Assalamualaikum...
Beberapa hari yang lepas..hari yang aku dok stress2 tu...aku ada la beli beberapa majalah. Ha aku kalau stress memang suka beli majalah. tapi bukan Mangga, URTV tu sume.. Aku suka beli majalah kegemaran aku macam Mingguan Wanita.. Dara.. Solusi... dan seangkatan dengannya...
Macam majalah Dara yang aku beli bulan April ni, edisi bumper! Tebal sket la daripada biasa..n yang bestnya boleh dapat tudung pree! weeee~ (aku belom anto lagi borang untuk tudung pree tu.harap2 ada lagi.huhu)
Covergirl...sape tah aku belom baca lagi storynya..
Pic dari website. Gamba majalah betul2 punya, aku tak snap lagi.
Kat dalam ni ada banyak info yang kita boleh dapatkan. So, kali ni aku nak share tip2 untuk berjimat chermat semasa berbelanja... Aku tau, kalau pompuan da dok shopping barang rumah, selalunya mesti ada barang yang 'ter'beli benda yang lain. Walaupun kita buat list ke ape, mesti ada 'ter'selit pape la yang di luar list kan?kan?kan?? Ha, ngaku je la...sebab aku pun slalu buat camtu..hakhak
Ok2..cuba kita try test tips ni. Sebelum berbelanja, kita haruslah....
1. Membaca doa.
Islam menggalakkan umatnya memulakan hari dengan membaca 'bismillah'. Sebelum anda memulakan langkah memasuki pasaraya, baca dahulu doa ini, yang bermaksud;
"Tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain Allah, yang Satu, tiada rakan yang lain bagi-Nya, milik-Nya kerajaan, milik-Nya segala pujian. Dialah yang menghidupkan dan yang mematikan. dialah yang hidup, tidak akan mati. Di tangan-Nya kebaikan. Dialah yang sangat berkuasa ke atas setiap perkara."
Moga2 perbelanjaan anda tidak akan berlaku pembaziran =)
2. Catatkan harga.
Sebelum sampai ke kaunter pembayaran, pastikan anda mengetahui semua harga barangan yang dibeli. Catatkan harga terlebih dahulu di dalam buku nota dan semak semula pada resit yang diberikan. Kadang2 berlaku kesilapan harga yang tidak disengajakan. Oleh itu, berhati2 ketika membeli.
*Part ni aku kadang2 je buat sebab bila aku nak buat mesti aku rasa orang lain akan kata
"Ei setakat beli susu kocak coklat (kegemaran) and coklat bar (petunang kirim) pun nak tengok resit ke??"
T_T
Dulu ye la..mak cakap soh beli ape, aku tulis dalam kertas...skang da maju. pakai iPon jek..
Bakul akan meminimumkan jumlah pengambilan barang. Sekali gus, ia membantu anda berjimat. Selain itu, anda tidak akan mengambil barang yang tidak ada dalam senarai untuk dibeli.
*"Owh tak muat la bakul ni. Jom amek troli~"
T__T
Ahahahaa....lawok pic bakul ni...Sila jangan ikut.hahahaa
4. Luar musim.
Perancangan yang terbaik untuk mebeli-belah adalah apabila berada di luar musim perayaan. Ini keran sesetengah pasar raya mengambil kesempatan ini untuk menaikkan harga kerana mengetahui orang ramai akan berpusu2 untuk mebeli belah di saat akhir (macam aku la tu). Persediaan lebih awal amat digalakkan supaya anda hanya membeli beberapa barang yang tertinggal sahaja apabila tiba akhir waktu.
*Aku selalu beli lewat2 sebab mengharapkan sale yang kebabom!! Tapi aku rasa cam lebih kurang sama gak kot harganya..aku tertipu~
T___T
Jualan! Jualan!!!
5. Dapatkan katalog.
Sebelum mebeli, teliti dahulu katalog pasar raya yang berkaitan. bandingkan harga terlebih dahulu kerana setiap tempat mempunyai harga yang berlainan. kadang2 ada juga jualan murah dipaparkan di dalam katalog. Maka, ambil peluang ini untukmenambahkan lagi penjimatan anda.
*Dapat katalog, aku suka tengok je. Tapi belinye idok...
T____T
Dah la murah..siap ada hadiah lak tu.....contoh...
6. Bawa wang secukupnya.
Anda DILARANG untuk menggunakan kad debit atau pun kad kredit apabila membeli belah. Ia akan membuatkan anda berfikir untuk berbelanja lebih kerana banyak wang boleh diperuntukkan. Penggunaan wang tunai amat digalakkan. Anda akan lebih berhati2 untuk membeli barang kerana ditakuti wang yang dibawa tidak mencukupi.
*"Alamak tak cukup duit la...pinjam duit ko dulu la.nanti aku bayar balik..." Setel~
T_____T
Cukup?pas....
Ha, ok tak tips tersebuk? Aku amek point2 dari majalah Dara.com ni. Teks dari Nor Hafizah Md Shah. Harap2 membantu la sket untuk korang control masalah berbelanja korang2...aku cakap kat diri sendiri terutamanya.huhu
*Camne la nak berjimat...setiap point tu mesti ada je jawapan ko kan......
T________T!!!
No comments:
Post a Comment