Assalamualaikum...
Dan sabda Nabi SAW pada khutbah Baginda di setiap hari Jumaat:
Hai umatku,
sesungguhnya untuk kamu telah ada petunjuk-petunjuk jalan itu,
dan kamu juga mempunyai batas maka
berhentilah pada batas-batas yang telah ditentukan bagi kamu.
Sesungguhnya seorang mukmin berada dalam 2 ketakutan, iaitu
antara
AJAL dan
MASA LALU,
ia tidak mengetahui bagaimana Allah akan berbuat kepadanya,
dan masa yanng akan datang juga tidak mengetahui apa yang terjadi pada dirinya.
Kerana itu
tiap orang harus berbekal untuk kepentingan diri sendiri,
dari masa yang
hidupnya untuk matinya,
dari
masa muda untuk masa tuanya,
dari
dunianya untuk akhiratnya.
Maka dunia ini dijadikan untuk kamu,
dan
kamu dijadikan untuk akhirat.
Demi Allah yang jiwaku di tangan-Nya,
sesudah mati tiada jalan untuk
taubat,
dan sesudah dunia, tiada tempat kecuali
SYURGA dan
NERAKA.
Aku ucapkan kata-kataku ini dan aku mohon ampun kepada Allah untukku dan untukmu...
Siapa yang
niatnya ke akhirat maka Allah akan
menghimpunkan baginya semuanya,
dan dijadikan
kaya hati,
dan datang kepadanya dunia
merendah diri.
dan siapa
niatnya dunia maka Allah akan
mencerai-beraikan urusannya,
dan menjadikan
kemiskinannya selalu terbayang di mata
dan tidak datang kepadanya
dunia kecuali yang ditentukan baginya.
(Diambil dari
Laman Tazkirah)
*Memuhasabah diri kembali dengan apa yang dah kita niatkan selama ni...
No comments:
Post a Comment