Daisypath Vacation tickers
Daisypath Anniversary tickers

About Me

My photo
Nyong iki asal'e wong jowo. Harus ngomong'e jowo. Sitik-sitik iso lah..hehe

Showing posts with label Wedding: Outfit. Show all posts
Showing posts with label Wedding: Outfit. Show all posts

Tuesday, December 25, 2012

My wedding dress designer a.k.a my bestie!


Assalamualaikum...


Yaaa hari ni cuti. Banyak benda nak buat ni.
Nak amek road tax, nak singgah rumah Tiqah, nak print kupon.. (kata hantu kupon.. =p).. pastu nak dating! kikiki

Pastu saje nak tepek gambar 'hadiah' dari Apai.. my wedding dress designer..cewahhh
Proses nak beli kain pun dah cerita jugak dekat SINI. Apai la yang bagi tips dan nasihat yang berguna masa nak design and beli kain hari tu.. Consultation free! Sape tak suke.. Itu la gunanya ada kawan belajor pesyen-pesyen.hihihi

Thank you so much lalink~
^_^



Kidal-kidal Apai ni cantik jugak tau melukis gambar model. Tergamam sekejap masa tengok dia lukis dress kawin aku dengan sekelip mata je.. hehe

Thanks a lot Apai... I love this so muchhoo!!

=)

Wednesday, September 26, 2012

Veil express..jugak


Assalamualaikum...


Kali ni dengan pantasnye aku buat veil plak. Please refer blog cik BIE untuk tutorial veil ni. Step dia lebih kurang sama je.. Nak lagi best, ce usyar blog Cik Lijah. Ratu veil katenye..hehe

Untuk buat veil, kena beli kain net yang nipis dan lembut yeh sebab nak dia tergantung di kepala secara lemah-gemalai.. (OhMyBahasa!)
Tapi kalau pakai kain net yang keras, veil akan tergantung kejung macam orang gantung diri tu haaa....analogi sangat.

Beli kain net kat kedai bunga apek Bukit Gambir. RM 6 per meter. Murah gilor.. Aritu tengok kat KL ada la belas-belas hengget.. Lembut pun sama je. Kesimpulannya, beli la kat desa-desa bagi meng-cut cost dan mengelakkan pembaziran.. (Memang takdak kurang duet pong nak beli memahal =p)




Ok dah beli tu, lipat dua untuk dapatkan potongan D yang simetri.. seperti biasa orang buat veil tu.. Boleh refer link kat atas..



Aku belasah je potong tak pakai kertas ke apa.. Agak-agak nak lurus, aku letak sebelah tile lantai tu, jadikan sebagai pembaris. Agak-agak nak bengkok, aku bengkokkan arah gunting tu.. haaaa




See.. hasilnye sama je.. Graf licin gitu... =p




Pastu, patchkan je la lace-lace tu kat keliling.. Jahit susup. Nak kemas lagi, sebelum patch, kain net tu jahit tepi yang rapat-rapat baru cantik.

OK?


Settle masalah.. ngeeee



Tuesday, September 25, 2012

4 hari lagi..


Assalamualaikum...


Dress in progress...................




Lagi berapa hari je tinggal... Lace lagi sket je nak siap. No wonder la tailor charge harga kaw-kaw-burger-bakar!

Gila jenuh nak jahit. Jelujur je pun.. Nasib baik baju kawin sendiri. Sepenuh hati buat walaupun penat.huhu
Mak pun tolong. Kalau mak tak tolong, entah siap ke tak nak pakai nanti. TQ emak!!


OK ni baru nak gi beli tudung. Bye!

-_______-!




Wednesday, September 19, 2012

Fitting baju kahwin...lagi


Assalamualaikum...


Ni baju kawin! Pelik kan warna yang aku pilih. COKLAT. Hahaha
Aku pakai kain yang beli kat entry INI.
Dah dapat, tapi masih belum sempurna. Kena alter lagi sket la. Lengan cam besar lak. Tak mahu, tak mahu...huhu


Tadek teaser-teaser lagi dah. Setepek aku bagi tengok!

