Daisypath Vacation tickers
Daisypath Anniversary tickers

About Me

My photo
Nyong iki asal'e wong jowo. Harus ngomong'e jowo. Sitik-sitik iso lah..hehe

Wednesday, May 30, 2012

Aku seorang KULI


Assalamualaikum...


KULI

Merujuk Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Empat, kuli bermaksud :

Orang yang membuat kerja kasar atau kerja berat (seperti memunggah barang, membaiki jalan raya, dll) dan lebih dikenali sebagai buruh kasar.


Ada paham ka tada paham ka??
Simple je tu...


Bila dah tahu makna kuli tu mesti rasa kesian kan kat kuli-kuli sedunia... Kesian kot sebab kuli ni kena buat je apa tuan dia suruh...

"Kuli...! kau angkat barang-barang ni masuk...."


"Kuli...! kau basuh semua ni....."


"Kuli....!! kau makan CCC" <---harharhar

"Kuli...! kau basuh spender aku" Erkk!! -_-"

Kau ingat senang ke kerja jadi kuli?! Semua yang bukan kuli tak tahu ke perasaan seorang kuli tu macam mana.. Yelah, dah bukan kuli. Apa ada aku kesah.................
(Ceh emo pulak)

Yes aku nak emo ni. Bersedialah!!!! (muka bengis)


Eh jap, jap....

Nape kau nak emo?? Kau terasa kau ni kuli ke? Kenapa kau nak terasa plak?
Camtu padan la muka kau....hahaha

Cam naharooommm la.... (aku dah start mencarut selepas digelakkan seperti di atas)
Bila aku nak settlekan semua ni... Kenapa aku (sebagai kuli) terasa dikuli-kulikan ni...
Sepatutnya kena tubuhkan satu persatuan untuk membela nasib si kuli-kuli ni la... dari situ, boleh jugak aku dapatkan sokongan dan dorongan untuk mengkulikan yang lain...haha

Eh tengok, tengok... kau mengaku diri kau kuli ek?? gelakkan diri sendiri.harharhar
(merepek siot aku)

Rilex la babe...chill la...chill....chill....

Ada orang lain lagi teruk dari aku kat dunia. This is not the end of the world la babe..
Cuba fikir the positive side je la and mesti ikhlaskan hati dalam semua kerja, okeh?

And satu lagi musti harus wajib ingat...
"I pay you" (bak kata bos Shaz yang garang tapi pemalas gila suruh staff yang buatkan assignment untuk Master dia).


Why lahhhhhh aku banyak mencarut ni.......!!!!!!!!!!

"Aku rasa kau penat ni. Baik kau balik"


Owh....ok bye



Sunday, May 27, 2012

First draft thesis dah dapat! huhu


Assalamualaikum...


Hari ni hari Jumaat. Cuaca pulak sangatlah nyaman sebab baru lepas hujan. Rasa tenang je hari Jumaat ni kan..
Alhamdulillah...

Hari Jumaat ni jugak nak kena jumpa Prof amek first draft thesis. Berdebornye rasa..rasa tak tenang takut kena marah.haha. Yela, aku selalu fail kot bab-bab writing ni. Confirm dia rasa bengkek je bila baca thesis aku.hahaha
Now draft thesis dah ada dalam tangan aku. So, aku kena buat baaaaaanyak correction. Mood nak update blog pun dah kedaung. Banyak benda berserabut dalam kepala hotak ni.

Kalau stress stress tu banyakkan la baca doa ni. Jangan sedih-sedih..


Hasbunallah wa ni'mal wakil


"Cukuplah Allah Sebagai Penolong Kami dan Dia Adalah Sebaik-baik  Pelindung"




*Siap bung-bunga.huhu.. Amek dari SINI.



Friday, May 18, 2012

Eh ingatkan kisah baju kahwin dah settle..tapi...


Assalamualaikum...


