Thursday, March 28, 2013
Dulu dan sekarang dan harini
Assalamualaikum...
Ni sesaje nak tulis. Jangan rasa kesian dengan aku.
Nanti aku T_T
Dulu..
Bangun tidur, ada orang kat sebelah. Senyum :) Solat subuh sesama. Lepas tu siap-siap pegi kerja sama-sama.
Balik dari lab asik nak on time je. Dah takde dah swimmingnye.. Apetah lagi squash.. Sharp pukul 5 aku dah hilang. Drive ke South City ambik Jiji.
Sampai rumah je aku keluarkan barang and masak untuk dinner. Jiji angkat kain jemuran dan lipat-lipat. Ye, Jiji memang laju melipat baju. Aku tak suka lipat baju. huhu. Sambil-sambil lipat tu tengok tv. Takpun layan Runningman -_-"
Dah maghrib, solat jemaah. Jiji imam, aku makmum. Lepas tu makan-makan sebab Jiji selalu lapar. Aku kadang-kadang je lapar. heh. Kalau aku tak makan, teman je pun jadik. Kalau tak nanti merajuk. Katenye..haha. Aku selalu ingat doa makan je. Tapi Jiji selalu ingatkan doa lepas makan. Teruknye aku, dah kenyang, lupa pulak nak doa. haishh. Tapi, tapi.. time tidur, aku plak yang ingatkan doa. hehe
Sekarang..
Bangun tidur, ada Lina. Tu pun jauh sebelah dinding sana. Muka takde perasaan (aku ler). Solat subuh sensorang. Lepas tu aku bantai tidur balik. Baru pegi lab. Sensorang..
Balik dari lab dah tak tentu masa. Sharp pukul 5, aku rilek-rilek lagi. Rasa masih awal sangat nak balik. Pukul 7, takde hati nak balik dah. Kalau ada undergrad, ada la. Kalau ada Dura, ada la (apelah ayat aku ni). Duduk kat lab rasa lagi seronok dari duduk kat rumah ngadap dinding.
Makan malam? Masak? Memang tak laaa...
Ikut suka perut aku nak makan bila and makan apa.
Balik rumah, takde orang nak sambut "Yeayy da balik!"nye lah. Jangan harap. Balik tidur terus dah nak tengah malam. Kalau Jiji tak sibuk sangat, dapat la skype kejap. Kejap je dapat sebab aku pun ngantok. Pukul 2 pagi sini, pukul 6 petang sana. Tu pun aku tahan je la sebab nak sangat cakap dengan suami. Bila aku bangun, waktu dia tidur kat sana la pulak. Eh rasa menyesal pulak tidur. Patut aku tahan mata lagi.. Perasaan menyesal tu datang hari-hari sebab hari-hari pun aku tak boleh nak tahan mata sampai pukul 3. huhuhu
Ok aku dah mula rasa syahdu. Baik aku habiskan entry ni cecepat. Sebelum Serdang dilanda banjir.
Sebelum habis, baik aku ucapkan (eh macam bagi ucapan raya pulak),
Selamat ulang-bulan yang ke 6 syg!!!
Tengok gambar, terus tak sedih! Sebabnye kesian suami kena angkat bini dia yang berat itu.huh
Tapi makin lama tengok, makin tak boleh jadi.
Sroootttttt....
Bantal mana bantal?
Friday, March 22, 2013
Oh la Lina.....huhu
Assalamualaikum...
Semalam hari khamis. Malam tu malam jumaat.
Dan dan tu jugak la tetiba Lina (housemate) bukak cerita yang katanya rumah kitorang duduk ni ada benda.
"Rumah ni pun ada benda jugak kak"
Erk! (Macam tercekik dodol tapi boleh control senyum lagi)
Memang deng la aku time tu kan. Macam-macam la dia kembur balik cerita dulu. Nampak kaki tergantung lah, menyamar rumet lain lah, kena tindih la... Seramsss aku dibuatnye. Elok-elok aku rilek-rilek je selama ni, tak memasal aku nak terasa-rasa je sekarang kan.. huh!
Dan dan tu jugak aku whatsapp Jiji kata nak carik rumah lain. huhu
Lina oh Lina... kenapa kau bukak mulut... Uwaaaa
OKok tarik napas.....
Untuk tak mencuak sangat, aku amalkan je apa yang selalu kita buat tu. Macam baca yassin, baca ayat kursi, baca 3 qul sebelum tidur.. InsyaAllah, Allah jauhkan kita dari gangguan makhlukNya yang lain.
Walaupun 'dia' makhluk ciptaan Allah macam kita, but still aku yang kurang berani ni mulalah terasa nak takut kan. Memanglah aku tak rasa benda tu. Memang mintak dijauhkan la. huhu. Selalulah berharap yang Lina ni sentiasa ada tidur kat rumah ni je. Jangan balik kampung, jangan balik rumah abang dia, jangan outstation, jangan, jangan, jangannnnn.....!!!
=(
*Lepas ni bila balik rumah je, mesti kena buat-buat bodo sambil senyum rasa macam takde ape yang berlaku. heeee (sengih nampak gusi)
-____-"
Monday, March 18, 2013
Mat Smart sudah terbanggg~
Assalamualaikum...
Eh eh rasa janggal pulak tulis blog ni. Ngengade nak janggal janggal aih.. sebab dah lama tak update kan. Ishk!
2 minggu sebelum ni memang busy sket la. Busy teman Jiji ke mana-mana. Ye lah, nak duduk jauh lepas ni, kena lah berkepit je selalu kan.
Eh, lama ok. 7 bulan kotttt
=(
Dalam masa 2 minggu tu, kami sempat dating ke Genting nunn. Along nak sponsor bilik, aku tak tolak. hee
Lepas tu kitorang bercuti ke rumah Ipoh pulak. Dekat seminggu jugak la. Nak spend masa terakhir dengan orang tua..
Lepas tu pulak, balik ke kampung Muar. Ke sana ke sini, kira busy la tu kan?
=((
Semalam hantar Jiji ke airport.
=(((
Sedih.
Ye lah, kena berpisah sekejap kot. Lepas kawin ni mana la aku penah ditinggalkan. Ada la dia pegi Korea dulu. Tapi seminggu je. Kali ni bukan seminggu.. bukan sebulan... Tapi 7 bulan!!
='(
Tapi takpe, aku dah ready dah. Kat airport pun dah tak nanes sebab dah habiskan nanes sebelum dia pegi lagi.huhu
Family Ipoh and Muar.
Semua datang. Eh tak berape nak semua. Adik and adik ipar tak cukup.
Untuk suamiku,
Belajar rajin-rajin tau. I takde ni, boleh la u focus betul-betul. Nanti I datang, boleh kite berjimba-jimba (sekejap)..hehehe
Jangan lupa Allah. Semoga Allah kuatkan hati kita dan dipermudahkan segala urusan. InsyaAllah, aminnn
Tengok, tengok.. Aku tak sedih pun kan.
=(((((
Owh ye,
Inilah dia Mat Smart kesayangan sayeeee
:')
Subscribe to:
Posts (Atom)