Daisypath Vacation tickers
Daisypath Anniversary tickers

About Me

My photo
Nyong iki asal'e wong jowo. Harus ngomong'e jowo. Sitik-sitik iso lah..hehe

Monday, July 22, 2013

Kek lapis Muor..hehe


Assalamualaikum...


Nak raya mesti nak kuih raya kan?
Kuih raya plak mesti nak sedap-sedap.
Ni kawan mak aku buat kek lapis. Semua RM15-17 sahaja.
Aku tak tau la harga pasaran berapa. Tapi aku rasa murah la. Sedap pun sedap.
Dengan harga macam tu, nanti tak la rasa kedekut sangat nak keluarkan masa raya nanti kan. kehkeh
Sebab ada la dulu aku pegi beraya kat rumah orang ni.. Orang kaya katenye.. Tapi kuih memang stok-stok untuk display je.. Kek lapis tu dia potong lebor 1 cm je.. Tak tau apa motip.huhu

K la, ni aku nak promote kawan mak aku punye kek lapis ni.
Boleh la beli untuk raya nanti.. Untuk mak mak mertua ke.. Buah tangan untuk sedare mare ke..kengkawan ke..hehe
Seminggu sebelum raya dia dah tak baking dah. Close order. So tinggal minggu depan je la kalau nak pun.
















Asam manis je Rm 17. Yang lain sume RM 15 jeee

Tempting tak??!
Hehehe

Tuesday, July 16, 2013

Botol susu Avent & Tommee Tippee dah sampai...


Assalamualaikum...


Ada sesape nak beli botol susu tak? Haha
Ni sebab parcel dari UK dah sampai. Ada la beberapa stock botol susu Avent and Tommee Tippee.
Limited stock sebab takut takde orang beli. hehe

Ni barang dia hah.


Closer to nature bottle feeding kit bpa free 0m+
RM 285 (Exclude postage)

Box contain:
3 x 150ml bottles
2 x 260ml bottles
2 x medium flow teats
2 x fast flow teats 6 x milk powder dispensers
1 x pure soother 0-3m


Philips AVENT SCD271/00 Newborn Bottle Starter Set (Classic)
RM 120 (Exclude postage)

Box Contains
2 x Classic Feeding Bottles (125 ml) with Newborn Flow Teats
2 x Classic Feeding Bottles (260 ml) with Slow Flow Teats
1 x Bottle and Teat Brush
1 x Philips AVENT Soother (0-3 Months)
 




-SOLD-
Tommee Tippee Closer to Nature 260 ml/9fl oz Feeding Bottles (6-pack)
RM 150 (Exclude postage)

Box Contains
6 x 260 ml Closer to Nature Easivent BPA-free feeding bottles 
6 x Closer to Nature Slow Flow Easivent teats 
Instruction leaflet 



Closer to Nature Complete Starter Kit
RM 850 (Exclude postage)

  • 1 x Microwave Steam Sterilizer
  • 1 x Travel Bottle and Food Warmer
  • 2 x 5 oz. Closer to Nature Bottles with Slow Flow Nipples
  • 2 x 9 oz. Closer to Nature Bottles with Slow Flow Nipples
  • 2 x Milk Storage Lids
  • 2 x Formula Dispensers
  • 1 x Insulated Bottle Bag
  • 1 x Bottle and Nipple Cleaner
  • 1 x Milk Feeding Bib
  • 1 x Pacifier 0-3 months
  • 1 x Pacifier Holder



Ha raket squash pun ada..sebab aku and the geng yang request. hehe

Dunlop BioXLite SqRkt 30 black
RM100


Ada jugak nak beli barang lain. Macam beg ke ape kan sebab tak tau nak menjual ape. Maklumla ai bukan kaki shopping sangat.. So tak tau orang suka barang apa. Kena study lah nampaknye.haha

K, sesape nak  tanya boleh tanya.
Kalau suka email, boleh email: rudzanna@gmail.com


Selamat berpuasa! :)

Sunday, July 14, 2013

Nenek dan solat tahajjud


Assalamualaikum...


