Daisypath Vacation tickers
Daisypath Anniversary tickers

About Me

My photo
Nyong iki asal'e wong jowo. Harus ngomong'e jowo. Sitik-sitik iso lah..hehe

Wednesday, August 29, 2012

Yellow theme felt hand bouquet


Assalamualaikum...


Another felt hand bouquet for kak Sabil! Her wedding is going to be on this 1st Sept. So sorry cannot attend her wedding nanti. hukhuk

But, I made this hb as requested by Kak Enaz, made it with full of love tau..
*wink wink* Ahaks!








  




Love.Love.Love



Kek marble di Aidilfitri..hehe


Assalamualaikum...


Mari membaking lagi... lagi dan lagi....haha
Aku lagi suka baking daripada masak kot. Tak tau nape.
Macam biasa, lepas buat 3 jenis kuih raya, terus buat kek pulak. Saja nak try test kek marble ni. Resepi macam biasa la Myresipi.com tu dah jadi library online dah untuk segala jenis mak bapak makanan ada.

Oh resipi ni dari Mat Gebu. Sape tak kenal blogger masakan yang terpaling femes tu.. toche toche... hehe



Ada 5 kaler.. Ada biru pun aku sebat je pakai. Sekali tertumpah pulak warnanya. Dah jadi macam water colour da aku nengok.huhu


Ready tu layering-layering....


Gitu la hasil layernye... Maklumlah, pencomot yang buat...


Baking-baking...


Hasilnye.... HORROR aku nengok 0_o 


Dalam: corak pun HORROR..wahahaha!


HORROR sebab kaler biru tu sangat pelik ku lihat. huhu

Takpe lah, 1st time buat ni. Sampai mak aku pun tak caya ni 1st time aku buat. hehe. Kek lembut, moist and opkos la sedap. Sape lagi nak puji diri sendiri kan. HARHARHAR


Lagi berita TERgempar:

Bakal mak mertua pesan suruh belajar masak beriyani gam johor yang buat masa tunang dulu. Then ajar dia pulak before fly nanti...
Matik la aku!!
Nak kena berguru nih. huhu

Dalam kepala dah tau dah. Housemates la akan jadi mangsa hasil uji kaji aku nanti. hahahaha


Tuesday, August 28, 2012

Shopping door gift item kat A.Itam


Assalamualaikum...


Nak update ape EK? Lama dah tak update ni. Raya katenyeeeee..........

Update pasal door gift la. hehe. Pakai beg kertas je yang biasa orang pakai tu. Idea aku nak pakai brown paper bag diterima... tapi disebabkan mungkin nak letak banyak barang, takut nanti bobos. huhu. So, cancel guna beg kertas goreng pisang tu. Nasib baik la aku beli 1 pack je hari tu untuk try test. Tapi boleh la guna untuk budak-budak punya. So, tak membazir. Suka! suka! hehehe

Pergi serang Ayer Itam. Kat situ kan banyak barang-barang nak kahwin jugak...


Kedai Ah Son ni murah jugak. Banyak gila barang kahwin. Semua lengkap.



Kengkonon memula nak beli yang macam ni la. Ayah and mak suka sangat lepas tengok kat Majalah Pengantin. Anaknya, terpaksa la ikut saja. Anak yang baik katenyeee....


Pastu pegi kedai Maju Handicraft pulak. Kedai kat sini semua pun lengkap jugak. Selesa nak membeli-belah. So, stick kat kedai ni je.


Paper bag...beli seribu je.


Rereben-rereben dan bebunga. Mak nak buatkan bunga pahar.. TQ mak! ;)


Cantik sangat la nombol tu kan?! =,=" 


Eh eh.. mak tambah lagi gspice jar ni. Teringin sangat katanya...huhu
Demimu emak...  amek la mak... amek.. hehehe
Dapat 80sen sebotol sebab beli 200 botol je. OK la tak mahal sangat la kan.


