siti, Abg Nyah n baby yang bagi. Album untuk gambar size A3. Plus sepasang bebear untuk gantung dalam kete.
Tq2..!


Kesimpulannya, sangat puas hati sebab gambar cantik-cantik, album kemas dan aku sukeee lah!



Tuesday, February 19, 2013

Selasa ni... (tak tau nak bagi tajuk ape)


Assalamualaikum...


Minggu ni aku akan mengadap benda ni aje.



Space punya da siap. Ni ground pulak. Mata dah berpinor nengok bulat-bulat biru ni. Tapi perjalanan masih jauh. Kena siapkan jugak.
Weekend ni plak mak ayah nak buat kenduri. Alang-alang nak balik kampung tu, kenalah pack balik barang-barang rumah ni.
Haru..haru....


Tengok tarikh, alaaaa terasa semakin dekat ke penghujungnya. Lepas ni aku kena jadi bujangan balik. Kena pack barang tinggal kat rumah sewa bujang.
Aaaaaaa...rasa nak nanes pun ada.
Uwaaaaa.... (tetibe nak nangis gedik)



*Balik kampung nanti mesti kena tanya "Da ade keee..."
Aku sengih lagi je la nampaknyee.....


Friday, February 15, 2013

Sambung ke tak..sambung ke tak..sambung? tak?


Assalamualaikum...


Dekat lab dengar...

"I don't want you to waste your expertise.. You should continue."
*Muka serious*


Dekat rumah plak dengar....

"Nanti bby sambung jugak tau. Sambung eh..eh....."
*Mata blink2 sambil senyum*


Balik kampung selatan pulak....

"Ko tanak sambung sekali ke. Kalau nak sambung, baik sekarang. Nanti duk sana sekejap je..."
*Muka pesan bapa kepada anak*


dan


Balik kampung utara dengar jugak...

"Haa nanti Ana sambung la skali dah alang-alang kat sana kan. Rugi je kalau tak buat apa-apa. Baik sambung..."

"A'ah kan..kalau sambung sekali, lagi bagus.."

"Sambung je Na...kenapa? Jiji tak bagi ke?"

"Ha dengar tu..sume kata suruh sambung.."

*____*

Waaaa terasa kene tembak dengan machine gun berdas-das tanpa henti.



Stressss!!! (Bak kata Gary)




Kiyoo~


*****

Update:

Bila aku kata macam nak sambung..terus semuanya jadi happy...

Aku?
Aku duduk je la sambil sengih fake.

Thursday, February 14, 2013

Amalan doa supaya diri dan zuriat menunaikan solat dengan mudah/segera



Assalamualaikum...




"Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.
(Ibrahim 14:40)


Sharing hari ni copy dari FB. Amalan kita untuk zuriat kita juga... =)



How to make your children pray on their own without quarrel or a reminder

My Daughter was 12 years old and prayer was like heavy burden on her, So I told her to pray one day and I monitored her. She took the carpet and threw it on the ground. I asked her if she prayed - she said yes - Believe me, without feeling I slapped her face - I know I made a mistake. The situation has troubled me and I cr...ied and I repent to God to forgive me.. The slap, the talk, the reminders did not make a difference to my child.

One day A friend told me a story. She went to one of her friends for a visit. Her friend was not very religious, but when the Adhan prayer was called, her children rushed for prayers without reminders or quarrel. I said to her how does your children pray on themselves without quarrel or a reminder? !!! - She said, before I got married I used to pray this Dua and stil pray it today.

After she told me the Dua – I began to recite it in every Sujud in my prayers and anytime I could. Since I began to recite the Dua, my daughter is now the first to prayer without reminders or quarrels. She got up in Fajr prayers without any alarms. And all her brothers are now eager in praying without any difficulties.

I know You are now eager to know this Supplication Dua..