Ceceh tajuk...tak bleh blah...macam buat karangan darjah 6. Sambung cerita tersebut... -_-"
Ceritanya, aku kan dah beli kain untuk bersanding nanti kan. Ce baca kat sinun. Aku ingatkan memang dah settle la tak payah pikir nak cari kain lagi. Balik kampung tinggal hantar ke tailor je.. Sekali bila dah tunjuk kat mak aku, dia kata ok..tapi dia nak nampak lagi flowy..dia suruh tambah yang part luar tu yang flowy-flowy tu ntah ape ke nama tah..jadinya kami pun mencari la kain extra tu kat Tangkak the heaven of kainsss





Ada banyakkk kedai kain kat tangkak ni. tapi aku malas la nak tawaf satu tangkak tu kan. Pergi dua kedai je. Kedai Bunga raya memang terfemes wa cakak sama lu...




Kain memang banyak...dan jauh lebih murah dari pak cik jakel...



Adik aku sebok nak mencapub jugak.haissss...
Last-last dapat la cari kain chiffon untuk flowy-flowy tu. Bila balik rumah cuba la acu-acu kan nak tengok kesantekkannye terserlah atau tak...sekali.....



It turn out to be like this.... Ini model import Chennai mari...(tipu. tu adik aku.haha)
Warna cream dan champagne adalah nampak tak menyerlah. Nanti lagi la pelamin warna putih..oh-so-out! huhu
Mak kata, "Takpe, kain ni boleh buat lining untuk baju. Nak buat backdrop untuk meja makan pun boleh ni. Kain ni boleh je guna untuk lain. Esok gi beli warna yang lain.."
Oh mak, I'm so touching..mak sangatlah sporting =')


Esoknya hari Ahad. Aku pun akan balik hari tu jugak. So, nak tak nak aku kena cari kain tu hari ni jugak. Round lagi 1, 2 kedai..and jumpa dengan warna yang aku suka!
Tapi bukan chiffon. It's like satin. Ape ke nama SA tu kata..lupa pulak. Tapi pelik la namanya..nama kereta kot..Tak ke pelik nama kain macam nama kereta..

Kain = Kereta

Haizzzz -_____-"


See..warna pilihan hati aku mesti warna cenggitu-gitu... Nak jugak tu aku masukkan dengan warna champagne..Aku suka yang ala-ala grey tu. tapi mak and ayah suka yang purple. Panjang punya panjang punya pikir...aku tarik warna lain pulak.lagi pening mak bapak aku.hahahaha



End up with this colour. Semua setuju dengan warna ni. Semeter dapat rm10 je lepas aku kecek-kecek akak tu. yeayy!!
Lepas tu mak aku nak jugak patchkan lagi dengan lace..dalam kepala aku, alamak lace mahal. cano ni...huhu. Takpe-takpe lek lu..sap kok lu...... dalam hati debor takut lace mencecah beratus-ratus T_T
Sekali jumpa pulak lace yang cantik. Beaded lace pulak tu...and murah! Tak snap gambar sebab super excited dengan lace yang cantik dan murah.haha. Semeter last price dpt RM50. Harga asal rm75.
Ya Allah sukanya aku....... =')


Lepas tu, hantar ke tailor lah..suka! suka!





Tak semenggah -_-!
Measure badan lelaki and pempuan. Yes, lelaki itu pun ada time tu...taching i yew datang tau.hiks!
(Sebenarnye suka sebab boleh balik sekali tak payah naik bas =p)




Pastu, balik rumah kita makan kek! Kila baked chocolate cake untuk mak. Aku belajar resipi dia..hmm...

Not bad...



Bodol bad....


Sekian, T_T





Thursday, May 17, 2012

Felt flower


Assalamualaikum...


Ingat tak aku ada canang-canang nak buat hand bouquet dulu? Arhh ada orang kesah?haha
Ok untuk pengetahuan aku sendiri...-_-" aku dah nak siap sangat dah bunga tu.. Makin dah nak siap makin malas pulak. Ape lah penyakit tah budak ni...