Ni takde dalam list. Tapi TERbeli jugak sebab murah.
Time tu tengah sale. Tinggal sikit je. 2 bijik comforter cotton ni seratus je! Mau tak kena rembat.


Balik rumah, gigih menampal sticker yang dah dibeli sebelum ni kat kotak.
Aku beli 1500 keping. Tapi tengok lebih semacam je.. Ada la dekat 2ribu lebih kot. Silap-silap 2500 keping. Tak kose la aku nak ngira satu-satu kan. Rejeki namanya.....


Spice jar ni plak tampal sticker kat tepi sisi dia tu pastu letak reben.
Mak nak 2 reben. Ikut aku yang malas ni nak je letak 1 reben sahaja. Tapi dah mak kata cantik lagi letak dua reben. Jadi, jangan melawan. Ko buat je. 
Jenuh buat reben sebab aku tak expert pun buat reben..huhu

Reben belum siap sepenuhnya lagi sebab reben dah habis. Nanti balik kampung sambung buat lagi. InsyaAllah sempat....
Tang doorgift dah boleh rileks sket sebab makcik-makcik dengan baik hatinya nak sponsor benda-benda untuk diisi dalam tu. Kami berbesar hati terima apa-apa sajeee. heeee


Alhamdulillah.




Thursday, August 16, 2012

Kad kawen and kasut lelaki


Assalamualaikum...


Progress kawin..

Takde apa nak update. Cumanya, kad kawin dah sampai.hehe. Alhamdulillah.. Tapi plan nak tambah sesuatu kat kad kawin tak menjadi atas sebab-sebab tertentu. Jadinya, kad adalah sangat simple. huhu. Takpe la.......

My cutie little card... :)

Sapa mau kad ini sila angkat lappy!!! hehe


Pasal hantaran, dah nak settle! Sebab dah beli almost semuanya. Alhamdulillah jugak... :))



Ni kasut en. Tunang.

Cantik tak? Aku suka sangat wehhh!!
Beli time ada clearance sale.. Berbaloi-baloi~ teheeee

Katanya kasut ni boleh pakai time kawin and time konvo nanti.. Pastu sambung pakai time viva PhD pulak. ERK! =.="



Brownies kukus??


Assalamualaikum...


Malam tadi macam TERrajin pulak nak baking kan. Aku pun beli la barang-barang cake kat Yummie tu. Pastu nampak tepung brownies kukus ready made. Terasa nak try la sedap ke tak yang ready made  ni. Ce kite tengok camne...........
Very the simpele ye puan-puan....


Memula...pukul 2 biji telur...

Pastu, masukkan minyak jagung 75 ml..


Pastu..masukkan 1 sudu kecil baking powder dan 1 sudu kecil soda bikarbonate..


Pastu...masukkan tepung ready made tu..
Dalam tepung tu da siap-siap gula da. So, tak yah risau. Bubuh je terus.


Pastu...dia akan jadi sangat pekat. Jadi, kena masukkan secawan air panas..
Then, kacau bagi campur sume..


Pastu...kukus selama sejam or sampai dia masak...


Taraaaa~!!
Ini gambar time ada flash...berkhelaattt!!!


Ini pulak gambar takde flash...
Ada rupa kawah bulan dah aku tengok  ni. Siap ada terbelah tengah lagi tu. Memang betul permukaan bulan ni. Macam dalam surah Al-Qamar...pasal nabi membelah bulan...camni la gaknye rupa dia..huhu
Wallahualam....


Rope je hitam legam...tapi teksturnya sangat lembut...tak macam brownies pon. Macam kek coklat biasa. Pastu rasa pun sangat chocolaty!


Pasni boleh beli je tepung ready made tu. Soooonang sangat....hehe

Mari beli stroller+carseat!


Assalamualaikum...


