Daisypath Vacation tickers
Daisypath Anniversary tickers

About Me

My photo
Nyong iki asal'e wong jowo. Harus ngomong'e jowo. Sitik-sitik iso lah..hehe

Sunday, January 27, 2013

Official Photographer


Assalamualaikum...





Hari ni aku nak review my OP.. Aku amek OP yang dekat dengan area rumah. So that, dapat free or no transportation charge.hihi

I choose EzyWedStudio!!




Nama pun macam EASY. Memang senang la nak communicate dengan Ezy. hihi.
Siap bawak second photographer lagi.. Gambar pun siap cepat jek. Tak sampai sebulan.

Impress.. impress...

Highly recommanded!!

Nak tengok hasilnya, silalah ke blog or FB dia.
Owh ya, dia boleh cover semua tempat. Jangan riso...hehehe



Cepat bukak email mintak quotation kat dia!!



Friday, January 25, 2013

Phuket day 1


Assalamualaikum...


OK sambung kita dari entry lepas. Bertolak dari Serdang ke LCTT. Siap dah ada supir dari Serdang nak hantarkan ke LCCT...

Maya, Kak Ati and Dayana.. Thanks uolls~ hehe

Sampai je kat sana terus check in luggage. Tiket kul 1040. Jam dah kul 10 tapi sempat lagi kitorang makan dulu. Memang slumber la makan kan. Sekali nama kena announce kau! Kengkabut kitorang mencicit lari. Penumpang terakhir rupenye!
Dah macam Amazing race da aku rasa time tu. Berlari sepanjang jalan dari imigresen sampai masuk dalam plane. Berpoluh-poluh den ha.. Sampai cramp kaki sebab lepas makan terus lari tak berhenti. Nak kejar flight kan.haha.. Klako betul la time tu. Amazing race sangat!

Tak sampai 5 minit kitorang duduk, flight pun berlepas. Naseb baik tak tertinggal flight ko. Naye je kena beli tiket baru.huhu

Perjalanan mengambil masa selama 1 jam 45 min. Tapi waktu sana lewat sejam dari Malaysia.






Welcome to PHUKET!




Keluar je dari pintu kat atas ni akan nampak la banyak booth-booth agensi pelancongan. Kat situ la kitorang beli sebab malas nak pikir or cari kat area hotel. Kat sini kena pandai-pandai la cari yang memuaskan hati. Macam kitorang cari agensi yang muslim. So, memang dia provide yang halal-halal je la. Time tu memang ramai la orang dok panggil-panggil ko. Aku pergi booth yang kat bawah ni sebab dia bagi salam and perkenalkan nama dia. Nasib baik muslim. So, kitorang amek pakej kat situ jela. Pastu jangan lupa paw apa yang boleh dipaw.hehe. Contoh macam nak free transportation ke.. free jenjalan area town ke.. macam-macam lagi la.

Kat sini kitorang amek pakej Phang Nga Bay/Canoeing kat james Bond Island. Kitorang tanak pegi Phi Phi sebab diorang kata coral tak cantik/takde. Lagipun memang teringin sangat nak berkanu dalam gua. jadinya, amek pakej canoe saje. Duit Thailand adalah 10kali ganda dari Malaysia. Tapi nilainya lebih kurang je. Kalau 100bath tu macam RM10 la lebih kurang.

Pakej yang kitorang amek:

Phang Nga Bay James Bond Island = RM 170/pax
(Harga untuk naik cruise and halal lunch, hotel transfer, free equipment untuk berkanu nanti)
Elephant ride
View Point
Cashew Nut
*Harga pakej lupa la. Nanti I update balik.huhu



Booth kitorang beli pakej


Ni nama dia Som, agent booth tadi.


Lepas beli pakej tu kan dapat free airport transfer kan. So, kena amek taxi yang free tu kat kaunter taxi sebelah kanan.


Semua taxi driver pakai uniform tshirt kaler pink. hehe. Kalau kat Mesia, memang tak mau nye la kan..


Bila pikir-pikir balik sebenarnye lagi adventure kalau naik minivan. Satu, sebab dia murah. 180baht je. Lagipun minivan akan hantar sampai ke hotel jugak. Cumanya akan sampai lambat la kalau hotel ko jauh sebab dia akan drop pelancong yang dekat dulu. Tapi aku rasa tu la yang best. Boleh jenjalan tengok beach pelancong yang lain-lain tu. Kalau tak rushing, memang aku suggest naik minivan je la. Tapi kitorang da dapat free taxi kan, layan je la. huhu


Inilah hotel kami. Honey Resort, Kata Beach.
(Mentang-mentang nak pi honeymoon..nama hotel pun nak honey honey...eh!)


Sampai-sampai je terus terbaring sebab tak larat tapi nak jugak tengok pool.hehe
Oh ye, sebenarnye kitorang book standard room je. Bila sampai sana, lepas dia bagi welcome drink sume (serious sedap jus dia.huhu) dia kata diorang upgradekan bilik we'ols dengan pool access. Best gilak!
Ni rope dalam bilik and hotel tu.









