About Me

My photo
Nyong iki asal'e wong jowo. Harus ngomong'e jowo. Sitik-sitik iso lah..hehe

Tuesday, November 26, 2013

Rumah kami di Leeds


Assalamualaikum...


Pejam celik, pejam celik dah 2 minggu dah aku kat Leeds ni. Rasa macam baru je semalam aku sampai. Tapi eh eh..dah 2 minggu!

Banyak jugak aku nak citer ni. Tapi bior aku citer satu satu dulu. Nampak macam banyak entry sket. Huahua

Memula sekali nak citer pasal rumah.
Rumah kitorang kat sini memang rumah uni. Rate sewa rumah agak mahal. 500 pound. Jangan convert. Nanti aku pon pitam. Ala lebih kurang la kalau kat Malaysia macam RM 500 la.. Rumah kat sini kalau sewa mesti fully furnished. Memang jarang la ada rumah yang kosong. Semua disewakan lengkap. Maintenance pun takyah risau. Pihak uni yang akan buat sume. Bil air free, uni bayar. Cuma bayar bil gas and electric je. Nasib baik la heater pakai air. Heater paling teramat penting di sini ye. Kalau rosak heater, mau mati beku aku.huhu. Internet pun pakai uni punya. Dah jimat di situ...

Sebijik rumah 4 tingkat tapi dijadikan macam flat. Rumah kitorang level 2. Atas ground floor tu. Memang ngam ngam cantek jek bukak pintu terus masuk rumah sendiri. Takyah naik tangga.
Ada 2 bilik, 1 bilik air. Semua lengkap dengan katil and tilam. Kitchen, sofa, meja study sume la ada..



Gambar depan rumah. Yang tingkap sebelah pintu biru tu la rumah kitorang. Gambar ni masa bulan September aritu. Sekarang penoh dengan daun kering je. Autumn kan..huhu
* Tu Jahar, kawan Jiji, PhD student. Single and available. Sape nak kenal?? =p














Comey je rumah kitorang ni. Cukup la untuk hidup berdua. Semmua gambar masa baru tengok tengok je. Now dah penuh la barang. hehe
Kalau kat sini, rumah memang kecik-kecik je. Nak besor-besor, ongkosnya pun kena la besor juge...


Disebabkan kitorang sewa rumah uni, so memang dekat la dengan kawasan uni and city center. Jiji nak ke lab pun dekat je jalan kaki dalam 10 min dah sampai. So, tenghari dia boleh balik sekejap untuk lunch and solat. Tu main purpose amek rumah dekat dengan uni.
Nak pi center pun dekat. Jalan kaki 10-15 min je dah sampai.


Huarghhhh bosannye entry aku ni. Maybe aku dah ngantok, so memang aku tulis pun ala-ala ngantok je kan.
Ok, fine. Memang bosan. Next time cite lagi.huhu

6 comments:

Fyrose Zainuddin said...

gitu... comel rumah uols. yg ptg boleh hidup selesa ... nantikan kemunculan iols ya hehe !

neng ana said...

Yezzaaa apai...mari lah mari...

Maria said...

Assalam, maaf. Saya ingin bertanya. Saya akan sambung master bulan sept ini, bagaimana cara terbaik untuk mencari rumah sewa? Saya sudah berkeluarga & memiliki 2 anak.
Terima kasih, jasamu dikenang.

neng ana said...
This comment has been removed by the author.
neng ana said...

Maria:

Wsalam..hi Maria. Boleh email saya (rudzanna@gmail.com) ataupun add saya kt FB https://www.facebook.com/rudzanna

Nanti boleh borak pjg kt situ, insyaAllah :)

Ambe Izyae said...

Cant find your fb, but i really want to ask about accommodation at university of leeds as im gonna persue there