Daisypath Vacation tickers
Daisypath Anniversary tickers

About Me

My photo
Nyong iki asal'e wong jowo. Harus ngomong'e jowo. Sitik-sitik iso lah..hehe

Showing posts with label Wedding: TQ sticker. Show all posts
Showing posts with label Wedding: TQ sticker. Show all posts

Tuesday, August 28, 2012

Shopping door gift item kat A.Itam


Assalamualaikum...


Nak update ape EK? Lama dah tak update ni. Raya katenyeeeee..........

Update pasal door gift la. hehe. Pakai beg kertas je yang biasa orang pakai tu. Idea aku nak pakai brown paper bag diterima... tapi disebabkan mungkin nak letak banyak barang, takut nanti bobos. huhu. So, cancel guna beg kertas goreng pisang tu. Nasib baik la aku beli 1 pack je hari tu untuk try test. Tapi boleh la guna untuk budak-budak punya. So, tak membazir. Suka! suka! hehehe

Pergi serang Ayer Itam. Kat situ kan banyak barang-barang nak kahwin jugak...


Kedai Ah Son ni murah jugak. Banyak gila barang kahwin. Semua lengkap.



Kengkonon memula nak beli yang macam ni la. Ayah and mak suka sangat lepas tengok kat Majalah Pengantin. Anaknya, terpaksa la ikut saja. Anak yang baik katenyeee....


Pastu pegi kedai Maju Handicraft pulak. Kedai kat sini semua pun lengkap jugak. Selesa nak membeli-belah. So, stick kat kedai ni je.


Paper bag...beli seribu je.


Rereben-rereben dan bebunga. Mak nak buatkan bunga pahar.. TQ mak! ;)


Cantik sangat la nombol tu kan?! =,=" 


Eh eh.. mak tambah lagi gspice jar ni. Teringin sangat katanya...huhu
Demimu emak...  amek la mak... amek.. hehehe
Dapat 80sen sebotol sebab beli 200 botol je. OK la tak mahal sangat la kan.


Ni takde dalam list. Tapi TERbeli jugak sebab murah.
Time tu tengah sale. Tinggal sikit je. 2 bijik comforter cotton ni seratus je! Mau tak kena rembat.


Balik rumah, gigih menampal sticker yang dah dibeli sebelum ni kat kotak.
Aku beli 1500 keping. Tapi tengok lebih semacam je.. Ada la dekat 2ribu lebih kot. Silap-silap 2500 keping. Tak kose la aku nak ngira satu-satu kan. Rejeki namanya.....


Spice jar ni plak tampal sticker kat tepi sisi dia tu pastu letak reben.
Mak nak 2 reben. Ikut aku yang malas ni nak je letak 1 reben sahaja. Tapi dah mak kata cantik lagi letak dua reben. Jadi, jangan melawan. Ko buat je. 
Jenuh buat reben sebab aku tak expert pun buat reben..huhu

Reben belum siap sepenuhnya lagi sebab reben dah habis. Nanti balik kampung sambung buat lagi. InsyaAllah sempat....
Tang doorgift dah boleh rileks sket sebab makcik-makcik dengan baik hatinya nak sponsor benda-benda untuk diisi dalam tu. Kami berbesar hati terima apa-apa sajeee. heeee


Alhamdulillah.




Thursday, August 2, 2012

Progress updates: HIV test appointment, Tq sticker, hantaran & ...


Assalamualaikum...


Dah seminggu tak update progress ni.. Ada je benda dah jalan tapi pemaleh nak update kan. Atoiyaiii...
Buat point je lah senang kekdahnye...

1.   Dah buat appointment untuk buat saringan ujian HIV

Benda paling nebes hokey.. Nervous sebab tak tau diorang akan amek darah banyak ke sikit ke.. Kalau cucuk ciput kat ujung jari tu aku OK jek... Tapi kalau dia cucuk darah kat lengan tu mau mampos aku pengsan nanti! Sedia maklum aku ni kan PANTANG kena cucuk. Kompem pengsan lepas tu. huhu. Oleh itu, sebelum aku pengsan, kena la buat research dulu. Buat kat klinik gomen kena bayar singgit je katanye. Macam-macam version yang aku dengar and baca.  Contoh Iffa, dia buat kt Pusat Kesihatan UPM. Disebabkan dia pusat kesihatan, so kenalah bayar RM30. Lagi pun, kat PK dia cucuk lengan ko! Memang tak la aku nak gi sana kan. Ingat senang ke nak pengsan pengsan ni? Lotiihhhh!
Kesimpulannya, PK untuk orang-orang yang gagah lagi perkasa. So, say babai tu PK.hehe
So nye.. (amenda la bahasa) aku buat la appoinment kat Poliklinik yang berdekatan iaitu Poliklinik Seri Kembangan. Memula call je dulu. Nak make sure boleh tak buat appoinment thru phone je. Ni no klinik dia:


