About Me

My photo
Nyong iki asal'e wong jowo. Harus ngomong'e jowo. Sitik-sitik iso lah..hehe

Sunday, April 29, 2012

Gerobok Ana


Assalamualaikum...


Saya...eh, kami dah ada FB yang main jual-jual kain.haha. Eh eh..macam main kawin-kawin pulak ada main-main..hihi

For starting, takde la bombastik sangat flownya... Aku pun tengah struggle nak siapkan thesis ni. So, mana yang ada je la.huhu

Setakat ni, yang in-hand stock masih ada beberapa je. Tak banyak pun. Starting katanye......

Semua ni RM 65 je! Harga kasi cincai boncai je aku bagi..hehe




















Semua ni aku upload kat FB Gerobok Ana..haha kelakornye nama...
Boleh la pegi tengok kat sini yeh..



*Kasi BERSIH semua kain!hahahaha


Friday, April 27, 2012

Ting...keTooong..!!~~


Assalamualaikum...


Hinss...Hinnnssssss......hinnnnnnsssss!!!!!
(Tanda-tanda api sedang marak kat atas kepala. Seb bek tak terbakar rambut)

Niat di hati nak buka entry ni sebab nak mencarut. Boleh? huhuhu

Tapi suka hati aku la kan. Ni blog aku kot. Suka hati aku la nak mencarut ke..nak mengarut ke..nak memarut ke..kan? Takde orang kesah la derrr..!!






MIND YOUR OWN BUSINESS!!!


AKU TAK HARAP KAT KO PON!!












Ha takot tak?! Takot takkk??!!! Gerun tak???!!!!!!!!!!


Tolong la berasa takot dan gerun dengan saya yang bengis ni.............











Kalau marah, kasi ini macam la...baru mengancam! harharhar








Ana, istighfar...ye..

Astaghfirullahal'azim....(urut dada) fuhh~

Jangan marah-marah ye..dah malam ni tak elok la marah-marah. Kata nak kekal muda tampak berseri di hari persandinganmu nanti...kan? Marah-marah karang nanti nampak tua. Rugi je makan collagen...haha
Eh, stok collagen saya dah habis la Mr Partner... (hint) =p


Seb bek la Mr Partner dan saya dapat kain malam tadi. Pasni kita benti keje je la yeh..jaja kain kat rumah sebelah pulak. hahaha. Sape nak nengok, nengok... Kalau tak nak tak pe..aku tak hadap pon..................



Ok, dah puas? Reda dah ke hati tu cik ana oi..?

Good..good...

Big girls don't cry =)



Thursday, April 26, 2012

Pinggan putih


Assalamualaikum...


Memang dah lama plan nak buat hantaran nanti guna pinggan putih. Tapi punya la payah nak cari (yang murah. yang mahal banyak la.huhu)... Ramai kata beli kat KK. Tapi aku pergi kat KL sana takde pulak. Kat Cash Converter Shah Alam pun takde..haishhh susah gak nak cari..

Pastu time jenjalan beli barang kat Jusco Equine try la juga tengok kot-kot ada pinggan tu....

Sekali ada la pulak! Besar lak tu!

Ishhh suka2!! haha






Yang ni besar gak. RM25.90 before less. Tag biru tak tau la less dia berapa.huhu. Kira murah sikit la dari harga asal tu..





Yang  ni cantik. Siap ada kerawang-kerawang. Tapi bentuk bulat and a bit pricey. RM35.90. Takde less.huhu




Yang ni pulak RM11.90 je. Tapi plastik la...



Jusco lain aku tak pi terjah lagi. Nak compare harga mana yang paling murah dan menjimatkan. So, kena surver lagi kot sebelum beli.




*Kat mana nak cari pinggan putih petak ni.............huhu



DIY: Hand bouquet (teaser je)


Assalamualaikum...


Ini projek baeekk punyeeeeeeeee....

Dah lamaaaaa gila nak siapkan benda ni. Tapi tak siap-siap jugak.huhu. Bukan malas....Tapi ada benda lagi urgent nak kena siapkan which is my thesis.. Bila nak siap ni oi!





