Daisypath Vacation tickers
Daisypath Anniversary tickers

About Me

My photo
Nyong iki asal'e wong jowo. Harus ngomong'e jowo. Sitik-sitik iso lah..hehe

Saturday, January 25, 2014

Philips Avent COMPLETE Natural Starter Set - Set lengkap untuk baby!! ..plus 10% OFF


Assalamualaikum...


Ni nak habaq mai ni.. Philips Avent COMPLETE Natural Starter Set ni tengah murah ni tau. 50% OFF!!
Dalam ni ada beberapa item yang lengkap dah khas untuk first timer nak jadi ibu kan.. Takyah pikir dah nak beli asing-asing. Ni dalam sekotak semua dah ada..tinggal tunggu baby keluar je ha. Takyah pening-pening nak pikir. Nak bagi orang as hadiah pun boleyhhhh...hehehehe



Dalam set ni boleh dapat:

1 x Electric Steam Steriliser
1 x Manual breast pump (includes 1x125 ml bottle)
1 x Newborn Starter Set (which includes 2 x 125 ml bottles, 2 x 260 ml bottles, 1 x 0-6m soother, 1 x bottle and teat brush)
2 x Natural Feeding bottles 260 ml
2 x Teats
2 x Night-Time Soothers


Haa lengkap semua dah kan?
Botol.. sterilizer.. breast pump.. puting botol.. puting baby nk nyotnyot ponn ada..
Jual murah je ni.

**RM599**
3x installment tau
Dan..dan... 10% OFF khosss daripada sapa yang order melalui blog ni.hehehe
Kiranya dapat RM539 SAHAJA!!

Sapa nak kena order, boleh la email yeh <rudzanna@gmail.com>
or 
Boleh tengok-tengok barang lain kat FB page Gerobok Ana in UK
Banyak lagi barang-barang lain..
Ceki..ceki...cekidauuttt!!


Selain itu...ada barang Avent yang dah ready stock kat Malaysia. Ada kat rumah kak ipar..
Kalau ada yang nak, boleh dapat terus la.

Disebabkan hari ni hari Jumaat yang mulai...ini pun saya nak bagi 10% OFF ok !
Haa best tak?? =p


Starter set ni lepas 10% discount..

RM135

Boleh bagi hadiah kat kawan-kawan..sedare..adik beradik ke haa..murah niii...





Yang tadi brand Avent kan. Bawah ni pulak Tommee Tippee punya.
Dalam dia ada banyak sikit macam kat gambar ni lah..

Nak 10% discount jugak??
BOLEHHHH.... =p

RM243 SAHAJA!!
Ni pun ready stock. Boleh dapat bila-bila je..lepas dah bayaq la naa hehehe



OK tak? Murah ni..mana nak jumpa barang murah ni. Kitorang beli ni pun time tengah sale. Rasa rugi pulak tak beli lebih. Boleh la sharing-sharing dengan orang Malaysia..hihi



Owh yeee...ada lagi satu nak cakap.
TEFAL set tengah sale ni! Murah gils la Tefal kat sini. Boleh meroyan tengok. Kalau kat Langkawi sekeping  piyuk pun dah seratus lebih kan....
Ni 1 set..5 barang boleh dapat dan harganya murah nak pengsan!
(Over la sket sebab memang murah sangat.hahaha)

RM320 jek!
Siap boleh installment haa...boleh bagi adiah kat kengkawan yang nak kawin ke..hoih betuah sangat la sapa yang dapat hadiah kawin Tefal tu!hihi
Bagi kat mak kita la...mesti mak gembira dapat hadiah dari anak dia. Sape tak gembira dapat hadiah kan? Uwaa tetiba rindu mak... =')
Nak bagi kat bakal mak mertua pun boleyyy....dengan harapan boleh jadi bakal menantu yang dikasihani.huahua. Ishk jaga niat..... =p



Sale ni ada lagi. InsyaAllah... Nak order, boleh roger-roger yee

=)

Jumpalah kite di.....

<rudzanna@gmail.com>


hehe.TQ!


Thursday, January 23, 2014

Kasut idaman kolbu


Assalamualaikum...


Perempuan dengan kasut memang tak boleh dipisahkan..kan?
Aku kan perempuan.
Oleh itu, aku nak cerita pasal kasut yang aku suka.

Semua jenis kasut aku suka. Tapi lebih suka yang tinggi-tinggi. Tak tau la knapa.
Maybe sebab aku rendah..I guess...
Ye, kasut pertama namanya adalah GUESS =P


GUESS

Sape tak kenal brand ni der. Berlambak dah kat Msia kan. Tapi this wedge catching my eyes lah. Tetiba rindu nak pakai wedges. Nak pakai kat sini? Gilor pulak orang kata sesejuk ni pakai ni. Unless pakai stokin tebal-tebal pastu sarung wedge ni. Pastu tadah la tinge kena gelakkan dengan Jiji nanti.
KLAKOR ok!
Owhhhhhh bila la nak balik Msia...


STEVE MADDEN


Say hello to the bride-to-be out thereeee!
(Sebab dia shining2, glittering2..ku tujukan khosss untuk bakal pantin sahaja)

Steve Madden. Brand dari US. 