Eh eh aku belum kawin lagi. Anak lagi la tadek..hehe
Aku belikan Shikin punya stroller je.. Katanye tengah ada promotion. Dua-dua benda tu RM638. Brand SweetCherry. Aku rasa memang dah murah tu. Kalau stroller saja pun dah berapa kan. Jadinya, aku pun tulun la Pn Shikin belikan. Lagipun dia kat Batu Pahat. Kedai tu kt Mahkota Cheras. Camne pulak dia nak amek kan.. Aku balik esok, aku bagi la sekali. Dapat tengok baby Harith jugak.heheehe


Nama kedai: Axeana.com


Fresh from the box




Tadaaa~!!


Ni carseat pulak..


Alhamdulillah...berjaya jugak belikan.hehe. Sekarang, tak sabar nak balik bagi kat tuan empunya stroller... :))



2nd Draft thesis


Assalamualaikum...


Fuuhhh~
Alhamdulillah... 2nd draft dah hantar. Semalaman tak tidur siapkan mende alah tu.huhu. Jenuh nak siapkan weehhhh..
Walaupun macam kurang je lagi, tapi dah rasa kurang sket bebanan tu. Yela, nak raya kot. Tak kan la time-time raya aku nak kena pikir thesis kan. So, aku dengan jayanya hantar la sebelum raya. Takmoh pikir thesis raya-raya nih.huhu






*Tak sabau nak balik kampung buat kuih raya..huhu


Monday, August 13, 2012

Kad dah siap print yeay!


Assalamualaikum...


Kad kahwin da siap cetak! Wah CETAK sangat...!
Tak sabau nak tengok depan mata belolok ku ini. HAHA. Ini gambar yang berjaya dicurik. Tak sabar punya pasal kan. Hehe



Yes, very the petak one.. Sangatttttt suka!!

Ok mak jemah terlampau sudah hover eksaited katenye.. Kad belum sampai di tangan ye. Cuma dah siap printing je. Walaupun belum sampai di tangan, haku dapat rasakan kekiut-miutan kad tu nanti. HARHARHAR

Tak sabau dah nak bawak balik bagi mak ayah cuti raya ni.. Boleh la kata..

"Ayah, nah ni kad kawen angah. Esok angah nak kawen ek?"

*berlalu sambil tersipu-sipu malu selepas kena pelempang se-das*

Haha. Gelojoh. -__-7

Eh alamak, alamat kengkawan tak collect lagi.. Bila masa la agaknye nak pos ek? Sebulan sebelum majllis patut ke? Ke cepat sangat? 2 minggu sebelum? Eh macam lambat sangat.. 3 minggu sebelum? Ok kot.......
Bila ni? Bila ni???
@_@



*Ate ade ke sesape nak kad yang tak seberape nih... heeeeee

Sunday, August 12, 2012

Bila rindu...


Assalamualaikum...


Copy dari YouTube


Tajuk: Bila rindu
Covered by: Tak tau sape

Ohh~ Aku sememangnya suka sangat dengar orang main gitar. Tak tau la kenapa. Boleh cair hati ini wooo.. Bapak aku pun pandai main gitar. Tapi dia main lagu zaman-zaman dia je. Tak pun lagu "Aku guru Malaysia..." -_-"
Bapak je pandai main. Tapi takde satu anak pun yang tau. Harem nk lepas code. Akhirnya, dengar sajek la...


*Eleehhh baru 4 hari dah rindu-rinduan plak....... T_T



Friday, August 10, 2012

Rumah sewa area Serdang, Seri Kembangan etc..ada tak??


Assalamualaikum...


Payah betul nak cari rumah sewa kan? Eh, tak tau la payah ke tak sebab aku tak pegi servey live lagi. Cuma buat survey online je. Macam bese la, try cari kat Mudah, iProperty, etc. Jenuh gak la weh... Nak cari yang macam dikehendaki tu memang agak susah.

Start masuk this September/October 2012. Nak cari tempat yang boleh pegi UPM and South City dan jugak monthly rental below RM500. Tak kesah la kat Serdang ke, Seri Kembangan ke, Balakong ke, Equine ke, Bangi ke, Kajang ke....hah sampai ke Kajang pun ke..pun boley.. Kalau fully/partly furnished lagi la best kan. Sebab nak duduk tak sampai setahun pun dalam 5-6 bulan je..

