Daisypath Vacation tickers
Daisypath Anniversary tickers

About Me

My photo
Nyong iki asal'e wong jowo. Harus ngomong'e jowo. Sitik-sitik iso lah..hehe

Showing posts with label Wedding: Procedure. Show all posts
Showing posts with label Wedding: Procedure. Show all posts

Wednesday, February 27, 2013

Kad nikah pintar & Translate sijil nikah


Assalamualaikum...



Kad nikah pintar ni dah dapat. Dapat 2 keping. Untuk suami dan isterinya. Kalau kat Johor macam gini la rupanya. Kalau nikah kat negeri lain, tak sure la macam mana.

Proses:
Pegi pejabat agama, bawa salinan sijil nikah dan yang asal sekali, gambar pasport lelaki dan pempuan (kalau lelaki kena pakai songkok.hehe), RM50, isi borang yang diberi, dan sila datang amek sebulan setengah kemudian.

Senang kan, tak payah usung kulu kilir sijil nikah yang besar iteww..

Untuk translate sijil nikah pulak, kitorang buat kat Istana Kehakiman kat Putrajaya. Pendaftaran RM 6.
Bayaran RM 20 per page. Sijil nikah ada 4 page. Jadinya RM 80.
OK kot. Rata-rata harga macam tu la. Tapi dengar kata ada yang buat kat MAIS RM 6 je. Waallahualam..
Ada member Jiji buat kat ITBN, institut terjemahan tu kena RM 80 per page. Lagi mahal. huhu

Aku buat translation sijil nikah ni sebab nak pi obersi. Sebagai bukti kitorang ni laki bini, kena lah ada translation sijil nikah to English. Nak nak sijil nikah Johor ni dalam jawi. Lagi haru la omputih tu nak paham kan. 

OK itu je..

Eh ada lagi nak cakap. Enriched chocolate freezy Old Town tu sedap gilorrr



Monday, September 3, 2012

Borang nikah done!


Assalamualaikum...


Last week, cuti Merdeka hari tu aku sensorang pergi hantar borang nikah kat Pejabat Kadi Ledang. Sorang je la sebab pasangan bukan dalam daerah yang sama. Pergi hari Khamis la. Jumaat da start cuti, office pun tutup.. Bangunan dia kat dalam Masjid Tangkak jugak. Preparation? Mesti mau buat...

First thing first, lengkapkan borang nikah tu ye..
Then, pastikan siap buat semua salinan saksi-saksi sume tu la.. Back up je. Kot la nanti dia mintak salinan lagi ke kan. Kooottt laa....
Pastu, study la apa-apa yang patut.hehehee

Gigih aku study malam tu. Based on kawan-kawan punya experience, soalan yang bakal ditanya tu basic saje. Macam mengucap syahadah dan maknanya, pasal munakahat, taharah dan lain-lain lagi.... Tak silap akuk, ada 6 or 7 bahagian soalan.


Ikut depan masjid, jalan ikut laluan tengah-tengah tu. Pastu, cari Pejabat kadi kat sebelah kanan. Sebelah kiri tu Pejabat agama. Tapi nak hantar borang nikah gi pejabat kadi.


Hantar borang kat kaunter luar ni dulu. Sediakan RM17 ngam-ngam soi.




Macam aku, aku kena mengucap syahadah dan maksudnya, niat mandi wajib, doa qunut, bacaan tahiyat and tanggungjawab seorang isteri... Yang lain aku ok sekali tang tanggungjawab tu aku endah tak endah je time study tu kan. Belasah je la jawabnye...

Ustazah ni plak memang asik keje ajak borak je.. Sampai cite anak sedara nak masuk UPM minggu depan tapi tak tau jalan. Siap minta tunjukkan jalan sume la.. Aku control nebes, buat-buat cool, bagi la direction ibarat expert benor la bila dah duduk key illll ni kan.. Pastu, tarik napas balik.

Dah pong pang pong pang bersoal jawab, keluar tazkirah sume.. dengan borak-borak kosong lagi... memang kewll la ustajah ni. Hilang nebes I tau.. nasib baik lulus.hiks!
Owh haaa... ustajah bagi nasihat and tips bila sampai tang tanggungjawab isteri tu. Sangatlah berterima kasih kepada ustajah dan sangatlah bersyukur pada Allah sebab adanya peringatan dengan tazkirah yang dapat hari tu. Sangat-sangat berguna dan menginsafkan. Sebab tu la sesi aku lama sikit dari orang lain. Yang aku perasan, orang lain cuma jawab je apa yang disoal. Lepas tu, siap. Ciss jeles!

