Daisypath Vacation tickers
Daisypath Anniversary tickers

About Me

My photo
Nyong iki asal'e wong jowo. Harus ngomong'e jowo. Sitik-sitik iso lah..hehe

Showing posts with label Wedding: Shoes. Show all posts
Showing posts with label Wedding: Shoes. Show all posts

Thursday, January 23, 2014

Kasut idaman kolbu


Assalamualaikum...


Perempuan dengan kasut memang tak boleh dipisahkan..kan?
Aku kan perempuan.
Oleh itu, aku nak cerita pasal kasut yang aku suka.

Semua jenis kasut aku suka. Tapi lebih suka yang tinggi-tinggi. Tak tau la knapa.
Maybe sebab aku rendah..I guess...
Ye, kasut pertama namanya adalah GUESS =P


GUESS

Sape tak kenal brand ni der. Berlambak dah kat Msia kan. Tapi this wedge catching my eyes lah. Tetiba rindu nak pakai wedges. Nak pakai kat sini? Gilor pulak orang kata sesejuk ni pakai ni. Unless pakai stokin tebal-tebal pastu sarung wedge ni. Pastu tadah la tinge kena gelakkan dengan Jiji nanti.
KLAKOR ok!
Owhhhhhh bila la nak balik Msia...


STEVE MADDEN


Say hello to the bride-to-be out thereeee!
(Sebab dia shining2, glittering2..ku tujukan khosss untuk bakal pantin sahaja)

Steve Madden. Brand dari US. 


Design dia nampak neat and fancy. Colour yang vibrant. Famous dengan design tribalnya..kan?
Aku rasa Apai suka pakai brand ni..rasa je la.heh



MOSCHINO CHEAP & CHIC



I am sooooo in love dengan kasut atas niiiiiii.
Cun gilak nak matik..!
Kalau dapat sepasang ni, memang aku peluk je kaki. Tak kesah la bangun pagi nanti cramp kaki ke apa. Janji puas. huh





Moschino Cheap & Chic. Made in Italy.
'Chic' memang boleh percaya chic la.. Tapi jangan tertipu dengan 'Cheap'nya itu. A bit pricey ok.
*menangis skejap*


Lagi satu chic..chic...chicc...chikeennnn!


Comel ada pinky lips..Muaxxx!
*tetiba




UGG AUSTRALIA 



Obviously from Australia. Sangat famous masa winter. Dan sangat famous jugak kat UK ni.
Kenapa orang UK pakai kasut dari Australia plak?
Alah macam kita laa.. Ada Asadi yang selesa, tapi nak jugak pakai Crocs kan? Gitu jugak la dengan orang sini...
(Agaknye lee..huahua)

Tapi mahal betul la kasut ni. Kadang-kadang design bodobodo jek. Tapi harga uuuumangaaiiii...tak boleh mahal lagi ke??




MEL


Ahah! Jelly shoes in da houseeee
Mel. Bukan Mel Gibson.
Dah lama usyar kat Msia lagi. Memang harga macam tak caye jek ko boleh jual mahal kan.
Kasut dia aku suka..sebab..
Masam somel je...masam santek je...masam selesa je...masam somel jeee....
(nak jugakkk....)




TAMARIS







Ok. Ni adalah optional brand selain Clarks.
Tamaris asalnya dari Germany. Kebanyakannya diperbuat dari kulit asli. Memang nampak tough and comfy. Sangat sesuai untuk acara formal. Or yang dah kerja lah kena masuk opis and pakai bertutup kan. Harga yang sangat affordable. Boleh buat koleksi.hehe
Tak masuk Msia lagi (kot?)..ke dah ada??
Ntohh


Tu je lah setakat ni. Gila sekejap update pasal kasut tetengah malam ni.

Mimpi kasut yang indah-indahhhhhh!!


Thursday, August 16, 2012

Kad kawen and kasut lelaki


Assalamualaikum...


Progress kawin..

Takde apa nak update. Cumanya, kad kawin dah sampai.hehe. Alhamdulillah.. Tapi plan nak tambah sesuatu kat kad kawin tak menjadi atas sebab-sebab tertentu. Jadinya, kad adalah sangat simple. huhu. Takpe la.......

My cutie little card... :)

Sapa mau kad ini sila angkat lappy!!! hehe


Pasal hantaran, dah nak settle! Sebab dah beli almost semuanya. Alhamdulillah jugak... :))



Ni kasut en. Tunang.

