About Me

My photo
Nyong iki asal'e wong jowo. Harus ngomong'e jowo. Sitik-sitik iso lah..hehe

Tuesday, May 15, 2012

Vendor pelamin and makeup


Assalamualaikum...


Cuti seminggu aku tak sia-siakan begitu saja walaupun sibuk menjaga bayi... cececeh bajet macam produktif je aku kan..well itulah hakikatnya..wakaka (padahal dah gabra sebab milestone untuk majlis kahwin dah lari lambattt sangat. nak tak nak memang kena uruskan cuti seminggu tu jugak.huhu)

Nak cerita pasal bridal boutique ni memang macam drama akasia la... Sebenarnya aku memang admire lama dah dengan butik ni. Dia buat memang menepati citarasa aku yang bercitarasa sangat ni...(buwekk)
So aku memang dah lama la pasang cita-cita nak booking dia ni. Sekali hari tu tanya, boleh pulak dia kata tarikh tu dah full... Punya la hancur luluh hatiku mendengornye...nak nangis pun ada tapi tak nangis la. Ntah pape je nak nangis disebabkan mak andam kan...so bajet-bajet daddy cool lah....

Tapi disebabkan nak jugak pakai dia, aku tanya jugak la betul ke ni takde kosong dah...dia kata nanti dia check betul-betul...hati dah nebes ni. Kot la tetibe dia salah tengok tarikh ke ape kan kat diari dia tu...mengharap......

Sekali dia kata, boleh la nak masuk. tapi bukan dia yang jaga aku la nanti. Orang lain yang buat. Tapi jangan risau, confirm cantik..katanye.....nak sedapkan hati aku la tu kan.huhu
Aku pun ape lagi, memang tak pikir panjang on je la! Sebab aku dah nak sangat pakai service dia ni. Dah ushar lama dulu dah..nak cari vendor lain pun dah malas. So, stick dengan dia ni je la.huhu

Appoinment dah settle, makanya aku and mak ayah pun pergi la ke showroom kak salina..nak kata showroom ke? showhouse kot..haha




Ok gambar blurrr...maklumla hs burok... ni gambar kak salina yang cun tapi tak dapat snap depan-depan. Aku yang malu nak snap.hihi. Masa ni datang-datang je terus dia buka FB and blog dia kat TV dabak tu sebab nak trace mana aku kat FB. Padahal aku tak pernah pun tanya dia pape kat fb. Kan dah malu..kehkehkeh








Ok ni clear sikit. Dia tengah menjawab telpon dari client. wah wah...bz...ha nampak tak header fb and page blog dia?

Time discuss tu aku, mak aku and ayah aku mencurahkan lah idea dan keinginan masing-masing...time tu macam-macam la kan keluar. masing-masing nak bagi idea masing-masing. Aku yang serabut ni serahkan aje kat mak ayah sebab diorang yang lebih berkepentingan..hihihihi

Lepas berbincang semua tu, kitorang diajak tengok-tengok baju or rumah tu...nice interior..memang sesuai la buat showroom..sebiji banglo dibuatnya butik. kalau aku memang dah menetap je la kat rumah camtu..




 Antara baju pengantin yang ditayang-tayangkan...tapi ada banyakkkk lagi yang dalam simpanan. Semua cantik-cantik... Aku tak amek baju la sebab aku dah ada baju sendiri...







Ada baju yang tergantung dalam simpanan and ada yang masih lagi dalam proses nak menjahitnya..akak tu design and jahit sendiri ko baju pengantin tu...kagum sejenak...huhu





Tu baju yang bersepah-sepah tu sebab dah kena fitting. Bukan aku, tapi client sebelum aku. Dia tak sempat nak kemas lagi. Seriously cantik baju-baju dia.....





Tengok...semangat tak bapak and mak aku kat sebelah nak mencari yang terbaik untuk anak dia yang gonjeng ni....
Lebiu makayah! =p





Ok tuan tanah nak merasa glemer tapi serius...hikhok 




After pung-pang-pung-pang....keluar IC...keluar quotation...bagi deposit....selesai!


Yippiee!!! Vendor pelamin and make up dah settle! Boleh tick chcklist! hehehehehe
Time kasih makayah......lagi...dan lagi....!!! heeee~~




No comments: