Daisypath Vacation tickers
Daisypath Anniversary tickers

About Me

My photo
Nyong iki asal'e wong jowo. Harus ngomong'e jowo. Sitik-sitik iso lah..hehe

Wednesday, February 29, 2012

Susahnya nak cari dropship baju kurung...

Assalamualaikum...

Niat di hati nak buat bisnes.. Tengok member2 kat lab tu macam sonok je beli online. Mula la rasa nak menjual kan. Cari punya cari barang apa nak jual... Rasanya macam nak jual baju kurung siap. Takde modal pun. So, carilah orang yang nak dropship je.

Jenuh gak la mencari. So far takde lagi yang balas email tu. Hmmm...payah la jugak. Atoiii susah jugak kalau tak tau rentak nak beniaga ni kan. Harap2 semuanya bergerak..Amin...

Monday, February 27, 2012

Think POSITIVE

Assalamualaikum...




Positifkan diri anda! Hoyeaahhh!!!

1. Jangan Komen, Jangan Komplen, Jangan Ngomel.
Mengomen dan mengomplen pada setiap situasi, benda dan perkara adalah perbuatan buruk kerana Anda menyatakan rasa tidak puas hati terhadap sesuatu. Apabila situasi berlaku di luar jangkaan atau masalah timbul tanpa disangka, jangan komen, jangan komplen, jangan mengomel sampai ke laut. Biarkan ia seadanya, biarkan begitu saja. Dah kita tak boleh nak buat apa untuk mengubahnya. Latih diri Anda untuk tidak mempersoalkan. Untuk menjaga fikiran positif, jangan komen,jangan komplen,jangan ngomel.

2. Berhenti Bercakap Seolah-olah Anda Tahu.
Cakap hanya apabila Anda tahu, diam apabila Anda tidak tahu, seperti kami pernah ulang di artikel-artikel lalu. Elak banyak bercakap seolah-olah Anda banyak tahu untuk membuat diri Anda menonjol, nampak hebat gitu. Hanya orang dengan harga diri rendah mahu membuat dirinya menonjol sebab mereka kurang ada kredibiliti. Banyak bercakap kelebihan diri sendiri adalah sikap negatif, berpunca dari fikiran negatif, diapikan oleh ego. Hentikan, supaya Anda dapat ‘maintain’ berfikiran positif. Bila bercakap, lebihkan menyokong, elak mengkondem!

3. Berhenti Salahkan Luaran, Salahkanlah Dalaman.
Berhenti salahkan seseorang, salahkan Tuhan, salahkan pemimpin, salahkan kawan, salahkan adik-beradik atau apa saja di luar diri Anda. Berhenti menyalahkan atau menuding jari pada orang lain atas apa yang berlaku. Tips ini berkait dengan tips pertama tadi. Berhenti mengomen, berhenti mengomplen, berhenti menyalahkan. Salahkan dalaman iaitu diri Anda sendiri kerana tidak berinisiatif memfokus kepada penyelesaian. Salahkan diri Anda kerana tidak memainkan peranan.
Sebagai contoh, jika Anda dilanda masalah kewangan, salahkan diri sendiri kerana tidak bekerja kuat dan tidak bekerja dengan lebih bijak. Jika Anda wanita dan Anda perasan suami Anda tidak melayan Anda berbeza dari dulu, salahkan diri sendiri kerana tidak menjaga kecantikan dan tidak mengambil inisittif mencantikkan lagi kecantikan sedia ada, untuk senangkan hati suami Anda.

4. Jangan Hanya Mahu Dihormati Oleh Semua, Tapi hormatilah Semua, Walau Siapapun Dia!.
Orang berfikiran negatif hanya mahu dihormati. Orang berfikiran positif hormat semua orang dan sikap hormat itu tidak dilakonkan, ia lahir dari hati. Setiap orang disekeliling dihormati tanpa mengira jawatan, harta dan darjat, walau orang tu makcik cleaner sahaja. Orang berfikiran negatif hanya mahu dihormati sebab mereka dikuasai ego. Untuk menjaga fikiran positif, belajarlah menghormati sesiapa saja. Anda akan perasan Anda makin bersemangat untuk maju ke depan.

5. Ingat Sikap-sikap Buruk Anda, Tekadlah Mengubahnya.
Jika sikap buruk Anda adalah suka bertangguh, tulis di atas kertas dengan ayat “aku mahu ubah sikap bertangguh”. Baca tulisan tu berpuluh-puluh kali sehari. Lepas tu, buat apa yang Anda tulis.
Tiap kali rasa nak bertangguh, latih diri untuk tidak bertangguh. Seboleh mungkin, elak bertangguh, sebagai langkah Anda komited nak mengubah sikap suka bertangguh.
Untuk membina sikap positif, fikiran Anda kena sama dengan perbuatan dan percakapan Anda. Fikiran kena sentiasa bersangka baik, perbuatan kena dibentuk supaya menjadi baik-baik, perkataan di mulut pun kena baik. Barulah Anda dapat menjaga fikiran positif yang Anda dah bina.




*Amik kat sini: http://www.imotivasi.com/

Saturday, February 25, 2012

Adnan Sempit 2 yg super kelakar!

I don't want banana fruit 2 times... but Adnan Sempit already made it fruit 2 times!

Haaa sumpah lawak giler weh cite yg ke2 ni.. Sape yang da tengok yang first tu mesti kate tu da lawak kan? Tapi bile tengok yang ke2 ni lagi lawak nak mam! Berbaloi aku tunggu sampai kul 12 semata2 nak tengok cite nih... (gamaknye le...)




AS yang kedua ni tak banyak sangat pasal merempit la. Tapi seriously wa cakap, memang lawak sakit perut sampai datang balik batuk aku.huhu

Citenye camni, si Nadia ni memang da kemaruk betul la nak kawin ngan Adnan ni. Tapi parents Nadia tak berapa nak setuju la. So, diorang buat la deal. Adnan mesti kenajadi Transformers dalam masa 30 hari! haha lawok gile la kan jadi transformers. TRANSFORM la der... Transform jadi ahli koperasi (baca dengan KORPORAT ye kawan2 =p) untuk impresskan bapak dia depan omputih sume time meeting.

So, he takes the deal lah.. Si Nadia plak kena buktikan dia da ready untuk jadi isteri solehah katenye.....

Pum pang pum pang... Begitulah akhirnye....... =p

Ha nak tau kena pi tengok sendiri. Aku kondifen korang mesti tergelak punyelah. Walaupun ni cerita ringan untuk santai2, at least dapatla untuk hilangkan stress ke ape kan.. Bak kata atok2 aku "Comedy is the best remedy" katenye....

Yang paling kelakar part last2 tu... Gile kelakar la weh... Tak mampu nak tahan gelak dah! huhu



Oh, kulit muka Shaheizy sam nampak mulus gitu. Adakah dia juga mengamalkan produk Dr Romly?? =p 



p/s: dimana ada kemahuan, di situ ada highway!

Friday, February 24, 2012

Nak buat blog jugekk =p!

Hahahahahahahaha.....................(gelak panjang2 dulu baru nak cerita)


Adehhhh orang lain ada blog kau pun nak buat jugak. Parah la weh.. =p


Actually, aku memang suka baca blog orang. Rase seronok sebab boleh tahu banyak benda yang orang lain alami. Contoh macam blog photography ke.. blog masak2 ke.. blog jual2 ke.. blog kawen2 ke...(eheh =p). Banyak info yang aku dapat dengan baca blog2 orang nih. So, aku pun tak tau motip ape aku buat blog ni. Haha. Owh, maybe aku boleh la pasni nak komen2 blog orang kan. Nanti tak la aku rase cam looser-giler-kau-nak-komen-tp-takde-blog! Tu apa yang aku rasa la.. hahaha. Rasa sengal -__-! Sengal badan....


Ok, aku tau untuk starting ni memang terasa cam konon semangat lah kan kau nak update slalu blog ni. Kite tengok je la setakat mana kerajinan kau itu ye Ana ye..... =p







Eh eh.. semangat betul menaip! haha






p/s: Semoga berjayelah hendaknye....hekhek