About Me

My photo
Nyong iki asal'e wong jowo. Harus ngomong'e jowo. Sitik-sitik iso lah..hehe

Friday, January 25, 2013

Phuket day 1


Assalamualaikum...


OK sambung kita dari entry lepas. Bertolak dari Serdang ke LCTT. Siap dah ada supir dari Serdang nak hantarkan ke LCCT...

Maya, Kak Ati and Dayana.. Thanks uolls~ hehe

Sampai je kat sana terus check in luggage. Tiket kul 1040. Jam dah kul 10 tapi sempat lagi kitorang makan dulu. Memang slumber la makan kan. Sekali nama kena announce kau! Kengkabut kitorang mencicit lari. Penumpang terakhir rupenye!
Dah macam Amazing race da aku rasa time tu. Berlari sepanjang jalan dari imigresen sampai masuk dalam plane. Berpoluh-poluh den ha.. Sampai cramp kaki sebab lepas makan terus lari tak berhenti. Nak kejar flight kan.haha.. Klako betul la time tu. Amazing race sangat!

Tak sampai 5 minit kitorang duduk, flight pun berlepas. Naseb baik tak tertinggal flight ko. Naye je kena beli tiket baru.huhu

Perjalanan mengambil masa selama 1 jam 45 min. Tapi waktu sana lewat sejam dari Malaysia.






Welcome to PHUKET!




Keluar je dari pintu kat atas ni akan nampak la banyak booth-booth agensi pelancongan. Kat situ la kitorang beli sebab malas nak pikir or cari kat area hotel. Kat sini kena pandai-pandai la cari yang memuaskan hati. Macam kitorang cari agensi yang muslim. So, memang dia provide yang halal-halal je la. Time tu memang ramai la orang dok panggil-panggil ko. Aku pergi booth yang kat bawah ni sebab dia bagi salam and perkenalkan nama dia. Nasib baik muslim. So, kitorang amek pakej kat situ jela. Pastu jangan lupa paw apa yang boleh dipaw.hehe. Contoh macam nak free transportation ke.. free jenjalan area town ke.. macam-macam lagi la.

Kat sini kitorang amek pakej Phang Nga Bay/Canoeing kat james Bond Island. Kitorang tanak pegi Phi Phi sebab diorang kata coral tak cantik/takde. Lagipun memang teringin sangat nak berkanu dalam gua. jadinya, amek pakej canoe saje. Duit Thailand adalah 10kali ganda dari Malaysia. Tapi nilainya lebih kurang je. Kalau 100bath tu macam RM10 la lebih kurang.

Pakej yang kitorang amek:

Phang Nga Bay James Bond Island = RM 170/pax
(Harga untuk naik cruise and halal lunch, hotel transfer, free equipment untuk berkanu nanti)
Elephant ride
View Point
Cashew Nut
*Harga pakej lupa la. Nanti I update balik.huhu



Booth kitorang beli pakej


Ni nama dia Som, agent booth tadi.


Lepas beli pakej tu kan dapat free airport transfer kan. So, kena amek taxi yang free tu kat kaunter taxi sebelah kanan.


Semua taxi driver pakai uniform tshirt kaler pink. hehe. Kalau kat Mesia, memang tak mau nye la kan..


Bila pikir-pikir balik sebenarnye lagi adventure kalau naik minivan. Satu, sebab dia murah. 180baht je. Lagipun minivan akan hantar sampai ke hotel jugak. Cumanya akan sampai lambat la kalau hotel ko jauh sebab dia akan drop pelancong yang dekat dulu. Tapi aku rasa tu la yang best. Boleh jenjalan tengok beach pelancong yang lain-lain tu. Kalau tak rushing, memang aku suggest naik minivan je la. Tapi kitorang da dapat free taxi kan, layan je la. huhu


Inilah hotel kami. Honey Resort, Kata Beach.
(Mentang-mentang nak pi honeymoon..nama hotel pun nak honey honey...eh!)


Sampai-sampai je terus terbaring sebab tak larat tapi nak jugak tengok pool.hehe
Oh ye, sebenarnye kitorang book standard room je. Bila sampai sana, lepas dia bagi welcome drink sume (serious sedap jus dia.huhu) dia kata diorang upgradekan bilik we'ols dengan pool access. Best gilak!
Ni rope dalam bilik and hotel tu.









Pas rehat-rehat jap, solat, makan jajan sket, kitorang pun pi berjalan-jalan ke pantai.. jalan kaki 10 minit je..
Tengok sunset katenye..hik!



Sambung berjalan-jalan lagi. Bila malam, street dia macam meriah sket. Banyak jual-jual souvenir, makanan, sewa motor, massage, restoran..banyak lagi la. Tapi tak snap pun.huhu


Haa inilah pancake yang digembar-gemburkan ramai tu. Diorang kata kalau gi sana, wajibulghunnah try makan pancake ni. Tapi korang kena cari yang halal la ye. Macam kat bawah ni.


Ini banana + nutella, 50baht

Ini pulak banana + vanilla, 45baht

Pastu terus balik bilik sebab da penat and lapor. Malam tu kitorang tak makan kat luar pun. Makan yang simple-simple dibawak dari Mesia.Jimat. Muehehe




Hari pertama dah abis. Esok baru start pi pulau Jebon.



6 comments:

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Phewitt! :D

Fyrose Zainuddin said...

Tak sangka mak kamil jadi agent sekarang ! and yesss, u make me want to kahwin cepat . nak pegang tangan dlm flight jugekkkkk....

orked violet @ SYA said...

whooaaa..best nye! senang ek nk cr mknn halal kt sane??

tp hotel tu mmg best! spacious kan bilik die =)

neng ana said...

LORD ZARA:
Pasni aku phewitt ko plak.. =p


Fyrose:
Haa tak sangke kan tok som ada agensi kt Phuket u'ols..hakhak


Sya:
Kat sana byk je restoran halal. Kt patong lg byk..tp byk mknn middle east la.kte tak lalu sgt.huhu
and yup! hotel tu best! hehe

yun azil said...

ana.. ni sume lord zara punye keje, sampai terbukak blog kamu... best2 and sangat cantik..

neng ana said...

yun:
Waduh2..kantoi suda..hahaha. Ala yun, aku tak sefemes si lord zara tu. ha tgk, nk sebut nm dia pn aku tak berani.haha =p