Daisypath Vacation tickers
Daisypath Anniversary tickers

About Me

My photo
Nyong iki asal'e wong jowo. Harus ngomong'e jowo. Sitik-sitik iso lah..hehe

Showing posts with label Wedding: Hantaran. Show all posts
Showing posts with label Wedding: Hantaran. Show all posts

Friday, October 19, 2012

Wedding review: The hantaransss


Assalamualaikum...


Baru ni nak sambung balik review kawin-kawin ari tu -_-"
Kali ni nak cite pasal hantaran pulak. Pecaya atau tidak, hantaran baru dibuat siang Jumaat which is malam tu nak nikah..
Haaa pecayelah..... Dengan bantuan orang-orang kuat tersebut, terhasillah 11 dulang hantaran yang simple-tak-simple-sangatlaaa tapi jenuh nak buatnye..huhu


Dah cakap dah rumah time tu macam tongkang pecah..


Ini barang memang teda ong. Sesape buat mesti tak settle.. Penat otak nak pikior macam mana nak design perfume tu. (Perfume je kot..tapi....)


Yeahhh Dudud berjaya hasilkannya!





Selesai!

















Barisan biru-pink pulak dari lelaki...











Suwit kan? =p


Saturday, September 22, 2012

Wedding band for my h2b


Assalamualaikum...






Alhamdulillah... Sangat happy sebab dah hantar thesis kat Prof sebelum kawin..yeay!!
Lagi happy bila Prof bagi cuti lebih dr 2 minggu..yeayy!!
Happy sekali lagi sebab Prof n Dr. Shuk bagi pinjam cik adik manis Dura, dayana n Maya hari Jumaat nanti! hahaha

Happy yang terbaru..!
Bought wedding band for my husband-to-be last night.. yippie!! Dah selesai barang hantaran akhirnya... Syukur~

Go for silver sterling sebab dari dulu memang aim nak bagi silver. Sunnah nabi s.a.w pakai cincin silver bagi lelaki. Dapat jugak pahala suami I nanti. Tak la pakai sia-sia je kan? hehe

Tak banyak kedai silver yang jual design yang cantik. Especially cincin untuk lelaki.. Jenuh jugak mencari. Sekali..jumpa!


Moon Collection kat Alamanda. Betul-betul depan Tomei and Sembonia.
Kedai ni jual barangan silver je. Design dia sume cantik-cantik. Gelang and cincin perempuan pun cantik sangat... Geram nengok.huhu


Try..testing-testing..
Banyak design boleh pilih.. Dari yang batu besar sampai la ke batu kecik..sume ada. Design old skul ke design yang moden..pun ada. Sediakan duit je..hehe



Akhirnya, tuan badan pilih design moden. Dia suka design yang bukan batu besar tu. Design baru, ada beberapa diamond yang kecik jenis tertanam and ada engrave 2 lines yang tak bercantum.. Complicated nak explain.haha

Still in my budget. As a student, kopak jugak la kalau dah hujung bulan ni kan. hahaha. Takpe, yang penting dia suka, I lagi la suka..heeee



Sunday, September 16, 2012

Bunga pahar & bantal hantaran


Assalamualaikum...


Balik hujung minggu sebab Pakcik sedare kahwin. Dah hujung-hujung tanduk ni kan, memang kena balik kampung tiap-tiap minggu la sebab nak uruskan hal-hal kahwin ni la. Rumah pun dah nak siap. Ayah and mak tambah dapur (lagi). Jadi, rumah pun dah macam hape. Harus kena pulun kemas balik lepas dah siap semua nanti... *tarik napas dalam*


Update.. update...


1) Bunga pahar

Mak dah siapkan 70 kuntum. Mak sangat rajin nak buatkan. Semangat betul lah mak ni..hehe. Alhamdulillah...cantik and sweettsss. Time kasih mak! =)




2) Bantal hantaran

Dulu ada beli bantal hantaran kat Sakan yang murah ya amat tu kan. Cover dah siap jahit. And now tengah nak buat dot dot kat tengah tu ape nama ntah. Sume pun aku tak tau nama apa.haha


Baru 3.. Ada 8 lagi..huhu


 1 bantal ada 5 dottss. Jahit atas bawah atas bawah sudeee



3) Baju kawin

Baju nikah and baju sanding pun dah dapat! Tapi belum snap pic lagi. Next entry la ye..

