Assalamualaikum...
Semalam hari khamis. Malam tu malam jumaat.
Dan dan tu jugak la tetiba Lina (housemate) bukak cerita yang katanya rumah kitorang duduk ni ada benda.
"Rumah ni pun ada benda jugak kak"
Erk! (Macam tercekik dodol tapi boleh control senyum lagi)
Memang deng la aku time tu kan. Macam-macam la dia kembur balik cerita dulu. Nampak kaki tergantung lah, menyamar rumet lain lah, kena tindih la... Seramsss aku dibuatnye. Elok-elok aku rilek-rilek je selama ni, tak memasal aku nak terasa-rasa je sekarang kan.. huh!
Dan dan tu jugak aku whatsapp Jiji kata nak carik rumah lain. huhu
Lina oh Lina... kenapa kau bukak mulut... Uwaaaa
OKok tarik napas.....
Untuk tak mencuak sangat, aku amalkan je apa yang selalu kita buat tu. Macam baca yassin, baca ayat kursi, baca 3 qul sebelum tidur.. InsyaAllah, Allah jauhkan kita dari gangguan makhlukNya yang lain.
Walaupun 'dia' makhluk ciptaan Allah macam kita, but still aku yang kurang berani ni mulalah terasa nak takut kan. Memanglah aku tak rasa benda tu. Memang mintak dijauhkan la. huhu. Selalulah berharap yang Lina ni sentiasa ada tidur kat rumah ni je. Jangan balik kampung, jangan balik rumah abang dia, jangan outstation, jangan, jangan, jangannnnn.....!!!
=(
*Lepas ni bila balik rumah je, mesti kena buat-buat bodo sambil senyum rasa macam takde ape yang berlaku. heeee (sengih nampak gusi)
-____-"
2 comments:
trust me kalu kita yakin dengan Allah dengan x terlalu pkkan bnda tu..insyaAllah semua selamat...
bnda tu makhluk Allah gak. jgn takut.dan jgn pk..lh kuat dipk..lg kuat la dia...
insyaAllah syg Allah melindungi hambanya...
TQ hubby..now tak takut dah.rasa macam biase je.mmg tak mau pikir dah bnd tu.huhu
*tak update blog sbb takde cite yg best.huh
Post a Comment