About Me

My photo
Nyong iki asal'e wong jowo. Harus ngomong'e jowo. Sitik-sitik iso lah..hehe

Wednesday, September 26, 2012

Veil express..jugak


Assalamualaikum...


Kali ni dengan pantasnye aku buat veil plak. Please refer blog cik BIE untuk tutorial veil ni. Step dia lebih kurang sama je.. Nak lagi best, ce usyar blog Cik Lijah. Ratu veil katenye..hehe

Untuk buat veil, kena beli kain net yang nipis dan lembut yeh sebab nak dia tergantung di kepala secara lemah-gemalai.. (OhMyBahasa!)
Tapi kalau pakai kain net yang keras, veil akan tergantung kejung macam orang gantung diri tu haaa....analogi sangat.

Beli kain net kat kedai bunga apek Bukit Gambir. RM 6 per meter. Murah gilor.. Aritu tengok kat KL ada la belas-belas hengget.. Lembut pun sama je. Kesimpulannya, beli la kat desa-desa bagi meng-cut cost dan mengelakkan pembaziran.. (Memang takdak kurang duet pong nak beli memahal =p)




Ok dah beli tu, lipat dua untuk dapatkan potongan D yang simetri.. seperti biasa orang buat veil tu.. Boleh refer link kat atas..



Aku belasah je potong tak pakai kertas ke apa.. Agak-agak nak lurus, aku letak sebelah tile lantai tu, jadikan sebagai pembaris. Agak-agak nak bengkok, aku bengkokkan arah gunting tu.. haaaa




See.. hasilnye sama je.. Graf licin gitu... =p




Pastu, patchkan je la lace-lace tu kat keliling.. Jahit susup. Nak kemas lagi, sebelum patch, kain net tu jahit tepi yang rapat-rapat baru cantik.

OK?


Settle masalah.. ngeeee



Tuesday, September 25, 2012

4 hari lagi..


Assalamualaikum...


Dress in progress...................




Lagi berapa hari je tinggal... Lace lagi sket je nak siap. No wonder la tailor charge harga kaw-kaw-burger-bakar!

Gila jenuh nak jahit. Jelujur je pun.. Nasib baik baju kawin sendiri. Sepenuh hati buat walaupun penat.huhu
Mak pun tolong. Kalau mak tak tolong, entah siap ke tak nak pakai nanti. TQ emak!!


OK ni baru nak gi beli tudung. Bye!

-_______-!




Saturday, September 22, 2012

Wedding band for my h2b


Assalamualaikum...






Alhamdulillah... Sangat happy sebab dah hantar thesis kat Prof sebelum kawin..yeay!!
Lagi happy bila Prof bagi cuti lebih dr 2 minggu..yeayy!!
Happy sekali lagi sebab Prof n Dr. Shuk bagi pinjam cik adik manis Dura, dayana n Maya hari Jumaat nanti! hahaha

Happy yang terbaru..!
Bought wedding band for my husband-to-be last night.. yippie!! Dah selesai barang hantaran akhirnya... Syukur~

Go for silver sterling sebab dari dulu memang aim nak bagi silver. Sunnah nabi s.a.w pakai cincin silver bagi lelaki. Dapat jugak pahala suami I nanti. Tak la pakai sia-sia je kan? hehe

Tak banyak kedai silver yang jual design yang cantik. Especially cincin untuk lelaki.. Jenuh jugak mencari. Sekali..jumpa!


Moon Collection kat Alamanda. Betul-betul depan Tomei and Sembonia.
Kedai ni jual barangan silver je. Design dia sume cantik-cantik. Gelang and cincin perempuan pun cantik sangat... Geram nengok.huhu


Try..testing-testing..
Banyak design boleh pilih.. Dari yang batu besar sampai la ke batu kecik..sume ada. Design old skul ke design yang moden..pun ada. Sediakan duit je..hehe



Akhirnya, tuan badan pilih design moden. Dia suka design yang bukan batu besar tu. Design baru, ada beberapa diamond yang kecik jenis tertanam and ada engrave 2 lines yang tak bercantum.. Complicated nak explain.haha

Still in my budget. As a student, kopak jugak la kalau dah hujung bulan ni kan. hahaha. Takpe, yang penting dia suka, I lagi la suka..heeee



Friday, September 21, 2012

Guestbook express


Assalamualaikum...