Ni kasi tengok hasil yang 90% yang dah siap...hehe






Katanya tema peach/cream gitu... Tapi warna felt ni dipilih sendiri oleh tuan yang menempahnya.. Aku buatkan je la bunganya... Aku letak warna kuning sebab kuning ni naik sikit and bagi kontra dengan kaler peach.. So, nanti tak la serupa je baju and bunga... Tapi depends pada citarasa masing-masing. Ada yang suka, ada jugak yang tak suka...
Bercinta kot buat benda alah ni... Time tu buat kat rumah masa cuti seminggu tu.. Bunga dah siap, sekali tak tau nak jadikan bouquet macam mana..boleh?
Mak akakkkkk (baca sengau) jugak yang tolong tunjukkan.... Nasib baik mak bagi idea macam mana nak buat. So, terjadilah bunga ini...hehe

Semua orang tanya kalau orang tempah, charge berapa..... Aku memang tak tau nak jual berapa. Yelah first time kan... Lepas ni nak buat banyak-banyak lagi...kot.hehe. Sebab aku nak improve skill dan kekemasan membuatnya... Aku asik ngomel nampak tak kemas je depan mak aku... mak aku pun jawab la..
"Alah memang la..baru first time buat..kena la buat hari-hari baru tangan tu dah biasa, jadi cantik la nanti..."

Hikhikhik mak aku memang supportive...lebiu mak!

Wednesday, May 16, 2012

Berhati-hati dengan kamera tersembunyi dan 2-way mirror



Assalamualaikum...


Amek info ni lepas blogwalking..



Fitting room yang ada cermin besar dan jujur kat mall mungkin bahaya untuk kita. Saya terbaca notes ni di facebook, jadi saya rasa tak rugi kalau share di sini. Kesahihannya tak dapat dipastikan tapi memang tak rugi kalau kita berhati-hati.








How to Detect Hidden Camera in Trial Room?



In front of the trial room take your mobile and make sure that mobile can make calls
Then enter into the trail room, take your mobile and make a call
If u can't make a call......!!!
There is a hidden camera
This is due to the interference of fiber optic cable during the signal transfer





HOW TO DETECT A 2-WAY MIRROR?




When we visit toilets, bathrooms, hotel rooms, changing rooms, etc., How many of you know for sure that the seemingly ordinary mirror hanging on the wall is a real mirror, or actually a 2-way mirror I.e., they can see you, but you can't see them. There have been many cases of people installing 2-way mirrors in female changing rooms or bathroom or bedrooms.

It is very difficult to positively identify the surface by just looking at it. So, how do we determine with any amount of certainty what type of Mirror we are looking at?

CONDUCT THIS SIMPLE TEST:

Place the tip of your fingernail against the reflective surface and if there is a GAP between your fingernail and the image of the nail, then it is a GENUINE mirror.

However, if your fingernail DIRECTLY TOUCHES the image of your nail, then BEWARE, IT IS A 2-WAY MIRROR! (There may be someone seeing you from the other side). So remember, every time you see a mirror, do the "fingernail test." It doesn't cost you anything. It is simple to do.

This is a really good thing to do. The reason there is a gap on a real mirror, is because the silver is on the back of the mirror UNDER the glass.

Whereas with a two-way mirror, the silver is on the surface. Keep it in mind! Make sure and check every time you enter in hotel rooms.


Aku google cara nak detect cermin tu macam mana. And this is how it looks like:






*Aku copy and paste je info ni dari blog Hani. Good to share to everybody. Lepas ni kena lebih berhati-hati la ye kawan-kawan...huhu



Tuesday, May 15, 2012

Vendor pelamin and makeup


Assalamualaikum...


Cuti seminggu aku tak sia-siakan begitu saja walaupun sibuk menjaga bayi... cececeh bajet macam produktif je aku kan..well itulah hakikatnya..wakaka (padahal dah gabra sebab milestone untuk majlis kahwin dah lari lambattt sangat. nak tak nak memang kena uruskan cuti seminggu tu jugak.huhu)

Nak cerita pasal bridal boutique ni memang macam drama akasia la... Sebenarnya aku memang admire lama dah dengan butik ni. Dia buat memang menepati citarasa aku yang bercitarasa sangat ni...(buwekk)
So aku memang dah lama la pasang cita-cita nak booking dia ni. Sekali hari tu tanya, boleh pulak dia kata tarikh tu dah full... Punya la hancur luluh hatiku mendengornye...nak nangis pun ada tapi tak nangis la. Ntah pape je nak nangis disebabkan mak andam kan...so bajet-bajet daddy cool lah....

Tapi disebabkan nak jugak pakai dia, aku tanya jugak la betul ke ni takde kosong dah...dia kata nanti dia check betul-betul...hati dah nebes ni. Kot la tetibe dia salah tengok tarikh ke ape kan kat diari dia tu...mengharap......