Pas rehat-rehat jap, solat, makan jajan sket, kitorang pun pi berjalan-jalan ke pantai.. jalan kaki 10 minit je..
Tengok sunset katenye..hik!



Sambung berjalan-jalan lagi. Bila malam, street dia macam meriah sket. Banyak jual-jual souvenir, makanan, sewa motor, massage, restoran..banyak lagi la. Tapi tak snap pun.huhu


Haa inilah pancake yang digembar-gemburkan ramai tu. Diorang kata kalau gi sana, wajibulghunnah try makan pancake ni. Tapi korang kena cari yang halal la ye. Macam kat bawah ni.


Ini banana + nutella, 50baht

Ini pulak banana + vanilla, 45baht

Pastu terus balik bilik sebab da penat and lapor. Malam tu kitorang tak makan kat luar pun. Makan yang simple-simple dibawak dari Mesia.Jimat. Muehehe




Hari pertama dah abis. Esok baru start pi pulau Jebon.



Saturday, January 12, 2013

Preparation for honeymoon (hihi)


Assalamualaikum...


Dah dekat 3 bulan pegi honeymoon, la ni baru dan nak review. Pemalas giler nak menaip wehhh
Tapi sebab rasa macam tak update je blog ni, so aku up kan la pasal entry yang terbengkalai ni.

Straight to the point.

Beli tiket awal gila. Time tu bulan 3 tahun 2012. Kawin bulan 9. Beli tiket 6 bulan sebelum kawin. Wahhh excited gituu.. Actually, beli awal sebab time tu AirAsia ada promo. Masa tu pikir beli je dulu sebab murah. Kalau tak jadi pun tak rasa ralat sangat kan. Lepas dah bincang-bincang dengan Jiji, kitorang pun decide nak pegi Phukettt!



Total tiket pergi balik untuk 2 orang = RM 428
Tiket dia murah sebenarnye, tapi tax yang mahal.huhu. Takpe, still consider murah la ni kan.

Untuk hotel pulak, kitorang beli dekat Agoda. Beli awal jugak sebab beli awal dapat murah. Lepas study-study area Phuket, kitorang pun decide nak cari hotel dekat area Kata Beach. Seswai untuk berhoneymoon ye puan-puan.. Kalo Patong tu happening sket. Kitorang tak mahu.hehe






Harga 1 bilik, Queen bed, 4 hari/3 malam = RM 346.49
Termasuk tax and service charge.

Murah wehhh!
Kalau ikutkan harga semasa, bilik macam aku dapat tu dekat seribu lebih kalau beli on the spot. Sebab beli awal lah dapat harga gini haa
Tak amek include breakfast sebab kitorang carik yang bajet punye je. hehe. Tapi serious puas hati dengan hotel ni. Later I citer ye..hehe


Untuk aktiviti kat sana plak, kitorang decide untuk cari pakej-pakej dekat sana jugak. Aku dah study kat blog diorang citer beli pakej kat sana lagi murah. dan ye memang aku setuju sangat sebab kitorang pun ada mintak quotation untuk tau price. Memang mahal jugak la diorang charge. So, kitorang gamble je nak beli kat sana nanti.


OK nanti sambung lagi ye. Start dengan hari pertama dan seterusnya..hehe


*Kesimpulannya, buat perancangan dan belilah awal-awal bagi mendapatkan penjimatan yang berganda! MUAHAHAHAA


Thursday, January 3, 2013

Kuah durian pulak la


Assalamualaikum...


Hari tu.. Hari tu.. Hari tuuu.... Time durian tengah hot tu kan.. Saje la google nak buat kuah durian. Kat dalam peti membeku gitu je. Nak makan macam dah tak best sebab keras. So, cuba je la try test buat kuah durian ni. First timer. Jadi, kalau tak sedap sila jangan marah ye suami.hehe


Tak rotate gambar. Rotate kepala la. heh


Kurang lebih 20 ulas durian yang lazat..



2 setengah cawan santan yang berkrim disukai ramai. Dan tambah 4 cawan air.



Buang biji dan masukkan durian dalam santan dalam periuk. Aku buh terus durian tanpa buang biji sebab kengkonon nanti makan lagi feel bila ada biji.hehe



Masukkan 2 helai daun pandan (dengan bantuan Kak Ati.hehe) dan gula pasir secukup rasa manis yang kamu-kamu nak. Pakai gula perang pun boleh. Nanti kaler dia pun akan brownish sket.



Pastu, kacau-kacau sampai dia pekat.
Haaa siap dah.. Sonang gilor. Gilor pun tak sonang camni.hekhek



Enak dimakan dengan roti. Kalau roti bakar pun sedap. Nak rajin lagi, silalah menebar jala di atas pan untuk dapatkan roti jala.

Sekian.