About Me

My photo
Nyong iki asal'e wong jowo. Harus ngomong'e jowo. Sitik-sitik iso lah..hehe

Friday, June 29, 2012

Hai jiwa yang tenang


Assalamualaikum...






Daripada Wabisah bin Makbud
Rasulullah saw. Bersabda bermaksud:
"Adakah engkau datang kerana hendak bertanya mengenai kebajikan? Aku menjawab 'ia' maka sabdanya lagi mintalah fatwa (pertimbangan) hatimu sendiri, kebajikan itu ialah apa yang membawa ketenangan kepada jiwa dan ketenangan hati. Dosa ialah perasaan bimbang dalam jiwa serta perasaan ragu-ragu didalam dada (hati) sekalipun orang ramai telah memberi fatwa kepadamu dan sekalipun kamu telah diberi fatwa oleh mereka"Riwayat Ahmad & ad-Darami
Setiap perbuatan kebaikan atau kebajikan yang dilakukan oleh seseorang itu akan menyebabkan jiwanya menjadi tenang.

Orang yang melakukan berbagai kesalahan dan dosa sentiasa berada didalam keadaan serba salah, curiga dan takut diketahui oleh manusia. Ia sentiasa memikirkan bagaimana bentuk pembalasan azab seksa yang akan diterima diakhirat kelak.

Amal soleh yang dilakukan oleh seseorang tetap mendapat pahala, manakala kejahatan, penipuan, kemungkaran, dan sebagainya yang dilakukan akan mengundang dosa, dan membawa keresahan jiwa walaupun orang telah memberikan fatwa kepadanya.
يَا أَيَّتُهَا النَّفْسُ الْمُطْمَئِنَّةُ
Hai jiwa yang tenang
(Surah Al-Fajr 89: Ayat ke 27)



Wednesday, June 27, 2012

Photographer yang saya suka!


Assalamualaikum...


Ni nak cerita pasal photographer pulak la. FYI, aku akan guna Fahmi as the OP. But then, macam nak pakai lagi photog sebab takut dia tak dapat cover semua. Dia kan sorang je.. So, aku pun cuba try test la cari few vendors yang appropriate dengan bajet yang sangatlah ciput ni.huu
Antara kriteria yang nengana nak adalah;

1) Of course la gambar they'ols kena malatop!
2) Bajet bawah seribu...ado? Bajet gile aku.kehkeh
3) Photographer based in Muar --> so that tak payah add transportation charge.hehe


Ini adalah permintaan pengantin bajet. Sila tunaikan permintaan saya, yeh.hahaa
Dah ada kriteria-kriteria tu, aku pun google saje lah.. Mula-mula memang susah nak cari photographer dari Muar ni. Yang ada pun gambar tak menepati citarasa antarabangsa aku ni. (Nak cun je tapi takde bajet malu la oi)
Dengan kepakaran jari dan bakat searching aku yang jitu lagi padu, finally I got few vendors yang memuaskan hati ahkak... Bukan Muar je la. Merata..huhu



Foto by Razali

Photographer pertama yang menjadi idaman hati orang-orang selatan (based on b2b blogger review la) hehe. Tengok gambar-gambar dia memang cantik. Aku suka gambar yang candid-candid ni. Nampak so natural. Kalau yang tak candid tu macam nampak sangat berlakonnya.huhu
The packages pulak quite affordable la untuk kualiti gambar yang superb. Price range from RM1700 onwards.
Dia dok Batu Pahat. So sesape nak hire dia boleh la tanya-tanya. But he is almost fully booked for this year. Macam goreng pisang panasss. Cepat-cepat la book if nak pakai dia nanti. Ramai jugak bride blogger pakai dia.



 Kina!



 Rai!