Ni tak siap lagi. Bagi teaser je okeh. hihi. Ngengade nak teaser-teaser bagai.. -_-"

Kengkononnye nak buat macam Intan punya hand bouquet tu. Falling in love for the first sight! Tapi Intan tak buat pulak tutorial dia. dah google-google pun aku tak jumpa gak caranya. Makanya aku pun menterai la guna kekdah aku sendiri. Nampak macam jadik je. Aku pun terus on. haha

Ini colour bukan warna tema aku. Ni cuma testing-testing je. Kalau jadik, baru buat ikut warna tema.hehe








Tengok ni Intan buat. Super-cute-ohh~!!

Belum siap sepenuhnya pun dah dapat tempahan. Harap bertabahlah ye kak Inaz dengan hasilnya nanti. Sebab sekarang ni saya tengah writing thesis (tapi boleh update blog lagi.haishhh~). Nanti lepas writing, saya siapkan laju-laju ek. InsyaAllah....heeeeeee



Monday, April 23, 2012

Bantal murah!

Assalamualaikum...


Last week pergi 2 majlis kahwin. satu kat Putra Saujana (wedding Kak Rina) and satu lagi wedding Tajuddin, best friend JiJi (<-- kiki) kt Unimas. Rumah dia kat Yong Peng. Gerak dari majlis kak rina tu dalam pukul 2.30. Sampai ke kt Yong Peng dalam kul 5.30..bapak jaoh! kematu suda ini buntut tut tut...


Tapi..tapi..tapi......yang bestnye......aku dah jumpa bantal yang aku nak tu!

Murah pulak tu!!

Sebiji RM2.90 je!!!

4 biji RM10!!!!

Ok aku sangat excited sebab dapat juga berjumpa dengan bantal idaman yang murah untuk cukupkan bantal yang dah aku beli dulu..huhu

Nasib baik la sesat masa kat Yong Peng tu kan. Ada jugak hikmahnya...
Tak tau la pulak Yong Peng pun ada kedai Sakan..bantal yang aku nak tu pulak memang ada kat Sakan je..Alhamdulillah................




Snap dalam pastik je. Malas nak buka.haha.
Yang aku jumpa ni warna merah. Dulu aku beli warna biru. Time beli dulu memang tak tau nak buat ape. Main beli je sebab murah. Tapi kat Bukit gambir harga dia sebijik RM3.50. Ingatkan dah cukup murah dah tu. Rupanya ada lagi yang jual murah...Ishk3...

Warna biru tu beli sebelum tunang lagi. Sekali decide nak guna untuk kahwin nanti. Tak cukup la pulak...
Tapi takpe, lain warna pun takpe. Nanti KALAU rajin aku buat la sarung baru -_-"




Ni yang warna biru aku beli dulu. Tunjuk warna je la ek. Ha, kat blog Dhiera ada. Sebijik la macam ni....





*Harap-harap berjayalah aku membuat sarungnya nanti...huhu




Saturday, April 21, 2012

♥♥♥


Assalamualaikum...








 Excited?! =p

Time to sleep lah.haha








*5 months to go??!!! erkkk!!



Friday, April 20, 2012

Pesanan Jumaat


Assalamualaikum...


Dan sabda Nabi SAW pada khutbah Baginda di setiap hari Jumaat:


Hai umatku,

sesungguhnya untuk kamu telah ada petunjuk-petunjuk jalan itu,

dan kamu juga mempunyai batas maka berhentilah pada batas-batas yang telah ditentukan bagi kamu.

Sesungguhnya seorang mukmin berada dalam 2 ketakutan, iaitu

antara AJAL dan MASA LALU,

ia tidak mengetahui bagaimana Allah akan berbuat kepadanya,

dan masa yanng akan datang juga tidak mengetahui apa yang terjadi pada dirinya.

Kerana itu tiap orang harus berbekal untuk kepentingan diri sendiri,

dari masa yang hidupnya untuk matinya,

dari masa muda untuk masa tuanya,

dari dunianya untuk akhiratnya.

Maka dunia ini dijadikan untuk kamu,

dan kamu dijadikan untuk akhirat.


Demi Allah yang jiwaku di tangan-Nya,

sesudah mati tiada jalan untuk taubat,

dan sesudah dunia, tiada tempat kecuali SYURGA dan NERAKA.