Dengan masa yang dah takat paras-paras hidong ni, memang tak la aku nak menDIY lagi kan. Semua aku beli jek. Salah satunya guestbook nih.
Aku memang nak sangat ada guestbook so that kengkawan or sedara-mara boleh wishing-wishing and nanti boleh la aku baca selalu. Kenang-kenangan katanya kan...

Beli kat giftforyou.com.my. Aku nak letak link, sekali tengok website tu dah takde! Eh, aku orang terakhir yang habiskan stok ke ape?? Naseb baik aku sempat beli.hehehe

Asalnya benda ni as scrapbook. Nanti pandai-pandai la aku jadikan dia guestbook. Sebab nak sangat kan. Ok la daripada takde. heee




Beli online. Dah sampai dah pun. Siap bagi free gift lagi.
I loike!



*Belom kawin lagi dah dapat hadiah.. TQ kak Atie! :D


Thursday, September 20, 2012

Tomato penyeri wajah...katenye...


Assalamualaikum...


Housemate baru rumah aku ni dietitian. Lepas grad keje as nutritionist. Bila dah masuk rumah ni, memang manjang la cerita pasal makanan. Rupa-rupanya banyak benda yang kita boleh buat dengan barang basah macam sayur-sayuran ni untuk menchantikskan wajah selain dari membazir beli barang kosmetik yang mahal-mahal ni. Contohnya, tomato.


Tomato ada bahan aktif yang famous iaitu Licopene. Bahan aktif ni adalah antioksida semula jadi yang baik untuk kesihatan badan. Khasiat dia juga berkait rapat dengan kecantikan kulit, kecikkan liang roma, kurangkan masalah jerawat dan penyakit kulit. Sumber dari Pertanian Kedah.

Haa nak glowink-glowink dengan cara yang murah tak???


Sila makan sebiji tomato setiap hari. Hasilnya insyaAllah tidak akan mengkecewakan..katenye....
Bak kata Himah si nutritionist itu:
"Sungguh! Himah tak tipu.. Himah dah cuba... Pecaya lah..."

Aku kan suka bila dah ada testimoni yang berjaya ni. Jadinya, aku makan tomato setiap hari. Lagi bagus kalau makan lobak setiap hari jugak. Lobak pun boleh cantikkan kulit. Tapi kalau terlebih makan, nanti kulit jadi warna kekuningan la pulak. Jadi, makanla ikut dos yang disarankan.
Eh macam ubat la pulak. Tak, aku bukan promoter. Sekian. -____-"








Silalah juga tepek tomato ini di muka anda. HAHAHA
"Sungguh! Himah tak tipu...!"
Okok aku dah percaya la ni =p



*Aku dah melamar Dayana untuk jadi pengapit di atas pengalamannya yang meluas dan portfolionya yang mantop! Da settle masalah pengapit... "Kuo kap kun kun!"


Wednesday, September 19, 2012

Fitting baju kahwin...lagi


Assalamualaikum...


Ni baju kawin! Pelik kan warna yang aku pilih. COKLAT. Hahaha
Aku pakai kain yang beli kat entry INI.
Dah dapat, tapi masih belum sempurna. Kena alter lagi sket la. Lengan cam besar lak. Tak mahu, tak mahu...huhu


Tadek teaser-teaser lagi dah. Setepek aku bagi tengok!

Simple jek.. Lace kat tengah tu aku pin dengan jarum je dulu. Kengkonon nak tengok cantik ke tak.. (walaupun memang tak berapa nak cantik.huh!)
Takpe la, yang penting kain kembang semangkok =p

Lace pun tak patch lagi. Patches tu aku buat sendiri nanti dengan mak. Nak letak kat pinggang, tangan and bahagian kaki. Jahit jelujur je. Nasib baik MACAM senang. Erk!

Lagi satu "Erk".. Tudung untuk baju ini belum buat... Erk!! -_-!


Ni baju lelaki. Aku suruh Uda cuba try test sebab tuan badan tak ada kan. Badan memang la beza dengan petunang tu. Tapi nak jugak suruh dia pakai. 
*Itu kain pelikat adik. Bukan untuk penantin -_-"

Ni pun kena alter jugak kot sebab nampak macam besar je.huhu
Eh, OK jugak tu bersanding pakai kain pelikat. JAWA sangat....hahaha
(Bertuah sungguh la kalo petunang tu nak pakai kain pelikat kan...)