Arhhh semua gambar dia aku suka! Love! Love! Love!
Tengok sendiri kat FB dia. Or website dia.
Nak hire tak mampu. Dapat tengok jadi la. Hahahaharapan



Qayyumstudio

Lagi satu photog dari Klang, Selangor.. gambar pun superb. I loike! Price pulak memang hargabolehmilik (camtu ek?) Start from RM 1500 untuk satu event. Owh, time aku minta quotation tu dia kata ada promo since April. Go to their website and book now! Sementara promo masih ada... hehe











AzamHashim


Azam Hashim ni aku tak berapa nak pernah dengar sangat. Dapat tau pun dari b2b Zimie. Dia pakai Azam Hashim as her OP.
Gambar? For me, memang ohsem... Oh, package dia pun not bad woh.. Pakej akad + sanding boleh dapat as low as RM 1600! Memang berbaloi.. Sama macam photographer yang lain, Azam Hashim pun buat promo jugak. Tapi, promo dia lain dari yang lain. Nak tau ape??

"Untuk September weddings and onwards, saya sedang buat promosi Percuma Post Wedding di Port Dickson atau Cameron Highlands"


Perghh post wed kat Cameron best jugak ni. Boleh la feeling rementiks. Hiks! Boleh tengok promo tu kat sini:
         http://www.facebook.com/events/388963044476318/

Ex-b2b yang pakai Azam ni..

 Zimie!









Ezywedstudio

Ok, namanya Zainal Ezy (from the email). Beroperasi di Muar.. Oh apakah maknanya??
*Angkat dua-dua kening, angkat dua-dua kening*
Yes, NO transportation or hotel will be charged! Yeayy!!
Nak yeayy! lagi sebab price diorang adalah sangat berbaloi-baloi!!
Tambahan yeayy! sebab dia pun buat videography!
Weehoooo!!~

Ni antara hasil kerja Ezy yang uuu...waahh...wow! (Over aku Jah!)








Suka! Suka! Suka!
Nak suka banyak kali! Sukaaaa! haha



5) Nizamrosli photography

Yang ni pulak dari Klang, Selangor. Their price is very very menggembirakan poket rabak aku ni. Tengok quotation diorang banyak kali kot sampai gosok-gosok mata yang tak gatal. Even transportation charge pun sangat murah.. Apatah lagi yang diorang offer tu... Korang tak kan expect punya lah!
Starting price from RM 1000 onward. With that seribu, boleh dapat 2 photographer! Murah tak? Murah tak?! (Tolong la kata murah..wuwuu)
Hasil tangkapan mereka pun not bad. Cantikss!!









Owh Lembayung Senja pun ada buat promotion to b2b blogger up to 15% discount! Boleh tengok SINI. But I still tak boleh nak  hire diorang sebab need to have at least 50 followers. Mak sangat tak layak...wuwuwuwuuuu~ T_T
Tapi if korang ada berlebih50 followers, you are most welcome to contact them. hehe


So, sesiapa yang belum and tengah nak mencarik-carik photographer tu, silalah mentengok-tengok diorang ni. Jangan malu-malu untuk email mereka sekalian. Bukan tak pakai baju pun nak malu-malu. hahahantahpape.
If malu jugak, boleh la mentakmalu dengan aku je. Aku ada quotation from they'ols ni.hehe. Aku listkan photog dengan price range yang aku nak je. Yang riban-riban macam Saiful Nang ke.. Udey Ismail ke.. Danial Zain ke.. opkos bukan dalam list aku. hehe. Dah semestinya hasil kerja mereka juga adalah malatop!


Tapi.. tapi.. tapi....
Photographer di hati saya (ceceh tetiba tukar saya) adalah tunang saya sendiri.. *blushing*
Disebabkan saya akan berkahwin dengan tunang saya itu, makanya tak boleh la nak suruh dia jadi OP. Nanti tak memasal pengantin asyik dok cam-whore duaorang-duaorangan saje.. Tak ke ape-jadahnye-korang-bedua-ni tu nanti..HAHA



*Susah nak pilih ni.. Good luck to i'olls!!   > <



Tuesday, June 19, 2012

Free hand bouquet crystal by Shajaratul Design


Assalamualaikum...


