Daisypath Vacation tickers
Daisypath Anniversary tickers

About Me

My photo
Nyong iki asal'e wong jowo. Harus ngomong'e jowo. Sitik-sitik iso lah..hehe

Showing posts with label Wedding: Photographer. Show all posts
Showing posts with label Wedding: Photographer. Show all posts

Thursday, February 21, 2013

Album kahwin


Assalamualaikum...


Album kawin dah dapat. Sebenarnye dah lama dapat. Sekarang baru nak masuk blog. Tu pun sebab tengah kemas-kemas barang sket nak pindah, teringat tak amek gambar album-album ni lagi.




Ada 2 sticky album, 1 custom and 1 gambar size besar plus frame putih.





Ni sticky album dari Ezy. Gambar majlis kat rumah aku. Frame putih dengan gambar besar (tak snap) pun dia bagi. I loike!
Yang sangat bestnye album ni tak sampai sebulan dah siap. Tak silap 2 minggu je kot.
Suke gilos aku.



Ni sticky album dari Fahmi. Dia pun one of photographer kat rumah aku time tu. Cover sama plak diorang buat. Maybe sebab gambar tu yang paling menarik kot.....



 

Ni custom album Fahmi buat jugak. Cantik, kemas, gambar lawo. Oh ye, custom album ni berat. Penat mengusung ke sana sini. Tapi takpe, aku suka usung sana sini.heh

Sume hasil dari Fahmi pun dapat dalam 2-3 bulan. For me, just nice. Tak sekejap and tak lama sangat. Pueh ati ai. Btw, Fahmi orang Ganu. Tapi kerja sini. Sapa mau dia, boleh roger-roger dia deh =p




Cute~
Ni Kak Siti, Abg Nyah n baby yang bagi. Album untuk gambar size A3. Plus sepasang bebear untuk gantung dalam kete.
Tq2..!


Kesimpulannya, sangat puas hati sebab gambar cantik-cantik, album kemas dan aku sukeee lah!



Sunday, January 27, 2013

Official Photographer


Assalamualaikum...





Hari ni aku nak review my OP.. Aku amek OP yang dekat dengan area rumah. So that, dapat free or no transportation charge.hihi

I choose EzyWedStudio!!




Nama pun macam EASY. Memang senang la nak communicate dengan Ezy. hihi.
Siap bawak second photographer lagi.. Gambar pun siap cepat jek. Tak sampai sebulan.

Impress.. impress...

Highly recommanded!!

Nak tengok hasilnya, silalah ke blog or FB dia.
Owh ya, dia boleh cover semua tempat. Jangan riso...hehehe



Cepat bukak email mintak quotation kat dia!!



Wednesday, June 27, 2012

Photographer yang saya suka!


Assalamualaikum...


Ni nak cerita pasal photographer pulak la. FYI, aku akan guna Fahmi as the OP. But then, macam nak pakai lagi photog sebab takut dia tak dapat cover semua. Dia kan sorang je.. So, aku pun cuba try test la cari few vendors yang appropriate dengan bajet yang sangatlah ciput ni.huu
Antara kriteria yang nengana nak adalah;

1) Of course la gambar they'ols kena malatop!
2) Bajet bawah seribu...ado? Bajet gile aku.kehkeh
3) Photographer based in Muar --> so that tak payah add transportation charge.hehe


Ini adalah permintaan pengantin bajet. Sila tunaikan permintaan saya, yeh.hahaa
Dah ada kriteria-kriteria tu, aku pun google saje lah.. Mula-mula memang susah nak cari photographer dari Muar ni. Yang ada pun gambar tak menepati citarasa antarabangsa aku ni. (Nak cun je tapi takde bajet malu la oi)
Dengan kepakaran jari dan bakat searching aku yang jitu lagi padu, finally I got few vendors yang memuaskan hati ahkak... Bukan Muar je la. Merata..huhu



Foto by Razali

Photographer pertama yang menjadi idaman hati orang-orang selatan (based on b2b blogger review la) hehe. Tengok gambar-gambar dia memang cantik. Aku suka gambar yang candid-candid ni. Nampak so natural. Kalau yang tak candid tu macam nampak sangat berlakonnya.huhu
The packages pulak quite affordable la untuk kualiti gambar yang superb. Price range from RM1700 onwards.
Dia dok Batu Pahat. So sesape nak hire dia boleh la tanya-tanya. But he is almost fully booked for this year. Macam goreng pisang panasss. Cepat-cepat la book if nak pakai dia nanti. Ramai jugak bride blogger pakai dia.



