Daisypath Vacation tickers
Daisypath Anniversary tickers

About Me

My photo
Nyong iki asal'e wong jowo. Harus ngomong'e jowo. Sitik-sitik iso lah..hehe

Monday, September 8, 2014

Tefal promo RM300 je.. murah!


Assalamualaikum...

Kite nak announce, FB page Gerobok Ana in UK ada buat promo untuk bulan September. Dah la promo, boleh bayar ansuran plak tu..
Haa suke tak..suke takkk... (Ayat Eric Leong skett..) :p

Tefal Bistro 5pcs kaler merah ni murah sangat! OFF RM50 tuu... Cepat la korang order. Promo ni untuk bulan  ni je tau..

Boleh PM Page Gerobok Ana in UK tu ataupun email je kt <rudzanna@gmail.com>



**RM 300** jeeee! :D

Boleh pick-up kat area Serdang. Atau nak mintak pos pun bolehhhh.
Cuma tambah RM30 (sm)/ RM40 (ss)

Box Contains


  • 1 x 14cm Millpan wihout lid
  • 1 x 16cm Saucepan and glass lid 
  • 1 x 18cm Saucepan with glass lid
  • 1 x 20cm Fry pan
  • 1 x 24cm Fry pan

  • *****



    Kalau nak murah lagi, dan kaler hitam.. haaa boleh try set Tefal Delight ni pulak..

    Ni lagi murah.. **RM 280** je! :D


    Macam tadi jugak, kena pick-up kat area Serdang. Atau nak mintak pos pun boleh jugeee...
    Cuma tambah RM30 (sm)/ RM40 (ss)

    Box Contains


    1 x 14 cm milk pan
    1 x 16 cm saucepan with glass lid
    1 x 18 cm Saucepan with glass lid
    1 x 20 cm Frypan
    1 X 24 cm Frypan

    *****

    Selain tu, ada baaanyak lagi barang Tefal yang ada. 
    Macam chapati pan ni, besar jugak sebab diameter dia 30 cm.
    Puas la korang nak berchapati ke.. ber-roti jala ke... ber-crepe kee... hehe

    Madras chapati ni **RM140** 
    Pick up area Serdang juga.
    Atau nak pos, just tambah RM20 (sm) / RM30 (ss)


    ******


    Bukan setakat tu aje.. korang boleh tengok set-set yang lain juga.
    Kot kalau ada yang berkenan di hati..hihi



    Tefal red - 7pcs

    **RM380** Termasuk pos
    Deposit: RM150

    Pan set includes:
    • 2 saucepans - diameter 16cm and 18cm.
    • 3 frying pans - diameter 12cm, 20cm and 24cm.
    • 1 milk pan - diameter 14cm.
    • With 1 steamer basket .
    Pan set features:
    • Made from aluminium.
    • Glass lids.
    • Easy clean with non-stick coating.
    • Suitable for hob types: gas, electric, halogen, ceramic and solid hotplates.
    • Dishwasher safe.


    ******


    Tefal Easycare - 9pcs
    Haa yg ni banyak sket dalam dia.

    **RM380** Termasuk pos
    Deposit: RM150

    Pan set includes:
    • 2 saucepans - diameter 16cm and 18cm.
    • 2 frying pans - diameter 20cm and 24cm.
    • 1 milk pan - diameter 14cm.
    • 1 egg wonder pan
    • 1 spatula
    • 1 slotted spoon
    • 1 large spoon
    Pan set features:
    • Made from aluminium.
    • Glass lids.
    • Bakelite handles.
    • Easy clean with non-stick coating.
    • Oven safe up to 180°C.
    • Suitable for hob types: gas, electric, halogen, ceramic and solid hotplates.
    • Dishwasher safe.



    Suke takkkk???

    Siapa yang bergelar perempuan dah tentu la suka dengan barang dapur ni kan..

    Saya pun pakai set Tefal yang atas ni. Puas hati sangat....!
    Hehe

    Ha nak order tak??

    Boleh PM Fb page Gerobok Ana in UK

    ataupun email kat sini:

    rudzanna@gmail.com


    Jangan lupa bagitau kat semua kawan-kawan, sedara mara, adik beradik semuaa laahh..
    Tengah promo  ni. SEPTEMBER SAHAJA tau! 
    Terima kasihh semuaaa...

    :D




    Saturday, August 9, 2014

    Mak-to-be pulak :D


    Assalamualaikum...


    Alhamdulillah.. Syukur sangat-sangat...

    Doakan yang baik-baik eh :)






    First scan baby at week 12, 2 days.
    Baby baik je dalam tu. Pastu dia moving sket-sket. Aduiyaii cuteee lah! hehe


    Belum nak tulis banyak lagi sebab kte kena alahan yang agak teruk juga. Tunggu baik sikit nanti kte nak cite pengalaman sepanjang first trimester ni.