Sekali dia kata, boleh la nak masuk. tapi bukan dia yang jaga aku la nanti. Orang lain yang buat. Tapi jangan risau, confirm cantik..katanye.....nak sedapkan hati aku la tu kan.huhu
Aku pun ape lagi, memang tak pikir panjang on je la! Sebab aku dah nak sangat pakai service dia ni. Dah ushar lama dulu dah..nak cari vendor lain pun dah malas. So, stick dengan dia ni je la.huhu

Appoinment dah settle, makanya aku and mak ayah pun pergi la ke showroom kak salina..nak kata showroom ke? showhouse kot..haha




Ok gambar blurrr...maklumla hs burok... ni gambar kak salina yang cun tapi tak dapat snap depan-depan. Aku yang malu nak snap.hihi. Masa ni datang-datang je terus dia buka FB and blog dia kat TV dabak tu sebab nak trace mana aku kat FB. Padahal aku tak pernah pun tanya dia pape kat fb. Kan dah malu..kehkehkeh








Ok ni clear sikit. Dia tengah menjawab telpon dari client. wah wah...bz...ha nampak tak header fb and page blog dia?

Time discuss tu aku, mak aku and ayah aku mencurahkan lah idea dan keinginan masing-masing...time tu macam-macam la kan keluar. masing-masing nak bagi idea masing-masing. Aku yang serabut ni serahkan aje kat mak ayah sebab diorang yang lebih berkepentingan..hihihihi

Lepas berbincang semua tu, kitorang diajak tengok-tengok baju or rumah tu...nice interior..memang sesuai la buat showroom..sebiji banglo dibuatnya butik. kalau aku memang dah menetap je la kat rumah camtu..




 Antara baju pengantin yang ditayang-tayangkan...tapi ada banyakkkk lagi yang dalam simpanan. Semua cantik-cantik... Aku tak amek baju la sebab aku dah ada baju sendiri...







Ada baju yang tergantung dalam simpanan and ada yang masih lagi dalam proses nak menjahitnya..akak tu design and jahit sendiri ko baju pengantin tu...kagum sejenak...huhu





Tu baju yang bersepah-sepah tu sebab dah kena fitting. Bukan aku, tapi client sebelum aku. Dia tak sempat nak kemas lagi. Seriously cantik baju-baju dia.....





Tengok...semangat tak bapak and mak aku kat sebelah nak mencari yang terbaik untuk anak dia yang gonjeng ni....
Lebiu makayah! =p





Ok tuan tanah nak merasa glemer tapi serius...hikhok 




After pung-pang-pung-pang....keluar IC...keluar quotation...bagi deposit....selesai!


Yippiee!!! Vendor pelamin and make up dah settle! Boleh tick chcklist! hehehehehe
Time kasih makayah......lagi...dan lagi....!!! heeee~~




Monday, May 14, 2012

Pengalaman jadi babysitter yang best!!


Assalamualaikum...


Wahhh rasa macam dah lamaaa tak update blog.haha. Poyo je, baru seminggu je pon. Tapi, macam banyakkk je nak cerita... Tapi macam malassss je nak taip.hahaha


Seminggu cuti kat rumah memanglah menseronokkan. Walaupun cuti, tapi tak rilex sangat la sebab aku kena jadi babysitter for my niece. Tapi takpe, demi kegembiraan mak ayah, aku sanggup jaga..hehe

Jadi babysitter bukan senang beb.. Memang dulu aku selalu je pertikaikan benda ni.. Pada aku ala bukan susah pun jaga budak. Boleh je buat kerja sambil jaga... Ngengada je siap tak leh buat keje la ape la....huhu

Tapi sekarang memang makan tuan la beb. Aku dah jaga aku tau la rasa macam mana. Walaupun jaga beberapa hari je kot... Susah senang nak jaga anak kecik ni cuma tuan badan je yang rasa. Yang tak rasa tu boleh la nak cakap ape pun cakap la..huhu