Haisshh la.. Takutnye pasal baju ni.. Banyak nak kena alter balik. Rasa seperti nak nangis.
Wuwuwuwuuu
T__T


Tuesday, September 18, 2012

Nikah shawl =)


Assalamualaikum...




Haa ni la.. ni la..
Da siap dah. Alhamdulillah...
Tak tido 2 malam katanye nak siapkan benda ni. huhu. Tapi hasilnya, sama macam kat kedai kan?
I suka! I suka!! =p


Setelah berdiskusi and bertutorial..akhirnya...nak pakai cenggini...


Simple je kan. Tak payah veil or crown pun kan..
I love!


*Sekali lagi, Thank you Dura!

Sunday, September 16, 2012

Bunga pahar & bantal hantaran


Assalamualaikum...


Balik hujung minggu sebab Pakcik sedare kahwin. Dah hujung-hujung tanduk ni kan, memang kena balik kampung tiap-tiap minggu la sebab nak uruskan hal-hal kahwin ni la. Rumah pun dah nak siap. Ayah and mak tambah dapur (lagi). Jadi, rumah pun dah macam hape. Harus kena pulun kemas balik lepas dah siap semua nanti... *tarik napas dalam*


Update.. update...


1) Bunga pahar

Mak dah siapkan 70 kuntum. Mak sangat rajin nak buatkan. Semangat betul lah mak ni..hehe. Alhamdulillah...cantik and sweettsss. Time kasih mak! =)




2) Bantal hantaran

Dulu ada beli bantal hantaran kat Sakan yang murah ya amat tu kan. Cover dah siap jahit. And now tengah nak buat dot dot kat tengah tu ape nama ntah. Sume pun aku tak tau nama apa.haha


Baru 3.. Ada 8 lagi..huhu


 1 bantal ada 5 dottss. Jahit atas bawah atas bawah sudeee



3) Baju kawin

Baju nikah and baju sanding pun dah dapat! Tapi belum snap pic lagi. Next entry la ye..

Alhamdulillah da banyak progress. Yeayy!!



Saturday, September 15, 2012

Halfway shawl.hehe


Assalamualaikum...


Dalam dilema nak pakai cenggane shawl ni nanti. Belum siap sepenuhnya pun.. tapi dah tak sabar nak try jugak. Terpaksa la Dura melayan karenah aku ni -_-"



1) Lilit shawl macam biasa?


2) Pakai tudung bawal macam biasa dan shawl sebagai veil belakang?


3)  Pakai tudung bawal macam biasa dan shawl sebagai veil depan?


Or



4) Pakai macam ika Radiusite pakai half moon nye...


Me? Prefer yang last ni. Sebab tak pernah try pakai camtu.hihihihi


Even belum siap lagi jahit manik, aku nak jugak try. I told you.. I can't wait for longer time.
Because..

I AM SUPER EXCITED WITH MY NIKAH SHAWL! =p


*DIY-thingy might not as perfect as in the market, but the SATISFACTION is PRICELESS

Thanks Dudud =)

Friday, September 14, 2012

DIYing nikah shawl


Assalamualaikum...


My nikah shawl is in progress!


Material: Indian chiffon
Colour: Pink plus ada macam kilat-kilat PERADE.haha
Length: 1.5 m
Price: RM7/m
Sponsored by: Dud-dudududdududddddd (baca macam orang tiup trompet nak pi perang)
Textile store: Madras store depan Semua house
(mata boleh jadi blink blink tengok kain-kain dalam kedai ni semua super cantik!)
Theme: Ala-ala half moon Radiusite...cenggini:



Olohhh tomey nyee aku nanti...huahuahua. PERASAN!



Ni cara pakai...



Pa lagi Dud...ukur jangan tak ukur!




Potong jangan tak potong!



Test jangan tak ngetestt...!! HAHAHA




OK, bersedia untuk jahit manik yawww~



 Jangan terkejut bila nampak 3 pasang tangan yang mengkerjakan sehelai shawl itu.hehe




Haaa tengok. Bersungguh depa-depa ni buatkan shawl tu. Kak Enaz and Kak Yati pun join buat tu... Terharubiru I mentengoknye taw.. hiks!
Tak sabar nak tengok outcomenye.. Mesti tanteekkk.hihihihi



CAN'T WAIT! CAN'T WAIT!!! =P



Thursday, September 13, 2012

Dah pos kad kawin


Assalamualaikum...