Aku ucapkan kata-kataku ini dan aku mohon ampun kepada Allah untukku dan untukmu...


Siapa yang niatnya ke akhirat maka Allah akan menghimpunkan baginya semuanya,

dan dijadikan kaya hati,

dan datang kepadanya dunia merendah diri.

dan siapa niatnya dunia maka Allah akan mencerai-beraikan urusannya,

dan menjadikan kemiskinannya selalu terbayang di mata

dan tidak datang kepadanya dunia kecuali yang ditentukan baginya.


(Diambil dari Laman Tazkirah)



*Memuhasabah diri kembali dengan apa yang dah kita niatkan selama ni...



Mesin jahit RM138 je??


Assalamualaikum...


Haisshhh tempting gila tengok benda ni...meleleh pun ada gak ni.huhu

Nak amek ke tak nak...nak ke tak nak....

Nak ke...tak...nak ke....tanak.....

Adoiiillaaaaa.....murah ke mesin jahit kecik ni RM 138 je? Aku rasa cam dah murah da tu. Tapi tak tau la kot harga kat luar lagi murah kan. Sebab benda ni mini je. Kalau nak compare dengan yang gedabak tu memang la jauh beza maheinyeee.....(eh kate perak lak =p)


Ni Groupon ni selalu kan buat aku rambang mata. Mentang-mentang la mata ai ni tak rambang selalu...eh.

Ce ko ushar mesin jahit ni. Buat aku tangkap leleh beb!




Dilengakapi dengan gula-gula Smarties bagi menghilangkan rasa bosan atau mengantok ketika menjahit!
(tipu)




Rupa yang menawan dan body shape yang mantop seperti salah seekor watak Pokemon pulak tu!!
Meltingggggggggg............ T_T


Ha seronok tak? Seronok tak?

Ape jadah seronoknye tengok mesin jahit ni??

Tu la...orang yang berjiwa seni lagi menyenikan je yang boleh seronok tengok benda ni.. Kengkadang tu sampai boleh high dow...

Ok mencarut mengarut.

Ala jangan la tanya apa aku nak buat dengan benda ni.. Aku nak buat perhiasan je.. Iye...perhiasan je..jangan riso...

Derrr buat perhiasan je?? Memang tak la kan... Aku nak belajar jait la weh... Aku kan pompuan. Mesti la darah kepompuanan tu mengalir dalam jiwa halus ini. Lagi tu pulak dah nak kawen ni kan..(cececeeee) Ada je benda yang aku gatei-gatei tangan ni nak menDIY..cewah menDIY sekarang....
Hasil ada hasil?

Haprak!

Tak moh pumpang banyak-banyak. Try la tengok-tinjau kt Groupon ni..




*So, nak ke tak nak...nak ke tak nak........nak ke? tak nak? hmmmm....





Monday, April 16, 2012

Baju nikah


Assalamualaikum...


Haritu dah hantar baju  nikah ke tailor kan? Ye, tailor je.. Tak mampu la nak pakai designer bagai.. tailornya pun kawan mak aku je. Yang paling penting jahitannya kemas, selesa dan menjimatkan..!! hehe


Jenuh jugak la nak mencari jenis baju apa yang nak dipakai untuk nikah nanti. Macam biasa la kan, aku memang selalu tak tetap pendirian. Tak tahu nak pakai baju camne. Nasib baik la dah beli kain siap-siap masa tunang dulu. Tak payah aku nak stress-stress lagi nak cari kain. Syukurrr.....


Kain beli kat Nilai 3. Ntah nape beli kat Nilai ntah. Sebab aku rasa cam murah kot. Padahal tak survey lagi kat KL.. Aku rasa nasib baik la beli kat Nilai 3 sebab kalau cari kat KL kompem aku stress sebab banyak sangat pilihan tak leh nak decide. Lagi-lagi kat jalan tar tu..huhu
Beli kat kedai Suria, 8 meter kain satin japanesse doll (ntah apa nama tapi kain dia soft and tak berkilat kuat, cantik!) untuk lelaki pompuan, and 2 meter setengah lace, tak sampai RM160! Puas hati! haha




Over tak? Aku tengok cam cantik je. Terus zasss..!
Sebenarnya panjang cerita pasal kain nikah ni. Tapi malas lah nak cerita. Nanti tak habis-habis pulak aku merepek.hehe


Aku ingat memang nak pakai ala-ala jubah je. Nampak la supan sket anak wak lolan ni. hehe. Setelah google-menggoggle.. ada jugak la yang berkenan di hati...




