Daisypath Vacation tickers
Daisypath Anniversary tickers

About Me

My photo
Nyong iki asal'e wong jowo. Harus ngomong'e jowo. Sitik-sitik iso lah..hehe

Sunday, May 6, 2012

Fabric hunting!


Assalamualaikum...


Ye, bertemu kita pada hari Ahad yang indah ini... ;)

Ok nak update laju-laju. Sebab barang tak kemas lagi. Hari ni saya nak balik kampung..
weehooO!!! =p

Semalam dah amek design baju kan? Jadi hari ni, nekad nak cari kain. Sasaran utama adalah kedai kain Pak Jakel lah mana lagi. hehe. Saya pergi ditemani dengan orang tersayang. Terima kasih banyak-banyak kerana dah melayan saya yang banyak karenah ni. Sweet la you..awww~

Bluweekk!!
Haha tak memasal aku nak menjiwang ni kenapa. Padan muka dah muntah ijo....

Okok kita kembali kepada cerita beli kain. Mula-mula try tengok kat Harrison. Kedai kain yang kat Jalan TAR jugak. Seriously, aku berkenan gila kat warna kain yang diidam-idamkan tu. Aku tak snap sebab tak beli kan. Sekali tanya harga, uuuumangai...RM 48/meter. Kalau ada membership card, jadi RM 42/meter. Nak buat membership card pulak kena bayar RM20.

Let say if nak beli 4 meter.
RM 42 x 4 = RM 168 + RM 20 = RM 188

Ooo nehi..nehi...nehi... Too expensive for me as a pengantin budget ni. Maka pencarian harus diteruskan. Say bye bye to warna kain idaman..hukhukhuk

Next, kita terjah Kamdar pula. Last time pergi, kain dutchess tinggal 2 warna je. Putih and hitam if tak silap. Tapi harganya uuuuumangai punya lah murah if nak compare dengan kedai-kedai yang lain untuk jenis kain yang sama.
Actually, aku nak cari kain dutchess satin. Harap maklum -_-!
Kali ni nak terjah lagi. Kot la ada kain baru ke kan.
Sekali pergi tengok..and yes, memang ada kain baru dan harga yang sangat menariballetkan aku... Cuma belas-belas je. Aku tak ingat. Sangat la murah.huhu

Tapi..tapi..tapi....
Warna kain adalah takde (ape bahasa aku pakai)
Sekali lagi aku hampa.. (keluar kedai dengan kepala tunduk tanda hampa)

Lepas tu dah tak singgah kedai kain yang lain. Terus je pergi masuk Jakel. Bila dah sampai sane, terus je naik tingkat 4. Wah wah.. macam dah expert je kan cari kain. hehe
Dalam hati ni berdoa mintak-mintak la warna yang kat Harrison tu ada kat Jakel ni...mintak-mintak la....
Oh lupa. Mintak-mintak la akak yang melayan kitorang dulu takde. Malu seyh kalau dia perasan kitorang ni sebab dulu pergi iye-iye je macam nak beli. Sekali tak beli pon. hahahahaha

Ok, menuju ke lapangan sasaran. Bilik kain satin, satin bridal/duchess satin.
"Akak, saya nak duchess warna dusty pink...bidang 60"..." (cewah, macam expert lagi)

"Em..mm...takde la dik. Ni la pink yang paling dusty pun. Yang lain dah habis.."

Dang!! T_T

Nak menangis.  Tapi ku pujuk jua hati supaya berkenan dengan warna yang lain..
"Ala..takde ke..kat Harrison ada. Tapi dia jual mahal..."

"Dia jual berapa?" ceceh..nak korek rahsia dari aku la tu....


"Dia jual RM48/meter. Kalau member jadi la RM42.."

"Eh kita boleh bagi adik RM30/meter je. Harga designer tu kita bagi. Tempat lain takde harga macam ni dik...

Eleh nak pancing aku la tu. Padahal harga paling murah aku pernah dengar orang bagi RM25/meter untuk kain camtu.haha

"Ni warna Scha ni. Jakel sponser 100%. Tengok la malam ni dia kahwin." Eh Scha kahwin pakai warna champaign ek? Tak tahu pulak aku..haha. Iskh retis-retis ni semua disponser kan. Diorang dah kaya, tak payah la nak sponser orang kaya..meh sponser aku meh...hahahaa

Nak buat ayat sedap.."Tu la murah gak. Amek je la warna ni ek.. Pastu saya nak cari border lace..nak patch kat bahagian bawah.."

"Ada ada..kita ada..meh..."



Tersenggok-senggok akak tu cari kain...daddykasik sungguh!




Dia tunjukkan aku border lace warna grey, hitam, gold... Perrgghhhhh memang cantik beb.. Berpinar mata aku mentengoknye....
"Cantik...cantik...berapa harga ni kak?"

"Ni semeter RM140(kot.aku tak ingat. tapi ratus-ratus la)...tapi akak bagi RM100 la semeter.."

"Uiisshhh mahalnye. Kain ape ni border lace mahal gini..."