Design dia nampak neat and fancy. Colour yang vibrant. Famous dengan design tribalnya..kan?
Aku rasa Apai suka pakai brand ni..rasa je la.heh



MOSCHINO CHEAP & CHIC



I am sooooo in love dengan kasut atas niiiiiii.
Cun gilak nak matik..!
Kalau dapat sepasang ni, memang aku peluk je kaki. Tak kesah la bangun pagi nanti cramp kaki ke apa. Janji puas. huh





Moschino Cheap & Chic. Made in Italy.
'Chic' memang boleh percaya chic la.. Tapi jangan tertipu dengan 'Cheap'nya itu. A bit pricey ok.
*menangis skejap*


Lagi satu chic..chic...chicc...chikeennnn!


Comel ada pinky lips..Muaxxx!
*tetiba




UGG AUSTRALIA 



Obviously from Australia. Sangat famous masa winter. Dan sangat famous jugak kat UK ni.
Kenapa orang UK pakai kasut dari Australia plak?
Alah macam kita laa.. Ada Asadi yang selesa, tapi nak jugak pakai Crocs kan? Gitu jugak la dengan orang sini...
(Agaknye lee..huahua)

Tapi mahal betul la kasut ni. Kadang-kadang design bodobodo jek. Tapi harga uuuumangaaiiii...tak boleh mahal lagi ke??




MEL


Ahah! Jelly shoes in da houseeee
Mel. Bukan Mel Gibson.
Dah lama usyar kat Msia lagi. Memang harga macam tak caye jek ko boleh jual mahal kan.
Kasut dia aku suka..sebab..
Masam somel je...masam santek je...masam selesa je...masam somel jeee....
(nak jugakkk....)




TAMARIS







Ok. Ni adalah optional brand selain Clarks.
Tamaris asalnya dari Germany. Kebanyakannya diperbuat dari kulit asli. Memang nampak tough and comfy. Sangat sesuai untuk acara formal. Or yang dah kerja lah kena masuk opis and pakai bertutup kan. Harga yang sangat affordable. Boleh buat koleksi.hehe
Tak masuk Msia lagi (kot?)..ke dah ada??
Ntohh


Tu je lah setakat ni. Gila sekejap update pasal kasut tetengah malam ni.

Mimpi kasut yang indah-indahhhhhh!!


Monday, January 6, 2014

Winter di UK


Assalamualaikum...


Lamanya..lamanya...tak update blog.. Berangan je nak rajin update. Sekali tengok, sebulan satu entry ha aku buat. huh!

Harini rasa rajin pulak nak jenguk blog ni.
Selalu malas je.....Zzzz

Dah dekat 2 bulan dah rupanya aku kat Leeds ni. Rasa sekejapnya la hai.. Dunia dah nak kiamat kan. Masa pun rasa berlalu cepaattt sangat..huhu

Sekarang kat UK dah masuk winter. Suhu dah boleh mencecah 2oC. Angin paling kuat pun dah mencapai 200++km/h! Bayangkan la sejuknya... Bagi sesape yang kenal aku tu, memang diorang tak percaya aku boleh hidup time winter ni. Aku ni memang tak tahan sejuk. Yelah, dulu kat Malaysia, time siang-siang panas tu pun aku rilek je takyah bukak kipas. Malam pulak memang takdenye aku nak berkipas-kipas ni. Memang jimat letrik la..haa

Tapi bila dah sampai sini, nak tak nak aku kena jugak la tahan. Memang mencabar fizikal dan mentak wooo..
Masa datang tu bulan November masih musim autumn lagi. Tapi sejuknya macam masuk peti aih! Time tu boleh lagi la nak adapt. Pakai bajuu pun tebal-tebal jek walaupun kat dalam rumah. Heater on sekejap-sekejap je. Takut bil melambong oihh. Duk tempat orang kan, kena la berjimat chermatt
Ni dah masuk winter, suhu pun dah berubah. Sejuk... ditambah lagi dengan tiupan angin yang tak kenal aku ni orang berdarah sejuk. Sejuknye...masyaAllah.... Allah je yang tahu betapa susah payahnya badan aku nak tahan. Kadang-kadang sampai rasa nak nangis je. huhuhu

Tapi alhamdulillah, sampai saat ni aku masih lagi diberi peluang untuk hidup. Dapat bertahan lagi dengan keadaan ni untuk beberapa bulan lagi......
T_T

Tapi aku bersyukur jugak, Leeds ni antara kat tengah-tengah UK. Sebab kalau ikutkan, bahagian selatan dan utara UK sekarang tengah dilanda ribut salji, banjir sume tu.. Alhamdulillah sangat-sangat kat Leeds takda lagi masalah macam tu.

Ni antara gambar keadaan kat kawasan yang terkena bencana alam tu. Semua boleh baca kat dailymail.






Ribut kuat melanda terutamanya kat area tepi pantai. Memang dahsyat la.. Masa nak dekat Christmas haritu pun diorang dah stuck dalam perjalanan nak balik kampung. Semua jalan...highway (owh ye, highway diorang free takdak tol), train, flight banyak yang delay/cancel sebab ribut kuat and salji.

Syukurrr alhamdullilah tempat kami ni masih lagi takdak salji dan ribut yang kuat. Kalau sekarang ni pun aku dah rasa nak nangis, apetah lagi kalau berlakunya macam kat atas ni..huhuuhu




Tapi tetiap hari Jiji dok asik tanya je...
Bila la nak turun salji...cepat la turun..cepat la salji turun....
Aku dah macam...whatttt~~
-______-"