Assalamualaikum...
Hujung minggu pegi berjalan2 ke Kuala Selangor. Apa yang ada kat Kuala Selangor tu? Entah la..aku pun tak tau sebenarnye apa yang ada kat sane tu. So, aku follow je la member ke sane. Katanya nak pegi Taman Alam Kuala Selangor and nak naik Bukit Malawati. Setakat Melawati tu aku tau la. Bukit Malawati aku memang tak pernah sampai..
Perjalanan agak la 2 jam kot dari rumah. Try lalu LATAR. Highway baru.. Member aku kata dekat je kalau lalu situ. Tapi aku rasa orang yang dari KL dekat la. Kalau aku dari Serdang ni better lalu Shah Alam terus je kot.
Pum pang pum pang...la le lo laaa....sampai la ke Pantai Remis tersebot... Masa sampai tu memang dah petang. Seriusly time tu rase aman je.. dah lama kot tak gi pantai. Syiok gile rasa walaupun tak leh mandi pantai tu. Memang untuk rekreasi je kot. Setakat nak amik angin je leh la..
Sampai pun dah petang kan. Nak2 lak pantai ni area pantai barat. So, memang berchance la nak ber'sunset' bagai... Seronok je rase. Cantik je...
Rasa tenang je kan tengok...Subhanallah......
Pantai sana memang banyak sangat cengkerang kerang. Agaknye kerang memang menamatkan riwayatnya kat sini kot..hehe
Tengok la kerang lagi...
Aritu ada sekor ikan ni macam nak terdampar kat pantai. Tapi kitorang leh amek ikan tu and campak balik masuk ke laut. Ingatkan dia nak berenang balik. Sekali tengok die datang balik ke pantai. Apakah petandanya tu? Kitorg tak berani nak campak balik ikan tu. Mungkin dia pun nak mengakhiri hayatnya di tepi pantai kot.huhu. Wallahualam...
Tak ramai orang pun. Tu yang best tu..
Haa jangan risau kat situ memang ada tempat makan..Surau..tandas sume ada..Tempat membeli belah cam hasil laut pun ada. dah nama pun tepi laut kan.. Kira da macam pasar malam gak la itu tempat. Aku tak sempat beli pape pun. Mungkin hasil laut dia murah.
Next, kitorang pegi ke tempat penginapan yang kat Taman Alam tu. dia betul2 dekat ngan Bukit Malawati.
Dia masuk dalam hutan sket. Baru la "alam"...hehe
Pastu jumpa pondok guard..
Haa ni la pintu gerbang nak masuk..
Ni la rumah cute yang kitorang duduk. Very the village kan. Suke! Rumah yang diperbuat daripada papan. 1 rumah ni dia charge RM60 je.. dalam dia memang selesa. Katil king size satu and single size satu. Boleh stay satu family kecik. Tapi kitorang lenjan masuk 5 orang satu bilik. hehe..Owh bilik air dia pun selesa. Tu yang penting tu..
Ni la rumah kami.. =) Waktu siang memang banyak sangat nyamuk. Korang akan rasa cam nak ngamuk..huhu. Tapi bila malam, takde pulak nyamuknye..Tidor kot.. tapi jangan risau gak la if korang tak bawak ubat nyamuk. dalam rumah tu ada disediakan ubat nyamuk untuk keselesaan pengunjung yang tiba...
Haa nama pun hutan kan. harus ada warning! Kat situ memang ada monyet2 yang berkeliaran. Jangan hingke sangat ye...huhu
Map kat dalam tu.. Ktorg tak menjelajah pun. Cuma stay je..
Banyak gak kemudahan yang diorang sediakan. Sesuai la untuk sesape yang datang by group. If nak buat apa2 aktiviti LDK ke...teambuilding ke..agak lengkap la...
Apa nama ntah benda alah ni. Ala2 tempat buat persembahan tu..Ala kalau malam kebudayaan mesti buat kat sini..
Surau pun ada..
Rasanya ni dewan makan. Takpun dewan besar..tak ingat..
Keesokan harinya kitorang nak gi naik Bukit Malawati. Tapi disebabkan ada aral yang melintang, kami pun trus balik. dalam otw balik tu singgahla jap makan kat Mi Udang Banjir Kuala Selangor. Cam sedap je sebab ramai je tengok orang datang makan.huhu
Haaa ni la mi udang nye...Macam mi rebus la tengoknye. tapi rasa pun bole la. Ni 1st time aku makan mi udang.
Ada 5, 6 ketul gak la udang dia. Size pun agak besar..ang agak puas la makan. Tapi mi dia macam kurang masak.huhu
Semangkuk RM6.50
Menu lain pun ada gak. Cuba try Sup itik serati =p
Ni la kedainya..Restoran Mee Udang Banjir Kuala Selangor. Tepi jalan je kedai ni. Kalau nak balik KL dari Taman Alam tu mesti nampak. Kedai kat sebelah kiri..
Ok, selamat mencuba! =D
*Sangat suka kerang2an di sini.... =)
Ayat Penawar Sakit
5 years ago
No comments:
Post a Comment