Simple jek.. Lace kat tengah tu aku pin dengan jarum je dulu. Kengkonon nak tengok cantik ke tak.. (walaupun memang tak berapa nak cantik.huh!)
Takpe la, yang penting kain kembang semangkok =p

Lace pun tak patch lagi. Patches tu aku buat sendiri nanti dengan mak. Nak letak kat pinggang, tangan and bahagian kaki. Jahit jelujur je. Nasib baik MACAM senang. Erk!

Lagi satu "Erk".. Tudung untuk baju ini belum buat... Erk!! -_-!


Ni baju lelaki. Aku suruh Uda cuba try test sebab tuan badan tak ada kan. Badan memang la beza dengan petunang tu. Tapi nak jugak suruh dia pakai. 
*Itu kain pelikat adik. Bukan untuk penantin -_-"

Ni pun kena alter jugak kot sebab nampak macam besar je.huhu
Eh, OK jugak tu bersanding pakai kain pelikat. JAWA sangat....hahaha
(Bertuah sungguh la kalo petunang tu nak pakai kain pelikat kan...)



Haisshh la.. Takutnye pasal baju ni.. Banyak nak kena alter balik. Rasa seperti nak nangis.
Wuwuwuwuuu
T__T


Tuesday, September 18, 2012

Nikah shawl =)


Assalamualaikum...




Haa ni la.. ni la..
Da siap dah. Alhamdulillah...
Tak tido 2 malam katanye nak siapkan benda ni. huhu. Tapi hasilnya, sama macam kat kedai kan?
I suka! I suka!! =p


Setelah berdiskusi and bertutorial..akhirnya...nak pakai cenggini...


Simple je kan. Tak payah veil or crown pun kan..
I love!


*Sekali lagi, Thank you Dura!

Saturday, September 15, 2012

Halfway shawl.hehe


Assalamualaikum...


Dalam dilema nak pakai cenggane shawl ni nanti. Belum siap sepenuhnya pun.. tapi dah tak sabar nak try jugak. Terpaksa la Dura melayan karenah aku ni -_-"



1) Lilit shawl macam biasa?


2) Pakai tudung bawal macam biasa dan shawl sebagai veil belakang?


3)  Pakai tudung bawal macam biasa dan shawl sebagai veil depan?


Or



4) Pakai macam ika Radiusite pakai half moon nye...


Me? Prefer yang last ni. Sebab tak pernah try pakai camtu.hihihihi


Even belum siap lagi jahit manik, aku nak jugak try. I told you.. I can't wait for longer time.
Because..

I AM SUPER EXCITED WITH MY NIKAH SHAWL! =p


*DIY-thingy might not as perfect as in the market, but the SATISFACTION is PRICELESS

Thanks Dudud =)

Friday, September 14, 2012

DIYing nikah shawl


Assalamualaikum...


My nikah shawl is in progress!


Material: Indian chiffon
Colour: Pink plus ada macam kilat-kilat PERADE.haha
Length: 1.5 m
Price: RM7/m
Sponsored by: Dud-dudududdududddddd (baca macam orang tiup trompet nak pi perang)
Textile store: Madras store depan Semua house
(mata boleh jadi blink blink tengok kain-kain dalam kedai ni semua super cantik!)
Theme: Ala-ala half moon Radiusite...cenggini:



Olohhh tomey nyee aku nanti...huahuahua. PERASAN!



Ni cara pakai...



Pa lagi Dud...ukur jangan tak ukur!




Potong jangan tak potong!



Test jangan tak ngetestt...!! HAHAHA




OK, bersedia untuk jahit manik yawww~



 Jangan terkejut bila nampak 3 pasang tangan yang mengkerjakan sehelai shawl itu.hehe




Haaa tengok. Bersungguh depa-depa ni buatkan shawl tu. Kak Enaz and Kak Yati pun join buat tu... Terharubiru I mentengoknye taw.. hiks!
Tak sabar nak tengok outcomenye.. Mesti tanteekkk.hihihihi



CAN'T WAIT! CAN'T WAIT!!! =P



Wednesday, September 12, 2012

Fitting baju bertandang kat Ipoh


Assalamualaikum...