Eh apa la emo-emo ni. Kita nak cerita yang best-best je la.hehe.. Pengalaman jadi babysitter ni memang best dan mempenatkan. Seriously I told you...haha
Mana tak nye.. Tiap-tiap 2 jam ko kena make sure bayi itu disusukan. Sebab susu tu makanan dia..susu tu jugak minuman dia...Sekali dia lapor, nahas la ko nak dengar dak tu nangis satu rumah dengar..haha. So part tu memang aku jaga..on time.hehe

Secondly, time untuk mandikan dia. Satu lagi part yang mencabar la aku rasa.. Bayangkan la ko nak mandikan bayi yang lembik-lembik tu kan...silapnye terlepas licin ke...bukan budak tu, kau yang mati dulu nanti if apa-apa jadi tau.huhu. So part mandi, memang aku sangat la berhati-hati. Waktu mandi Aina ikut aku punya suka nak mandikan pukul berapa. Janji 3x sehari..hahahahaha

Then, waktu untuk tidurkan dia. Part tidur-tidurkan ni kadang-kadang senang lenang kacang buncis je...Tapi bila angin dia tak menentu, boleh la naik antu ko jadinya..haha. Aku kalau angin dia asyik nak ngaruk je, memang gabra gak la if sumbat susu pun tak jalan, aku hayun je dalam buaian tu...pastu bersenandong dondang sayang sket kasi feeling-feeling kena dodoi....and its work! hehe
(Mungkin sebab Aina tak tahan dengar sore aku yang gemersik merdu ni, sanggup dia berhenti nangis and tidur terus.hahaha)

Yang tak boleh blah adalah part dia melepas tembakan berdas-dasnya dan menghasilkan peluru berpandu ala-ala bancuhan simen nak buat rumah pak salleh jiran sebelah rumah depan selekoh tu...haha. Punya la berdoa aku biarla dia keluarkan hasil time mak aku balik kan, sekali memang timing baeekkk punya...time aku sorang-sorang kat rumah jaga dia time tu la dia melepas..huhu
Apa pun memang pengalaman best la... First time jaga bayi katenye...boleh la aku praktis-praktis jugak..ye dok? =p

Waktu yang ditunggu-tunggukan adalah waktu bila melepasi waktu kerja gomen. Adalah sangat melegakan aku sebab mak ayah and kila akan balik rumah and boleh take over pulak. Boleh la aku sambung buat kerja bunga-bungaan aku tu...hehe

Tapi time tidur, aku memang tak boleh tak tidur dengan Aina. Tak nak terlepas tengok muka dia yang comel masa tidur tu.... =')

Tengok la muka masam je tak boleh nak senyum sebab pipi berat sangat.hihihi




Aina pakai head band yang mak ngah add on felt flower kat sebelah reben pink.. Habisla aku kalau mak dia ngamuk..haha. Takpe, cute ape..hehe

Alaa....dah rindu kat budak perengus ni........ ='(




Rindu...!





Rinduuu...!!




Rinduuuuuuuuuuu........~ hukhuk


Nanti cuti sekolah balik serom lagi ek...boleh siom pipi lama-lama. Sampai kemek...haha

Mak ngah mish yu..!! Muaxxx!!!~




Sunday, May 6, 2012

Fabric hunting!


Assalamualaikum...


Ye, bertemu kita pada hari Ahad yang indah ini... ;)

Ok nak update laju-laju. Sebab barang tak kemas lagi. Hari ni saya nak balik kampung..
weehooO!!! =p

Semalam dah amek design baju kan? Jadi hari ni, nekad nak cari kain. Sasaran utama adalah kedai kain Pak Jakel lah mana lagi. hehe. Saya pergi ditemani dengan orang tersayang. Terima kasih banyak-banyak kerana dah melayan saya yang banyak karenah ni. Sweet la you..awww~

Bluweekk!!
Haha tak memasal aku nak menjiwang ni kenapa. Padan muka dah muntah ijo....

Okok kita kembali kepada cerita beli kain. Mula-mula try tengok kat Harrison. Kedai kain yang kat Jalan TAR jugak. Seriously, aku berkenan gila kat warna kain yang diidam-idamkan tu. Aku tak snap sebab tak beli kan. Sekali tanya harga, uuuumangai...RM 48/meter. Kalau ada membership card, jadi RM 42/meter. Nak buat membership card pulak kena bayar RM20.