    Ok tu je. Hehehe

    Thursday, May 22, 2014

    Jalan-jalan Sheffield


    Assalamualaikum...


    Last few months.. (few months kooo), Jiji and I pergi melawat Sheffield. Balik hari je sebab dekat je dengan Leeds. Kitorang naik train. Public transport kat sini sangat bagus. Memang takde masalah nak travel dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Siap ada discount lagi. Banyak pulak tu deal-deal yang diorang offer. Nak murah lagi, beli tiket awal-awal. Kompem murah dari beli on the spot.

    Ni sesbenarnya dah lamaaaaa sangat terperap dalam draft. Disebabkan hari ni sejuk-sejuk hujan renyai-renyai, jadinya kita malas nak taip panjang-panjang. Kita letak gambar je lah. huhuhu


    Gambar nak fokus kat Castleford tu. Kengkonon lepas ni boleh ingat nama-nama station la....




    Dalam train pun pakai glove. Time tu memang sujuk woo



    Buruk je kat station diorang. Tapi nampak terjaga, klasik sangat. Bersih je..


    Dah sampai pun Sheffield Station.


    The famous man-made waterfall outside the station. Sejuk gila la time tu. Ingat lagi.. Rasa beku. Duduk pulak sebelah air terjun ni. Memang laaaa..


    Masa tu baru lepas hujan renyai. Sejukkk... (tak habis-habis ulang sejuk -____-)


    Sempat snap dengan Sheffield Hallam University. Uni Mike dulu. Labmate Jiji.


    Kat dinding bangunan pun sempat lagi dia buat poem. Khas untuk traveler..


    Dah melepasi Uni Hallam tu kitorang masuk Art Gallery Museum. Masuk je, free kan. Boleh la tau asal-usul and sejarah Sheffield ni sikit-sikit.
    Kalau Leeds famous dengan cotton, Sheffield pulak famous dengan barangan steel. Semua jenis barang yg diperbuat dari steel dia ada pamerkan dalam ni. Zaman dulu-dulu punya cerita la..museum kan..


    Park yang ada kat luar museum. Park ni dalam bangunan. So bila winter pun pokok-pokok masih hidup and selamat lagi. Ramai yang lepak dalam ni. Panas sikit.


    Kita pi city pulak. Saja tengok-tengok apa yang ada kat city dia. Bangunan lama-lama biasa la kat UK ni. Diorang jaga and pelihara bangunan lama diorang.








    Lepas dah jalan city tu, kitorang naik bas nak ke Sheffield Botanical Gardens. Salah satu tarikan kalau pegi Sheffield. Tabah je naik bas. Nasib baik tak terlepas station. hehe




    Almaklumla..sejuk winter tak habis lagi. Daun pun belum banyak lagi.






    Tu bangunan tengah-tengah tu rumah House of Winter garden kot. Apa nama lupa plak.haha. Tapi wrong timing plak pegi. Bangunan tu tengah under construction. So tak boleh la masuk. Dalam tu sentiasa ada pokok cantik-cantik walaupun kat luar tengah salji ke panas ke hujan ke.. Diorang tetap hidup. 

    Garden ni sebenarnya luas sangat. Jenuh nak jalan. Sepatutnya banyak pokok cantik-cantik. Macam-macam jenis pokok ada. Memang colourful la kalau pokok sume hidup. Tp kitorang pegi bulan 3 pokok masih banyak belum berbunga. Apa yang ada je lah..
    Kalau spring/summer ni confirm penuh garden ni.



    Lepas tu, kitorang jalan kaki nak cari University of Sheffield. Saja melawa-lawat university yang ada kat sesebuah kawasan yang dilawati.hehe


    Ni dewan diorang konvo. Sempoi je.




    Gambar bawah ni amek sebab nak tunjuk nama Perak ada kat dinding bangunan tu. Tapi tak berapa nak nampak plak.hehe


    Jalan-jalan lagi sampai la ke city balik. Ada pulak pak polisi ronda-ronda kawasan naik kuda.



    Lepas tu kitorang naik train nak pegi the largest shopping mall in UK. Meadowhall shopping complex.
    Ala-ala Mid Valley je la kot. huhu

    Lepas tu kitorang balik naik train ke Leeds semula. Sampai rumah dah gelap walaupun waktu masih muda.hehe. Time tu waktu siang singkat sikit. Pukul 6 dah gelap.

    Ok sekian trip kami ke Sheffield haritu.


    P/S: Gerobok Ana in UK buat Giveaway. Jom la join...hadiah best tuuu