Ni baju Lijah. Nampak macam kurung moden. Simple je kan..tapi sweettt. Dia DIY sendiri tau beads yang ada kat baju tuh. Rajin, rajin... Aku, memang tak la kot.huhu


Pastu, Tiqah tunjukkan gambar kawan dia nikah. Pakai lace jugak. Ala-ala jubah jugak. Aku suka jugak!!hehe




Ha canti kan? Cantik kan..?
Memang la cantik sebab penantin tu semestinya dah cantik. Pakai apa pun nampak cantik..
Bayangkan aku pulak yang pakai....disaster kot!! huhu

Tapi takpe la. Aku pakai template ni je boleh? Tapi ada la tukar-tukar sikit kat part tangan bahagian dalam and bawah tu.



Yang kat atas ni pun lawa. Nak buat yang serong-serong lace kat tengah tu. Tapi disebabkan akan potong banyak kain dan merugikan, so tak jadi buat camtu. Jahit simple je dengan menggunakan kain yang dah sedia ada cukupnya.

Tak pe lah yang penting aku puas hati dapat tengok contoh orang pakai baju yang aku nak tu.

Harap-harap baju tu moleklah rupanya. Aminnnn =)

Sunday, April 15, 2012

Hunger Games


Assalamualaikum...


Hinnsss..!! Hinnnssss...!!! HIiinnnnnnssssssssssss...!!!!

Amende tu weh???

Tu bunyi tanda kemarahan la. Kalau kat komik-komik kan camtu. Ke...tak? haha

Ye aku tengah marah la tu. Sebab aku dah tertengok movie yang aku expect best sangat. Sekali marah balik  kat diri sendiri sebab tengok cerita tu.huhu

Tajuk cerita adalah Hunger Games. Pelakon aku tak kenal. Tapi agak familiar lah mukanya. Aku ingat yang femes2 je. Yang tak berapa nak femes tu memang aku tak ingat. Sorry...

Aje la pelik betul aku..memula sekali dah kempius-kempiuskan aku dengan starting yang aku tak bape nak paham sangat. So ok la. Acceptable la sebab starting kan. Baru nak mula.. Kot la nak bagi suspen-suspen ke kan... Nanti-nanti dah nak abis aku paham ke kan....

Then, lepas satu scene ke satu scene... Muka aku da berkerut-kerut... Mulut aku dah asik keluar soalan yang sama je...
"Apa motif? Orang ape ni?? Tadi lain.. Tak detail... Tak paham............................................................................"
-_-"




Konsep cerita tu yang aku tak paham. Tak. Bukan konsep. Tapi more tu gaya penceritaan kot. Eh aku pun tak tahu la apa dia. Susah nak kata sebab bukan orang pilem..
Yang aku tahu, jalan cerita pun sampai ke sudah tak meyakinkan aku. Adakah cerita ini cerita di alam realiti? Ataupun alam fantasi??
Ke aku yang bongak bonar tak paham-paham ni??huhu

Aku rasa ini adalah cerita yang paling sengal pernah aku tengok. Ni statement untuk aku la. Kot la orang lain tengok best je kan. Ni komen dari aku yang mungkin otak lem-susah-sangat-ke-nak-pikir?? ni.huhu




*Kesimpulannya, simpul manok   -____-!


Saturday, April 14, 2012

Review tunang: Hantaran sebelah lelaki


Assalamualaikum...


Tetiba rajin pulak nak review lagi kan.hehe. Takpe biakan aje dak ni update blog. Once dia da rajin, kao janganlah nak tegur-tegur. Nanti kalau dia dah malas, memang takde sape la yang nak tolong updatekan blog nih. Hehehehe


Ok kite tengok pulak apa yang diberi dari pihak lelaki. Seperti aku jugak, tiada barang personal diberikan. Cuma banyak makanan dan yang penting-penting je. Bak kata Irine, nanti nak all out time kawin kan.hiks!