Let say if nak beli 4 meter.
RM 42 x 4 = RM 168 + RM 20 = RM 188

Ooo nehi..nehi...nehi... Too expensive for me as a pengantin budget ni. Maka pencarian harus diteruskan. Say bye bye to warna kain idaman..hukhukhuk

Next, kita terjah Kamdar pula. Last time pergi, kain dutchess tinggal 2 warna je. Putih and hitam if tak silap. Tapi harganya uuuuumangai punya lah murah if nak compare dengan kedai-kedai yang lain untuk jenis kain yang sama.
Actually, aku nak cari kain dutchess satin. Harap maklum -_-!
Kali ni nak terjah lagi. Kot la ada kain baru ke kan.
Sekali pergi tengok..and yes, memang ada kain baru dan harga yang sangat menariballetkan aku... Cuma belas-belas je. Aku tak ingat. Sangat la murah.huhu

Tapi..tapi..tapi....
Warna kain adalah takde (ape bahasa aku pakai)
Sekali lagi aku hampa.. (keluar kedai dengan kepala tunduk tanda hampa)

Lepas tu dah tak singgah kedai kain yang lain. Terus je pergi masuk Jakel. Bila dah sampai sane, terus je naik tingkat 4. Wah wah.. macam dah expert je kan cari kain. hehe
Dalam hati ni berdoa mintak-mintak la warna yang kat Harrison tu ada kat Jakel ni...mintak-mintak la....
Oh lupa. Mintak-mintak la akak yang melayan kitorang dulu takde. Malu seyh kalau dia perasan kitorang ni sebab dulu pergi iye-iye je macam nak beli. Sekali tak beli pon. hahahahaha

Ok, menuju ke lapangan sasaran. Bilik kain satin, satin bridal/duchess satin.
"Akak, saya nak duchess warna dusty pink...bidang 60"..." (cewah, macam expert lagi)

"Em..mm...takde la dik. Ni la pink yang paling dusty pun. Yang lain dah habis.."

Dang!! T_T

Nak menangis.  Tapi ku pujuk jua hati supaya berkenan dengan warna yang lain..
"Ala..takde ke..kat Harrison ada. Tapi dia jual mahal..."

"Dia jual berapa?" ceceh..nak korek rahsia dari aku la tu....


"Dia jual RM48/meter. Kalau member jadi la RM42.."

"Eh kita boleh bagi adik RM30/meter je. Harga designer tu kita bagi. Tempat lain takde harga macam ni dik...

Eleh nak pancing aku la tu. Padahal harga paling murah aku pernah dengar orang bagi RM25/meter untuk kain camtu.haha

"Ni warna Scha ni. Jakel sponser 100%. Tengok la malam ni dia kahwin." Eh Scha kahwin pakai warna champaign ek? Tak tahu pulak aku..haha. Iskh retis-retis ni semua disponser kan. Diorang dah kaya, tak payah la nak sponser orang kaya..meh sponser aku meh...hahahaa

Nak buat ayat sedap.."Tu la murah gak. Amek je la warna ni ek.. Pastu saya nak cari border lace..nak patch kat bahagian bawah.."

"Ada ada..kita ada..meh..."



Tersenggok-senggok akak tu cari kain...daddykasik sungguh!




Dia tunjukkan aku border lace warna grey, hitam, gold... Perrgghhhhh memang cantik beb.. Berpinar mata aku mentengoknye....
"Cantik...cantik...berapa harga ni kak?"

"Ni semeter RM140(kot.aku tak ingat. tapi ratus-ratus la)...tapi akak bagi RM100 la semeter.."

"Uiisshhh mahalnye. Kain ape ni border lace mahal gini..."


"French lace ni dik. Memang mahal sikit. Tapi cantik..nampak exclusive.nampak mahal...cantik.." 















Siap bawak kain satin tu ke tempat lace...nak matchkan ngan lace punya pasal... Lagi sekali aku dalam dilema sebab dah aku tengok semuanya cantik-cantik. Tak boleh nak decide.hukhuk



Memang la cantik kak oi. Harga pun memang cantik tertarik menarik la...huhu. baru aku tahu weh french lace macam mana...memang lembut and cantik...memang sakai jakun la aku time tu. Tapi control macho.hahaha
Tapi disebabkan macam mahal and not in my bubdget, aku cari option lain. Cari Korean lace yang katanya lagi murah. Tapi hampa, tak jumpa jugak yang berkenan...
Sekali ada akak  ni tegur.."Camne dik, tak jumpa ke yang berkenan...kain tadi ok tak.."