Hari kejadian: Last Sunday
Tempat: Rumah bakal mak mertua kat Ipoh
Tujuan: Nak fitting baju kawen sambil beraya la kot. hahaha

Haa ni pun first time datang sorang ke rumah bakal mertua tanpa pergi ngan mak ayah..
Disambut mesra oleh kedua mak dan abah saya.. Eh eh eh... =p
Balik hari je sebab Jiji balik dari Thai hari sabtu. Sabtu pulak banyak benda nak buat. Jadinya, pulang ke Ipoh hari Ahad. Gerak balik malam tu jugak la. Esok nak kijo pula.huhu


NaRaYa bag in bakal-pengantin-room... hiks!


Sebelum ke butik, singgah sat ke homestay yang bakal kamiorang Johor nak rehat-rehat nanti. Ok, besar jugak tengok dari luar.


Ni bangunan butik. Tapi kedai dia tingkat 3. Tak nampak plak tu sign board. Camne ntah snap picture. Sasaran tak tepat. hahah
Oh ye, nama butik tu B&R bridal. FB dia lupa la plak. Bangunan ni betul-betul dekat sebelah Jusco Ipoh. Memang nampak la signboard dia nanti.


Dah masuk kedai, kita cuci mata tengok baju-baju dia. Not bad la. Up to date jugak baju dia..










Time to fitting-fitting!!!


Eh terflash pulak. Maklum la...amaturrrr

Ini baju pilihan pertama mak mertua masa first time booking dengan butik ni dulu. Cantik. Sopan macam I... hikhokkkk =p
Tapi baju macam gebeh sikit. Maybe kena alter sket lah baru nampak ngam-ngam gitu..



Blur blurrr macam tuan dia -_-!

Nak dijadikan cerita, ada 1 baju baru yang baru je dipakai hari tu tergantung kat depan sebelah pintu masuk. Ku lihat mata ibu mertuaku tidak berkelip dan bersinar-sinar.. Ah sudah. Dia berkenan ke?? Tapi baju tu ada ekor. Dia mana minat baju berekor ni. Tak mungkin la dia nak baju ni. Tapi memang cantik baju tu. Warna pun memang masuk la dengan tema..

Akhirnnya..

"Ana tak nak try ke baju ni?"

"Nak try? Boleh je...hehe" Aku la tu jawab kemalu-tapi-mahuan. huahuahua


Haa suka tak? Suka tak??

Aku SUKA sangat! Very the high taste kau Mak Eni....hehehe
Ok mak, kite on je la baju ni.. Eh tetibe MAK ;D


Aku terai test 2 baju je. Tapi si teruna up 1 dari aku. ciss! hehe. Walaupun dua-dua ni nampak warnanya macam sama, tapi berbeza la materialnya.



Yang ni, pesen lama sket. Kain macam kain shantung tu. I tak suka sangat. Lagipun besar. Tak fit. Laki I tu kan FIT sangaaat...huhu


Haa yang ni ok sket la dari yang first tu. Ni kain duchess satin. Nice je nampak kemas and fit la sket. 
Okok proceed... tinggal tunggu hari kejadian je. hehe


Dah settle baju belah laki. Yeayy!!!
Tapi belah pempuan belum ada apa-apa lagi yeayyy!! T_T

Balik rumah, mak mertua hidangkan minum petang pulak. Rajinnye mak mertua I ni. Gud2! 
Aku?
Melantak je keje weehhhhh...
Kalo nak kena penampor dengan mak sendiri, buat la gitu.haha
Opkos la aku menolong-nolong mak di dapur... Kata nak jadik menantu kesayangan kan.. Kena la pandai cari topik yang bersesuaian.. Rancak tak rancak la sampai aku dapat resipi ikan pekasam. kikikiki





Ini biskut sarang semut yang femes oleh Mak Eni. Betul sedap....
Nak order? Boleh la contact-contact nanti. Eh aku pulak memandai promote. hahaha


Lepas maghrib, siap-siap untuk pulang. Len kali saya datang lagi ye Mak Eni and Pakcik Mokhtar... Eh time tu da panggil mak ngan abah la ye...Suke! Suke! hihihihihi




Friday, May 18, 2012

Eh ingatkan kisah baju kahwin dah settle..tapi...