Yeah.. baru nak pos kad. Super lambat la aku ni -__-"

Anyway, lega dah pos. Yang bagi by hand pun dah nak settle.

Phewww~

If anyone nak kad, please leave your address... and your nama. Bukan apa, takut posmen tak kenal nama glemer je.hehehe. I'm willing to go to the post office and post it special for you...

*wink wink*


Wednesday, September 12, 2012

Fitting baju bertandang kat Ipoh


Assalamualaikum...


Hari kejadian: Last Sunday
Tempat: Rumah bakal mak mertua kat Ipoh
Tujuan: Nak fitting baju kawen sambil beraya la kot. hahaha

Haa ni pun first time datang sorang ke rumah bakal mertua tanpa pergi ngan mak ayah..
Disambut mesra oleh kedua mak dan abah saya.. Eh eh eh... =p
Balik hari je sebab Jiji balik dari Thai hari sabtu. Sabtu pulak banyak benda nak buat. Jadinya, pulang ke Ipoh hari Ahad. Gerak balik malam tu jugak la. Esok nak kijo pula.huhu


NaRaYa bag in bakal-pengantin-room... hiks!


Sebelum ke butik, singgah sat ke homestay yang bakal kamiorang Johor nak rehat-rehat nanti. Ok, besar jugak tengok dari luar.


Ni bangunan butik. Tapi kedai dia tingkat 3. Tak nampak plak tu sign board. Camne ntah snap picture. Sasaran tak tepat. hahah
Oh ye, nama butik tu B&R bridal. FB dia lupa la plak. Bangunan ni betul-betul dekat sebelah Jusco Ipoh. Memang nampak la signboard dia nanti.


Dah masuk kedai, kita cuci mata tengok baju-baju dia. Not bad la. Up to date jugak baju dia..










Time to fitting-fitting!!!


Eh terflash pulak. Maklum la...amaturrrr

Ini baju pilihan pertama mak mertua masa first time booking dengan butik ni dulu. Cantik. Sopan macam I... hikhokkkk =p
Tapi baju macam gebeh sikit. Maybe kena alter sket lah baru nampak ngam-ngam gitu..



Blur blurrr macam tuan dia -_-!

Nak dijadikan cerita, ada 1 baju baru yang baru je dipakai hari tu tergantung kat depan sebelah pintu masuk. Ku lihat mata ibu mertuaku tidak berkelip dan bersinar-sinar.. Ah sudah. Dia berkenan ke?? Tapi baju tu ada ekor. Dia mana minat baju berekor ni. Tak mungkin la dia nak baju ni. Tapi memang cantik baju tu. Warna pun memang masuk la dengan tema..

Akhirnnya..

"Ana tak nak try ke baju ni?"

"Nak try? Boleh je...hehe" Aku la tu jawab kemalu-tapi-mahuan. huahuahua


Haa suka tak? Suka tak??

Aku SUKA sangat! Very the high taste kau Mak Eni....hehehe
Ok mak, kite on je la baju ni.. Eh tetibe MAK ;D


Aku terai test 2 baju je. Tapi si teruna up 1 dari aku. ciss! hehe. Walaupun dua-dua ni nampak warnanya macam sama, tapi berbeza la materialnya.



Yang ni, pesen lama sket. Kain macam kain shantung tu. I tak suka sangat. Lagipun besar. Tak fit. Laki I tu kan FIT sangaaat...huhu


Haa yang ni ok sket la dari yang first tu. Ni kain duchess satin. Nice je nampak kemas and fit la sket. 
Okok proceed... tinggal tunggu hari kejadian je. hehe


Dah settle baju belah laki. Yeayy!!!
Tapi belah pempuan belum ada apa-apa lagi yeayyy!! T_T

Balik rumah, mak mertua hidangkan minum petang pulak. Rajinnye mak mertua I ni. Gud2! 
Aku?
Melantak je keje weehhhhh...
Kalo nak kena penampor dengan mak sendiri, buat la gitu.haha
Opkos la aku menolong-nolong mak di dapur... Kata nak jadik menantu kesayangan kan.. Kena la pandai cari topik yang bersesuaian.. Rancak tak rancak la sampai aku dapat resipi ikan pekasam. kikikiki





Ini biskut sarang semut yang femes oleh Mak Eni. Betul sedap....
Nak order? Boleh la contact-contact nanti. Eh aku pulak memandai promote. hahaha


Lepas maghrib, siap-siap untuk pulang. Len kali saya datang lagi ye Mak Eni and Pakcik Mokhtar... Eh time tu da panggil mak ngan abah la ye...Suke! Suke! hihihihihi




Tuesday, September 11, 2012

Pestime masuk IKEA.huahuahua


Assalamualaikum...


