Daisypath Vacation tickers
Daisypath Anniversary tickers

About Me

My photo
Nyong iki asal'e wong jowo. Harus ngomong'e jowo. Sitik-sitik iso lah..hehe

Saturday, August 4, 2012

Oh my HIV test..~


Assalamualaikum...




Hari tu dah buat appointment untuk saringan HIV test kan. Hari Jumaat pegi buat test dengan JiJi. Diingatkan, untuk hari Jumaat, test adalah jam 2.45 - 4 pm sahaja. Sampai-sampai je aku terus amek no giliran siap-siap. Then, aku ke kaunter sebelah kaunter 1. Dah la mula-mula tersilap gi kaunter ibu-ibu mengandung.. haisss buek malu yo... -_-"

Kat kaunter tu, aku kata dah buat appointment untuk hari ni. Sekali tengok kat log book tu penuh pulak list name. Hari Isnin tu ada la dalam 4 orang je. huhu. Kesimpulannya, if tak nak leceh-leceh tunggu turn lama, boleh la buat test tengah-tengah minggu. Hari Jumaat for sure full house!

Okok sambung. Kat kaunter tu dia akan bagi borang untuk diisi and bayarla RM 1. Lelaki lain, pompuan lain. Manyak wokk!


Warna merah untuk perempuan. Ha manyak tak??!
Oh, sila bawa pen sendiri. 


Warna hijau tu pulak borang lelaki. Kurang satu borang dari pompuan. Kau isik la bagi penuh sume, baru hantar balik ke kaunter memula pergi tu. Nanti dia register ke ape tak tau la buat pe, dia akan suh gi kaunter 21.


Kaunter 21. Gambar gelap sebab aku tutup flash sebab nanti bila cahaya terpancar, aku akan malu sebab punyai hs yang berflash-flash dan berbunyik bila snap!
Kat kaunter tu kena buat check up yang biasa-biasa. Blood pressure, BMI, etc.


Pehtu, kena gi Bilik 6. Kena letak sume borang yang dipegang termasuk borang test HIV dari jabatan agama negeri masing-masing ke dalam box kat luar tepi pintu bilik 6 tu. Nanti dia akan isi sekali borang tu. Macam aku dari Johor memang ada borang HIV sendiri. Tunang aku pun Perak, ada sendiri. So, jangan lupa bawak ye...
Ok, tunggu turn untuk dicucuk. Dalam masa menunggu tu aku memang agak kondifen la tak takot sebab based on Kak Ida punya experince yang buat kat situ dia kata cuma cucuk sikit kat hujung jari je. So, aku pun happy-happy je la tak takut. Tapi entah kenapa aku rasa cuak pulak. Aku call Taca tanya kena cucuk mana. Tapi dia buat kat Sg. Mati cuma cucuk jari je. Tunang dia pulak buat kat Shah Alam katanya lelaki cucuk jari, pempuan yang kena amek darah kat tangan tu. Ah sudah! 
Hati dah mula tak sedap. Taca kata tak kot.. Tapi aku mula rasa resah gelisah. Aku tengok orang-orang yang keluar dari bilik 6 tu. Aku nampak pompuan tu kuar sambil senseng lengan baju and pegang lengan dia.

Oh shuuuutttt!!

Betul ke?? Mampos la aku....huhu. Pastu Jiji plak kata nampak kesan cucuk la kat lengan dia. Segala bapak kenebesan aku datang dengan serta merta. Dangg!!

Apa patut aku buat...apa patut aku buat...??
Rileks..rileks...aku kena rileks untuk hadapi ujian ni (ceh macam ujian ape je). Kalau aku tak rileks, pengsanlah aku jawabnya nanti. Tamoh pengsan, tamoh...huhu
Aku cuba tenangkan diri. Taknak sejarah lama berulang lagi. Semua tu psycho je. Aku boleh handle benda ni..boleh..! Boleh..!!