If la sesape ada tahu mana-mana rumah untuk disewa seperti kriteria tersebut, pelisssss la inform aku yeh.. Kalau tak, aku dok asing je la dengan laki aku tu.huhu. Eh, gatai ke? Tak kot. Normal la dah kawin mesti la nak duduk serumah dengan suami kan? Yang gatal tu yang belom kawin dok serumah tu la yang gatal...huhu




Elo Titi... Nak rumah macam ni boley??

Ha boleh.....
In Your Dream! la...HAHAHARAPAN




*Selamat meraikan 10 malam Ramadhan terakhir. Selamat beramal =)


Monday, August 6, 2012

Draft kad kahwin


Assalamualaikum...


Draft kad kahwin dah siap! Dapat dalam softcopy. Then, aku print out untuk tengok in real.. Tapi ada beberapa benda yang nak kena betulkan.. Yela, aku kan cerewet........ -_-7






Memang simple je.. Kad jenis poskad. Senang tak payah nak selak-selak. Bukak sampul je terus terpampang nama haku. Lagipun, MURAH! Haha

Heharap draft kad ni boleh siap cepat-cepat. So that, boleh print cepat-cepat and siap cepat-cepat pastu boleh kawin cepat-cepat...HAK!



Sunday, August 5, 2012

Gether-gether @Bumbu Desa


Assalamualaikum...


Last Wednesday, aku pi iftar with my besties Aza, Apai and Taca. Kitorang memang dah laaama berkawan. Since tadika lagi tau. Pastu masuk sekolah rendah, sekolah menengah memang satu kelas je sokmo. Lepas abis sekolah, aku ke selatan. Tapi tak aci betul they'ol bertiga-tiga ke Shah Alam. Tinggal la aku keseorangan kat bawah tu...ciss!

Dah jodoh, tak ke mana ye dok? hehe. Akhirnya we'ols dapat la berjejak kekasihan kembali di tengah-tengah. Tapi bila masing-masing dah kerja, memang la sebuk manjang kan. Nak cari masa yang pas untuk sume orang ni berjumpa is sangat la susah. But last week, we make it real, yeayy!

Dah lama tak together-gether macam ni. Last dulu time bulan pose jugak kot. Time tu sempat la tidur kat rumah Aza satu malam. Memang best.....Tapi kali ni kita makan-makan saja ye..hehe

Lemme introduce my sweet and beautiful girls in Geng Stapler...!
(Bajet gud-gud je ada nama geng macam geng mafia. Ohoi~)



Oh sory.. tuan tanah kena pijak tanah dulu. HUAHUAHUA


The sweet and sengal Taca!


The gojes and gonjeng Apai!


The lovely and ngokngek Aza!



Kitorang buka puasa kat BambuBumbu Desa, Midvalley. Kengkonon buat surprise jugak kat Aza as her birthday yang dah lepas 2 hari. 


Center piece guna fresh flower..cun!


Ok disebabkan bulan puasa always fully booked, kena la reserved awal-awal ye.


Birthday cake for Aza! Oh memang sumpah lupa nak snap makanan. Makan memang dah tak ingat apa dah. huhu. Time tu makan ayam bakar, ayam apa ntah lagi satu, gulai cumi (mahal!), sambal udang, sayur campur and sambal macam sambal belacan. Makanan kat Bumbu Desa ni basically serve makanan padang ye. Lauk memang banyak. So kena pilih dulu lauk apa then diorang akan masakkan. Kira masak fresh-fresh la githoo...


Eh sebok lagi nak inteprem -_-!


Geng Staple..uhuiiii  >;<

See the total RM....kaachiingggg!!


Ok pastu kita pi jenjalan ronda-ronda naik kete baru Aza, yeayy!!






My dear friends..
Our friendship is a special gift.
Generously given.
Happily accepted
and
Deeply appreciated...

I love you guys till the end of life. Till we meet in Jannah, with Allah will and aminn.
=')