About Me

My photo
Nyong iki asal'e wong jowo. Harus ngomong'e jowo. Sitik-sitik iso lah..hehe

Sunday, July 14, 2013

Nenek dan solat tahajjud


Assalamualaikum...


Alhamdulillah Allah bagi nyawa untuk sambut Ramadhan yang ke-4.
Alhamdulillah dapat buat terawikh berjemaah kat surau berdekatan.

Habis terawikh tu, macam biase lah, mesti mau moreh kan. Hari ni kuih banyak wo.. muffin coklat yang macam kek coklat tu pun ada. Kuih-kuih lain pun best-best.
Sambil makan tu, ada la sorang nenek ni duduk dengan kitorang.
Nama pun nenek-nenek kan..peramah betul dia..
Nenek ni umur dia dah 80 tahun tapi alhamdulillah masih larat nak berjemaah kat surau sepanjang waktu. Subuh pun berjemaah kat surau tu tau. Sentap aku yang muda ni -__-"

Dia kata dia suka makan kuih yang manis-manis ni. Tapi dia syukur sebab takde penyakit kencing manis..darah tinggi sume.. Terkejut jugak dengar. Memang sihat walafiat.
Alhamdulillah Allah bagi rezeki kesihatan yang baik untuk nenek tu.
Tapi yang paling tersentuh skali bila dia kata selama ni dia amalkan bangun malam untuk tahajjud.
Mula-mula dia buat sebab dia disuruh oleh anak dia sendiri. Anak dia yang suruh ok..bukan mak bapak dia ke..anak dia.........
*sentap kali kedua*
Lepas tu dia cuba amalkan and kejutla pulak suaminya untuk bangun tahajjud sama-sama. Si suami mendengus. Boleh dia kata..
"Eh dosa tau..isteri ajak buat benda baik. Bukan buat benda jahat.."
Si suami pun turut sentap
Akhirnya mereka amalkan jugak la bersama-sama sampai la ajal si suami datang dulu dari nenek ni.
Innalillah...semoga atok berada di syurga Allah nanti.

Memang banyak kali dia tekankan pasal solat tahajjud ni.
Dia kata, bangun..lawan syaitan tu..cakap kat diri sendiri..
"Aku nak menang ke..atau nak bagi syaitan menang?"
Mesti jawab "Aku nak menang!"
Mesti bangun..! Lawan..! Solat tahajjud.

Rasa nak nak mengalir je air mata time tu.
T_T

Alhamdulillah siapa sangka, hanya dengan pertemuan singkat tu Allah berikan peringatan kat kami melalui nenek tua tu pasal solat tahajjud ni.
Yela, aku ni memang lah seorang hamba yang banyak kekurangannya. Selalu bagi syaitan menang. Sentap jugak la kan bila nenek tu bagi tazkirah sket malam tu. Memang terkena batang idong ni lah. huhu

InsyaAllah nek..terima kasih la bagi nasihat dan kejutkan aku dari mimpi ni..
Syukur alhamdulillah. Allah nak tegur bagi peringatan tu...




*Berderai air mata..laju*
T___T

4 comments:

bintang hati said...

hurmm...
kite yg muda ni mmg sentap laaa.. haha

neng ana said...

bintang hati:

Kan..muda yg byk tenaga dr nenek tu pn kte tak blh buat.wuwuwuu

Fyrose Zainuddin said...

nak share ana.... T___T

neng ana said...

Apai:

Silah lah Apai T_T