Daisypath Vacation tickers
Daisypath Anniversary tickers

About Me

My photo
Nyong iki asal'e wong jowo. Harus ngomong'e jowo. Sitik-sitik iso lah..hehe

Showing posts with label Rumah sewa. Show all posts
Showing posts with label Rumah sewa. Show all posts

Friday, March 22, 2013

Oh la Lina.....huhu


Assalamualaikum...


Semalam hari khamis. Malam tu malam jumaat.
Dan dan tu jugak la tetiba Lina (housemate) bukak cerita yang katanya rumah kitorang duduk ni ada benda.

"Rumah ni pun ada benda jugak kak"

Erk! (Macam tercekik dodol tapi boleh control senyum lagi)

Memang deng la aku time tu kan. Macam-macam la dia kembur balik cerita dulu. Nampak kaki tergantung lah, menyamar rumet lain lah, kena tindih la... Seramsss aku dibuatnye. Elok-elok aku rilek-rilek je selama ni, tak memasal aku nak terasa-rasa je sekarang kan.. huh!

Dan dan tu jugak aku whatsapp Jiji kata nak carik rumah lain. huhu

Lina oh Lina... kenapa kau bukak mulut... Uwaaaa


OKok tarik napas.....



Untuk tak mencuak sangat, aku amalkan je apa yang selalu kita buat tu. Macam baca yassin, baca ayat kursi, baca 3 qul sebelum tidur.. InsyaAllah, Allah jauhkan kita dari gangguan makhlukNya yang lain.

Walaupun 'dia' makhluk ciptaan Allah macam kita, but still aku yang kurang berani ni mulalah terasa nak takut kan. Memanglah aku tak rasa benda tu. Memang mintak dijauhkan la. huhu. Selalulah berharap yang Lina ni sentiasa ada tidur kat rumah ni je. Jangan balik kampung, jangan balik rumah abang dia, jangan outstation, jangan, jangan, jangannnnn.....!!!


=(


*Lepas ni bila balik rumah je, mesti kena buat-buat bodo sambil senyum rasa macam takde ape yang berlaku. heeee (sengih nampak gusi)
-____-"

Friday, August 10, 2012

Rumah sewa area Serdang, Seri Kembangan etc..ada tak??


Assalamualaikum...


Payah betul nak cari rumah sewa kan? Eh, tak tau la payah ke tak sebab aku tak pegi servey live lagi. Cuma buat survey online je. Macam bese la, try cari kat Mudah, iProperty, etc. Jenuh gak la weh... Nak cari yang macam dikehendaki tu memang agak susah.

Start masuk this September/October 2012. Nak cari tempat yang boleh pegi UPM and South City dan jugak monthly rental below RM500. Tak kesah la kat Serdang ke, Seri Kembangan ke, Balakong ke, Equine ke, Bangi ke, Kajang ke....hah sampai ke Kajang pun ke..pun boley.. Kalau fully/partly furnished lagi la best kan. Sebab nak duduk tak sampai setahun pun dalam 5-6 bulan je..

If la sesape ada tahu mana-mana rumah untuk disewa seperti kriteria tersebut, pelisssss la inform aku yeh.. Kalau tak, aku dok asing je la dengan laki aku tu.huhu. Eh, gatai ke? Tak kot. Normal la dah kawin mesti la nak duduk serumah dengan suami kan? Yang gatal tu yang belom kawin dok serumah tu la yang gatal...huhu




Elo Titi... Nak rumah macam ni boley??

Ha boleh.....
In Your Dream! la...HAHAHARAPAN




*Selamat meraikan 10 malam Ramadhan terakhir. Selamat beramal =)