Ye, ni la kali pertama aku pergi IKEA.. Sejak aku duk ki il ni, ini la kali pertama jejakkan kaki ke sini.  Kesian tak?? Hahaha
Selama ni just lalu-lalu je sebab malas nak hadap jam yang buat sakit pale otak tu. Hari ni, akhirnya pergi jugak!! Ngeeeee
Nak amek gambar kat word IKEA yang besar tu tapi aku ni kan pemalu ya amat. Jadi, ku kuburkan saja hasrat hati. Moh la kita masuk je terus..

Kate first time, memang aku expert sangat la kan nak ke mana nak dituju. Nasib baik TERjumpa pasangan duajoli Dura and abg Zarir.. Tak memasal kena jadi tourist guide aku. HAHAHA

Sampai je da tengahari. Opkos la lapar. Aku memang da aim nak makan meatball yang digilai ramai tu. Nak rasa sedap sangat ke apa yang digembar-gemburkan.


Meatball 10 pcs... RM 10. Bole la....



Chiken wing.. RM tak hengat. Dura kate sedap. Aku pun terai la beli. Ok jugak la...



Desert caramel puding.. singgit satu kot. Sedap jugak. Tak rasa telur.


Lepas makan, solat. Pastu, gi la tawaf gudang tu. 
Memula amek 3 benda alah ni. Pensel ketot, panduan membeli-belah (katanya..) and pola pengukur. Kot la nak ukur pinggang yang besaq tu... Eh.


 
Dok nyempat aih nak tonggang tebalik kan gambar nih.


Misi mencari vase biru untuk mak mertua.. bukan beli yang ni. Yang ni 1 set ada 3 pcs, RM 60.
Cantik, boleh buat perhiasan kt meja.


Tissue IKEA yang femes.. 50 pcs, RM 11.90. Macam-macam kaler ada. Tinggal capai je tangan.


Ini kaler purple. Very the sesuai untuk majlis I nanti.hikhik


Then, nak cari plastik yang cover baju tu. Ape ke nama ntah. Jumpa la yang 8 pcs, RM 16.90. Nak amek dah. Tapi pikir balik, banyak sangat nak buat ape. Tak jadi amek. Sekali jalan-jalan kat atas jumpa yang ni. 3 pcs, RM 5.90. Harus dirembat. Eh bukan kaler itam and pepel ni. Tapi kaler putih.


Ini frame sangat comey.... tapi tak sesuai untuk letak mas kahwin. En Tunang mau cari yang besar sket.
Seperti di bawah..hehe


Ye, ini lah frame tu. Dia nak letak duit and susun dalam ni. So that nanti nampak kemas saja. Later-later, frame tu boleh letak gambar gedik-gedik dengan suami.. KAHKAHKAH


Haaa ni plak nama dia TOLSBY. Bingakai untuk 2 gambar. Murah je..RM 4.90 satu. ex-b2b Nora pakai benda ni untuk centerpiece meja makan beradap. Sesape nak pakai idea tu pon ok....


Cermin ni pun nampak sangat menggeramkan... 4 pcs, RM 25.90. Boleh deko if dah ada rumah sendiri nanti. Dulu, pernah ada idea nak buat cermin segi 4 ni as alas hantaran. Macam Intan Norazam buat tu. Tapi tak jadi sebab lepas tu bukan duduk sini pun. Nak simpan pun macam lama sangat baru boleh guna. Tu pun kalau suami nanti gatal tak nak balik Malaysia 10 tahun! Huhu



Lepas tu, ke One Utama pulak. Cuci-cuci mata....hehehe





OK, tu je lah nak cite. Pengalaman masuk IKEA yang kenchang sangat orang cite tu... Sekian.