Tapi takpe, ilmu yang dapat tu la ganjarannnya... Alhamdulillah.


Terus dapat borang-borang yang dah diregisterkan dan diisi. Kena bawak balik borang-borang tersebut and hantar ke kadi yang berwajib. Hantar ke rumah kadi tau. Ada tulis kat atas tu. Ayah yang hantarkan nanti and confirmkan dengan tok kadi tu. Lepas tu, ready-ready je la nanti yee...hehehe



TAK SABAR NAK KAWEN!!

Oi macam dah ready sangat ke kan nak jadi isteri orang?? Baca buku bagi habis dulu OK!

BAEEKKKK -___________- "



Saturday, August 4, 2012

Oh my HIV test..~


Assalamualaikum...




Hari tu dah buat appointment untuk saringan HIV test kan. Hari Jumaat pegi buat test dengan JiJi. Diingatkan, untuk hari Jumaat, test adalah jam 2.45 - 4 pm sahaja. Sampai-sampai je aku terus amek no giliran siap-siap. Then, aku ke kaunter sebelah kaunter 1. Dah la mula-mula tersilap gi kaunter ibu-ibu mengandung.. haisss buek malu yo... -_-"

Kat kaunter tu, aku kata dah buat appointment untuk hari ni. Sekali tengok kat log book tu penuh pulak list name. Hari Isnin tu ada la dalam 4 orang je. huhu. Kesimpulannya, if tak nak leceh-leceh tunggu turn lama, boleh la buat test tengah-tengah minggu. Hari Jumaat for sure full house!

Okok sambung. Kat kaunter tu dia akan bagi borang untuk diisi and bayarla RM 1. Lelaki lain, pompuan lain. Manyak wokk!


Warna merah untuk perempuan. Ha manyak tak??!
Oh, sila bawa pen sendiri. 


Warna hijau tu pulak borang lelaki. Kurang satu borang dari pompuan. Kau isik la bagi penuh sume, baru hantar balik ke kaunter memula pergi tu. Nanti dia register ke ape tak tau la buat pe, dia akan suh gi kaunter 21.


Kaunter 21. Gambar gelap sebab aku tutup flash sebab nanti bila cahaya terpancar, aku akan malu sebab punyai hs yang berflash-flash dan berbunyik bila snap!
Kat kaunter tu kena buat check up yang biasa-biasa. Blood pressure, BMI, etc.


Pehtu, kena gi Bilik 6. Kena letak sume borang yang dipegang termasuk borang test HIV dari jabatan agama negeri masing-masing ke dalam box kat luar tepi pintu bilik 6 tu. Nanti dia akan isi sekali borang tu. Macam aku dari Johor memang ada borang HIV sendiri. Tunang aku pun Perak, ada sendiri. So, jangan lupa bawak ye...
Ok, tunggu turn untuk dicucuk. Dalam masa menunggu tu aku memang agak kondifen la tak takot sebab based on Kak Ida punya experince yang buat kat situ dia kata cuma cucuk sikit kat hujung jari je. So, aku pun happy-happy je la tak takut. Tapi entah kenapa aku rasa cuak pulak. Aku call Taca tanya kena cucuk mana. Tapi dia buat kat Sg. Mati cuma cucuk jari je. Tunang dia pulak buat kat Shah Alam katanya lelaki cucuk jari, pempuan yang kena amek darah kat tangan tu. Ah sudah! 
Hati dah mula tak sedap. Taca kata tak kot.. Tapi aku mula rasa resah gelisah. Aku tengok orang-orang yang keluar dari bilik 6 tu. Aku nampak pompuan tu kuar sambil senseng lengan baju and pegang lengan dia.

Oh shuuuutttt!!

Betul ke?? Mampos la aku....huhu. Pastu Jiji plak kata nampak kesan cucuk la kat lengan dia. Segala bapak kenebesan aku datang dengan serta merta. Dangg!!

Apa patut aku buat...apa patut aku buat...??
Rileks..rileks...aku kena rileks untuk hadapi ujian ni (ceh macam ujian ape je). Kalau aku tak rileks, pengsanlah aku jawabnya nanti. Tamoh pengsan, tamoh...huhu
Aku cuba tenangkan diri. Taknak sejarah lama berulang lagi. Semua tu psycho je. Aku boleh handle benda ni..boleh..! Boleh..!!