Seperti yang sedia maklum, diorang bagi 5 dulang. dan semua decoration made by his mak and akak dan jugak adiknya.. Their theme was Kuning+Chocolate+cream lah kot.. santek juga... =p


Dimulakan dengan bismillahirrahmanirrahim....



Seperti saya, (saya pulak dah) hantaran lelaki juga ada kepala.hehe. Tapi orang belah Utara selalunya akan pakai tepak sirih ni. Yeke orang utara? Dalamnya sama jugak. Ada sirih, gambir, kapur dan seangkatan dengannya. Sama macam sirih junjung. Cumanya sirih junjung tu dijunjung-junjung tinggi atau rendah jek and ada munga-munga..
Saya sangatlah teruja bila dapat tepak ni sebab orang Johor rasanya memang jarang pakai tepak sirih. Bila da dapat tu memang rasa jakun wookkk... Kat dalam tu diorang letak beras pulut 1 plastik and duit RM5.30. Haa pelik kan? Kenapa beras pulut? Mungkin sebab nak kasi kami lekat berkekalanlah kot hendaknya sampai kahwin nanti.hehe. Yang duit tu aku tak sure kenapa. Adat katanye...
Bila dah dapat tu tengok je kat dalam ada apa. Sekali diorang minta balik. Dah kengkabut ko dengan sepupu semua tak tahu nak buat ape. Rupa-rupanya kitorang pihak pompuan ni kena keluarkan semua apa yang terisi dalam tepak tu dan pulangkan balik sebagai tanda kami menerima pinangan si petunang... Lawak betul time tu.hehehe




See.. pihak laki siap bukak and tunjuk lagi kat dalam tu ada apa. Yang belah pompuan pulak tertunduk-tunduk nak tengok apa ada kat dalam... Epic betul...haha




Yang keduanya pulak seperti biasa, cincin tanda. Cincin tu si petunang yang pilih. Simple, yet adorable.hihihi
Kreatip jugak mak dia nih. Boleh je selit-selitkan cincin kat celah-celah munga tuh. Tapi sangat suweettt mentengoknye..hehe
Owh ye, lagi satu. Ni adat orang Jawa ke Johor ke Selatan aku tak sure. Mesti ada duit tanda which means kena letak 1% dari wang hantaran yang pihak lelaki nak bagi. Misalnya kalau pihak lelaki letak kat dulang tu RM1 maknanye dia nak bagi RM100. Ha camtu lah gamaknye.. Aku ingatkan dah tak main dah pesen tu sekarang ni. Sekali mak aku kata better soh dia ready je takut orang tua nanti bising. Aku ikutkan je la.huhu. Tempat lain aku tak sure kena ada tak duit tanda ni.




Kemudian, kain persalinan untuk nikah nanti. Beli sepasang dengan yang lelaki punya. Satin warna cream and lace pulak warna silver pink rasanya dan saya sangatlah suka dengan lace tersebut.. Yeaayyy!
Yang bestnye kain tu dah pun dihantar ke tailorang. Yeaayyy lagi!!! ;D




Seterusnya adalah chocolate... Saya suka Beryls'! Yeaayyy lagi dan lagi!!




Last sekali, kek yang sangat chomel! Cantik tak? Cantik tak? =p Sangat cantik kan? Kek ni kak yong dia yang beli. Beli online rasanya. Memang cantik...nak potong pun sayang. Kek coklat. Sedap! hehe




Ok tu je untuk hantaran lelaki. Semua decoration pun sdn bhd and I like it very much! hehe
Next, nak review ape? Takde dah kot...



Friday, April 13, 2012

Review tunang: Hantaran


Assalamualaikum...


Gelakkan aku ramai-ramai....huahahahahahahaahahaa!!
Nape? Nape? Nape nak gelak??
Sebab budak ini baru nak review majlis tunang dia yang dah basi dulu tu...hahahahaa
Ala...takpe, aku je pon yang nak hadap blog ni tetiap hari kan..boleh la nak feeling-feeling Selamat Petunang Baru...hiks!