Alhamdulillah da banyak progress. Yeayy!!



Thursday, August 2, 2012

Progress updates: HIV test appointment, Tq sticker, hantaran & ...


Assalamualaikum...


Dah seminggu tak update progress ni.. Ada je benda dah jalan tapi pemaleh nak update kan. Atoiyaiii...
Buat point je lah senang kekdahnye...

1.   Dah buat appointment untuk buat saringan ujian HIV

Benda paling nebes hokey.. Nervous sebab tak tau diorang akan amek darah banyak ke sikit ke.. Kalau cucuk ciput kat ujung jari tu aku OK jek... Tapi kalau dia cucuk darah kat lengan tu mau mampos aku pengsan nanti! Sedia maklum aku ni kan PANTANG kena cucuk. Kompem pengsan lepas tu. huhu. Oleh itu, sebelum aku pengsan, kena la buat research dulu. Buat kat klinik gomen kena bayar singgit je katanye. Macam-macam version yang aku dengar and baca.  Contoh Iffa, dia buat kt Pusat Kesihatan UPM. Disebabkan dia pusat kesihatan, so kenalah bayar RM30. Lagi pun, kat PK dia cucuk lengan ko! Memang tak la aku nak gi sana kan. Ingat senang ke nak pengsan pengsan ni? Lotiihhhh!
Kesimpulannya, PK untuk orang-orang yang gagah lagi perkasa. So, say babai tu PK.hehe
So nye.. (amenda la bahasa) aku buat la appoinment kat Poliklinik yang berdekatan iaitu Poliklinik Seri Kembangan. Memula call je dulu. Nak make sure boleh tak buat appoinment thru phone je. Ni no klinik dia:


03 894 559 29


Sekali tak boleh kau. So, kena gi klinik sana (Dah la banyak kali call tak angkat-angkat. ishk!). Ada certain klinik yang bagi buat appoinment guna phone je. Tapi kebanyakkannya tak boleh. huhu. Petang tu gi la buat. Dah nama pun gomen kan. Mesti ada punya lah sketsa yang mensakitkan hati ni. Tapi takpe la bulan pose ni tahan je la.... Hari yang buat test HIV tu cuma hari Isnin, Rabu (2 - 4 pm) and Jumaat (2.45 - 4 pm) je. Very the limited. Grab now!! (tetibe)
So, aku booking hari Jumaat la senang. Time tu memang takde orang pun. Dia offer buat time tu gak. Takmoh aku. Tak ready mental. Karang pengsan di tengah jalan kang sape susah... hahahaha
Ok, appoinment done.




2.   Tq sticker dah dapat! Boleh refer entry SININ (ceh)


Unexpected! Katanya middle of Aug baru siap. Tapi dia siapkan very the awal. Puas hati! Sangat suka makkk..... =p
Walaupun dapat awal, tak boleh buat tampal -mentampal lagi sebab brown paper bag tu mak kata ok je but still in KIV and doorgift is keep changing. Banyak sangat idea...huhu. Mak kata lepas raya baru kita gi hunting. Ok mak. Menurut perintah! Yang penting aku dah sediakan tag tu. ;)





Comey dok? Simple kan? Omeyyyy angat..... (puji sendiri punya memang hobi. HAHA)
Kaler biru tu rumah suami punya. Eh eh, tunang la. Gatai -_________-
Duaribulimaratus keping semuanya...fiuuhhhh~
Love! Love!








3.   Part of hantaran juga dah sampai. Yeayy!!


One of my hantaran item dah sampai.. Seronooootttttttttttttttttttt sangat sebab dah nak settle da sume hantaran. Boleh la tick-tick.hehe. Alhamdulillah :)





Bagi kopi je........ 
*krikk krikk*





4.   Libresse Touch - Sample Pack


Eh hantaran bagi barang Libresse ke?? Aje giler la kome.....hahaha
Sebenarnye dah dapat sample pack je. Sesaje isi form nak sample pack ni. Bagi alamat kat opis myTunang. Tetau sampai dah. Kesian kat tunang I keMALU-MALUan menterima parcel yang tak sepatutnya orang lelaki terima.hahaha. Sorry dear.. Tak tau pulak kotak dia tu as 'sampul' terus. huhu.
So far, memang best pakai Libresse ni. Comfort sangat. Gam dia pun lekat je. Tak macam certain brand lain, gam dia tak kuat. Payah!