Aishh lambat lagi nak tunggu turn, aku cakap sendiri-sendiri sebab nak hilangkan nebes. Nak nyanyi pun dah hilang lirik. Camne nak hilang nebes ni...syuuuhhhh!! huhu

Tibalah masa nombor aku dipanggil....
Ok, rileks..
Time cucuk jangan tengok pun dia buat ape. Aku pandang kanan sebab dia cucuk kat tangan kiri. HA tu memang nampak akku nebes kot. Pas cucuk je dia nyorokkan tube darah aku kat celah-celah kertas.huhu

Eh dah cucuk? Sekejap je. Tak rasa sakit sangat. Yang aku risaukan tu lepas cucuk. Takut tombang.huhu
Dah cucuk tu, aku kena bawak tube darahtu ke bilik 7 pulak. Wadehel aku sendiri kena bawak darah tu??
T_T


Gagah tak aku nak jugak snap tube ni. Pandang sekali ni je untuk amek gambar dia. Pastu dah tak pandang dah. Sikit pun tak. Cuak. Takut aku pitam tengok darah sendirik.huhu



Sambil-sambil beratur nak kena pass tube tu, nampak auntie and anak-anak dia baru kuar dari bilik 6 and anak dia dua-dua nangis sebab baru pas cucuk.
Tengok tu siap darah dia meleleh lagi dari kesan cucuk tu. Kalau aku pun nangis jugak.huhu. Bajet gagah la diri ni kan nak snap sketsa berdarah ni...harap aku tak tumbang je la time tu.huhu


Pastu, kena gi ke kaunter 1 pulak. Bagi borang sume-sume...
Aku kena ke bilik rawatan 5 pulak...haishhhh
Dalam bilik tu baru jumpa dokter. Dr. kata semua result ok, cuma red blood cell aku kurang dari normal. Dr suruh buat ujian thalasemia. What??
Dr kata maybe jugak kekurangan zat. And dia kata takpe, ramai orang pempuan buat test ni. Kena ke bilik 6 balik untuk buat thalasemia.
That time aku dah rasa nebes-nebes lagi. Nebes tang cucuk tak abis lagi, sekali bertambah nebes lain pulak. huhuhuhuhu

 Takpe la, dalam kepala aku pikir buat je la. Kita tengok la resultnya macam mana. Then, ke bilik 6 balik la aku. Kat situ dia kata, sume dah ok. Dia cop-cop pastu dia kata ok dah.
Eh, aku tanya ujian thalasemia?
Dia kata dah ok dah boleh balik.
Eh? ehh??
Pastu ada HA lagi sorang kata boleh da balik, takkan nak tidur sini kot...
Eh memain plak. Aku serius ni...huhu
Then dia kata sume ok. Siap wish selamat pengantin baru.
Aku, 'eh -eh' lagi...kompius nape dia tak buat. Tengok jam time tu dah kul 4.45 pm. Em, sah-sah la diorang nak balik. Bulan puasa kan should be balik 4.30 kan. Dah lambat la tu.. Ciss!



Papepun, alhamdulillah non-reactive. Untuk buat test ni je aku kena pegi ulang-alik banyak kaunter and bilik. What a gomennnn.......... -__-!
Tapi, aku masih lagi tertanya-tanya pasal thalasemia tu. Cuaks la plak...hukhuk

Untuk menghilangkan kecuakan, terus pi warehouse sale Poney kat sebelah South City. Sederet je dengan First Base. Murah-murah.. Boleh la belikan untuk bebudak and bayi yang ada. Aku belikan Aina beberapa helai baju, cap and sock. Beli extra baju untuk hadiah baby Shikin and Zuli. Murah! Yeayy!!



See...murah je....


Ok, settle dah HIV test. Tunggu pihak lelaki settlekan borang dia kat pejabat agama. Then bolehla aku meneruskan perjuangan pulak.....



*Siapa puasa, kata HAUHAUHAU!!



Thursday, August 2, 2012

Progress updates: HIV test appointment, Tq sticker, hantaran & ...


Assalamualaikum...


Dah seminggu tak update progress ni.. Ada je benda dah jalan tapi pemaleh nak update kan. Atoiyaiii...
Buat point je lah senang kekdahnye...