03 894 559 29


Sekali tak boleh kau. So, kena gi klinik sana (Dah la banyak kali call tak angkat-angkat. ishk!). Ada certain klinik yang bagi buat appoinment guna phone je. Tapi kebanyakkannya tak boleh. huhu. Petang tu gi la buat. Dah nama pun gomen kan. Mesti ada punya lah sketsa yang mensakitkan hati ni. Tapi takpe la bulan pose ni tahan je la.... Hari yang buat test HIV tu cuma hari Isnin, Rabu (2 - 4 pm) and Jumaat (2.45 - 4 pm) je. Very the limited. Grab now!! (tetibe)
So, aku booking hari Jumaat la senang. Time tu memang takde orang pun. Dia offer buat time tu gak. Takmoh aku. Tak ready mental. Karang pengsan di tengah jalan kang sape susah... hahahaha
Ok, appoinment done.




2.   Tq sticker dah dapat! Boleh refer entry SININ (ceh)


Unexpected! Katanya middle of Aug baru siap. Tapi dia siapkan very the awal. Puas hati! Sangat suka makkk..... =p
Walaupun dapat awal, tak boleh buat tampal -mentampal lagi sebab brown paper bag tu mak kata ok je but still in KIV and doorgift is keep changing. Banyak sangat idea...huhu. Mak kata lepas raya baru kita gi hunting. Ok mak. Menurut perintah! Yang penting aku dah sediakan tag tu. ;)





Comey dok? Simple kan? Omeyyyy angat..... (puji sendiri punya memang hobi. HAHA)
Kaler biru tu rumah suami punya. Eh eh, tunang la. Gatai -_________-
Duaribulimaratus keping semuanya...fiuuhhhh~
Love! Love!








3.   Part of hantaran juga dah sampai. Yeayy!!


One of my hantaran item dah sampai.. Seronooootttttttttttttttttttt sangat sebab dah nak settle da sume hantaran. Boleh la tick-tick.hehe. Alhamdulillah :)





Bagi kopi je........ 
*krikk krikk*





4.   Libresse Touch - Sample Pack


Eh hantaran bagi barang Libresse ke?? Aje giler la kome.....hahaha
Sebenarnye dah dapat sample pack je. Sesaje isi form nak sample pack ni. Bagi alamat kat opis myTunang. Tetau sampai dah. Kesian kat tunang I keMALU-MALUan menterima parcel yang tak sepatutnya orang lelaki terima.hahaha. Sorry dear.. Tak tau pulak kotak dia tu as 'sampul' terus. huhu.
So far, memang best pakai Libresse ni. Comfort sangat. Gam dia pun lekat je. Tak macam certain brand lain, gam dia tak kuat. Payah!

Jom tengok barang baekkk. Jeng, jeng, jeng....



Tu la kotak dia. Terus jadi sampul. Orang lelaki yang terima. Sape tak malu oi!




Wahhhh wane wani.... Secret la sangat! huhu
Semua jenis pad Libresse ada. Ada 6 jenis:

1) Maxi non-wings & wings pad
2) Slim non-wings & wings pad
3) Maxi night wings pad
4) Ultra thin wings pad
5) Slim liner
6) Super slim liner




Tunggu masa je nak pakai sume ni. hahhahaha


*Aku takde iPad, tapi ada Pad. HUAHUAHUA



Friday, July 13, 2012

Tq sticker murah!


Assalamualaikum...


Nak tau kat mana? Ce tengok kat Kad Kahwin Ceria. Diorang provide kad kahwin (opkos), round sticker, bunting, banner, paper bags and macam-macam lagi la.....

Yang menariknya, round sticker tu murah gilos! Rm150 sahaja untuk 1000 keping which cost you only rm0.15 per piece. Kalau beli lebih dari seribu akan dapat harga yang lagi murah!
Aku rasa ni dah cukup murah da ni. Tak tau la if ada lagi yang murah dari harga ni. Aku pun maleh dah nak mensevey lagi.huhu



Haha dabak aku letak!





Design pun cantik-cantik... Boleh design sendiri jugak...





Ada banyakkkk lagi contoh design... Boleh la jenguk-jenguk kat FB dia. Nak tukar-tukar warna pun boleh. Ikut tema masing-masing...

Ni antara contoh nak letak kat mana sticker tu...






Order diambik by batch. Cuma 30 order je yang akan dihantar print bagi setiap batch.
Kami dah order. Turn untuk printing adalah akhir Julai nanti. Expected to siap pertengahan bulan 8. So, memang ngam-ngam la. Pastu boleh tempel-menempel...eh tampal-menampal la!




*Say tq kat si tunang sebab dia yang jumpa round sticker murah ni! =p