Alhamdulillah Allah bagi nyawa untuk sambut Ramadhan yang ke-4.
Alhamdulillah dapat buat terawikh berjemaah kat surau berdekatan.

Habis terawikh tu, macam biase lah, mesti mau moreh kan. Hari ni kuih banyak wo.. muffin coklat yang macam kek coklat tu pun ada. Kuih-kuih lain pun best-best.
Sambil makan tu, ada la sorang nenek ni duduk dengan kitorang.
Nama pun nenek-nenek kan..peramah betul dia..
Nenek ni umur dia dah 80 tahun tapi alhamdulillah masih larat nak berjemaah kat surau sepanjang waktu. Subuh pun berjemaah kat surau tu tau. Sentap aku yang muda ni -__-"

Dia kata dia suka makan kuih yang manis-manis ni. Tapi dia syukur sebab takde penyakit kencing manis..darah tinggi sume.. Terkejut jugak dengar. Memang sihat walafiat.
Alhamdulillah Allah bagi rezeki kesihatan yang baik untuk nenek tu.
Tapi yang paling tersentuh skali bila dia kata selama ni dia amalkan bangun malam untuk tahajjud.
Mula-mula dia buat sebab dia disuruh oleh anak dia sendiri. Anak dia yang suruh ok..bukan mak bapak dia ke..anak dia.........
*sentap kali kedua*
Lepas tu dia cuba amalkan and kejutla pulak suaminya untuk bangun tahajjud sama-sama. Si suami mendengus. Boleh dia kata..
"Eh dosa tau..isteri ajak buat benda baik. Bukan buat benda jahat.."
Si suami pun turut sentap
Akhirnya mereka amalkan jugak la bersama-sama sampai la ajal si suami datang dulu dari nenek ni.
Innalillah...semoga atok berada di syurga Allah nanti.

Memang banyak kali dia tekankan pasal solat tahajjud ni.
Dia kata, bangun..lawan syaitan tu..cakap kat diri sendiri..
"Aku nak menang ke..atau nak bagi syaitan menang?"
Mesti jawab "Aku nak menang!"
Mesti bangun..! Lawan..! Solat tahajjud.

Rasa nak nak mengalir je air mata time tu.
T_T

Alhamdulillah siapa sangka, hanya dengan pertemuan singkat tu Allah berikan peringatan kat kami melalui nenek tua tu pasal solat tahajjud ni.
Yela, aku ni memang lah seorang hamba yang banyak kekurangannya. Selalu bagi syaitan menang. Sentap jugak la kan bila nenek tu bagi tazkirah sket malam tu. Memang terkena batang idong ni lah. huhu

InsyaAllah nek..terima kasih la bagi nasihat dan kejutkan aku dari mimpi ni..
Syukur alhamdulillah. Allah nak tegur bagi peringatan tu...




*Berderai air mata..laju*
T___T

Tuesday, July 9, 2013

Bunyi gerudi dan budak menangis


Assalamualaikum...


Aku sakit kepala.
Dr suruh duduk rumah. Rehat.

Tapi dekat rumah pulak...

Sebelah kanan bunyi orang bertukang dengan gerudinya sekali..
Sebelah kiri bunyi budak melalak nangis ntah kenapa la mak dia tak bagi susu agaknye..
Makin sakit kepala aku dibuatnye!
Baik aku takyah mc macam ni. Hish.

Dah dah.. Esok puasa.
Azam Ramadhan kali ini adalah... (sekian sekian)
Kena istiqamah.. InsyaAllah

Si suami dah start puasa hari ni.
Ala, tak boleh nak puasa sama-sama dengan somi. hukhuk
Ok dah rasa sedih macam nak raya tanpa laki.
Laaahhhh memang pun nanti raya sorang kan?

$&%##@(&^$#)&^$@! Blerrrggghhhh

Dah.
Selamat menunaikan ibadah puasa!


*Puasa, jangan tak puasa tau......