Assalamualaikum...


Ceceh tajuk...tak bleh blah...macam buat karangan darjah 6. Sambung cerita tersebut... -_-"
Ceritanya, aku kan dah beli kain untuk bersanding nanti kan. Ce baca kat sinun. Aku ingatkan memang dah settle la tak payah pikir nak cari kain lagi. Balik kampung tinggal hantar ke tailor je.. Sekali bila dah tunjuk kat mak aku, dia kata ok..tapi dia nak nampak lagi flowy..dia suruh tambah yang part luar tu yang flowy-flowy tu ntah ape ke nama tah..jadinya kami pun mencari la kain extra tu kat Tangkak the heaven of kainsss





Ada banyakkk kedai kain kat tangkak ni. tapi aku malas la nak tawaf satu tangkak tu kan. Pergi dua kedai je. Kedai Bunga raya memang terfemes wa cakak sama lu...




Kain memang banyak...dan jauh lebih murah dari pak cik jakel...



Adik aku sebok nak mencapub jugak.haissss...
Last-last dapat la cari kain chiffon untuk flowy-flowy tu. Bila balik rumah cuba la acu-acu kan nak tengok kesantekkannye terserlah atau tak...sekali.....



It turn out to be like this.... Ini model import Chennai mari...(tipu. tu adik aku.haha)
Warna cream dan champagne adalah nampak tak menyerlah. Nanti lagi la pelamin warna putih..oh-so-out! huhu
Mak kata, "Takpe, kain ni boleh buat lining untuk baju. Nak buat backdrop untuk meja makan pun boleh ni. Kain ni boleh je guna untuk lain. Esok gi beli warna yang lain.."
Oh mak, I'm so touching..mak sangatlah sporting =')


Esoknya hari Ahad. Aku pun akan balik hari tu jugak. So, nak tak nak aku kena cari kain tu hari ni jugak. Round lagi 1, 2 kedai..and jumpa dengan warna yang aku suka!
Tapi bukan chiffon. It's like satin. Ape ke nama SA tu kata..lupa pulak. Tapi pelik la namanya..nama kereta kot..Tak ke pelik nama kain macam nama kereta..

Kain = Kereta

Haizzzz -_____-"


See..warna pilihan hati aku mesti warna cenggitu-gitu... Nak jugak tu aku masukkan dengan warna champagne..Aku suka yang ala-ala grey tu. tapi mak and ayah suka yang purple. Panjang punya panjang punya pikir...aku tarik warna lain pulak.lagi pening mak bapak aku.hahahaha



End up with this colour. Semua setuju dengan warna ni. Semeter dapat rm10 je lepas aku kecek-kecek akak tu. yeayy!!
Lepas tu mak aku nak jugak patchkan lagi dengan lace..dalam kepala aku, alamak lace mahal. cano ni...huhu. Takpe-takpe lek lu..sap kok lu...... dalam hati debor takut lace mencecah beratus-ratus T_T
Sekali jumpa pulak lace yang cantik. Beaded lace pulak tu...and murah! Tak snap gambar sebab super excited dengan lace yang cantik dan murah.haha. Semeter last price dpt RM50. Harga asal rm75.
Ya Allah sukanya aku....... =')


Lepas tu, hantar ke tailor lah..suka! suka!





Tak semenggah -_-!
Measure badan lelaki and pempuan. Yes, lelaki itu pun ada time tu...taching i yew datang tau.hiks!
(Sebenarnye suka sebab boleh balik sekali tak payah naik bas =p)




Pastu, balik rumah kita makan kek! Kila baked chocolate cake untuk mak. Aku belajar resipi dia..hmm...

Not bad...



Bodol bad....


Sekian, T_T





Sunday, May 6, 2012

Fabric hunting!


Assalamualaikum...