Cantik tak? Aku suka sangat wehhh!!
Beli time ada clearance sale.. Berbaloi-baloi~ teheeee

Katanya kasut ni boleh pakai time kawin and time konvo nanti.. Pastu sambung pakai time viva PhD pulak. ERK! =.="



Monday, June 18, 2012

I've got my wedding shoes!


Assalamualaikum...


Alhamdulillah... Settle lagi satu kerja. Pencarian kasut kahwin dah pun berakhir..hahaha. Terasa satu bebanan dah berkurang jugak dalam kepalahotak ni. Yela, perempuan aku ni kan cerewet. Nak mencari kasut adalah tergolong dalam hal-hal kecerewetan aku ni. huhu. Mana tak nye cerewet, aku suka kasut yang ala-ala Kim Kardashian... Neelofa... (Taste nak retis sangat aku ni)
Tapi edisi bajet. Mana mau cari?? Cheapskate!

Disebabkan aku ni rendang tak berbuah, nak cari high heels biar setarap dengan suami nanti supaya aku boleh melihat dan meninjau rakyat jelata yang hadir nanti -__-" <








See.. semua tonjang-tonjang kan.. Semua heels stock-stock retis sangat.. Gila babeng mahal punya.. Mak tak mampu... tapi suka! haha

Ada jugak b2b yang tempah kasut sendiri. Ada yang tempah kat Aleng Tohara..





Simple sweet and gorgeous!









Bapak cantik..... T_T















Cantik gila kan? Aku cuma sekadar cuci mata sahaja sebabnya..
Kalau nak tempah kasut dengan they'olls ni kau kena bersiap sedialah tigaratusringgitmalaysia. Untuk pengantin bajet macam aku, adalah sangat tidak berbaloi and bapak mahal! nak spend duit sebanyak itu hanya untuk kasut sahaja. Jadi, takmoh tempah. huhu


Tapi nak mencari yang sesuai itu adalah amat azabedah T_T
 Segala kedai kasut aku harungi.. Tapi ilek.. Ada la kat Charles & Keith yang berkenan. Satu kaler plain. Satu lagi kaler cream corak lace. Macam ni:


Amek kat blog sape ntah. Lupa.. Cantik..huhu

Dah tengok dah kasut tu. Memang cantik. Seswai la nak buat kahwin. Tapi tak cukup tinggi la. Aku nak 12 cm! Muahaha

Dah round satu Mid, Metrojaya, Robinson semua tak jumpa, pastu try je la cari kat Alamanda. Baru teringat dekat Nichii ada kasut tinggi yang cantik-cantik!
Banyak kasut tinggi yang memuaskan hati cerewet ni. Dulu kasut-kasut dia still Nichii but now dah tukar tu Zucca. Tapi masih lagi cantik-cantik dan murah!
Mula-mula dah decide la nak beli kat situ je nanti. Hold dulu sebab kononnya nak tunggu gaji next month..


Bila hari ntah gi Mines. Jalan punya jalan jumpa kasut yang berkenan sangat-sangat! Satu kasut yang tonjang tu kat TSC. Satu lagi kasut lace tapi berlubang kat depan. Tak snap gambar, lupa. Aku berkenan gila kasut lace tu. Dah la RM 89.90 je. Ada less 20% plak tu.. Tapi JiJi tak berkenan sangat sebab ada lubang kat depan. So, sesape nak rembat, boleh gi tengok kat kedai kasut VRI kat dalam VOIR. Sementara tengah ada less ni...hehe

Then, tengok kat TSC (The Shoe Connection). Kedai dia ni memang banyak kasut cantik. Murah pun murah if nak compare dengan kasut brand yang mahal.. sangatlah berbaloi. And I found my wedding shoes here! hehe


5 inch plus bling bling kau mak gayah...... Ada ala-ala Christian Louboutin tak? =p


Nampak memang sangat tinggi. Risau gak terpele'ot ke nanti kan. Tapi disebabkan tapak kasut tu melengkuk ke atas, so bila pakai memang comfy. Kaki pun tak sakit. Mula-mula tengok terasa macam over la pulak. Tapi dah semua kata ok je, aku pun kate OK jugak lah! haha
Moh kite melayan kasut tersebot.


  
Kebetulan warna dia sama dengan baju. Seronotttttt!!


Cantik tak reben kat belakang tu? For me, chomels! =p

Ada jugak warna and design lain.. Pink and hitam.






Ok nak kasut ni.. Harga asal RM 109.90. Ada less tak? Ada, hari ni baru start. 10%..
Yeayy!! Nasib baik tak beli semalam. haha


Silalah terjah ke TSC =)

Ye, saya high heels die hard fan. Tapi pakai nye idok. =p


*Dah boleh muntah kasut ni. haha