Daisypath Vacation tickers
Daisypath Anniversary tickers

About Me

My photo
Nyong iki asal'e wong jowo. Harus ngomong'e jowo. Sitik-sitik iso lah..hehe

Showing posts with label Makan-makan. Show all posts
Showing posts with label Makan-makan. Show all posts

Saturday, October 5, 2013

Happy anniversary, husband!


Assalamualaikum...


Malam 28 Seprtember 2012 tarikh nikah kitorang.
And now dah setahun pun.. Sekejap je masa berlalu. Rasa macam baru je semalam nikah.hehe

Tak dapat nak celebrate sesama.. Sorang kat sana, sorang lagi kat sini. Sedih wooo...sobsobss
Tapi bagi mengubati hati yang sedey ini..aku buat la kek. dah lama tak baking ni. Tetibe nak buat red velvet.


Cacaaaaannngggg!




Owh how I miss baking..

Gembira dapat bake kek anniversary sendiri.. Tinggi tu...siap boleh buat 3 layer lagi. Selalu dapat buat 2 layer je.
Gembira, gembira...! walaupun makan sendiri.hehe

Oh resepi aku google je. Kek pakai resipi onglain, cream pakai resipi onglain. Mana google ntah tak jumpa dah. Takpe, banyak je jumpa kalau google.


Selamat ulangtahun perkahwinan suamiiiiii!!!!!
InsyaAllah kalau umur panjang, next year kite celebrate sesameee
Aminnn

=)))

Thursday, February 28, 2013

Japanese food @Miyagi, Bangi


Assalamualaikum...


Dah lama nak makan kat sini. Alhamdulillah dapat jugak akhirnya.hehe. Aku menumpang je sebab Jiji yang belanja supervisor and geng Inbiosis. Dah diajak sekali, mana boleh tahan. hehe


Ini nama restoran. Miyagi..hait!


Special menu for today. Tapi kitorang order kat dalam menu je.


Atas meja ada wet napkin. Lebih kurang untuk cuci or bersihkan tangan la. Baru aku ingat, kat Jepun dulu pun ada wet napkin ni. Diorang duduk je terus lap lap tangan dulu. Kalau kita, gi cucur air je la kan.





Decoration dalam restoran. Sangat la terasa kejepunannya.. Kat Jepun pun tak rasa macam ni.hehe
Jalan jalan cari makan pun dah sampai sini tau.





Kitorang datang time lunch hour. So, menu cuma untuk lunch saja. Diorang tutup order sampai pukul 3. Lepas tu kedai tutup sekejap. Time dinner nanti diorang akan buka balik. Macam tu lah stylenye..

All time favorite ice lemon tea 


Ini set aku. Sushi and tempura set. RM32 (kot).
Ada banyak side dish. Ada buah, salad macaroni, miso soup, raddish pickle, steam egg pudding and the main coursenya 6 ketul sushi (salmon, tuna, sardin, udang, telur manis, lagi satu tak tau ikan apa) dan set tempura (udang besar gabak, keledek, terung, bendi, sotong, ketam, apa lagi ntah tak ingat semua digoreng tepung). Semuanya SEDAP aku suka!


Ni Jiji punya. Set mini udon and tempura.
Sama jugak macam aku punya cuma sushi tu ditukar dengan udon. Pun sedap!


Inilah kegemaran... Slurrpp (ala teringat-ingat la plak...huhu)


The aftermath.
Aku kan suka dengan makanan Jepun. Harusla habis ku lantakkannye....


Kedai dari luar. Comey je haa. Senang je nak cari. Sederet dengan AzZahrah kat Bangi tu. Ala yang area-area Ariani tu...


Wednesday, February 27, 2013

Kad nikah pintar & Translate sijil nikah


Assalamualaikum...



Kad nikah pintar ni dah dapat. Dapat 2 keping. Untuk suami dan isterinya. Kalau kat Johor macam gini la rupanya. Kalau nikah kat negeri lain, tak sure la macam mana.