Pengantin pompuan mesti nak pegang-pegang something kan time majlis kahwin nanti? Err maksud aku macam bunga tangan la.. Kenapa EK??

Dulu time tunang iyo-iyo je aku lenjan tak nak bunga tangan ni. Aku pikir buat nyemak je benda tu. haha. Sekali bila amek gambar, memang nampak kosong pun. Cepat-cepat sepupu aku amek bunga lebihan buat hantaran bagi aku pegang. Bior nampak berseri sket katenye... Padan muka aku.haha


Untuk kahwin nanti, still tengah berpikir-pikir nak pakai ke tak nak bunga tangan ni (Boleh lagi berpikir-pikir tu...haishhh. Aku tangan skali kang! haha)
Felt flower hand bouquet tu dah ada skill, so dah boleh buat la nanti. Mak andam pun dah provide bunga tangan. Tapi dah kata mak andam kan. Mesti lah BUNGA sangat.... Tak de kelainan. Bosan. Nak cari yang lain dari yang lain sikit la.eheh. Ngade.


Nak kelainan sangat.... pakai je KAKTUS! Dulik la apa orang kata. hahaha


Nak lain lagi? Haaa meh terjah kat SHAJARATUL DESIGN.



From the fan page, Shaja provide bunga crystal, bunga dip and bunga stoking, etc untuk buat hand bouquet, bunga pahar, and bunga dulang serta yang sewaktu dengannya. Bukan stakat tu je, siap ada jual paper lantern yang comel-comel, candles, box & bag, chair ribbon... macam-macam lagi lah. Hantaran yang dia buat pun Ohoiiii kreatip betul lah! haih

Ni contoh hasil tangan





Pinor mata nengok... santeknyehhhh @_@



Siap masuk majalah Pengantin wehhh



Ohmai... suweetttnyeh



Sila lah cuci mata. Kat website dia pun ada di http://www.shajaratul.com/.

Tapi...tapi...tapii......



Dia nak bagi bunga tangan kristal (colourful colour worth Rm 180 each) kat 2 orang yang bertuah secara PERCUMA! Ye, aku ulang lagi.. It's FREE!!
Sape tak nak oii. Kalau nak ce-try-test luck, boleh la join. hehe

Syarat-syarat yang dikenakan adalah:

1. Kena la LIKE page SHAJARATUL DESIGN ni dulu..hehe
2. Jadikan salah satu gambar bunga kristal yang ada sebagai profile picture kat Facebook masing-masing sehingga 30 June 2012. Gambar boleh amek kat album ni:

http://www.facebook.com/media/set/?set=a.451035564501.236122.116549019501&type=3

3. Then, sharekan post ni kat wall or blog kalau ada.

4. Lepas dah singgah page Shaja tu, kenalah komen sket. At least tulislah "done"...kata syaratnye....hehe
5. Cabutan bertuah adalah ikut no. komen dan akan diumumkan pemenangnya by end of June 2012.



If sesape yang nak contact dia, boleh la roger-roger..

SHAJARATUL DUR ISMAIL

Shajaratul Design(hantaran & bunga pahar)
No 148-1,
Jalan PUJ 3/2

Shajaratul Collection (Bahan kraf & cenderahati)
Taman Puncak Jalil
Selangor
43300
Malaysia

Telephone: 603 89401187
Mobile Phone Number: Telephone: +6013 3405321


*Selamat berbungatangan! =p



Monday, June 18, 2012

I've got my wedding shoes!


Assalamualaikum...


Alhamdulillah... Settle lagi satu kerja. Pencarian kasut kahwin dah pun berakhir..hahaha. Terasa satu bebanan dah berkurang jugak dalam kepalahotak ni. Yela, perempuan aku ni kan cerewet. Nak mencari kasut adalah tergolong dalam hal-hal kecerewetan aku ni. huhu. Mana tak nye cerewet, aku suka kasut yang ala-ala Kim Kardashian... Neelofa... (Taste nak retis sangat aku ni)
Tapi edisi bajet. Mana mau cari?? Cheapskate!