"Tadi ada yang berkenan. Tapi mahal la pulak..tu  try cari kain murah sikit.tapi takde pulak warna yang sesuai.."

"Laa meh sini mana yang adik nak tu kita tengok..." Dia pun ikut la naik atas balik. Hati dah berdebor ni takut nanti akak yang layan kitorang tadi terasa pulak aku mencari orang lain..huhu

"Ha mana..mana..mana kain yang adik ni nak tadi?" Gelabah kot akak yang melayan kitorang tadi cari.

"Ni ni..yang ni..tadi dah bagi harga semeter RM100. Dia nak 2 meter.."

"Apasal 2 meter pulak. dia kan pakai untuk patch depan je. semeter dah cukup..." Gila kencang jugak la suara dia. Aku pulak terpinga-pinga kenapa akak ni macam berkuasa sangat..

"Ok la akak bagi 2 meter ni RM 170..kain duchess RM200 kan. So, semua RM370..Ni dah murah sangat dah ni akak bagi kesian.."

Hahaha muka aku memang sangat mengkesiankan. Sebab tu muka pun senang kena tipu.haha

Dah kat kaunter baru la tahu setahu-tahunya...akak yang bagi discount gila-gila tu adalah salah seorang manager Jakel. Patut la senang-senang je bagi discount. Siap bagi arahan kat pekerja-pekerja yang lain..Baju pun pakai baju biasa je..Patut la..........

Apa-apa pun, dah settle satu kerja. Kain pun dapat harga murah.

8 meter duchess satin = RM 25 x 8 = RM200
2 meter french lace = RM 85 x 2 = RM170
So, total = RM 370

Weehooo!!~~
Gembira sebab dapat beli kain untuk baju penantin sendiri dan murah....rezeki hari ahad dapat beli kain terus dengan manager dia.

Alhamdulillah...kain baju penantin dah jimat. Tak payah nak sewa. Sewa pun mahal. Dah la bukan ikut saiz badan kita. Design pun mesti tak memenuhi citarasa antarabangsa.
Jadi, kesimpulannya adalah sangat puas hati sebab baju penantin murah dan berkualiti tinggi.hehehehee


Kesimpulannya lagi, barulah aku tahu kenapa kain-kain yang cantik tu mahal. dan kenapa bakal penantin sanggup invest baju kahwin sampai mencecah beribu-ribu...

Sebab...pakcik jakel dah berpinorkan maka diorang! aku je yang berjaya tak berpinor sangat..hahaha



Nak kesimpulannya lagi....misi berjaya! :)


*Aku selalu tertanya-tanya..kenapa ek french lace mahal?




Design baju kawin dah siap!yeayy!!


Assalamualaikum...


Harini saya menjahit saja tempahan HB k.Inaz tu. Belum siap lagi. Ada 4 keping tinggal. Akan ku pastikan ianya siap cepat.huhu
Yang paling seronoknya pulak, dah dapat sketch dari designer which is my bestie Apai!!!
Seronok! Seronok! dan beronok-ronok serta happy juga gembira dengan hasilnya...weeehooo!!~~


Ape? Nak tengok ke designnya?


Ala saya request yang biasa-biasa saja...Tak de la yang melarat-larat awan larat bagai tu...

Simple...Nice...and sopan-sopan gitu...

Cewah

Ha meh la aku kasi tengok ni.....




 Design 1



Design 2



Ni Apai punya sketch. Takde teaser-teaser lagi dah. Cuma gambar gelap je.hehe. Sape tiru, aku and Apai saman! =p




Alhamdulillah...kurang sikit beban dalam kepala. Apai bagi dua design. Tapi dua-dua pun aku suka. Macam mana?? huhu
Bila dah discuss pung-pang-pung-pang...
Maka terhasillah baju  ni...
Fabric..warna...berapa meter nak beli semua dah discuss. So, lepas ni dah boleh cari kain. Yeayy lagi!! Weee~~




Friday, May 4, 2012

Mari mem'baji'!