The Supplication is in the Surah Ibrahim [14], ayah # 40 سُوۡرَةُ إبراهیم

And the Supplication is...
( رَبِّ ٱجۡعَلۡنِى مُقِيمَ ٱلصَّلَوٰةِ وَمِن ذُرِّيَّتِى‌ۚ رَبَّنَا وَتَقَبَّلۡ دُعَآءِ (٤٠

"Rabbi-Ajal'ni muqeema salaati, wa min Dhurriyyati, rabbana wataqabbal duaa"

[14:40] O my Lord! make me one who establishes regular Prayer, and also (raise such) among my offspring O our Lord! and accept Thou my Prayer.

Start today, do not wait until you get married and until you have kids-"prevention is better then cure. ~*




Friday, February 8, 2013

Strudel @ Pastry House (pH)


Assalamualaikum...


Pergi sini....



Beli ini....



Inilah 'ini'...hehehe


Blackberry strudel...
Kat kedai ada macam-macam buah. Apple, cherry, mango....



Untuk mereka....


Happy belated birthday Feb's babes...hihi
(Yang tudung biru tu inteprem je =p)


Gantikan kek yang common tu dengan strudel yang best ni untuk acara potong kek pun boleyyy....kan?? :D
Harga pun okok saja dong~





Update:

Disadarkan Sya kerana tidak komen sedap ke tak.hahaha

Disebabkan aku ni tergolong dalam golongan antu pastry, maka strudel ini adalah SEDAP!! haha
Sapa yang tak suka pastry pun pasti akan suka ni.

Nampak macam keras kan? Tapi percaya la, memang lembut teksturnyeee
Lapisan pastry macam roti croissant tu sangat nipis. Nyum nyummm...
Filling dia pun sedap. Terasa blueberry or mango nya.. (aku penah rasa 2 ni je). Combination manis jam diseimbangkan (Wahh) dengan rasa creamy custardnya yang tak terlalu manis tu, memang ngam la blueberry jam + custard filling, diapit dengan pastry lembut berlapis-lapis..hehehe


*Eh eh, lap mulut sendiri. Tetiba teringat lagi strudel ni....

Thursday, February 7, 2013

Mee Tarik Warisan Asli


Assalamualaikum...


Hari ni lunch dengan lab mates dekat Mee Tarik Warisan Asli dekat area Sg. Besi. Mi tarik kan femes di kalanagan orang berbangsa cina kan. Kat kedai ni mi tarik dia memang orang cina dari tanah besaq cina tu la yang buat. Owner dia dari sana. Chinese muslim. Pekerja dia pun ala-ala k-pop gitu..

Ni first time nak rasa mi tarik yang halal ni. Telioq asik dok dengar diorang cite je kan.. Mi tarik tu memang dia buat kat kitchen diorang sendiri. Siap boleh tengok lagi. Tapi tak snap gambar sebab malas nak bangun. Berat bun betol. haha
Gambar signboard kedai tak amek la pulak kan. Panas teriaq, tu cecepat masuk tu (Rosak bahasa orang oi)




Wall of fame...dabaq ha menu


Siap da masuk Jalan Jalan Cari Makan daa

OK mari menjelajah manganannn.....



   

Kiri: Beef sauce noodle
Kanan: Fungus noodle with meet



Kiri: Chinese green tea
Kanan: Chinese Ba bao tea



Kiri: Potato beef noodle
Kanan: (Tak ingat apa nama, macam kue tiaw)



Kiri: Mustard beef noodle
Kanan: Cold Dry cold noodle


Harga makanan rata-rata around RM7 - RM10 untuk noodle. Ada jugak nasi goreng-goreng macam biasa tu tapi masakan style cina la. Kitorang tak try pun.
Mi tarik dia sedapppp... Nampak macam liat tapi lembut je. Size macam mi kuning biasa tu tapi kurus sket. Warna pun putih-putih kuning tak macam mi kuning, eh. Rasa plak macam mi segera tapi tak sebenarnye..rasa dia lagi fresh... Wah gitu~




Owner of the kedai. Tokey pun gi hidang tau.


*Tokey kedai sejibik rupa Muadz Ahmad Mazian (versi veretan). hehehehee