"French lace ni dik. Memang mahal sikit. Tapi cantik..nampak exclusive.nampak mahal...cantik.." 















Siap bawak kain satin tu ke tempat lace...nak matchkan ngan lace punya pasal... Lagi sekali aku dalam dilema sebab dah aku tengok semuanya cantik-cantik. Tak boleh nak decide.hukhuk



Memang la cantik kak oi. Harga pun memang cantik tertarik menarik la...huhu. baru aku tahu weh french lace macam mana...memang lembut and cantik...memang sakai jakun la aku time tu. Tapi control macho.hahaha
Tapi disebabkan macam mahal and not in my bubdget, aku cari option lain. Cari Korean lace yang katanya lagi murah. Tapi hampa, tak jumpa jugak yang berkenan...
Sekali ada akak  ni tegur.."Camne dik, tak jumpa ke yang berkenan...kain tadi ok tak.."

"Tadi ada yang berkenan. Tapi mahal la pulak..tu  try cari kain murah sikit.tapi takde pulak warna yang sesuai.."

"Laa meh sini mana yang adik nak tu kita tengok..." Dia pun ikut la naik atas balik. Hati dah berdebor ni takut nanti akak yang layan kitorang tadi terasa pulak aku mencari orang lain..huhu

"Ha mana..mana..mana kain yang adik ni nak tadi?" Gelabah kot akak yang melayan kitorang tadi cari.

"Ni ni..yang ni..tadi dah bagi harga semeter RM100. Dia nak 2 meter.."

"Apasal 2 meter pulak. dia kan pakai untuk patch depan je. semeter dah cukup..." Gila kencang jugak la suara dia. Aku pulak terpinga-pinga kenapa akak ni macam berkuasa sangat..

"Ok la akak bagi 2 meter ni RM 170..kain duchess RM200 kan. So, semua RM370..Ni dah murah sangat dah ni akak bagi kesian.."

Hahaha muka aku memang sangat mengkesiankan. Sebab tu muka pun senang kena tipu.haha

Dah kat kaunter baru la tahu setahu-tahunya...akak yang bagi discount gila-gila tu adalah salah seorang manager Jakel. Patut la senang-senang je bagi discount. Siap bagi arahan kat pekerja-pekerja yang lain..Baju pun pakai baju biasa je..Patut la..........

Apa-apa pun, dah settle satu kerja. Kain pun dapat harga murah.

8 meter duchess satin = RM 25 x 8 = RM200
2 meter french lace = RM 85 x 2 = RM170
So, total = RM 370

Weehooo!!~~
Gembira sebab dapat beli kain untuk baju penantin sendiri dan murah....rezeki hari ahad dapat beli kain terus dengan manager dia.

Alhamdulillah...kain baju penantin dah jimat. Tak payah nak sewa. Sewa pun mahal. Dah la bukan ikut saiz badan kita. Design pun mesti tak memenuhi citarasa antarabangsa.
Jadi, kesimpulannya adalah sangat puas hati sebab baju penantin murah dan berkualiti tinggi.hehehehee


Kesimpulannya lagi, barulah aku tahu kenapa kain-kain yang cantik tu mahal. dan kenapa bakal penantin sanggup invest baju kahwin sampai mencecah beribu-ribu...

Sebab...pakcik jakel dah berpinorkan maka diorang! aku je yang berjaya tak berpinor sangat..hahaha



Nak kesimpulannya lagi....misi berjaya! :)


*Aku selalu tertanya-tanya..kenapa ek french lace mahal?




6 comments:

Mr & Mrs Sallehudin said...

Jakel mana awak pergi beli ni?? tak adilll dapat rm25 semeter. huhu.. Kite beli rasa macam RM30 semeter. Memang laa kain tu agak tebal tapi masa kita pakai hari tu ok aje.. panas tak panas laa.. hikhik..
Gilerkan border kain lace aje beratus2 RM.. Kita pun tak tau laa apsal hari tu boleh beli border ni.. ishh..ish..

neng ana said...

Beli kt Jakel KL..a'ah mula2 SA tu bg rm30 harga designer katenye.tp based on my fren's sggestn yg selalu beli kt Jakel ni dia soh bargain gila2 smpai dpt.kte kate nk 8m n nk hrga murah n dia bg rm25.lace pn bg murah..rezki..tau2 je kte ni pengantin bajet.huhu

Tp xpe, ur dress nmpk cntik.nmpk kemas je..n tinggi kte adalah sama! jenuh mencari pengantin yg tingginya 151cm ni.haha

Narizz said...

Salam,
Kalo minat dgn BORDER LACE bleh tgk sini.. http://narizzcollection.blogspot.com
TQ

Unknown said...

nak beli lace cantik dan murah klik www.megatdincrystal.com
atau walk in ke kristal station diy, tingkat 1 komplek pkns shah alam-atas kfc.

Anonymous said...

Nak pakej kain lace dengan lelaki skali? Visit tomoktommy.blogspot.com

Unknown said...

nak tanya kain italian duchess kat jakel tu ok tak? ok tak kalau buat baju nikah ? panas sgt tak bila pakai?