Ye, bertemu kita pada hari Ahad yang indah ini... ;)

Ok nak update laju-laju. Sebab barang tak kemas lagi. Hari ni saya nak balik kampung..
weehooO!!! =p

Semalam dah amek design baju kan? Jadi hari ni, nekad nak cari kain. Sasaran utama adalah kedai kain Pak Jakel lah mana lagi. hehe. Saya pergi ditemani dengan orang tersayang. Terima kasih banyak-banyak kerana dah melayan saya yang banyak karenah ni. Sweet la you..awww~

Bluweekk!!
Haha tak memasal aku nak menjiwang ni kenapa. Padan muka dah muntah ijo....

Okok kita kembali kepada cerita beli kain. Mula-mula try tengok kat Harrison. Kedai kain yang kat Jalan TAR jugak. Seriously, aku berkenan gila kat warna kain yang diidam-idamkan tu. Aku tak snap sebab tak beli kan. Sekali tanya harga, uuuumangai...RM 48/meter. Kalau ada membership card, jadi RM 42/meter. Nak buat membership card pulak kena bayar RM20.

Let say if nak beli 4 meter.
RM 42 x 4 = RM 168 + RM 20 = RM 188

Ooo nehi..nehi...nehi... Too expensive for me as a pengantin budget ni. Maka pencarian harus diteruskan. Say bye bye to warna kain idaman..hukhukhuk

Next, kita terjah Kamdar pula. Last time pergi, kain dutchess tinggal 2 warna je. Putih and hitam if tak silap. Tapi harganya uuuuumangai punya lah murah if nak compare dengan kedai-kedai yang lain untuk jenis kain yang sama.
Actually, aku nak cari kain dutchess satin. Harap maklum -_-!
Kali ni nak terjah lagi. Kot la ada kain baru ke kan.
Sekali pergi tengok..and yes, memang ada kain baru dan harga yang sangat menariballetkan aku... Cuma belas-belas je. Aku tak ingat. Sangat la murah.huhu

Tapi..tapi..tapi....
Warna kain adalah takde (ape bahasa aku pakai)
Sekali lagi aku hampa.. (keluar kedai dengan kepala tunduk tanda hampa)

Lepas tu dah tak singgah kedai kain yang lain. Terus je pergi masuk Jakel. Bila dah sampai sane, terus je naik tingkat 4. Wah wah.. macam dah expert je kan cari kain. hehe
Dalam hati ni berdoa mintak-mintak la warna yang kat Harrison tu ada kat Jakel ni...mintak-mintak la....
Oh lupa. Mintak-mintak la akak yang melayan kitorang dulu takde. Malu seyh kalau dia perasan kitorang ni sebab dulu pergi iye-iye je macam nak beli. Sekali tak beli pon. hahahahaha

Ok, menuju ke lapangan sasaran. Bilik kain satin, satin bridal/duchess satin.
"Akak, saya nak duchess warna dusty pink...bidang 60"..." (cewah, macam expert lagi)

"Em..mm...takde la dik. Ni la pink yang paling dusty pun. Yang lain dah habis.."

Dang!! T_T

Nak menangis.  Tapi ku pujuk jua hati supaya berkenan dengan warna yang lain..
"Ala..takde ke..kat Harrison ada. Tapi dia jual mahal..."

"Dia jual berapa?" ceceh..nak korek rahsia dari aku la tu....


"Dia jual RM48/meter. Kalau member jadi la RM42.."

"Eh kita boleh bagi adik RM30/meter je. Harga designer tu kita bagi. Tempat lain takde harga macam ni dik...

Eleh nak pancing aku la tu. Padahal harga paling murah aku pernah dengar orang bagi RM25/meter untuk kain camtu.haha

"Ni warna Scha ni. Jakel sponser 100%. Tengok la malam ni dia kahwin." Eh Scha kahwin pakai warna champaign ek? Tak tahu pulak aku..haha. Iskh retis-retis ni semua disponser kan. Diorang dah kaya, tak payah la nak sponser orang kaya..meh sponser aku meh...hahahaa

Nak buat ayat sedap.."Tu la murah gak. Amek je la warna ni ek.. Pastu saya nak cari border lace..nak patch kat bahagian bawah.."