Assalamualaikum...


Waduh waduh....kok keren banget sama ini baji....
Walah walah walah.....

Lor..kok omongin jowo indon?

Ni sebab kena sampuk nengok gambar Bromo la ni! =p


Haha ok cakap ki il la pulak.,ehem ehems..hello hello testing...


Aku memang peminat kasut wedges. Ia sangatlah selesa bila pakai if korang berkeinginan nak pakai heels tapi tak biasa or sakit kaki dengan heels. Jadi, wedges adalah kasut yang sesuai!


Mari mencuci mata!
(Hep hep..cuci mata sahaja, jangan cuci duit...)












Yes, memang tak dinapikan, high heels adalah sangat sekseyhhh....


Tapi..



Tapi...




Tapiii..........







......wedges adalah much more GORGEOUS!! hahaha
Astaghfirullahal'azim....istighfar...
Mengucap ana...sabor     -_-!


















Omel-omelnye....huhu. Nak! nak...!!



Ok cukup la hanya sekadar cuci mata. Selalunya JiJi (<-- hikhik) suka bebenor belikan kasut high heels. Sudahnya, jadi jeruk tak laku aje. Ate bila nak pakainye.. Takkan aku nak pakai bawak pergi lab kot.. Ada yang pengsan-bangun-pengsan-bangun karang bila nengok aku pakai heels pergi lab... 
"Apekejadahnye Rud datang lab pakai kasot tonjang ketak...ketuk...ketak...ketuk....

So, reject. Memang tak la kan aku nak pakai heels pergi lab. Jadinya aku up je la kat sini. Saja buat puaskan hati and napsu serakah ni.haha





*I tengah berpantang kasut sebab banyaakkkkk lagi benda nak kena dahulukan.huhu




First draft thesis sudah ku hantaq! yeayy!!


Assalamualaikum....


Alhamdulillah...lega la sikit kan...even ni first draft. Ye, first draft je ok. First draft pada tarikh 3 Mei 2012! Orang lain semua dah nak grad kot. Aku baru terhegeh-hegeh nak buat thesis. Tu pon FIRST DRAFT
 -__-"


Pape pun aku lega sikit la. Nafas pun dah tak sangkut-sangkut lagi. Lepas ni dah boleh jadi normal..hehe.
Eh, sebelum ni abnormal keww??






Melayang doplohsemblan hengget aku...wuwuwuuu~
T_T




Hmm...dalam kepala macam-macam benda dah aku pikir ni. Kejap nak buat tu, kejap nak buat ni.. Banyak benda yang tertangguh dah ni...Bila nak siapkan ntah la...haihhh laaa.....
Oppsss tak boleh mengeluh.. satu keluhan itu akan dibalas denagn 1000 masalah.. Tamoh..tamoh..tamoh....
Lagipun tak baik la kan mengeluh-mengeluh.. Kita ni layak ke nak mengeluh? huhu. Insaf pulak memalam ni...


Ok dah dah... takde la aku nak cerita sedih-sedih pulak kan. Kata dah hantar draft thesis..harus ke sedeyyhhh???

Haha. Ok la, nak pegi berniaga ni.... =p

Sambil-sambil meniaga, dengarlah pada sesuatu yang bermanfaat yek. Jangan ingat dunia saja...





*Besarnya tanggungjawab seorang yang bergelar perempuan/wanita/ibu/isteri...

Awok ready ke???huhu


Tepuk dada, tanya iman..




Dadadidududidaadadidadiii




Tuesday, May 1, 2012

BERSIH 3.0










1 Mei Selamat Hari Pekerja!


"Mereka pohon besar. Akar mereka kuat sehingga sukar untuk diubah. Maafkan mereka, mereka tidak tahu. Mereka tidak ramas buku, mereka segan ilmu. Mereka tidak fasih, malah fasik menggunakan kata. Kita jangan jadi macam mereka. Malas membaca, malas mengkaji. Hanya tahu membuat andaian sendiri. Tidak berpaksi pada realiti. Mencarut memaki sana sini."



*Quote of the day.. Thank you Allah for the reminder..