Assalamualaikum...
Hari kejadian: Last Sunday
Tempat: Rumah bakal mak mertua kat Ipoh
Tujuan: Nak fitting baju kawen sambil beraya la kot. hahaha
Haa ni pun first time datang sorang ke rumah bakal mertua tanpa pergi ngan mak ayah..
Disambut mesra oleh kedua mak dan abah saya.. Eh eh eh... =p
Balik hari je sebab Jiji balik dari Thai hari sabtu. Sabtu pulak banyak benda nak buat. Jadinya, pulang ke Ipoh hari Ahad. Gerak balik malam tu jugak la. Esok nak kijo pula.huhu
NaRaYa bag in bakal-pengantin-room... hiks!
Sebelum ke butik, singgah sat ke homestay yang bakal kamiorang Johor nak rehat-rehat nanti. Ok, besar jugak tengok dari luar.
Ni bangunan butik. Tapi kedai dia tingkat 3. Tak nampak plak tu sign board. Camne ntah snap picture. Sasaran tak tepat. hahah
Oh ye, nama butik tu B&R bridal. FB dia lupa la plak. Bangunan ni betul-betul dekat sebelah Jusco Ipoh. Memang nampak la signboard dia nanti.
Dah masuk kedai, kita cuci mata tengok baju-baju dia. Not bad la. Up to date jugak baju dia..
Time to fitting-fitting!!!
Eh terflash pulak. Maklum la...amaturrrr
Ini baju pilihan pertama mak mertua masa first time booking dengan butik ni dulu. Cantik. Sopan macam I... hikhokkkk =p
Tapi baju macam gebeh sikit. Maybe kena alter sket lah baru nampak ngam-ngam gitu..
Blur blurrr macam tuan dia -_-!
Nak dijadikan cerita, ada 1 baju baru yang baru je dipakai hari tu tergantung kat depan sebelah pintu masuk. Ku lihat mata ibu mertuaku tidak berkelip dan bersinar-sinar.. Ah sudah. Dia berkenan ke?? Tapi baju tu ada ekor. Dia mana minat baju berekor ni. Tak mungkin la dia nak baju ni. Tapi memang cantik baju tu. Warna pun memang masuk la dengan tema..
Akhirnnya..
"Ana tak nak try ke baju ni?"
"Nak try? Boleh je...hehe" Aku la tu jawab kemalu-tapi-mahuan. huahuahua
Haa suka tak? Suka tak??
Aku SUKA sangat! Very the high taste kau Mak Eni....hehehe
Ok mak, kite on je la baju ni.. Eh tetibe MAK ;D
Aku terai test 2 baju je. Tapi si teruna up 1 dari aku. ciss! hehe. Walaupun dua-dua ni nampak warnanya macam sama, tapi berbeza la materialnya.
Yang ni, pesen lama sket. Kain macam kain shantung tu. I tak suka sangat. Lagipun besar. Tak fit. Laki I tu kan FIT sangaaat...huhu
Haa yang ni ok sket la dari yang first tu. Ni kain duchess satin. Nice je nampak kemas and fit la sket.
Okok proceed... tinggal tunggu hari kejadian je. hehe
Dah settle baju belah laki. Yeayy!!!
Tapi belah pempuan belum ada apa-apa lagi yeayyy!! T_T
Balik rumah, mak mertua hidangkan minum petang pulak. Rajinnye mak mertua I ni. Gud2!
Aku?
Melantak je keje weehhhhh...
Kalo nak kena penampor dengan mak sendiri, buat la gitu.haha
Opkos la aku menolong-nolong mak di dapur... Kata nak jadik menantu kesayangan kan.. Kena la pandai cari topik yang bersesuaian.. Rancak tak rancak la sampai aku dapat resipi ikan pekasam. kikikiki
Ini biskut sarang semut yang femes oleh Mak Eni. Betul sedap....
Nak order? Boleh la contact-contact nanti. Eh aku pulak memandai promote. hahaha
Lepas maghrib, siap-siap untuk pulang. Len kali saya datang lagi ye Mak Eni and Pakcik Mokhtar... Eh time tu da panggil mak ngan abah la ye...Suke! Suke! hihihihihi
5 comments:
sy baru nak setelkan belah en.tunang minggu nie
Ana, cantik sgt yg second tu :)suke sangat..
Sila pakai di hari bahagia anda nt ya!
pelangi chenta:
Selamat bersettle2an..hihihihi
Apai:
Yes pai.kte pn sukeee..Tp ko kne la dtg ipoh jgk.baru la leh tgk.hehe
kelas taste bakal mak mertua you..cantik yang second choice..mmg patut matanya tak berkedip
hanisah:
Memang keeelas la MIL i nih...tak sabar nak pakai nnt.haha
Post a Comment