1.   Dah buat appointment untuk buat saringan ujian HIV

Benda paling nebes hokey.. Nervous sebab tak tau diorang akan amek darah banyak ke sikit ke.. Kalau cucuk ciput kat ujung jari tu aku OK jek... Tapi kalau dia cucuk darah kat lengan tu mau mampos aku pengsan nanti! Sedia maklum aku ni kan PANTANG kena cucuk. Kompem pengsan lepas tu. huhu. Oleh itu, sebelum aku pengsan, kena la buat research dulu. Buat kat klinik gomen kena bayar singgit je katanye. Macam-macam version yang aku dengar and baca.  Contoh Iffa, dia buat kt Pusat Kesihatan UPM. Disebabkan dia pusat kesihatan, so kenalah bayar RM30. Lagi pun, kat PK dia cucuk lengan ko! Memang tak la aku nak gi sana kan. Ingat senang ke nak pengsan pengsan ni? Lotiihhhh!
Kesimpulannya, PK untuk orang-orang yang gagah lagi perkasa. So, say babai tu PK.hehe
So nye.. (amenda la bahasa) aku buat la appoinment kat Poliklinik yang berdekatan iaitu Poliklinik Seri Kembangan. Memula call je dulu. Nak make sure boleh tak buat appoinment thru phone je. Ni no klinik dia:


03 894 559 29


Sekali tak boleh kau. So, kena gi klinik sana (Dah la banyak kali call tak angkat-angkat. ishk!). Ada certain klinik yang bagi buat appoinment guna phone je. Tapi kebanyakkannya tak boleh. huhu. Petang tu gi la buat. Dah nama pun gomen kan. Mesti ada punya lah sketsa yang mensakitkan hati ni. Tapi takpe la bulan pose ni tahan je la.... Hari yang buat test HIV tu cuma hari Isnin, Rabu (2 - 4 pm) and Jumaat (2.45 - 4 pm) je. Very the limited. Grab now!! (tetibe)
So, aku booking hari Jumaat la senang. Time tu memang takde orang pun. Dia offer buat time tu gak. Takmoh aku. Tak ready mental. Karang pengsan di tengah jalan kang sape susah... hahahaha
Ok, appoinment done.




2.   Tq sticker dah dapat! Boleh refer entry SININ (ceh)


Unexpected! Katanya middle of Aug baru siap. Tapi dia siapkan very the awal. Puas hati! Sangat suka makkk..... =p
Walaupun dapat awal, tak boleh buat tampal -mentampal lagi sebab brown paper bag tu mak kata ok je but still in KIV and doorgift is keep changing. Banyak sangat idea...huhu. Mak kata lepas raya baru kita gi hunting. Ok mak. Menurut perintah! Yang penting aku dah sediakan tag tu. ;)





Comey dok? Simple kan? Omeyyyy angat..... (puji sendiri punya memang hobi. HAHA)
Kaler biru tu rumah suami punya. Eh eh, tunang la. Gatai -_________-
Duaribulimaratus keping semuanya...fiuuhhhh~
Love! Love!








3.   Part of hantaran juga dah sampai. Yeayy!!


One of my hantaran item dah sampai.. Seronooootttttttttttttttttttt sangat sebab dah nak settle da sume hantaran. Boleh la tick-tick.hehe. Alhamdulillah :)





Bagi kopi je........ 
*krikk krikk*





4.   Libresse Touch - Sample Pack


Eh hantaran bagi barang Libresse ke?? Aje giler la kome.....hahaha
Sebenarnye dah dapat sample pack je. Sesaje isi form nak sample pack ni. Bagi alamat kat opis myTunang. Tetau sampai dah. Kesian kat tunang I keMALU-MALUan menterima parcel yang tak sepatutnya orang lelaki terima.hahaha. Sorry dear.. Tak tau pulak kotak dia tu as 'sampul' terus. huhu.
So far, memang best pakai Libresse ni. Comfort sangat. Gam dia pun lekat je. Tak macam certain brand lain, gam dia tak kuat. Payah!

Jom tengok barang baekkk. Jeng, jeng, jeng....



Tu la kotak dia. Terus jadi sampul. Orang lelaki yang terima. Sape tak malu oi!




Wahhhh wane wani.... Secret la sangat! huhu
Semua jenis pad Libresse ada. Ada 6 jenis:

1) Maxi non-wings & wings pad
2) Slim non-wings & wings pad
3) Maxi night wings pad
4) Ultra thin wings pad
5) Slim liner
6) Super slim liner




Tunggu masa je nak pakai sume ni. hahhahaha


*Aku takde iPad, tapi ada Pad. HUAHUAHUA