 Kina!



 Rai!





Arhhh semua gambar dia aku suka! Love! Love! Love!
Tengok sendiri kat FB dia. Or website dia.
Nak hire tak mampu. Dapat tengok jadi la. Hahahaharapan



Qayyumstudio

Lagi satu photog dari Klang, Selangor.. gambar pun superb. I loike! Price pulak memang hargabolehmilik (camtu ek?) Start from RM 1500 untuk satu event. Owh, time aku minta quotation tu dia kata ada promo since April. Go to their website and book now! Sementara promo masih ada... hehe











AzamHashim


Azam Hashim ni aku tak berapa nak pernah dengar sangat. Dapat tau pun dari b2b Zimie. Dia pakai Azam Hashim as her OP.
Gambar? For me, memang ohsem... Oh, package dia pun not bad woh.. Pakej akad + sanding boleh dapat as low as RM 1600! Memang berbaloi.. Sama macam photographer yang lain, Azam Hashim pun buat promo jugak. Tapi, promo dia lain dari yang lain. Nak tau ape??

"Untuk September weddings and onwards, saya sedang buat promosi Percuma Post Wedding di Port Dickson atau Cameron Highlands"


Perghh post wed kat Cameron best jugak ni. Boleh la feeling rementiks. Hiks! Boleh tengok promo tu kat sini:
         http://www.facebook.com/events/388963044476318/

Ex-b2b yang pakai Azam ni..

 Zimie!









Ezywedstudio

Ok, namanya Zainal Ezy (from the email). Beroperasi di Muar.. Oh apakah maknanya??
*Angkat dua-dua kening, angkat dua-dua kening*
Yes, NO transportation or hotel will be charged! Yeayy!!
Nak yeayy! lagi sebab price diorang adalah sangat berbaloi-baloi!!
Tambahan yeayy! sebab dia pun buat videography!
Weehoooo!!~

Ni antara hasil kerja Ezy yang uuu...waahh...wow! (Over aku Jah!)








Suka! Suka! Suka!
Nak suka banyak kali! Sukaaaa! haha



5) Nizamrosli photography

Yang ni pulak dari Klang, Selangor. Their price is very very menggembirakan poket rabak aku ni. Tengok quotation diorang banyak kali kot sampai gosok-gosok mata yang tak gatal. Even transportation charge pun sangat murah.. Apatah lagi yang diorang offer tu... Korang tak kan expect punya lah!
Starting price from RM 1000 onward. With that seribu, boleh dapat 2 photographer! Murah tak? Murah tak?! (Tolong la kata murah..wuwuu)
Hasil tangkapan mereka pun not bad. Cantikss!!









Owh Lembayung Senja pun ada buat promotion to b2b blogger up to 15% discount! Boleh tengok SINI. But I still tak boleh nak  hire diorang sebab need to have at least 50 followers. Mak sangat tak layak...wuwuwuwuuuu~ T_T
Tapi if korang ada berlebih50 followers, you are most welcome to contact them. hehe


So, sesiapa yang belum and tengah nak mencarik-carik photographer tu, silalah mentengok-tengok diorang ni. Jangan malu-malu untuk email mereka sekalian. Bukan tak pakai baju pun nak malu-malu. hahahantahpape.
If malu jugak, boleh la mentakmalu dengan aku je. Aku ada quotation from they'ols ni.hehe. Aku listkan photog dengan price range yang aku nak je. Yang riban-riban macam Saiful Nang ke.. Udey Ismail ke.. Danial Zain ke.. opkos bukan dalam list aku. hehe. Dah semestinya hasil kerja mereka juga adalah malatop!


Tapi.. tapi.. tapi....
Photographer di hati saya (ceceh tetiba tukar saya) adalah tunang saya sendiri.. *blushing*
Disebabkan saya akan berkahwin dengan tunang saya itu, makanya tak boleh la nak suruh dia jadi OP. Nanti tak memasal pengantin asyik dok cam-whore duaorang-duaorangan saje.. Tak ke ape-jadahnye-korang-bedua-ni tu nanti..HAHA



*Susah nak pilih ni.. Good luck to i'olls!!   > <