Daisypath Vacation tickers
Daisypath Anniversary tickers

About Me

My photo
Nyong iki asal'e wong jowo. Harus ngomong'e jowo. Sitik-sitik iso lah..hehe

Thursday, August 2, 2012

Progress updates: HIV test appointment, Tq sticker, hantaran & ...


Assalamualaikum...


Dah seminggu tak update progress ni.. Ada je benda dah jalan tapi pemaleh nak update kan. Atoiyaiii...
Buat point je lah senang kekdahnye...

1.   Dah buat appointment untuk buat saringan ujian HIV

Benda paling nebes hokey.. Nervous sebab tak tau diorang akan amek darah banyak ke sikit ke.. Kalau cucuk ciput kat ujung jari tu aku OK jek... Tapi kalau dia cucuk darah kat lengan tu mau mampos aku pengsan nanti! Sedia maklum aku ni kan PANTANG kena cucuk. Kompem pengsan lepas tu. huhu. Oleh itu, sebelum aku pengsan, kena la buat research dulu. Buat kat klinik gomen kena bayar singgit je katanye. Macam-macam version yang aku dengar and baca.  Contoh Iffa, dia buat kt Pusat Kesihatan UPM. Disebabkan dia pusat kesihatan, so kenalah bayar RM30. Lagi pun, kat PK dia cucuk lengan ko! Memang tak la aku nak gi sana kan. Ingat senang ke nak pengsan pengsan ni? Lotiihhhh!
Kesimpulannya, PK untuk orang-orang yang gagah lagi perkasa. So, say babai tu PK.hehe
So nye.. (amenda la bahasa) aku buat la appoinment kat Poliklinik yang berdekatan iaitu Poliklinik Seri Kembangan. Memula call je dulu. Nak make sure boleh tak buat appoinment thru phone je. Ni no klinik dia:


03 894 559 29


Sekali tak boleh kau. So, kena gi klinik sana (Dah la banyak kali call tak angkat-angkat. ishk!). Ada certain klinik yang bagi buat appoinment guna phone je. Tapi kebanyakkannya tak boleh. huhu. Petang tu gi la buat. Dah nama pun gomen kan. Mesti ada punya lah sketsa yang mensakitkan hati ni. Tapi takpe la bulan pose ni tahan je la.... Hari yang buat test HIV tu cuma hari Isnin, Rabu (2 - 4 pm) and Jumaat (2.45 - 4 pm) je. Very the limited. Grab now!! (tetibe)
So, aku booking hari Jumaat la senang. Time tu memang takde orang pun. Dia offer buat time tu gak. Takmoh aku. Tak ready mental. Karang pengsan di tengah jalan kang sape susah... hahahaha
Ok, appoinment done.




2.   Tq sticker dah dapat! Boleh refer entry SININ (ceh)


Unexpected! Katanya middle of Aug baru siap. Tapi dia siapkan very the awal. Puas hati! Sangat suka makkk..... =p
Walaupun dapat awal, tak boleh buat tampal -mentampal lagi sebab brown paper bag tu mak kata ok je but still in KIV and doorgift is keep changing. Banyak sangat idea...huhu. Mak kata lepas raya baru kita gi hunting. Ok mak. Menurut perintah! Yang penting aku dah sediakan tag tu. ;)





Comey dok? Simple kan? Omeyyyy angat..... (puji sendiri punya memang hobi. HAHA)
Kaler biru tu rumah suami punya. Eh eh, tunang la. Gatai -_________-
Duaribulimaratus keping semuanya...fiuuhhhh~
Love! Love!








3.   Part of hantaran juga dah sampai. Yeayy!!


One of my hantaran item dah sampai.. Seronooootttttttttttttttttttt sangat sebab dah nak settle da sume hantaran. Boleh la tick-tick.hehe. Alhamdulillah :)





Bagi kopi je........ 
*krikk krikk*





4.   Libresse Touch - Sample Pack


Eh hantaran bagi barang Libresse ke?? Aje giler la kome.....hahaha
Sebenarnye dah dapat sample pack je. Sesaje isi form nak sample pack ni. Bagi alamat kat opis myTunang. Tetau sampai dah. Kesian kat tunang I keMALU-MALUan menterima parcel yang tak sepatutnya orang lelaki terima.hahaha. Sorry dear.. Tak tau pulak kotak dia tu as 'sampul' terus. huhu.
So far, memang best pakai Libresse ni. Comfort sangat. Gam dia pun lekat je. Tak macam certain brand lain, gam dia tak kuat. Payah!

Jom tengok barang baekkk. Jeng, jeng, jeng....



Tu la kotak dia. Terus jadi sampul. Orang lelaki yang terima. Sape tak malu oi!




Wahhhh wane wani.... Secret la sangat! huhu
Semua jenis pad Libresse ada. Ada 6 jenis:

1) Maxi non-wings & wings pad
2) Slim non-wings & wings pad
3) Maxi night wings pad
4) Ultra thin wings pad
5) Slim liner
6) Super slim liner




Tunggu masa je nak pakai sume ni. hahhahaha


*Aku takde iPad, tapi ada Pad. HUAHUAHUA



4 comments:

Syu, Syuhada said...

haha..lawak la ana gr pad kat tng:p
mesti dier kena usik ngan mmber2..haha

neng ana said...

Ciksusu:
Tu la pasal.mn la tau dia pos cenggitu rupenye..kesian dia malu ngn opismatenye..huhu

Unknown said...

comel la sticker tu. purple ek?

neng ana said...

Nora:
A'a kaler pepel..ur fav kaler kn.hehe