Disebabkan aku ni rendang tak berbuah, nak cari high heels biar setarap dengan suami nanti supaya aku boleh melihat dan meninjau rakyat jelata yang hadir nanti -__-" <








See.. semua tonjang-tonjang kan.. Semua heels stock-stock retis sangat.. Gila babeng mahal punya.. Mak tak mampu... tapi suka! haha

Ada jugak b2b yang tempah kasut sendiri. Ada yang tempah kat Aleng Tohara..





Simple sweet and gorgeous!









Bapak cantik..... T_T















Cantik gila kan? Aku cuma sekadar cuci mata sahaja sebabnya..
Kalau nak tempah kasut dengan they'olls ni kau kena bersiap sedialah tigaratusringgitmalaysia. Untuk pengantin bajet macam aku, adalah sangat tidak berbaloi and bapak mahal! nak spend duit sebanyak itu hanya untuk kasut sahaja. Jadi, takmoh tempah. huhu


Tapi nak mencari yang sesuai itu adalah amat azabedah T_T
 Segala kedai kasut aku harungi.. Tapi ilek.. Ada la kat Charles & Keith yang berkenan. Satu kaler plain. Satu lagi kaler cream corak lace. Macam ni:


Amek kat blog sape ntah. Lupa.. Cantik..huhu

Dah tengok dah kasut tu. Memang cantik. Seswai la nak buat kahwin. Tapi tak cukup tinggi la. Aku nak 12 cm! Muahaha

Dah round satu Mid, Metrojaya, Robinson semua tak jumpa, pastu try je la cari kat Alamanda. Baru teringat dekat Nichii ada kasut tinggi yang cantik-cantik!
Banyak kasut tinggi yang memuaskan hati cerewet ni. Dulu kasut-kasut dia still Nichii but now dah tukar tu Zucca. Tapi masih lagi cantik-cantik dan murah!
Mula-mula dah decide la nak beli kat situ je nanti. Hold dulu sebab kononnya nak tunggu gaji next month..


Bila hari ntah gi Mines. Jalan punya jalan jumpa kasut yang berkenan sangat-sangat! Satu kasut yang tonjang tu kat TSC. Satu lagi kasut lace tapi berlubang kat depan. Tak snap gambar, lupa. Aku berkenan gila kasut lace tu. Dah la RM 89.90 je. Ada less 20% plak tu.. Tapi JiJi tak berkenan sangat sebab ada lubang kat depan. So, sesape nak rembat, boleh gi tengok kat kedai kasut VRI kat dalam VOIR. Sementara tengah ada less ni...hehe

Then, tengok kat TSC (The Shoe Connection). Kedai dia ni memang banyak kasut cantik. Murah pun murah if nak compare dengan kasut brand yang mahal.. sangatlah berbaloi. And I found my wedding shoes here! hehe


5 inch plus bling bling kau mak gayah...... Ada ala-ala Christian Louboutin tak? =p


Nampak memang sangat tinggi. Risau gak terpele'ot ke nanti kan. Tapi disebabkan tapak kasut tu melengkuk ke atas, so bila pakai memang comfy. Kaki pun tak sakit. Mula-mula tengok terasa macam over la pulak. Tapi dah semua kata ok je, aku pun kate OK jugak lah! haha
Moh kite melayan kasut tersebot.


  
Kebetulan warna dia sama dengan baju. Seronotttttt!!


Cantik tak reben kat belakang tu? For me, chomels! =p

Ada jugak warna and design lain.. Pink and hitam.






Ok nak kasut ni.. Harga asal RM 109.90. Ada less tak? Ada, hari ni baru start. 10%..
Yeayy!! Nasib baik tak beli semalam. haha


Silalah terjah ke TSC =)

Ye, saya high heels die hard fan. Tapi pakai nye idok. =p


*Dah boleh muntah kasut ni. haha