Hari ni mak sangat STRESS...(sambil dua2 tangan sentuh ke atas bahu dan mata pandang ke atas). Tengok...aku pun da jadi gilak.pas gila ni nak jadi ape??
Aku pun tak tau la nape la stress sangat je rase. Rasa cam nak hentak2 dinding je pale.. Pastu rase nak tidoq dari kul 11 malam smapai 11 malam keesokan harinya.. Pastu rasa nak makan banyak2 sampai la aku kemiskinan di awal bulan.. hahaha. Ye, aku di dalam proses kestressan dan kegilaan yang tak la kronik sangat tp still boleh mengundang kecelakaan...BEWARE... (ceh!)
Ni la rupa aku kalau aku stress..percayalah!
Huhuhuhu rasa sedih la pulak..sebab ape?? Ntah...aku pun tak tau ni nape aku nak sedih. Stress boleh buatkan orang rasa sedih gak ke?Ni pelik bin ajaib..mungkin aku boleh buat proposal untuk Pensakithasad.Dengki tentang penemuan terbaru ni. Untung2 prof accept and dapat kembangkan lagi bidang dia dalam sains sosyel kan...untung2 la...hakhakkahak. Ok, merepek.
Oh ye, hari ni hari Jumaat kan...hari Jumaat ni banyak khaifiatnya. dan yang paling ditakuti, hari kiamat akan berlaku pada hari Jumaat..ada aku baca, semua makhluk yang diciptakan Allah kat bumi ni akan merasa gerun dan takut bila datangnya hari Jumaat. sebab janji Allah hari kiamat akan berlaku pada hari Jumaat...Kita ni sebagai manusia selalunya lalai dan leka dengan kerja2 duniawi ni kan. padahal sepatutnya yang kita kejar adalah kehidupan akhirat nanti...aku cakap terutamanya untuk diri aku sendiri la. banyak betul dosa yang dah dibuat. dosa mata, dosa hati, dosa tangan, dosa mulut....macam9 lagi la.huhu. dan aku sebagai manusia, aku selalu LEKA... =(
Takde sape pun yang tak mahukan cinta Allah. Semua nakkan rahmat dan kasihNya. aku pun tak terkecuali. bodoh la wei kalau orang yang tanak cinta dari Allah wei...Firaun tu namanye....Nauzubillah..
dalam nak mencari cinta Allah tu, sebenarnya diri kita sendiri yang kena start. jangan nak asik kata "Belom sampai seru" aje! aku memang anti gak la kalo orang kata macam ni. Usaha dulu la..try lawan ngan nafsu diri tu...sampai bila nak tunggu SERUnding??wake up la wei...
Sempenan ketibaan hari Jumaat yang indah ini, marilah kita penuhi hari2 kita dengan sentiasa berzikir...kalau tak dapat di mulut, berzikir la di hati.. berzikir ni bukan setakat "Ya Allah...Ya Allah..." aje...kita merenung dan mengagumi kekuasaan dan ciptaan Allah pun dah dikira berzikir. senang kata setiap apa yang kita buat ni kita boleh berzikir. rugi wo tak zikir. pahala free2 je kalo ko berzikir kalau nak dibandingkan ko buat something tapi tak buat sambil berzikir..rugi2...
Ada amalan yang boleh kita praktikkan bila sampai hari jumaat. Antaranya, membaca Surah Al-Kahf. Sampai pada ayat 46-49, hendaklah dibaca dengan penuh perhatian. Maksudnya, jangan lah membaca arabnya saje ye puan2...baca la sekali terjemahannya agar kau faham apa yang kau bacakan tu...
Tok2 guru aku kate, kita amalkan bacaan surah ni pada hari jumaat bagi mengelakkan fitnah dajjal suatu hari nanti. Ko takut tak ngan dajjal??eh silap2...ko takut tak ngan fitnah dajjal?? aku memang2 takut weh...memangla aku tak dapat bayangkan kefitnahannya itu..tapi once yang mengikutnya, pasti akan mengikutnya di hari akhirat kelak..takut2...huhu
Aku pun skng tengah dalam proses bermujahadah..orang kate, "nak seribu daya, tanak seribu dalih!"
Perghhh aku selalu tertusuk dengan kata2 nih.sebab aku tau aku yang mana satu.huhuhu.
Perghhh aku selalu tertusuk dengan kata2 nih.sebab aku tau aku yang mana satu.huhuhu.
Ok lah, aku rasa cam banyak gak aku bebel ni. Just nak release stress...katenyeee.......
*Mendoakan diri sendiri untuk menjadi yang lebih baik.Amin.....
No comments:
Post a Comment