Jom tengok barang baekkk. Jeng, jeng, jeng....



Tu la kotak dia. Terus jadi sampul. Orang lelaki yang terima. Sape tak malu oi!




Wahhhh wane wani.... Secret la sangat! huhu
Semua jenis pad Libresse ada. Ada 6 jenis:

1) Maxi non-wings & wings pad
2) Slim non-wings & wings pad
3) Maxi night wings pad
4) Ultra thin wings pad
5) Slim liner
6) Super slim liner




Tunggu masa je nak pakai sume ni. hahhahaha


*Aku takde iPad, tapi ada Pad. HUAHUAHUA



Thursday, April 26, 2012

Pinggan putih


Assalamualaikum...


Memang dah lama plan nak buat hantaran nanti guna pinggan putih. Tapi punya la payah nak cari (yang murah. yang mahal banyak la.huhu)... Ramai kata beli kat KK. Tapi aku pergi kat KL sana takde pulak. Kat Cash Converter Shah Alam pun takde..haishhh susah gak nak cari..

Pastu time jenjalan beli barang kat Jusco Equine try la juga tengok kot-kot ada pinggan tu....

Sekali ada la pulak! Besar lak tu!

Ishhh suka2!! haha






Yang ni besar gak. RM25.90 before less. Tag biru tak tau la less dia berapa.huhu. Kira murah sikit la dari harga asal tu..





Yang  ni cantik. Siap ada kerawang-kerawang. Tapi bentuk bulat and a bit pricey. RM35.90. Takde less.huhu




Yang ni pulak RM11.90 je. Tapi plastik la...



Jusco lain aku tak pi terjah lagi. Nak compare harga mana yang paling murah dan menjimatkan. So, kena surver lagi kot sebelum beli.




*Kat mana nak cari pinggan putih petak ni.............huhu



Monday, April 23, 2012

Bantal murah!

Assalamualaikum...


Last week pergi 2 majlis kahwin. satu kat Putra Saujana (wedding Kak Rina) and satu lagi wedding Tajuddin, best friend JiJi (<-- kiki) kt Unimas. Rumah dia kat Yong Peng. Gerak dari majlis kak rina tu dalam pukul 2.30. Sampai ke kt Yong Peng dalam kul 5.30..bapak jaoh! kematu suda ini buntut tut tut...


Tapi..tapi..tapi......yang bestnye......aku dah jumpa bantal yang aku nak tu!

Murah pulak tu!!

Sebiji RM2.90 je!!!

4 biji RM10!!!!

Ok aku sangat excited sebab dapat juga berjumpa dengan bantal idaman yang murah untuk cukupkan bantal yang dah aku beli dulu..huhu

Nasib baik la sesat masa kat Yong Peng tu kan. Ada jugak hikmahnya...
Tak tau la pulak Yong Peng pun ada kedai Sakan..bantal yang aku nak tu pulak memang ada kat Sakan je..Alhamdulillah................




Snap dalam pastik je. Malas nak buka.haha.
Yang aku jumpa ni warna merah. Dulu aku beli warna biru. Time beli dulu memang tak tau nak buat ape. Main beli je sebab murah. Tapi kat Bukit gambir harga dia sebijik RM3.50. Ingatkan dah cukup murah dah tu. Rupanya ada lagi yang jual murah...Ishk3...

Warna biru tu beli sebelum tunang lagi. Sekali decide nak guna untuk kahwin nanti. Tak cukup la pulak...
Tapi takpe, lain warna pun takpe. Nanti KALAU rajin aku buat la sarung baru -_-"




Ni yang warna biru aku beli dulu. Tunjuk warna je la ek. Ha, kat blog Dhiera ada. Sebijik la macam ni....





*Harap-harap berjayalah aku membuat sarungnya nanti...huhu