Arrgghhh lantak la nak up jugak gambar! hahaha


Ok, ni aku tepek gambar hantaran je yeh. Aku SANGAT suka dengan hantaran dari pihak pempuan (aku la =p) sebab semuanya adalah hasil idea aku dan mak sendirik. Walaupun nampak sangat la old fashion tapi saya sangat puas hati...yeayyy!! (eh skejap aku skejap saya...ahhh hentam!)


Temanya adalah peach-pink-cream (haha siap berkaler bagai...). Gasak la aku tak tau nak kata warna ape.. Sepatutnya 5 balas 7 je. Tapi aku punya terlebih satu jadilah 8. Maklumlah ada yang nak sponsor last-last minit ni kan... I terima dengan hati yang gumbire....*wink wink*


Boleh dikatakan deco-deco adalah sdn bhd. Dari barang hantaran, tapak yang bentuk love tu sampai la ke alas dulang...semuanya saya dan mak yang buat. Kami gigih buat malam-malam demi menyiapkan hantaran first time anak pompuannya ini. Dan mak adalah sangat best sebab sanggup nak jahit sendiri alas dulang tu, demi kepuasan bersama. hehehe. Tq emak!! ^_^






 Ok dimulakan dengan bismillahirrahmanirrahim.... =) Sirih junjung si kepala hantaran. Ni adat je ni, sirih junjung musti ada. Kalau belah lelaki bagi tepak sirih, perempuan kena balas sirih junjung. Kalau belah lelaki bagi sirih junjung jugak, belah pempuan bagi sirih junjung la jugak. Tapi kena rendah sikit dari lelaki. Ke terbalik? Ntah tak hengat. Nanti tanya mak balik.hehe. reason, aku pun tak sure kenapa. Adat katanye............




Kemudian, barulah raw material macam sampin, songkok.. Ni bagi awal-awal sebab senang nanti tak kelam-kabut nak cari kain untuk nikah nanti. Sampin adalah songket Terengganu. My ayah's choice and I love it! Trima kasih ya mak ayah =)




Yang ni pulak, kain satin untuk buat baju melayu nanti. Warna cream sepasang dengan baju perempuan. Ni bukan kain satin yang shining-shining and keras tu. Saya tak suka yang tu. Ni satin yang berat and lembut-lembut gitu. Not much shining but still shine, eh. And of course, I love it very very muchoo! hihihi




 Dan seterusnya adalah pemanis-pemanis mulut saje... Kami tanak bagi barang-barang personal sebab ni just tunang je kan. Bagi banyak makanan je sebab nanti boleh la diorang bagi sanak sedare yang ikut sama hantar rombongan tu. Nanti time kawin baru nak bagi barang-barang personal. Time tu boleh la nak all out apa barang yang aku nak! hahahaha




Buah-buahan. Beli kat Bukit Gambir. Tu je yang ada. Tak banyak pilihan. Walaupun isinya tak nampak penuh, tapi puas hati sebab ada dragon fruit. hehe.





Red velvet yummyy!! Sponsored by Maya. Beli kat blog je kat Muar tu. Pilihan yang bijak lagi bernas sebab bakal kak ipor kate sangat sedap! Weeehhhooooo!! Gembira hatiku riang tak terkata. Ngehngehngeh
(Sedih hatiku hampa tak terkata sebab tak dapat rasa kek yang sedap itu...hahahahaahaa)




Haaa for this one, I made it by myself 100%! hehe. Sebenarnya kek ini takde dalam list tapi disebabkan kek ini direquest oleh mak...eh mak mentua...eh eh bakal mak mentua la...hikhikhik..jadinya saya gagahkan jua untuk membuatnya. Sebab dulu saya buat masa merisik untuk makan-makan. Sekali mak mentua eh bakal =p kate sedap pulak. Dia bukan jenis yang gemarkan kek. Tapi kek aku pulak tetiba dia suke.. Malu I meow meoww.. Jadi, untuk memenuhi permintaanya, saya pun bake la kek ini dengan penuh kasih sayang...hewhewhew




Last but not least, ni extra kek yang orang bagi tu. Terima kasih yeh.. Alhamdulillah.... =)


*Nak review hantaran pihak lelaki ke? Tengok kerajinan..huhu