"Ada ada..kita ada..meh..."



Tersenggok-senggok akak tu cari kain...daddykasik sungguh!




Dia tunjukkan aku border lace warna grey, hitam, gold... Perrgghhhhh memang cantik beb.. Berpinar mata aku mentengoknye....
"Cantik...cantik...berapa harga ni kak?"

"Ni semeter RM140(kot.aku tak ingat. tapi ratus-ratus la)...tapi akak bagi RM100 la semeter.."

"Uiisshhh mahalnye. Kain ape ni border lace mahal gini..."


"French lace ni dik. Memang mahal sikit. Tapi cantik..nampak exclusive.nampak mahal...cantik.." 















Siap bawak kain satin tu ke tempat lace...nak matchkan ngan lace punya pasal... Lagi sekali aku dalam dilema sebab dah aku tengok semuanya cantik-cantik. Tak boleh nak decide.hukhuk



Memang la cantik kak oi. Harga pun memang cantik tertarik menarik la...huhu. baru aku tahu weh french lace macam mana...memang lembut and cantik...memang sakai jakun la aku time tu. Tapi control macho.hahaha
Tapi disebabkan macam mahal and not in my bubdget, aku cari option lain. Cari Korean lace yang katanya lagi murah. Tapi hampa, tak jumpa jugak yang berkenan...
Sekali ada akak  ni tegur.."Camne dik, tak jumpa ke yang berkenan...kain tadi ok tak.."

"Tadi ada yang berkenan. Tapi mahal la pulak..tu  try cari kain murah sikit.tapi takde pulak warna yang sesuai.."

"Laa meh sini mana yang adik nak tu kita tengok..." Dia pun ikut la naik atas balik. Hati dah berdebor ni takut nanti akak yang layan kitorang tadi terasa pulak aku mencari orang lain..huhu

"Ha mana..mana..mana kain yang adik ni nak tadi?" Gelabah kot akak yang melayan kitorang tadi cari.

"Ni ni..yang ni..tadi dah bagi harga semeter RM100. Dia nak 2 meter.."

"Apasal 2 meter pulak. dia kan pakai untuk patch depan je. semeter dah cukup..." Gila kencang jugak la suara dia. Aku pulak terpinga-pinga kenapa akak ni macam berkuasa sangat..

"Ok la akak bagi 2 meter ni RM 170..kain duchess RM200 kan. So, semua RM370..Ni dah murah sangat dah ni akak bagi kesian.."

Hahaha muka aku memang sangat mengkesiankan. Sebab tu muka pun senang kena tipu.haha

Dah kat kaunter baru la tahu setahu-tahunya...akak yang bagi discount gila-gila tu adalah salah seorang manager Jakel. Patut la senang-senang je bagi discount. Siap bagi arahan kat pekerja-pekerja yang lain..Baju pun pakai baju biasa je..Patut la..........

Apa-apa pun, dah settle satu kerja. Kain pun dapat harga murah.

8 meter duchess satin = RM 25 x 8 = RM200
2 meter french lace = RM 85 x 2 = RM170
So, total = RM 370

Weehooo!!~~
Gembira sebab dapat beli kain untuk baju penantin sendiri dan murah....rezeki hari ahad dapat beli kain terus dengan manager dia.

Alhamdulillah...kain baju penantin dah jimat. Tak payah nak sewa. Sewa pun mahal. Dah la bukan ikut saiz badan kita. Design pun mesti tak memenuhi citarasa antarabangsa.
Jadi, kesimpulannya adalah sangat puas hati sebab baju penantin murah dan berkualiti tinggi.hehehehee


Kesimpulannya lagi, barulah aku tahu kenapa kain-kain yang cantik tu mahal. dan kenapa bakal penantin sanggup invest baju kahwin sampai mencecah beribu-ribu...

Sebab...pakcik jakel dah berpinorkan maka diorang! aku je yang berjaya tak berpinor sangat..hahaha



Nak kesimpulannya lagi....misi berjaya! :)


*Aku selalu tertanya-tanya..kenapa ek french lace mahal?