Aishh lambat lagi nak tunggu turn, aku cakap sendiri-sendiri sebab nak hilangkan nebes. Nak nyanyi pun dah hilang lirik. Camne nak hilang nebes ni...syuuuhhhh!! huhu

Tibalah masa nombor aku dipanggil....
Ok, rileks..
Time cucuk jangan tengok pun dia buat ape. Aku pandang kanan sebab dia cucuk kat tangan kiri. HA tu memang nampak akku nebes kot. Pas cucuk je dia nyorokkan tube darah aku kat celah-celah kertas.huhu

Eh dah cucuk? Sekejap je. Tak rasa sakit sangat. Yang aku risaukan tu lepas cucuk. Takut tombang.huhu
Dah cucuk tu, aku kena bawak tube darahtu ke bilik 7 pulak. Wadehel aku sendiri kena bawak darah tu??
T_T


Gagah tak aku nak jugak snap tube ni. Pandang sekali ni je untuk amek gambar dia. Pastu dah tak pandang dah. Sikit pun tak. Cuak. Takut aku pitam tengok darah sendirik.huhu



Sambil-sambil beratur nak kena pass tube tu, nampak auntie and anak-anak dia baru kuar dari bilik 6 and anak dia dua-dua nangis sebab baru pas cucuk.
Tengok tu siap darah dia meleleh lagi dari kesan cucuk tu. Kalau aku pun nangis jugak.huhu. Bajet gagah la diri ni kan nak snap sketsa berdarah ni...harap aku tak tumbang je la time tu.huhu


Pastu, kena gi ke kaunter 1 pulak. Bagi borang sume-sume...
Aku kena ke bilik rawatan 5 pulak...haishhhh
Dalam bilik tu baru jumpa dokter. Dr. kata semua result ok, cuma red blood cell aku kurang dari normal. Dr suruh buat ujian thalasemia. What??
Dr kata maybe jugak kekurangan zat. And dia kata takpe, ramai orang pempuan buat test ni. Kena ke bilik 6 balik untuk buat thalasemia.
That time aku dah rasa nebes-nebes lagi. Nebes tang cucuk tak abis lagi, sekali bertambah nebes lain pulak. huhuhuhuhu

 Takpe la, dalam kepala aku pikir buat je la. Kita tengok la resultnya macam mana. Then, ke bilik 6 balik la aku. Kat situ dia kata, sume dah ok. Dia cop-cop pastu dia kata ok dah.
Eh, aku tanya ujian thalasemia?
Dia kata dah ok dah boleh balik.
Eh? ehh??
Pastu ada HA lagi sorang kata boleh da balik, takkan nak tidur sini kot...
Eh memain plak. Aku serius ni...huhu
Then dia kata sume ok. Siap wish selamat pengantin baru.
Aku, 'eh -eh' lagi...kompius nape dia tak buat. Tengok jam time tu dah kul 4.45 pm. Em, sah-sah la diorang nak balik. Bulan puasa kan should be balik 4.30 kan. Dah lambat la tu.. Ciss!



Papepun, alhamdulillah non-reactive. Untuk buat test ni je aku kena pegi ulang-alik banyak kaunter and bilik. What a gomennnn.......... -__-!
Tapi, aku masih lagi tertanya-tanya pasal thalasemia tu. Cuaks la plak...hukhuk

Untuk menghilangkan kecuakan, terus pi warehouse sale Poney kat sebelah South City. Sederet je dengan First Base. Murah-murah.. Boleh la belikan untuk bebudak and bayi yang ada. Aku belikan Aina beberapa helai baju, cap and sock. Beli extra baju untuk hadiah baby Shikin and Zuli. Murah! Yeayy!!



See...murah je....


Ok, settle dah HIV test. Tunggu pihak lelaki settlekan borang dia kat pejabat agama. Then bolehla aku meneruskan perjuangan pulak.....



*Siapa puasa, kata HAUHAUHAU!!



4 comments:

MiSsJue said...

Oh erk...saya belum buat lagi..Mesti nebes gak..tehee..Seronok da awak nye da lepas stage ni ;)

neng ana said...

MiSsJue:
Nebes jgn tak nebes.hehe.Seronok sbb dah blh proceed borang nikah.lgpn tinggal sebulan lebih je ni.Baru nk thegeh2 buat.huhu

MiSsJue said...

wah, lagi sebulan?? mesti nerbes tahap maxima da ni..hhii..congratz tau!! >____<

neng ana said...

MIssJue:
Nebes sbb progress da lambat.huhu