Proses:
Pegi pejabat agama, bawa salinan sijil nikah dan yang asal sekali, gambar pasport lelaki dan pempuan (kalau lelaki kena pakai songkok.hehe), RM50, isi borang yang diberi, dan sila datang amek sebulan setengah kemudian.

Senang kan, tak payah usung kulu kilir sijil nikah yang besar iteww..

Untuk translate sijil nikah pulak, kitorang buat kat Istana Kehakiman kat Putrajaya. Pendaftaran RM 6.
Bayaran RM 20 per page. Sijil nikah ada 4 page. Jadinya RM 80.
OK kot. Rata-rata harga macam tu la. Tapi dengar kata ada yang buat kat MAIS RM 6 je. Waallahualam..
Ada member Jiji buat kat ITBN, institut terjemahan tu kena RM 80 per page. Lagi mahal. huhu

Aku buat translation sijil nikah ni sebab nak pi obersi. Sebagai bukti kitorang ni laki bini, kena lah ada translation sijil nikah to English. Nak nak sijil nikah Johor ni dalam jawi. Lagi haru la omputih tu nak paham kan. 

OK itu je..

Eh ada lagi nak cakap. Enriched chocolate freezy Old Town tu sedap gilorrr



Friday, February 22, 2013

Puding roti pakai microwave


Assalamualaikum...


Ni second time buat puding roti. Pakai microwave pulak tu. First time buat macam lembik sket but still boleh makan la. Kali ni macam jadik plak.hehe

Bahan-bahan aku google je. Sonang gilok.
Aku realize that yang aku ni pensuka puding roti sejak Kak Enaz buat beberapa tahun lepas. Lepas tu aritu Kak Yong ada buat jugak. Bila makan tu memang aku jatuh chinta. Terus aku google cari resepi yang boleh pakai microwave..




Bahan-bahan tak lengkap.


Bahan A:
4 keping roti
250 ml susu

Bahan B:
2 sudu butter (aku pakai planta sebab tu je yang ada)
2 sudu gula
2 sudu tepung jagung
1 biji telur
1 sude kecil esen vanilla
kismis

Sos kastard:
1 tin susu cair
2 1/2 sudu tepung kastard
2 sudu gula




Rendamkan Bahan A selama setengah jam. Aku bantai je agak-agak da terserap semua sudah.



Then, curahkan kasi rata bahan B ke atas roti yang dah direndam tu.
Letak kismis atas dia.
Pastu, masukkan dalam microwave dengan kekuatan sederhana tinggi selama 8 minit je uols. Kalau microwave aku, 600 la. Unit ape ek tak ingat. Ce check korang punya manual sederhana tinggi tu berapa.



While the puding dalam microwave, boleh masak sos kastard tu atas api perlahan. Jangan lupa sentiasa kacau bia tak berketul. Agak-agak da pekat sket, boleh tutup api.

...
...
...

Tinggg!!!


Ahah! puding dah masak leteww...

Gambar dah masak tak amek la plak kan. Da sejuk sikit boleh la masukkan puding and sos dalam fridge. Makan time sejuk, perghhhh~





Ni potongan pertama.
Nampak sos tu? Marbelesss
Aku suka SANGAT sos kastard tu. Sedap gilos..




Disebabkan aku suka sampai nak sakit mental, aku makan second time dengan portion sos yang melimpah ruah.

Serious sodap. Slurrrrpp!!

Friday, February 8, 2013

Strudel @ Pastry House (pH)


Assalamualaikum...


Pergi sini....



Beli ini....



Inilah 'ini'...hehehe


Blackberry strudel...
Kat kedai ada macam-macam buah. Apple, cherry, mango....



Untuk mereka....


Happy belated birthday Feb's babes...hihi
(Yang tudung biru tu inteprem je =p)


Gantikan kek yang common tu dengan strudel yang best ni untuk acara potong kek pun boleyyy....kan?? :D
Harga pun okok saja dong~





Update:

Disadarkan Sya kerana tidak komen sedap ke tak.hahaha

Disebabkan aku ni tergolong dalam golongan antu pastry, maka strudel ini adalah SEDAP!! haha
Sapa yang tak suka pastry pun pasti akan suka ni.

