Assalamualaikum...
Hamboiiii tambah koleksi kek nampak...hihihi
This time, carrot cake la pulak. Yang red velvet tu banyak kali buat pun tak cantik cantik jugak. HAHA
Ok aku buat ni sebab untuk si ibu menandung, Iffah.. Semalam dia tanya kek mana kek... Aku pun halamak..aku tak buat pong. Matilah aku kalau ibu menandung kempunan ke ape kan.. Disebabkan itu, ku gagahkan jua untuk buat kek ni.
Time nak buat tu semangat kot. Dah prepare prepare barang sume, time nak beat gula and telur....
Eh, telur mana telur.....?
Dah habis...
T_T
Then, TERPAKSA la roger roger JiJi untuk keluar beli telur.. (motip sangattt) dan seterusnya makan sekali.
Resepi adalah mudah. Dengan bantuan Dud-dududud-duduuuuddddd....
(baca macam bunyi tentera tiup trompet), ambek saja resepi di Resepi.my. Berlambak.
First step adalah memparut carrot.
Disebabkan rumah takde alat memarut, terpaksalah ku menggagahkan jari jemari ku menghiris lobak ni sehalus yang mungkin. Memula halus. Tapi makin lama makin kasar..kasar..sar...sar.....
Sungguh tak konsisten.
Bahan-bahan juga dah tersedia ada kat rumah. Bahan-bahan adalah seperti berikut: (cewah.poyo)
4 biji telu gred B
120 g gula castor
120 g brown sugar
250 g tepung berprotein tinggi
1 sd kecik baking soda
1/4 sd kecik garam
1/4 sd kecik cinnamon powder
1 sd besar susu pekat
1 1/2 cup carrot
1 1/4 cup minyak masak
1 cup walnut
1 cup raisin
Sekian..
Dah beat-beat.. campur-campur.. kaup balik..
Dah boleh masukkan dalam loyang... Make sure letak kertas ye sebab nanti terbakaq ang punya muntot kek karang tak santek pulak..haha
Dah transfer dalam loyang tu, sila mandrem sikit.
Neng ngeneng neng ngeneng... (mulut terkumat kamit)
Hentakkan loyang secara manja manja sebanyak 3 kali.
Hentakan manja ye. Bukan macam hentakan "smack down" tu.....
Dah selesai hentak?
Ok boleh la bake dalam oven dengan suhu 180 darjah Celcius selama 45 minit..
Ape lagi...kroohhh kroohhhh la selama 45 minit!
Membukit ha kek kau... Tak pecah pun.. =)
Kek tu kasi sejuk dulu. Then baru la sapu cream cheese. Yang ni dah ready made sebab lebihan buat red velvet haritu tak habis lagi. Banyak la jugak. Untuk tak membazir amalan syaitooonnn..boleh la sapukan kat atas kek lobak ni.. Masih sedap menjilat jari jemari...hikhik
Nampak tak ada garisan jalur-jalur tu?
Itulah cobaan untuk membuat rupa paras carrot cake yang sebenar... Tapi tak menjadi. huhu. Sudahnya, tepekkan saje cream cheese secara random -_-"
Tararaataraaa!!!
Sedap tak?! (tanya sambil mata blink blink mengharap jawapan yang kebabom!)
Not bad!
Bodol bad!
=')
Ok next time improve lagi sebab ada kekurangan yang harus diperbaiki. Dura je yang tahu. hahaha
* Eleh macam gud gud sangat kek ko tu ek... (Jeles leteewww)
1 comment:
Thanks ffor this blog post
Post a Comment