Nampak macam keras kan? Tapi percaya la, memang lembut teksturnyeee
Lapisan pastry macam roti croissant tu sangat nipis. Nyum nyummm...
Filling dia pun sedap. Terasa blueberry or mango nya.. (aku penah rasa 2 ni je). Combination manis jam diseimbangkan (Wahh) dengan rasa creamy custardnya yang tak terlalu manis tu, memang ngam la blueberry jam + custard filling, diapit dengan pastry lembut berlapis-lapis..hehehe


*Eh eh, lap mulut sendiri. Tetiba teringat lagi strudel ni....

Thursday, February 7, 2013

Mee Tarik Warisan Asli


Assalamualaikum...


Hari ni lunch dengan lab mates dekat Mee Tarik Warisan Asli dekat area Sg. Besi. Mi tarik kan femes di kalanagan orang berbangsa cina kan. Kat kedai ni mi tarik dia memang orang cina dari tanah besaq cina tu la yang buat. Owner dia dari sana. Chinese muslim. Pekerja dia pun ala-ala k-pop gitu..

Ni first time nak rasa mi tarik yang halal ni. Telioq asik dok dengar diorang cite je kan.. Mi tarik tu memang dia buat kat kitchen diorang sendiri. Siap boleh tengok lagi. Tapi tak snap gambar sebab malas nak bangun. Berat bun betol. haha
Gambar signboard kedai tak amek la pulak kan. Panas teriaq, tu cecepat masuk tu (Rosak bahasa orang oi)




Wall of fame...dabaq ha menu


Siap da masuk Jalan Jalan Cari Makan daa

OK mari menjelajah manganannn.....



   

Kiri: Beef sauce noodle
Kanan: Fungus noodle with meet



Kiri: Chinese green tea
Kanan: Chinese Ba bao tea



Kiri: Potato beef noodle
Kanan: (Tak ingat apa nama, macam kue tiaw)



Kiri: Mustard beef noodle
Kanan: Cold Dry cold noodle


Harga makanan rata-rata around RM7 - RM10 untuk noodle. Ada jugak nasi goreng-goreng macam biasa tu tapi masakan style cina la. Kitorang tak try pun.
Mi tarik dia sedapppp... Nampak macam liat tapi lembut je. Size macam mi kuning biasa tu tapi kurus sket. Warna pun putih-putih kuning tak macam mi kuning, eh. Rasa plak macam mi segera tapi tak sebenarnye..rasa dia lagi fresh... Wah gitu~




Owner of the kedai. Tokey pun gi hidang tau.


*Tokey kedai sejibik rupa Muadz Ahmad Mazian (versi veretan). hehehehee


Thursday, January 3, 2013

Kuah durian pulak la


Assalamualaikum...


Hari tu.. Hari tu.. Hari tuuu.... Time durian tengah hot tu kan.. Saje la google nak buat kuah durian. Kat dalam peti membeku gitu je. Nak makan macam dah tak best sebab keras. So, cuba je la try test buat kuah durian ni. First timer. Jadi, kalau tak sedap sila jangan marah ye suami.hehe


Tak rotate gambar. Rotate kepala la. heh


Kurang lebih 20 ulas durian yang lazat..



2 setengah cawan santan yang berkrim disukai ramai. Dan tambah 4 cawan air.



Buang biji dan masukkan durian dalam santan dalam periuk. Aku buh terus durian tanpa buang biji sebab kengkonon nanti makan lagi feel bila ada biji.hehe



Masukkan 2 helai daun pandan (dengan bantuan Kak Ati.hehe) dan gula pasir secukup rasa manis yang kamu-kamu nak. Pakai gula perang pun boleh. Nanti kaler dia pun akan brownish sket.



Pastu, kacau-kacau sampai dia pekat.
Haaa siap dah.. Sonang gilor. Gilor pun tak sonang camni.hekhek



Enak dimakan dengan roti. Kalau roti bakar pun sedap. Nak rajin lagi, silalah menebar jala di atas pan untuk dapatkan roti jala.

Sekian.